21

Romance Completed 132664

Hana menambah concealer pada bahagian bawah mata yang agak gelap. Terakhir dia mengenakan gincu sedikit merah bagi menutup bibirnya yang pucat.

Hari ini dia harus kembali bekerja. Urusan peribadi perlu diletak tepi terlebih dahulu. Dia masih punya tanggungjawab. Biarlah dia menyibukkan diri daripada berfikir tentang hal-hal yang menyakitkan.

Orang pertama yang menyapa Hana setibanya di pejabat pastilah Azleen. Bising si mulut murai itu bertanya itu dan ini. Paling ketara di pandangan Azleen adalah tubuh Hana yang susut.

Lain pula dengan Qistina. Langsung tidak menegur Hana, malah terus diserahkan tugas-tugas seperti biasa. Setelah itu Qistina sibuk bercakap di telefon.

Hazim pula sudah dimaklumkan tentang kehadiran Hana semula ke pejabat. Semenjak pergaduhan tempoh hari, Hana dan Hazim masih lagi tidak bercakap sepatah pun. Masing-masing sibuk membawa haluan diri.

Hana seboleh-bolehnya ingin mengelak dari harus bertemu Hazim.

Hana sampai di hadapan pintu rumah dalam keadaan sedikit mengah. Kebelakangan ini mudah sahaja dia penat, kadang-kadang sehingga seluruh tubuh menggeletar.

Hana meraba-raba tas tangan mencari kunci rumah. Setelah segugus kunci dikeluarkan, pintu rumah segera dibuka.
Dalam pada dia memulas tombol pintu, ternyata ianya tidak berkunci.

Hana berkerut sambil menolak daun pintu. Dia disajikan dengan pemandangan yang mengejutkan. Hana menutup mulut, terketar-ketar dia masuk ke dalam rumah yang ibarat tongkang pecah itu.

Langsir koyak rabak, perhiasan kaca yang berderai, bingkai-bingkai gambar yang diletakkan di atas kabinet semuanya pecah di atas lantai.

Termasuklah bingkai gambar kecil yang terisi gambar dia dan Hazim. Bukan setakat pecah, malah diconteng-conteng dengan sesuatu berwarna merah.

Airmata Hana menitis melihat suasana rumah yang teruk itu. Hana melangkah masuk ke bilik tidurnya pula. Laju dia meluru ke arah meja solek yang terabur.

Kesan gincu merah yang terconteng di cermin dibaca.

"BETINA SIAL, PERAMPAS! SUNDAL!!"

Hana terduduk di katil. Perasaan takut menyelubungi diri. Dia bukan perampas... Siapakah yang sanggup membuatnya begini??

.
.

Mona menyedut sedikit minumannya sambil membetulkan duduk. Hampir sejam duduk di situ meluahkan perasaan kepada teman baiknya. Masih lagi marah dengan apa yang terjadi antara dia dan Hazim.

"I tak percaya you sampai buat macam tu." Jasmine melihat Mona yang bagai cacing kepanasan dari tadi.

"I tak boleh Jes, i geram sangat dah!"

"But are you sure they are having affair?"

"Very sure. I selalu dengar Hazim on call gelak-gelak dengan perempuan tu. I tak kira, i tetap nak jumpa dia. She better know siapa Mona sebenarnya."

"I thought you dengan Hazim dah berbaik-baik. Bukan ke you guys baru balik honeymoon? How was it?" Jasmine cuba menukar topik.

Seram melihat Mona ibarat akan meletup bila-bila masa sahaja dari sekarang.

"He never change, Jasmine. Dia masih dingin dengan i. He doesn't even try to fix our relationship!" Mona menguak rambut ke belakang.

"Maybe it's too early. You tak cuba goda dia ke? I mean... did you guys even sleep together?? " tutur Jasmine berhati-hati.

"I dah cuba. I dah goda dia. We don't have sex very often though.... because i'm exhausted all the time from work." bicara Mona jujur.

Boleh dikira dengan jari berapa kali dia dan Hazim tidur bersama. Itu pun setelah dia memaksa dan menggoda suaminya yang beku itu.

"Okey. Too much information. Mungkin dia perlukan masa lagi? You kena usaha lagi. I yakin you boleh menangi hati dia. You're beautiful, you have everything Mona." Jasmine memberi kata-kata semangat.

"I know. Tapi i masih tak puas hati. I have to meet her. Jasmine, you teman i pergi rumah perempuan tu? Please? I need to have few words with her.." Mona memujuk Jasmine.

Hatinya meronta-ronta mahu bersemuka dengan pemilik nama Atilia Hana. Belum puas sekiranya tidak melihat sendiri wajah Hana yang berani merampas suaminya.

"Mona, jangan fikir sangat pasal dia—"

"No, Jes. I kena jumpa dia. I tak puas hati selagi i tak jumpa dia. Jes, please. Teman i kejap je. I janji kejap je." Mona merayu.

Jasmine sudah serba salah. Dia tahu apa yang bakal terjadi. Mona Ellisa bisa melakukan perkara-perkara luar batasan, dan tindakannya sukar untuk dijangka. Dan untuk menolak dan menegah temannya itu, Jasmine tidak berani.

Malam itu Mona membawa Jasmine bersama untuk ke apartment Hana. Perhitungan perlu dilakukan. Mona hendak Hana tahu bahawa dia benar-benar marah. Mujur Hazim outstation, dapatlah dia melunaskan rancangan jahat dia.

Rumah yang sama pernah dikunjungi beberapa hari lalu ditekan locengnya. Masih ingat bagaimana dia masuk ke situ dengan kunci yang dicuri ambil dari bilik Hazim.

"Mona, i tunggu luar je lah. You masuk je." Jasmine awal-awal lagi meminta untuk sekadar berada di luar.

Takut-takut kalau ada yang menghidu perbuatan Mona ini. Dia tidak mahu masuk campur. Terlalu bahaya.

"Betul you tak nak masuk?" Mona bertanya untuk kepastian.

Jasmine pantas menggeleng kepala. Mona angguk mengerti. Pintu yang masih belum dibuka membuatkan dia hilang sabar. Diketuk pula pintu di hadapannya beberapa kali.

Hana yang baru sahaja selesai solat Isyak pantas menanggalkan telekung apabila mendengar bunyi loceng. Pasti orang lain, kalau Hazim sudah tentu lelaki itu akan masuk sahaja.

Hana merapikan rambut di cermin sebelum kali ini bunyi ketukan pula di pintu rumah. Hatinya tidak sedap dari tadi. "Kejap!!"

Hana bergegas menuju ke luar bilik dan membuka pintu rumah. Muncul wajah yang sangat dia kenali, dan geruni. Mona Ellisa kini sedang tercegat di hadapan rumahnya sambil merenung tajam. Di sebelahnya pula seorang wanita cantik yang hanya diam.

"Bukak pintu ni." tegas Mona menyuruh Hana membuka pintu grill yang masih berkunci.

Hana bertanya dalam takut-takut.
"Ada apa cik datang sini?"

"Ada benda sikit nak cakap. Bukak la cepat!" suara Mona meninggi sedikit.

Hana berlalu untuk mengambil kunci pintu, oleh kerana ketakutan yang amat. Tangkai jantung ibarat mahu putus. Lalu dia berzikir panjang di dalam hati. Mimpi buruk yang menghantuinya selama ini menjadi kenyataan.

Mona masuk bersama kasut tumit tinggi sederhananya ke dalam rumah Hana.

"Cik, dalam rumah ni tak pakai kasut—"

"Shh!!" Mona memotong tanpa sempat Hana menghabiskan ayat.

Mona menolak bahu Hana, lalu ditutup pintu di belakangnya. Sambil itu sempat dia meninggalkan pesan kepada Jasmine.

"Jes, give me few minutes okay. You jaga kat luar tau." Mona tayang senyum penuh makna kepada Jasmine.

Kini tinggal hanya mereka berdua di dalam rumah Hana. Mona memandang sekeliling rumah yang agak kosong. Pasti Hana sudah mengemas segala kekacauan yang dia lakukan semalam.

Kemudian dia memandang Hana atas dan bawah. Mulutnya mengherot sengih sinis. 'Takda lah cantik mana pun!'

"Kau Atilia Hana kan?"

Hana seram sejuk apabila namanya disebut Mona. Dalam hati berdoa agar dia selamat malam ini.

"Ya, saya." Hana menjawab perlahan, sambil menunduk.

"Kau ni betina simpanan Hazim kan? Laki tak guna tu?" Mona merenung tepat ke wajah Hana. Ikutkan mahu sahaja dia toreh-toreh wajah gadis hadapannya ini.

