Bab 8

Romance Completed 13562

° ° ° ° ° °

Aqisha dan mamanya yang sedari tadi memerhati konflik jiran barunya segera mendekati keluarga tersebut. Semakin dekat ke arah keluarga itu, Aqisha mengosok matanya sekali lagi. Lelaki ini..? Lelaki ini seperti pernah aku jumpa tapi dimana??

"Assalamualaikum.."

Puan Maisarah memberi salam lantas dijawap seluruh keluarga Tengku Emran.

"Saya Maisarah. Ini anak saya, Aqisha Riana. Saya jiran sebelah rumah puan. Selamat berkenalan."

Puan Maisarah tersenyum manis menyapa jiran barunya.

"ouh puan Maisarah. Saya Sabrina, ini suami saya, Ibrahim. Dan ini anak sulung saya, Tengku Emran. Ini adik Emran, Najwa."
Kedua-dua wanita itu bersalaman dan masing-masing tersenyum. Suasana mesra itu terganggu oleh salah seorang pekerja yang meminta diri untuk pulang setelah selesai menjalankan tugas.

"Nah. Ini upah kalian bertiga. Terima kasih atas usaha kamu semua hari ni."

Puan Sabrina menghulurkan 3keping duit RM100 ke salah seorang pekerja tersebut.

"Eh, puan. Dah terlebih ni. Kami hanya menerima RM150 je puan.."

"tidak mengapa. Anggap ini sebagai sedekah. Sy berterima kasih kepada awak dan rakan awak kerana telah bersusah payah naik turun lori dan menghantarnya dengan selamat ke dalam rumah saya. Terima kasih banyak.."

"kalau begitu la hendaknya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang boleh membalas kebaikan puan.. Saya minta maaf sekali lagi atas kecuaian saya tadi puan.."

"tidak mengapa encik.. Saya maafkan.. Hati-hati balik ye?"

"Baik,puan. Kami minta diri dulu.. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.."

Sejurus sahaja lori bergerak keluar, adegan mesra yang tergendala tadi bersambung semula.

"Puan Maisarah jemput la masuk dahulu. Saya buatkan air.."

"Tak usah berpuan-puan dengan sy Sab.. Panggil aje Maisarah. Tidak mengapa Sab. Kami boleh singgah lain kali. Lagipun kerja saya dan Aqisha masih belum siap lagi. Hendak masakkan lauk untuk suami bila dia balik makan tengahari nanti.."

Puan maisarah menolak pelawaan secara sopan.

"ouh yeke?? Kalau begitu, singgah la kemari hari Ahad ni kalau ada masa terluang. Kami ada buat kenduri selamat rumah kecil-kecilan hujung minggu ni.. Kalau tidak keberatan, singgah ye Mai dan Aqish? Cantik orang yang bernama Aqisha ni. Comel je makcik tengok."

Pandangan puan Sabrina teralih ke arah susuk tubuh milik Aqisha Riana.

Sedar dirinya diperhatikan, 'Dia ni perli aku ke ape? Tahula badan aku tak slim macam dia.. Huhuhu sedihhh. Aqisha bermonolog sendiri.

"aqish.. Dengar tak tu apa auntie Sab kamu tanya?"

Puan Maisarah yang melihat Aqisha termenung tadi lantas mencuit lengan anaknya. Aqisha yang terkejut beruk kerana disedarkan sebegitu rupa lantas bersuara.

"eh..aaa..err.. haa ye ye.. Insyaallah kami datang esok auntie. Lagipun dekat je.. Hihi"

tengku Emran yang dari tadi menyaksikan adegan itu tersenyum simpul.

Minah ni bukan ke yg aku jumpa kat pasar tadi? Dan dia jugak yang aku kerjakan dengan lopak air? Tengku Emran bertanya sendiri.
Terkenangkan riak muka Aqisha Riana yang sebal kerana kelakuannya melanggar lopak air pagi tadi, terhambur terus ketawanya.

sorotan mata semua orang terarah ke arah Tengku Enran yang sedang menahan perut geli hati ketawa. Menyedari kelakuannya diperhati oleh mata-mata org di hadapannya, tengku emran menelan ketawa.

"Err.. Maaf, saya minta diri masuk dulu.."

Langkah Tengku Emran dibuntuti Najwa. Seketika,Puan Sabrina memohon maaf atas kelakuan Emran sebentar tadi.
Setelah bersalaman, puan Maisarah dan Aqisha memohon diri untuk pulang.

"jangan lupa hujung minggu ni Mai.. Ajak yang lain datang sekali."

Aqisha dan Puan Maisarah sekadar mengangguk dan hanya tersenyum simpul. Mereka berpamitan lantas melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience