Bab 12
Bibirnya diketap. “Semua orang sayang Jiya. Jiya tak sayang Along ke? Jiya tak sayang abah, mama, Lut dengan Daniel ke? Along tak pernah kisah dengan keadaan Jiya. Kenapa Jiya kena pendam masalah sorang-sorang? I’m your Along. Along takkan pernah tinggalkan Jiya.”
Jiya sayang semua orang tapi Jiya penat dengan dunia ni, Along. People hate me. They hate me because I’mnot perfect like them. I can’t talk like them. Dugaan yang Tuhan bagi untuk Jiya sangat berat, Along. Jiya tak mampu nak bertahan lama. Walau Jiya ada Along, abah, mama, Lut dan Daniel, Jiya tetap rasa sunyi. Hati Jiya kosong sangat.
Dia kesat air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir.
He’s my Along. He cares about me.
“Bagi Along, Jiya ni hadiah yang tak ternilai. Jiya bukan beban. Jiya sangat istimewa bagi Along. Sakit hati Along tengok adik Along terbaring selama sepuluh jam. Mama menangis tak henti-henti, Jiya. Dia takut Jiya meninggal. Jiya satu-satunya anak perempuan abah dengan mama. Jangan attempt suicide lagi. Biar kali ni jadi kali terakhir Jiya buat benda bodoh ni.”
Kata-kata yang terjah gegendang telingaku buat aku sebak.
Yes. I was being stupid for attempting suicide.
I didn’t think about others.
Along raup kasar wajahnya. Hidung dan matanya masih merah namun air mata lelakinya sudah berhenti mengalir. Dia ramas rambutnya pula sebelum perlahan-lahan mengukir seulas senyuman nipis. Aku jadi kaku. Setiap perbuatannya seolah-olah mengawal semua pergerakanku.
“Allah uji Jiya sebab Allah tahu yang Jiya mampu hadapi semua ni.”
Jeda.
Dia senyum lagi.
“Berdoalah kepada Allah. DIA selalu ada untuk kita, Jiya.”
Along bangun. Tepuk bahu aku dan berlalu pergi. Ekor mataku menghantar pemergiannya dengan seribu satu rasa di hati.
O Allah, I’ve ruined my life.
******
Langkah diseret mendekati sebuah bangku panjang di taman permainan. Aku labuhkan punggung perlahan-lahan di atas bangku tersebut. Angin pagi lembut menampar pipi. Nafas kutarik perlahan sebelum memandang beberapa orang kanak-kanak yang sibuk bermain. Senyuman tawar aku koyak. Budak-budak tu gembira dan aku sebaliknya.
Aku palingkan wajah ke sebelah kiri dan jantungku hampir luruh tatkala melihat seorang lelaki sedang duduk di atas bangku yang sama tapi ada ruang yang besar memisahkan kami berdua. Pandangan kami berlaga. Lelaki itu senyum dan aku larikan pandangan.
“Nak main sama ke?” tanya lelaki itu.
Laju saja aku menggeleng. Dia tertawa kecil. “Ingatkan nak main sama. Boleh aje kalau kau nak main. Kaukecik lagi.”
Pandanganku jatuh pada badanku. Kecik ke?
“Aku pun teringin nak main sama tapi aku besar sangat.”
…bersambung
Bab akan datang:
Adakah Najya akan bermain sama dengan budak lelaki itu?
Share this novel