Berikut adalah susunan semula ayat-ayat dalam perenggan-perenggan yang disediakan:
---
Asmodeus membuka matanya saat tidur lenanya terganggu oleh bunyi kecoh di luar rumah. Dia meraih jam tangan emas di atas meja sebelah katil king saiznya dan melihat waktu menunjukkan pukul 6 pagi. Setelah menggosok matanya, dia menoleh ke sebelah. Tiada sesiapa. Hairan. Setahunya, dia tidur bersama Kristine, yang baru saja sah menjadi isterinya 24 jam yang lalu. Ke mana pula perempuan itu pergi?
Dengan tubuh yang masih tanpa seurat benang, Asmodeus bangun, sesuai dengan gayanya sebagai seorang raja yang penuh bernafsu. Dia mencapai bathrobe merah dan menyarungkannya pada tubuh badannya yang sasa, menjadi idaman setiap wanita di muka bumi ini. Setelah menyarungkan selipar mahal yang diimport dari Paris, dia turun ke tingkat bawah dengan gaya angkuh dan macho.
Pagi itu, perasaan Asmodeus tidak menentu. Seolah-olah dia bermimpi, tetapi semuanya terasa nyata. Tetapi kenapa dia tidak nampak akan kelibat Kristine di rumah itu?
“Bini aku mana?” Asmodeus terus menanya soalan kepada Melvin, butler baru yang muncul dari arah dapur.
“Puan Kristine ada di luar, tuan. Ada sesuatu yang berlaku. Saya nak panggil tuan, tapi puan tak benarkan…” Belum sempat Melvin menjelaskan semuanya, Asmodeus sudah berlalu pergi dari situ, meninggalkannya.
Asmodeus menarik nafas panjang ketika melihat Kristine berdiri tegak di depan pintu utama sambil mencekak pinggang. Hidung mancungnya kembang kempis, menghela nafas pendek.
"Good morning, sayang. Buat apa di luar ni?" Asmodeus merangkul pinggang ramping Kristine lalu memberi satu ciuman di ubun rambutnya.
Di depannya, terdapat pemandangan yang tidak enak untuk dilihat pada pagi itu.
“Protes sebab pekerja kau tak terima gaji lagi,” jawab Kristine dengan wajah yang belum lagi mandi. Pada awalnya, dia bangun ke dapur untuk minum, tetapi mendengar bunyi kecoh orang membaling sayur-sayuran dan telur busuk di depan rumah agam yang tersergam indah itu.
“Protes? Ala, baru je 2 minggu lewat!” jerit Asmodeus kepada mereka semua. Semua pekerja wanita yang berstatus janda atau isteri orang itu memekik tidak puas hati.
“Aku nak honeymoon dengan bini pun tak senang,” bebel Asmodeus lagi sambil menguap. Dia ingat dia kelihatan kacak ketika menguap tanpa menutup mulutnya. Dia tak tahu kuasanya mula berkurangan sejak berkahwin dengan perempuan masih dara itu.
“BAYAR GAJI KAMI!”
“JANGAN LARI BAYAR GAJI KAMI!”
“AKU BAKAR RUMAH KAU KALAU TAK BAYAR SEKARANG!”
“KAMI PERLUKAN DUIT SEKARANG JUGA!”
Begitulah jeritan para pekerja wanita di kilang EVENING FLOWER itu. Di waktu yang masih awal pagi, dilitupi kabus sejuk, dalam kekalutan dan kekecohan itu, Asmodeus melihat seorang wanita muda cantik, tinggi, lagaknya seperti ketua dengan angkuhnya, memakai pakaian serba hitam seperti seorang ahli sihir dengan rambut perang itu, berjalan menuju ke arah mereka. Dia mengangkat tangan kanan, dan serta-merta semua pekerja wanita itu diam. Seolah-olah mereka terkena jampi pula.
“Siapa pula perempuan tu? Skandal kau ke?” Kristine menjeling ke arah Asmodeus dengan pandangan yang tajam.
Asmodeus menggeleng kepala walaupun dia akui, perempuan itu sangat cantik, seksi, dan mengghairahkan. Perangai playboynya tetap takkan hilang walaupun dia mempunyai Kristine yang tak kurang cantiknya.
“Kau siapa?” soal Asmodeus kepada perempuan itu.
Entah kenapa dalam hatinya, dia berharap perempuan itu bukan seorang perawan. Dapatlah dia 'makan' perempuan itu sebagai sarapan pagi.
Perempuan itu mendekatinya secara perlahan, kain pakaiannya berkibar ke sana sini apabila angin mula muncul, seolah-olah mengiringi langkah perempuan itu.
Kristine mula merasa tidak senang akan kehadiran perempuan itu. Aura perempuan itu sangat misteri. Kristine berlagak tenang apabila perempuan itu mendekati Asmodeus dengan jarak yang sangat dekat. Dia mula cemburu dan merasa tercabar apabila suami playboynya itu tidak berganjak walau seinci pun di depan perempuan itu.
“Aku, DECHARABIA,” jawab perempuan itu pendek. Suaranya sangat mengasyikkan.
Nafsu Asmodeus terasa ingin sahaja dia mencarik-carik pakaian perempuan itu tanpa mempedulikan sesiapa. Namun, dia harus menahan nafsunya.
Kristine menjeling ke arah Asmodeus yang hanya diam tidak memberi reaksi apa-apa. Seolah-olah dia terpaku dek kecantikan perempuan itu. Kristine merasa menyampah.
Decharabia tersenyum. Jari jemarinya mula menyentuh dada Asmodeus yang sedikit terdedah dan tiba-tiba dia menoleh ke arah wajah Kristine yang sudah merah padam menahan marah.
“Perempuan sundal. Takde lelaki lain ke kau nak? Kau nak suami aku juga ke?” Kristine sudah tak dapat menahan amarahnya. Ingin sahaja dia menumbuk dan mengorek biji mata perempuan itu.
“Kau lupa ke, suami kau siapa?” Decharabia menyatakan dengan senang.
Kristine kembali menjeling Asmodeus yang masih terpaku akan dirinya yang sedang digoda itu. Dia melihat Decharabia mula menyentuh leher Asmodeus dan tiba-tiba memberi satu ciuman padu ke arah bibir suaminya.
Darah Kristine mula mendidih, dan tapak tangannya tiba-tiba mengeluarkan api berwarna merah.
Namun, Asmodeus bertindak menggenggam tapak tangan Kristine, dan api merah itu hilang. Kristine terkejut.
Asmodeus, yang sudah habis melayan cumbuan ghairah daripada perempuan itu, menoleh ke arahnya dengan gelengan kepala, seperti memberi amaran kepada Kristine agar tidak menunjukkan kuasanya di depan semua orang.
Decharabia menjeling Kristine. Dia merasa tidak puas hati. Dia berdehem dan melepaskan Asmodeus yang sudah hilang nafsunya itu.
“Aku datang untuk membela nasib semua pekerja kilang kau. Kalau kau tak nak mereka yang malang ni duduk berkempen di sini, baik kau bayar gaji mereka sekarang juga,” Decharabia menyilangkan kedua-dua tangannya memberi amaran dengan tegas.
Asmodeus mendengus. Dia menoleh ke arah Melvin yang membawa sebuah buku cek dan pen bertakthakan batu permata.
“Kau tolong aku settle masalah ni,” arah Asmodeus kepada Melvin.
“Baik, tuan,” Melvin menurut perintah Asmodeus sambil menundukkan kepalanya. Dia tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.
Apabila Asmodeus dan Kristine hendak beredar daripada situasi yang agak sia-sia dan memenatkan itu, Decharabia sekali lagi bersuara, memanggil Asmodeus.
Asmodeus memandang Kristine dan memberi isyarat bahawa dia perlu berbincang dengan perempuan itu. Kristine memberi pandangan tajam kepada perempuan seksi itu sebelum berlalu pergi.
“Kau belum jawab soalan aku,” ujar Asmodeus lagi.
“Hmm?”
“Hmm? Itu je jawapan kau?”
Decharabia memandang Asmodeus dengan jelingan manjanya. Asmodeus pantang melihat perempuan memberi pandangan manja itu kepadanya.
“Aku nak terus terang je dengan kau. Aku nak kau,” jawab Decharabia tanpa memikirkan apa-apa risiko yang dia akan hadapi.
Asmodeus hampir tersedak air liurnya sendiri. Dia ketawa bangga mendengar bahawa dirinya masih laku walaupun sudah bergelar suami. Decharabia mencebik melihat perangai Asmodeus itu.
“Apa yang kau ada untuk dapatkan aku?” angkuh Asmodeus menyoal.
“Aku ada segalanya untuk kau.”
“Which is?”
“Kalau kau nak tahu, kau kena ikut aku.”
“Kau nak mainkan aku?” Asmodeus mula tidak puas hati apabila perempuan itu mula bermain teka-teki dengannya.
“Kalau aku mainkan kau, dah lama aku buat di depan bini kau. Sikit lagi kan dia nak lempar api dekat aku,” senyuman sinis Decharabia kelihatan.
Asmodeus terkejut mendengar pengakuan perempuan itu. Apakah dia tahu dan nampak apa yang terjadi kepada Kristine sebentar tadi? Siapa perempuan ni?
“Kau dalam bahaya, Asmodeus. Nava dah mati. Aku bagi amaran kepada kau. Kalau kau nak hidup, kau kena ikut cakap aku,” ujar Decharabia lagi dengan serius.
Asmodeus diam.
“Kau kenal Nava?”
“Aku dah cakap. Aku ada segalanya,” jawab Decharabia lagi. Dia tersenyum, kadang-kadang matanya melirik ke arah tubuh badan Asmodeus yang menggiurkan hatinya.
Asmodeus mengubah topik perbualan mereka, menyedari bahawa perempuan di hadapannya itu memandang dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dengan nada angkuh, dia bertanya, "Kau nak... 'Makan'?"
Decharabia menjawab dengan tenang, "Aku dah 'makan' tadi. Tapi kalau kau nak, aku boleh bagi."
Asmodeus sengaja berlagak angkuh, hatinya mula gatal dan menjerit-jerit ingin 'makan' makanan sedap yang berada di depan matanya. Matanya tak lepas memandang dada Decharabia yang sedikit terdedah, menampakkan kulitnya yang cerah dan gebu.
Tiba-tiba, Melvin mencelah, "Tuan..."
Situasi yang mengghairahkan itu terbantut. Asmodeus memusingkan kepalanya ke belakang dan menjeling ke arah Melvin dengan pandangan yang menyeramkan. Melvin tunduk ketakutan, hampir terkencing apabila dia terlihat sedikit sisi gelap Asmodeus sebagai syaitan. Kedua-dua mata Asmodeus bertukar menjadi merah.
"Kau nak apa?" soalan Asmodeus dilontarkan dengan tegang. Dia telah diajar oleh Kristine agar berlembut sedikit dengan pekerja rumahnya.
"Puan Kristine panggil masuk ke dalam untuk sarapan... Saya dah pesan tak nak kacau..." jawab Melvin teragak-agak.
"Cakap aku akan datang," Asmodeus memotong percakapan Melvin sekali lagi, geram apabila ada orang menyampuk perbualannya dengan seseorang.
"Ba...baik tuan..." Melvin terus berlalu pergi dari situ sambil menahan kencingnya.
Asmodeus mendengus kasar sewaktu menoleh kembali ke depan. Namun, kelibat Decharabia tiada di depannya. Kepalanya meliar-liar mencari perempuan itu namun hampa. Bahkan jejak bekas kaki perempuan itu juga tiada. Apa dia hantu? Hanya bau herba daripada perempuan itu sahaja yang masih tercium.
"Sedapnya bau wangi kau..." bisik Asmodeus keseorangan.
Tapi siapakah dia?
**Akan bersambung...**
Terima kasih setia menunggu Erra publish KING OF LUST 2 :) Harap pembaca puas hati dengan novel kali ini. <3
Share this novel