VS 8

Drama Completed 85759

Bebola mata Eva bergerak-gerak dalam kelopak yang masih tertutup.
Keadaan terlalu selesa sehingga dia malas nak buka mata.
Sejuk aircond, rasa macam nak tarik selimut dan mengulungkan tubuhnya didalam.
Tapak tangan mencari-cari bantal peluk.

Pak. Pak. Pak.
Mmmm... keras juga bantal peluk ni.
Ah! Peluk je lah!
Tangan memaut dan kaki pula mengulung bantal peluk.
Selesa... sangat selesa..
Eva diamkan bola mata, cari mood untuk sambung lena.
Namun telinganya bergerak-gerak mendengar hembusan nafas yang tenang dan sekata menampar ubun-ubunnya.

Hembusan nafas aku ke? Tapi kenapa dari atas?
Hidung aku terbalik keatas ke?
Hah! Mengarut!
Buka mata kau tu Eva!

Ye la. Ye la. Aku bukak...
Taktala Eva buka kelopak matanya. Pandangan Kabur, berbalam dan sipi-sipi nampak warna coklat cair seperti kulit manusia.
Mmmm... what?!
Kulit manusia?!

Segera saraf mata hantar isyarat ke otak mintak terangkan penglihatan dengan kadar yang pantas!
Eva cepat besarkan biji mata!
Benar! Kulit manusia!
Hampir-hampir bibir Eva mencium kulit tersebut.
Kepala didongak.
Argghh! Daim!
Pantas Eva angkat tangan dan kakinya dari mengulung separuh badan Daim dan kemudian mendudukan tubuh.

Saat terasa tilam king size bergegar kuat. Daim bukak mata.
Belakang Eva yang duduk menunduk dipandang.
“Kau dah bangun?”

Eva gigit bibir.
Suara serak garau Daim menaikan kadar denyutan jantungnya saat ni.
Kepala terus tunduk, mata terpandang tali bathrobe yang hampir tercabut.
Kau buat apa malam tadi Eva?
Segera tali diikat kemas kembali.

Katil kembali melantun, Eva sedar Daim turut bangun.
Wajah automatik ditoleh. Muka Daim yang masih sugul dipandang sebelum mata Eva jatuh ke dada Daim yang separuh terbuka.
Segera wajah dipaling kembali.
Bukan tak biasa tengok, tapi mmm... ntah! Rasa janggal tiba-tiba.

Daim yang perasan mata Eva jatuh pada dadanya segera menarik bajunya untuk dicantum kembali.
Memang tak boleh la!
Sebab tiga biji butang atas kemejanya putihnya tercabut, mungkin tarikan yang kuat dari Lukas malam tadi.
Mata kembali pandang belakang Eva yang masih tunduk.
Segera badan Daim di esot ketepi dan turun dari katil.

“Kau dah okay ke Eva?”
Daim mendirikan tubuhnya di birai katil.

Sekali lagi Eva toleh wajah dan diangkat sedikit supaya mata memandang Daim.
Kepala diangguk sebelum bola matanya jatuh kembali pada dada kekar Daim yang terbuka.
Aish! Kalau ye pun gantang! Tak yah lah tunjuk lebih-lebih!

Eva mengesot badan ke kanan dan menurunkan badan dari katil sebelum kaki turut berdiri.
Dia kini dah terpisah dengan tubuh Daim oleh katil king itu.
“Aku masuk toilet, basuh muka.”
Eva masih tunduk. Kaki perlahan ingin menuju ke bilik air.

Daim lirik jam ditangannya. Dah pukul 6 pagi.
“Eva.”

Kaki Eva beku tiba-tiba, saat namanya diseru lagi oleh Daim. Badan tak dipusing.

“Aku nak keluar, cari Zizie, kau lock pintu.”

Cepatnya... Eva kendur bahu.
Eh! Eh! Kau dah kenapa bebulu sangat ni Eva?
Perlahan badan ditoleh dan mengikut Daim yang dah melangkah ke pintu.

Sampai di daun pintu, tangan Daim memegang dan bersedia menolak tombol kebawah untuk membuka.
Namun wajah dipaling sebentar kepada Eva yang rapat dibelakangnya.
“Make sure kau lock pintu, jangan buka selagi kau tak dengar suara aku atau Zizie.”

Eva angguk malas.
Boleh tak kau jangan keluar lagi Daim?
Rambut blonde disua kebelakang.
Tubuh Daim terus dipandang.

Saat pintu dibuka...

Click! Click! Click!

“Encik Daim ada dalam bilik Cik Eva sepanjang malam ke?”

“Apa Encik Daim buat dalam bilik ni dengan Cik Eva.”

“Dengar kata Encik Daim mabuk dan bersama dengan Cik Eva sepanjang malam, betul ke?”

“Cik Eva boleh jawab, apa hubungan Cik Eva dengan Encik Daim sebenarnya? Sebab kami tak nampak korang macam bestfriend.”

Kelipan lampu dari pelbagai jenis kamera selang hanya 0.09 saat ditambah dengan tusukan soalan yang tak sempat dilihat dari siapa, membuatkan Daim dan Eva terpacak beku berdiri di muka pintu bilik yang dah terbuka luas.

“Cik Eva, kami dengar Cik Eva bakal mendirikan rumah tangga dengan Lukas Abraham. Adakah itu benar? Atau sekadar menumpang populariti Lukas Abraham?”

Daim dan Eva masih jadi pasangan patung Barbie yang membiarkan wataknya di tonton oleh lebih kurang bebelas orang wartawan diluar pintu bilik.

“Excuse me. Excuse me!”
Zizie yang datang entah dari mana, menolak-nolak wartawan ketepi sebelum tubuhnya bolos kedalam bilik.

Jelingan tajam diberi kepada Daim dan Eva, sebelum badannya berpusing menghadap wartawan yang masih diluar.
“Ini semua salah faham, mintak abang dan kakak keluar dulu. Nanti Cik Eva bagi statement ye.”
Bibir Zizie dilebar senyum dan perlahan pintu dibuka sambil tangan melambai mesra.

Apabila daun pintu benar-benar tertutup, tangannya menolak kuat selak supaya pintu benar-benar ketat terkunci.

Pantas Zizie pusing badan. Mata dibulat besar memandang Daim dan Eva yang masih kaku. Kedua tangan dipanggung ke pinggang.
“What are both doing hah?!”

Bola mata yang ditempek contact lense warna Glossy Ivory, jatuh pada tubuh Eva. Jari telunjuk diangkat.
“Bathrobe?”
Tangan pegang dahi sebentar. Sebelum melirik kepada Daim pula. Sekali lagi jari telunjuk diangkat gedik!
“And your shirt? Rabak?”
Kali ni jari Zizie ketuk-ketuk tengah dahinya.

“Dead! We bakal mati Eva!”
Pitching Zizie yang terkepit ditinggi kan.
KTak! KTak! KTak!
Kasut tumit tingginya berbunyi nyaring waktu dihentak ke lantai marmar.
“Aaaa... sakit kepala i tahu tak....”

“Zizie, kau dah salah sangka, aku dengan Daim tak buat apa-apa.”
Eva tergagap menjawab, bukan takut dengan Zizie.
Tapi seram dengan wartawan yang masih mengerumuni di luar bilik.

Serta merta hentakan Zizie berhenti, mata memandang Eva sebelum bertukar kepada Daim.
“Tak buat apa-apa? Tapi baju jantan tu terbuka besar?”

Zizie merapati tubuh Eva, rambut blonde wanita itu diselak kebelakang bahu.
“And! what is this? You ingat i tak notice dengan love bite ni?!”

Love bite?
Eva sentuh leher kirinya.
Memang rasa perit.
Love bite kejadahnya!
Ini Setan bite from Lukas Abraham! Shit!
“Zizie.. listen, last night i almost raped by....”

“Raped from who?” Zizie pangkah ayat Eva.
“You berdua je dalam bilik sampai pagi. Ini bukan kes rogol Eva. Ini kes Rela! If you all tak tahan sangat, kenapa tak buat kat rumah je? Kenapa mesti malam tadi dan kat hotel ni pulak tu!?”

Ini dah lebih!
Pantas Daim cekah dagu Zizie dengan sebelah tanganya dan menolak tubuh separuh wanita itu hingga melekat ke dinding.
“Mulut kau jangan nak hancing sangat Zizie! Jangan kau nak sama kan Eva dengan pelacur murahan macam kau!”

“Argghh!”
Zizie meronta-ronta minta dilepaskan, tangannya menguis-nguis lengan tegap Daim dari terus memicit pipinya.
Belakang kepalanya turut pedih bila ditekan kuat ke dinding keras.

Eva turut menghampiri mereka, lengan Daim ditarik.
“Stop it Im...”

“Aku tak kisah kau nak kutuk aku, tapi aku pantang kalau kau tuduh Eva bukan-bukan!”
Cengkaman pada dagu dan pipi Zizie dikuatkan sehingga tubuh Nyah itu sedikit menjengkit dari lantai.
Wajah Diam dah berkerut, rahangnya terangkat-angkat menahan marah.

“Im.. cukup lah....”
Sekali lagi Eva merayu, jiwanya dah penat dengan perbalahan dari malam tadi lagi.
“Lepaskan Zizie, kita bincang elok-elok.”

Daim menoleh kearah Eva, bola matanya dibesarkan.
“Nak bincang apa, kalau bapok ni langsung taknak dengar cerita kau Eva!”
Wajah Daim kembali memandang Zizie, namun kedua tapak tangan Eva pantas mencapai pipi Daim supaya kembali menoleh kearahnya.

“Im! Kau belasah Zizie pun, benda ni takkan settle! Lepas kan dia! Sekarang kita cari jalan untuk keluar dari bilik ni.”

Daim merengus.
Apabila Pipinya di leraikan dari tangan Eva.
Pelahan cengkaman pada wajah Zizie turut dilepaskan.

Eva tarik nafas panjang, tubuh Zizie yang dah tertunduk-tunduk batuk dipandang tajam.
“Zizie! Aku nak kau bawa keluar aku dan Daim dari sini! Jangan sampai wartawan tahu! Kau cari lah helah macamana pun asal kan kitaorang boleh keluar.”

“Huk! Huk!”
Zizie masih terbatuk-batuk sambil memegang lehernya yang masih perit.
“Apahal i pulak yang kena fikir ways? Ini salah you all kan.”

“Eh! Bapok ni!!! Melawan ye!”
Laju buku lima Daim diangkat tinggi.

“Arrgghh!!”
Zizie memaling muka sambil menutup wajahnya dengan tapak tangan.
Takut jika penumbuk Daim singgah pada hidung palsu nya.

“Im!”
Eva turut menyeringai pandang Daim. Mata menyuruh lelaki itu menurunkan penumbuknya.

Sekali lagi Daim merengus kuat!
Ekor mata tajam memandang Zizie..

Eva menghampiri Zizie.
“Zizie! Kau ambik baju aku kat bilik kau. Lepas tu kau datang sini balik. Telefon kau bagi kat aku! Aku nak call papa! Kita cuba cari jalan keluar dari sini.”
Eva picit tepi dahi sebelum meneruskan ayatnya.
“And on more think, kau call customer service mintak diorang panggil guard untuk halau wartawan kat luar.”

Kenapa aku?
Kau yang gatal sangat dengan Daim sengkek tu kan?!
Zizie merengus kuat sebelum menghulurkan telefonnya kepada Eva.
Clutch gold shine dikepit kesisi sebelum berjalan laju keluar dari bilik.

Telinga Daim dan Eva sempat menangkap riuh diluar, taktala pintu dibuka.

Segera Eva menghampiri pintu dan menutupnya semula dengan kemas.
Wajah diraup beberapa kali.

Katakan semua ini mimpi!
Punggung Eva dihenyak ke hujung katil.

Daim dah menghampiri tingkap besar memandang suasana riuh dibawah Vistana Hotel.
Kedua tangan dimasukan ke dalam poket sebelum keluhan dilepas perlahan.

Eva lirik sisi tubuh Daim ketika mendengar nafas lelaki itu ditarik dalam.
“I’m sorry Im.. aku tak tahu ada wartawan kat luar.”

Daim tak pandang Eva. Mata masih turus kebawah dari tingkat 15.
“Kita keluar dulu dari bilik ni, then we decide what going next.”

Sekali lagi Eva raup muka.
Walau dari sisi, dia dapat melihat wajah serius milik Daim.
Hati kian gusar.
Entah siapa yang memberitahu wartawan tentang mereka berdua, masih menjadi tanda tanya.

*****

Eva tiba di bangunan pejabat milik papanya bersama Daim setengah jam selepas Mansor dan Dahlia tiba.

Setelah mengetahui apa yang terjadi pada Eva. Mansor mengarahkan anaknya untuk tidak pulang kerumah kerana dirumah mereka turut di kerumuni beberapa orang wartawan yang ingin mendapakan berita paling pantas dan sensasi.

Eva dan Daim akur.

Clara turut memecut keretanya dari lapangan terbang sesaat selepas Daim menelefonya pagi tadi.
Sepasang baju dibeli untuk Daim sebelum dia sampai di Bangunan pejabat milik Mansor.

Semua berkumpul didalam bilik Mansor termasuk Zizie.
Hatinya terus bengkak mengenangkan kes Artisnya itu.!
Kalau Eva ditangkap berdua dengan Lukas, takpe jugak!
Boleh kahwin terus!
Ini dengan mamat sengkek tu! Puih!
Mana ada class!
Pulak tu, boleh senang-senang Eva tuduh Lukas cuba rogol dia?
Sedang kan Lukas sendiri menyatakan dia ingin pulang awal sebab beban kerja yang masih tertinggal.

Bila kejadahnya Lukas masuk bilik Eva? Zizie pun tak pernah bagi tahu mana bilik Eva?!

Zizie merengus. Pandangan masih kelat memandang Daim!

Dari dulu dia memang tak suka jantan tu!
Mengada sangat!
Suka nak dekat dengan Eva.
Tak sedar diri tu hanya stuntman suam-suam je!

“Uncle, Im bersumpah yang Im tak buat apa-apa yang tak elok pada Eva.”

Mansor yang duduk di kerusi masih tunduk menampung dahi diatas meja. Kepala diangguk perlahan.

Eva yang duduk disofa bangun dan menghampiri Mansor.
“Papa.. percaya dengan Im dan Eva..”
Lengan tua itu disentuh.

Mansor angkat wajah, lantas lengan Eva di kait.
“Papa percaya pada Im dan Eva. Cuma papa terkilan kenapa Lukas buat macam tu kat Eva? Kalau Im terlambat sikit, papa tak tahu apa terjadi pada anak papa.”

Mansor geleng kepala. Pipi anaknya disentuh perlahan.
Eva satu-satunya anak Mansor dan Dahlia. Sudah tentu dia ditatang dengan penuh kasih sayang.
Mentelah Eva tak banyak buat hal, semua kata-kata ibu bapanya sebelum ni, dituruti.

Dahlia yang dari tadi diam turut bangun dan menghampiri Eva.
Bahu anaknya disentuh, perasan tanda merah yang melekat pada leher kiri Eva.
Tergamak betul Lukas buat macam tu pada anaknya!
“Mama pun percaya pada Eva. Mama kenal anak mama siapa. Mama tahu Eva dan Daim tak salah.”

Zizie yang dari tadi hanya menjadi pemerhati turut bangun. Keluhan dilepas sambil tangan disilang ke dada.
“Eva.. i still tak percaya Lukas buat macam tu pada you. Lukas didn’t know where your suite. Lagipun Lukas sendiri cakap dengan i yang dia nak balik lepas habis majlis opening. I sendiri tengok dia keluar dari Ballroom Eva.”

Clara geram! Badan didirikan sebelum tangan turut menyilang didada. Pose diberi ala-ala Nyah tu!
“Kau tengok Lukas keluar dari Ballroom je?! Kau tak follow Lukas lepas tu? Kau tahu tak jantan tu pergi mana lepas keluar dari event tu?”

Dari masuk pejabat Mansor tadi, Clara memang tak berkenan dengan cara Zizie yang asyik nak salahkan adiknya.

Pandangan Zizie menyeringai kepada Clara sebelum wajah dihadap semula kepada Mansor.
“No.. i just say.. ni semua tak logic. Lukas is honourably man, and all know. His a lawyer. Takkan dia terfikir nak buat benda macam tu kat Eva. Lagipun Eva dan Lukas dah buat preparation for they wedding kan. Better uncle siasat perkara ni. I know well who is Lukas Abraham”
Sekilas bola mata ivory gloss ciplaknya dijeling kepada Daim sambil mulut diherot ketepi.

Kini hati Dahlia pula panas. Kedua tangan dicekak ke pinggang.
“You know Lukas yang baru beberapa tahun dengan Eva. But untie know my daughter almost 30 years! Zizie cakap seolah-olah Eva menipu! Untie tak boleh sabar tau. Eva takkan menipu untie dan uncle”

Zizie kendur bahu. Langkah perlahan diatur ke Dahlia.
“I’m sorry untie, Zizie just nak Eva story kan hal sebenar. Yang pasti jangan nak tuduh Lukas macam-macam. Untie tahu, kalau perkara ni viral. Kerjaya Eva akan lingkup. Semua peminat dia akan lari. Eva boleh hilang job sebagai best actor.”

“Aku tak kisah kalau Eva hilang peminat atau hilang kerjaya dia! I have big company yang boleh support Eva sampai tujuh keturunan dia! Kau siapa nak tentu kan masa depan anak aku?”
Mansor turut bangun lantas merengus kuat. Semua yang ada dalam bilik tu diam melihat aksinya.

Tapi bukan Zizie...
Dia masih tak puas hati.
“Uncle.. dengar dulu cakap Zizie.. uncle pun tahu kan zizie sayang kat Eva.. Zizie care Eva dah macam adik Zizie sendiri.”
Sengaja dibuat suara sayu mintak belas. Mulut dicebik-cebik seolah-olah nak nangis.

“Kalau kau care Eva! Takde nya kau tinggal Eva sampai satu malam. Mana kau pergi semalaman? Menyundal dengan sama spesis?!”

“Kak Clay.”
Daim pegang bahu Clara. Dia tak mahu Clara masuk campur. Kakaknya itu kalau dah berbunyi memang payah nak didiamkan.

Clara dongak pandang adiknya.
Sumpahan kata pada Zizie masih tak habis.
Mulut gatal nak berbunyi lagi!

Zizie dah cemberut muka. Pandangan sinis diberi kepada Clara.
Such a low person!

Terdengar keluhan dari Eva sebelum dia bersuara.
“Zizie, i think you better go. This is family problem.”
Tenang ayat Eva, walaupun hatinya perit bila Zizie tak percaya akan kata-katanya.

Zizie merapat pada Eva. Bahu wanita itu disentuh.
“But i’m your PA Eva. I should know everthing.”

“PA is not family Nyah..”
Clara jungkit bibir. Menyampah!

Sekali lagi Daim tepuk bahu Clara. Mintak diam.

Zizie melangkah kembali kepada Clara.
“And who are you? You pun takde kena-mengena dengan kes ni.”

Clara dabik dada. Wajah disenget keatas, mata tetap pada Zizie.
“Hello nyah! Me is Daim’s sister! Only family of Daim Akli, scandal yang tengah hot dengan Eva Natasha sekarang ni! Of cause i kena involved dalam case ni! You. Spesis kunyit! Sangat tak dialu alu kan dalam hal ni! Keluar!”

“Akak!”
Daim bulat mata pandang Clara.
Mulut perempuan ni dan macam bontot ayam! Kalau dah mula bercakap memang taknak berhenti!.
Haish!

“Untie pun fikir baik kau balik Zizie. Pasal Eva biar untie dan uncle uruskan.”
Kini Dahlia juga bersuara menenangkan keadaan. Dia setuju dengan kata-kata Clara. Tapi takkan nak turut jugak gaduh macam budak-budak.

Zizie tarik muka. Clucth gold shine yang berada ditangannya dibawa ke sisi.
Dengan langkah mengepit, dia keluar dari pejabat milik Mansor.
Sebelum tubuh habis melepasi pintu, sempat matanya menghadiahkan jelingan pada Clara.
Watch you!

Clara cebik bibir, faham.
Huh! Ingat aku takut ke Zizie Pondan?!

Mansor mengeluh lagi bila kelibat Zizie hilang. Kepalanya yang sakit makin bertambah sakit bila tengok lengok Zizie yang melantun gedik tu. Kalah penyanyi kaberet!
“Buat masa ni, papa nak Clara dan Daim jangan balik rumah dulu. Papa akan arrange satu tempat untuk korang sembunyi sementara berita ni kembali sejuk.”

Mansor melihat wajah sugul anaknya.
“And Eva... papa nak jumpa family Lukas.”

“But..”
Eva mati ayat..

Mansor geleng kepala.
“Papa akan settle kan hal ni. Papa akan bersemuka sendiri dengan family Lukas. Papa taknak Eva ikut sekali.”

Kali ni pandangan Mansor dilirik pula kepada Daim yang berdiri bersebelahan Clara.
“Daim.. uncle rasa kita perlu berbincang”

Daim telan liur.

Memandang mata Mansor seolah-olah mendengar arahan dari seorang papa.

Jantung makin sesak!

******
Tambahan sikit..

follow my ig @tengkuhida

kat situ wee muncul kan watak-watak Daim dan Eva yang sebenar
mungkin kalau korang tengok dan baca akan lebih feel lagi ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience