Bab 87

Romance Completed 207871

Intan mendahului langkah, diikuti Carlos dan Fahmi di belakang. Tiba-tiba lengan Carlos dicuit Fahmi, tertoleh Carlos ke sebelah.

"Tu bukan Tuan Rahman ayah Puan Intan ke?" soal Fahmi pada Carlos sambil pandangan dihalakan pada dua orang lelaki sedang berjalan menuju ke arah tempat letak kenderaan.

"Betullah tu, dengan pemandu" jawab Carlos sambil kepala dianggukkan sedikit.

"Tuan Rahman datang sini jumpa siapa?" soal Fahmi pula. Kedua-dua saling memandang, seperti tahu saja tetapi tidak terluah dengan kata. Kedua-dua mereka meneruskan langkah Intan di hadapan hingga tiba di hadapan lift.

Pintu lift terbuka dan laju meloloskan diri masuk. Agak ramai orang yang ada di dalam lift, Carlos pantas berdiri di hadapan Intan manakala Fahmi pula di sisi kiri manakala kanan Intan dinding lift. Intan memberikan senyuman sebaik Carlos menoleh ke belakang.

Ting

Pintu lift terbuka, laju langkah kaki diatur. Lemas juga berada di dalam lift yang ramai penumpang. Intan berjalan laju bersama beg kertas di tangan.

Daun pintu ditolak, Intan melangkah masuk bersama Carlos manakala Fahmi menunggu di luar. Sebaik melangkah masuk, dapat dirasakan ada sepasang mata seseorang yang amat Intan cintai tajam memerhatikan tingkahnya. Marah la tu. lambat sikit je pun..

"Hai abang.." sapa Intan lalu tangan kanan Caden dicapai dan dicium kekuranya.

"Kau bawa Afrina ke mana?" soal Caden sambil menjeling pada Caden. Salam Intan disambut dan tangan Intan ditarik. Tahu sangat, nak suruh duduk menempel tepi dia la ni. Ingat katil hospital ni besar macam katil kat rumah agaknya. Caden.. Caden.. macam budak-budak.

Ketawa Intan dengan ulah Caden. Sudah faham sangat dengan perangai kuat jealous Caden tu.

"Aku bawa pretty kahwin lari kat Siam.." selamba Caden menjawab sambil meletakkan suratkhabar di meja sisi di tepi katil. Tersungging senyum di bibir Intan mendengar ayat Carlos. Menjeling Caden pada Carlos.

"Sorry lambat, sayang minta Carlos singgah kubur mak, dah lama tak ziarah. Hm.. nanti bila abang dah sihat, sayang bawa abang jumpa mak ye" kata Intan sambil memberikan senyuman manis pada Caden.

"Ha, dengar tu.. takut sangat aku bawa lari isteri dia. Okaylah pretty, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, call saya okay" pesan Carlos lalu membuka langkah untuk keluar dan apabila tiba di hadapan pintu bilik, Carlos menoleh ke belakang.

"Aku nak keluar ni, manjalah puas-puas dengan isteri kau tu" ejek Carlos. Memerah wajah Caden, Intan pula sudah ketawa melihat perangai dua sahabat ni sambil menggeleng kepala.

"Suka la tu.." kata Caden sambil hidung Intan dicuit. Terkekek ketawa Intan lalu bibir Caden disapa lembut. Caden terus menarik Intan rapat, lama bibir mereka bertaut hingga Caden sendiri melepaskan.

"Rindunya dengan sayang..." ucap Caden sambil kedua tangan naik memegang pipi Intan.

"Abang ni.. semalam kan baru jumpa." balas Intan. Caden pula masih lagi memandang wajah Intan dan jemarinya mengurut lembut hujung bibir Intan. Perlahan ditarik wajah itu menghampirinya semakin rapat.

"Argh..." jerit Caden tiba-tiba. Terperanjant Intan, tegak terus duduknya.

"Abang, kenapa? sakit kat mana?" soal Intan sambil memeriksa tubuh Caden. Jangan la nak tambah sakit lain pula, yang ada ni pun belum sembuh lagi. Dalam sibuk menilik, dilihat Caden sedang memegang perut bekas tembakan. Alamak.. mesti tangan aku tanpa sengaja menekan di situ. Intan sudah berkata dalam hati.

"Sorry" tutur Intan bersalah sambil mengusap perlahan tempat luka. Bimbang akan terbuka semula.

"Abang ni.. dah tau sakitkan, tak boleh nak sabar" marah Intan. Eleh.. kau pun sama melayan..

"Tak tahan.. sayang cantik sangat pakai baju kurung macam ni. Nampak macam perempuan melayu terakhir" gurau Caden sambil melemparkan senyuman.

"Main-main dia ni tau. Tunggu sihat dulu, satu hari tak keluar bilik pun sayang sanggup" laju Intan menjawab dan kemudian pantas tangan naik menutup mulut dengan mata yang terbuka luas. Alamak, habis lah kalau Caden tuntut janji.

Caden yang mendengar, bulat matanya. Muka gatal terus ditayang bersama senyuman miangnya tu. Menjeling Intan.

Tiba-tiba wajah Caden berubah mendung dan jemari Intan ditarik dan dibawa ke atas ribanya. Dah kenapa pulak tiba-tiba nak mendung ni..

"Sayang.. kalau abang mati, abang hanya benarkan sayang kahwin dengan Carlos, bukan orang lain" tiba-tiba Caden bersuara.

Tertoleh Intan pada Caden dengan dahi berkerut.

"Abang cakap apa ni? tak sukalah! nak sangat ke mati!" marah Intan dan mahu turun dari katil tetapi pantas Intan memeluk pinggangnya.

"Sayang.. bukan macam tu, abang.."

"Abang ni, yang kena tembak di perut, takkan saraf otak pun cedera sekali! tiba-tiba cakap pasal ni dah kenapa?" marah Intan lalu bangun dan ingin turun dari katil. Pantas Caden memeluk semula pinggang Intan. Kuat Intan mendengus sambil berpeluk tubuh.

"Malam tu kalau abang tak panjang umur, abang restu.." Caden masih lagi bersuara.

Laju Intan memusing tubuh mengadap Caden, tajam pandangan mata Intan. Caden yang melihat dah terkelip-kelip mata, tertelan liurnya.

"Dalam hati sayang ni, hanya ada nama Caden Anaqi saja. Tak ada nama lain. Dah penuh pun dengan nama tu! jadi jangan pandai-pandai nak tambah nama orang lain pulak!" keras sahaja suara Intan. Terdiam Caden mendengar kata-kata Intan.

Intan kemudian membuka bekas makanan yang dibawa tadi dan menceduk bubur nasi yang diminta Caden semalam ke dalam mangkuk. Kasar saja perbuatannya, marah. Marah-marah sayang..

Hm.. Masih panas bubur nasi itu. Disudukan sedikit dan ditiup supaya sejuk, marah-marah pun masih dilayan karenah Caden yang sakit. Sesuap, dua suap hampir separuh bubur nasi dimakan Caden. Doktor Aina telah berpesan, Caden hanya boleh mengambil makanan yang lembut bagi memudahkan proses penghadaman. Mujurlah luka tidak kena pada organ penting.

"Sayang.. tadi ayah sayang datang" tutur Caden perlahan. Terhenti pergerakan tangan Intan.

"Ayah nak apa?" soal Intan, keras sahaja bunyinya. Tapi Caden masih diam cuma memandang Intan tanpa berkelip.

"Abang jangan sesekali nak tunaikan permintaan ayah, kalau abang ceraikan sayang, tau la apa sayang buat. Sampai lubang cacing sayang cari abang!" pesan Intan.

"Sayang.. abang.."

Pap

"Tak payah banyak cakap, makan ni" laju Intan menyuap bubur pada mulut Caden. Terkelip-kelip mata Caden, nasib baik la tak tercekik. Padanlah dengan muka kau Caden, dah tau Intan tak suka sebut pasal hal ni, kau sibuk juga nak bercerita.

Intan tau, pasti ayahnya mahu berbincang mengenai perkara itu. Kejam sungguh rasanya, Caden masih belum pulih sudah ditanya mengenai perkara itu. Intan tidak sanggup nak mendengar permintaan ayah yang satu itu. Lepas ini jikalau ayah datang berjumpa dengannya mahu berbincang mengenai perkara itu, jangan harap dia akan setuju.

Terdiam Caden mendengar kata-kata Intan, dalam masa yang sama dia bersyukur yang Intan juga punya rasa yang sama. Tapi memang dia tiada langsung terlintas mahu ceraikan Intan, Intan cinta matinya.

Tiba-tiba daun pintu ditolak dan muncul Carlos. Carlos memandang Caden sambil mengangguk sekali dan kemudian daun pintu ditutup semula. Waktu itu Intan sedang mengambil minuman untuk Caden.

"Sayang.." panggil Caden lagi.

"Apa lagi abang ni?" soal Intan tidak puas hati sambil berpusing mengadap Caden. Caden hanya tersenyum.

"Ada orang nak jumpa sayang" kata Caden lalu gelas air dari tangan Intan diambil.

"Siapa?" soal Intan pelik. Tidak lama daun pintu terbuka sekali lagi. Intan menoleh ke arah pintu.

"Lucc?" soal Intan. Terkejut dia dengan kehadiran yang tidak dijangka itu. Lucc hanya tersenyum sambil melangkah merapati Caden di sebelah kiti katil.

"Sorry, aku lambat datang jenguk kau. Ada urusan kena uruskan" ucap Lucc sambil tangan dihulur pada Caden.

"It's okay" jawab Caden sepatah sambil salam disambut.

"Den, aku minta maaf, sungguh aku tak sangka Alice akan bertindak sampai sejauh ni" ucap Lucc bersungguh sambil memandang Caden yang sedang bersandar di kepala katil. Simpati pada Caden kerana tindakan Alice, mujurlah umurnya masih panjang.

Caden hanya mengangguk. Tipulah kalau dia tidak marah dengan tindakan Alice tapi perkara sudah berlaku, nak marah pun dah tak guna.

"Hm.. sayang pergilah, Lucc nak berbual dengan sayang" kata Caden pada Intan yang sedari tadi senyap di sisi Caden. Intan toleh pada Caden. Caden angguk sekali.

Intan bangun lalu mengambil beg tangannya.

"Abang, sayang keluar sekejap, ada apa-apa abang call sayang cepat-cepat tau" pesan Intan pada Caden sambil pipi kanan Caden diusap.

"Den, thanks benarkan aku jumpa Intan" ucap Lucc pula dan kemudian melangkah ke arah pintu lalu daun pintu dibuka untuk Intan mendahului langkah.

Bibir merelakan tapi hati sakit tak tertahan. Caden hanya memandang figura keduanya hilang disebalik pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience