6 Bulan Hazel bekerja di Syarikat Mega Holdings. Ramai staff di syarikat itu menyukai sikap Hazel yang lemah lembut, peramah dan baik hati membuatkan Hezree tidak senang duduk melihat kemesraan Hazel dengan Staff lelaki.
Hezree memikirkan cara bagaimana dia perlu memiliki Hazel kembali walaupun hatinya masih sakit tentang kisah dahulu. Lama Hezree berfikir akhirnya dia berani membuat keputusan untuk masuk meminang Hazel.
Hujung minggu keluarga Hezree datang ke rumah Hazel untuk meminang tanpa pengetahuan Hazel. Sungguh keluarga Hazel amat terkejut dengan pinangan itu kerana Jazel tidak pernah bercerita yang dia sudah mempunyai kekasih hati. Tambah-tambah lagi kekasih hatinya itu anak kepada kawan baik papa Hazel.
Pinangan itu diterima oleh Hazel tanpa persetujuan Hazel. Tarikh Perkahwinan Hazel dan Hezree sudah ditetapkan oleh keluarga mereka iaitu 3bulan akan datang dari tarikh sekarang.
Wajah Hezree tidak boleh digambarkan berapa gembiranya dia tentang penemerinaan pinangan itu. Dalam masa yang sama kegembiraan itu bertukar menjadi perasaan marah dan kecewa. Tetapi dia angkuh dengan keputusannya untuk memperisterikan Hazel. Sekurang-kurangnya dengan berkahwin dengan Hazel dia dapat membalas dendam dekat Hazel untuk mengurangkan rasa sakit hatinya.
Share this novel