"Cik..cik salah faham ni.."

"Salah faham apa?!! kau simpan gambar suami aku dalam rumah ni kenapa?! kau perampas kan?!! kau tahu tak yang Hazim tu suami aku!!!" suara Mona memetir.

Mata Hana mula bergenang bila dijerkah begitu. Alangkah baiknya jika ada Hazim datang melindunginya.

"Bukan...saya bukan perampas.."

"Dah tu kau apa? kau kerja layan jantan?? kau jangan acah baik lah pompuan!! kau ingat kau lawa sangat ke?!!!" Mona sudah menolak bahu Hana.

"Cik, jangan!!" Hana mengelak dari dipukul Mona.

"Kau sape hah!! apa hubungan kau dengan Hazim!! sundal!!" kali ini pipi Hana pula jadi sasaran Mona.

"Sakit, cik!! Jangan cik!!" Hana menjerih kesakitan akibat tamparan Mona.

Bunyi jeritan antara dua wanita di dalam itu sampai kedengaran ke luar rumah. Jasmine sudah mundar mandir kerisauan. Risau jika jiran-jiran mengesyaki perbalahan antara Mona dan Hana.

"Mengaku!! kau tidur dengan dia?? kau tidur dengan laki aku?? dia bayar kau?? mengaku la!!" Mona merenggut rambut panjang Hana.

Hana menjerit kesakitan ketika cuba menahan dari pipinya ditampar Mona, dalam masa yang sama rambutnya pula ditarik-tarik.

Rayuan Hana tidak dihiraukan. Tenaga Mona jauh lebih kuat darinya. Hampir tak terdaya Hana untuk melawan. Berkali-kali dipaksa pun Hana tetap tidak menceritakan perkara yang sebenar.

"Takkk cik, sakittt. Lepaskan saya cik!!! tolong cikk!!! Aahhhh!!!" belum sempat Mona mengheret dia ke arah dinding, pintu rumah terbuka.

"Mona!!! Stop it!!" Jasmine datang meleraikan keadaan.

Terkejut melihat darah yang sudah mengalir dari bibir Hana. Mona benar-benar hilang kawalan nampaknya.

"My God, lepaskan dia Mona!" Tangan Mona masih menggenggam rambut Hana, ibarat tidak mahu lepas.

"Perempuan sial ni perampas Jes!!"

Jasmine lantas menarik Mona menjauhi Hana yang sudah terkulai di atas lantai. Teresak-esak dia mengesat hujung bibir.

"Stop, let's go home." Jasmine tidak sampai hati melihat Hana yang mengengsot ke tepi dinding.

"Aku tak habis lagi dengan kau eh!!" Mona mengikuti langkah Jasmine yang sudah membawanya keluar.

Hana cuba untuk bangun setelah yakin Mona sudah beredar. Tangannya memegang pipi yang perit. Seluruh tubuhnya rasa sejuk, perut pula memulas-mulas.

Pandangan mata Hana agak kabur dengan air mata. Tekaknya terasa loya yang amat. Tanpa banyak berfikir, Hana berlari ke arah bilik air dan menghamburkan segala isi perut.

Mencurah-curah air mata Hana menahan sakit kepala yang menyerang. Bagai mahu melayang roh dari tubuhnya ketika itu.

Fikirannya tertumpu kepada bayangan Hazim. Teresak-esak Hana mengerekot di sebelah mangkuk tandas.

"Abaangg....Hana sakitt abang... Mana abang..."

"Aaarrgghhh!!!!" Mona menjerit di dalam kereta yang dipandu Jasmine.

"Fuck!! Fuck!!" dihentak-hentak pula dashboard tanda protes.

"Mona! Calm down please!!" Jasmine pula marah melihat Mona yang tidak tertahan emosinya.

"Dia tak nak mengaku Jes! Fuck la!! Sial betul!!"

"Itu bukan alasan you untuk bantai dia macam tu! Kalau i tak halang you tadi you mungkin dah bunuh dia!"

"Memang kalau boleh i nak bunuh dia!! Celaka punya perempuan. Muka macam nak mampus pun berani rampas laki aku!!" maki Mona.

"Sabar lah.. Kalau dia buat police report you jugak yang kena nanti." Jasmine sekadar mengingatkan.

"Damn. Damn you Hazim..." Mona merengus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience