BAB 19

Family Series 2595

Fahmi dan rakan-rakannya berjumpa dengan Halim Tokan di rumahnya. Halim Tokan ternampak Fahmi berjalan dengan terhincut-terhincut sambil memegang perutnya yang sakit dipapah oleh dua rakannya yang lain.

"Aku suruh bawak dia kan? Kenapa kau tak bawak dia nih. Apasal kau balik dengan sakit-sakit macam nih?" kata Halim Tokan.

"Bos. Kitorang dah cuba nak bawak dia. Tapi tak tahu lah macam mana abang dia datang nak serang kitorang. Yang dapatnya penumbuk dari abang dia" kata Fahmi.

"Lahai...apasal korang tak lawan balik tadi. Yang kau pun Fahmi dah kena pukul terus lari kenapa" kata Halim Tokan.

"Dia terlalu kuat bos. Bos sendiri tengok lah dia tumbuk Fahmi bukan main kuat lagi. Tu yang kitorang tak berani nak melangkah depan. So kitorang cabut lari lah" kata salah seorang rakan Fahmi.

"Jahanam si Ad nih. Habis macam mana sekarang nih?" kata Halim Tokan.

"Kita cari dia balik lah dekat Subang tuh. Dia tuh duduk kat hotel sebab takut dia kena cekup polis. So inilah peluang kita" kata rakan Fahmi. Halim Tokan mengangguk.

"Jangan. Aku tahu dia dekat mana. Tapi kita tak tahu jangkaan macam mana nanti" kata Fahmi sambil duduk kepenatan di atas sofa.

"Dia dekat mana. Betul jugak kan. Kau tu baru kena pukul. Kalau kita cari dia esok. Mungkin dia dah larikan diri. Susah nak cari dia lepas nih" kata Halim Tokan.

"Minggu lepas dia pernah borak dengan aku, dia kata dia nak balik kampung sebelum raya. Berapa hari bulan seingat aku dia kata dua hari sebelum raya. Bermakna mungkin esok atau lusa dia balik kampung. Apa kata kita follow dia and jangan bagi dia keluar dari negeri ini. Kalau dia dapat lari susah kita" kata Fahmi.

"Takper. Korang buat la apa yang korang nak buat. Aku nak dia hidup-hidup. Jangan bagi dia keluar dari sini. Kalau dia tak nak ikut baru kau buat kerja kau" kata Halim Tokan.

"Faham bos. Kitorang balik dulu. Esok kitorang cari dia" kata salah seorang rakan Fahmi. Rakan-rakan Fahmi berlalu pergi. Fahmi bangun perlahan-lahan dari kerusi dan berjalan meninggalkan tempat itu.

"Fahmi, aku nak kau siasat siapa abang dia. Abang dia yang tumbuk kau kan? Kau cari siapa Farhad sebenarnya. Kalau esok tak dapat dia jugak kita pakai cara lebih kasar" kata Halim Tokan sambil tersenyum.

"Baik bos. Aku rasa abang dia macam dah kenal kita. Semua gerak geri dia dah tahu. Aku rasa kita kena lebih berhati-hati" kata Fahmi.

"Takper. Yang penting aku nak dia jugak. Diorang takkan senang-senang nak bawak benda ni ke polis. Sebab dia kan penyebab kawan-kawan dia mati. Hahahaha" kata Halim Tokan sambil gelak.

Sementara itu, Encik Shuhaimi, Puan Yusnita dan Faridah baru pulang dari majlis berbuka puasa bersama staf-staf pejabat di Kuala Lumpur. Faridah sedang duduk termenung menghadap tingkap kereta.

"Ida termenung je tengok tingkap kereta tu kenapa. Tengah berangan apa tuh" kat Encik Shuhaimi yang sedang memandu kereta.

"Eh takde apa lah ayah. Mana ada Ida berangan. Ida rasa mengantuk pulak tadi makan time berbuka banyak sangat heheh" kata Faridah.

"Ida. Ayah tahu apa yang kau berangan tuh. Kau fikir pasal tengah hari tadi ke? Kamu gagal trial SPM ke Ida?" soal Encik Shuhaimi kepada Faridah.

Faridah diam sahaja. Dia seperti sudah mengagak apa yang ayahnya akan cakap selepas nih.

"Hm ayah aku ni mesti dibebelnya kat aku" kat Faridah dalam hati.

"Macam mana kau boleh gagal? Kau tak study ke selama exam minggu lepas? Main handphone ke kamu nih?" tanya Encik Shuhaimi.

"Mana ada ayah. Ida study kan. Takkanlah Ida tak study pulak asyik main fon je. Masalahnya soalan trial semuanya susah. Hampir kawan-kawan Ida gagal trial SPM ni ayah. Sebab soalan susah sangat" kata Faridah.

"Ida. Kawan-kawan Ida tu pun kalau gagal itu diorang punya hal. Ni Ida macam mana boleh gagal? Kalau study takkanlah boleh gagal Ida" kata Encik Shuhaimi.

Faridah terdiam sahaja. Dia memuncungkan bibirnya sahaja.

"Mama kata kau ada menipu dia. Duit yang kau mintak semalam kata guna buat bayar seminar SPM tapi kamu buat shopping semalam dengan kawan kamu kan. Kenapa kamu tipu mama? Tengah bulan puasa ni kamu boleh tipu mama?" kata Encik Shuhaimi.

"Mana ada ayah. Bukan niat Ida nak tipu tapi Ida terpaksa. Ida takde masa nak keluar pergi Damansara sebab tu lah Ida terpaksa pergi keluar shopping dengan Syira lepas sekolah. Lagipun ayah kan selalu kerja. Mama pun sibuk dengan kerja rumah kan" kata Faridah.

"Ida. Kalau kau nak something ke apa-apa mintak jelah dengan ayah dengan mama. Bukan ayah tak bagi tapi Ida kena lah sabar. Ayah kan banyak kerja dekat office. Mama pun banyak kerja dekat rumah. Malam jelah mama boleh rehat kan. Kau bersabar jelah Ida" kata Encik Shuhaimi.

"Mama dengan ayah dah bincang. Mama memang nak hantar kau pergi tuisyen kat pusat tuisyen Aunty Khalira tuh lepas raya nanti. Mama nak kamu study mata pelajaran yang kamu selalu gagal dalam exam" kata Puan Yusnita.

"Aduh mama. Kan Ida dah cakap tuisyen tu mahal. Lagi satu kat tuisyen mana ada kawan. Kalau ada pun dari sekolah lain. Ida segan lah" kata Faridah.

"Ayah bayar tuisyen tuh. Biar mahal janji ayah dengan mama nak tengok kau berjaya. Niat kamu belajar untuk kamu berjaya. Dah jangan fikir semua tuh. Kalau dapat kawan baru baguslah tuh. Janji ada kawan untuk study sama-sama" kata Encik Shuhaimi.

"Hmm iyelah ayah" kata Faridah.

"Sabar lah abang. Jangan marah sangat dekat Ida tuh. Tak ingat ke apa yang jadi dekat abang minggu lepas?" kata Puan Yusnita mengingati kejadian pada minggu lepas yang mana Encik Shuhaimi tiba-tiba diserang penyakit jantung kerana terlalu stres dengan anak keduanya Farhad yang membuat perangai di luar.

"Abang tak marah pun kat Ida tu Nita. Abang just nak nasihatkan Ida jer. Lagipun Ida dah tahu salah dia. Kalau kita tak tahu perkara nih dibiarkan je siapa yang tak marah Nita" kata Encik Shuhaimi.

"Yelah bang saya tahu la. Ida senyap tu entah-entah dia merajuk bang. Haih abang ni pun" bisik Puan Yusnita ke telinga suaminya.

Sampai di rumah Encik Shuhaimi, dia meletakkan kereta di dalam pagar. Faridah meminta kunci rumah dari ibunya.

“Mama, nak kunci rumah. Biar Ida masuk dulu” kata Faridah kepada Puan Yusnita.

“Kenapa pulak kau tiba-tiba nak bukak kunci rumah dulu? Bukan mama ke yang selalu bukak pintu rumah dulu. Kalau nak suruh kau, kau memang pemalas” kata Puan Yusnita.

‘’Alah bagi jelah kunci rumah tu. Ida ada urgent ni kejap pasal sekolah” kata Faridah.

“Eh budak bertuah ni. Nah ambik lah. Jangan gopoh-gapah sangat kang hancur pintu rumah nih” kata Puan Yusnita sambal menyerahkan kunci rumahnya kepada anak bongsunya itu. Encik Shuhaimi mematikan enjin keretanya dan mengeluh sendirian.

Faridah dengan muka yang ketat terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya. Puan Yusnita seperti faham dengan apa yang berlaku dengan anaknya itu.

“Abang ni berkasar sangat dengan Ida tu kenapa. Awak boleh tak bersabar? Ida tuh stress lagi pasal result dia yang gagal tuh. Dekat majlis tadi dia okey je lepastu abang pulak bagi dia tension lagi. Bagi lah Ida tu ruang kejap je. Nanti esok barulah abang cakap dengan dia” kata Puan Yusnita dengan sedih.

“Nita, bukan abang sengaja nak marah dia. Dia tuh dah buat salah kat awak jugak kan. Ida tuh dan tipu kita. Lepas tuh result dia gagal? SPM nanti macam mana Ida tuh? Abang cuma nak tolong Ida je suruh dia pergi tuisyen kawan awak tuh” kata Encik Shuhaimi.

“Dah dah la tuh abang. Ida dah mengaku silap dia kan. Dia pun dah tunjukkan slip keputusan kat saya. Ida tuh dah buat perkara yang elok. Dia dah mintak maaf dengan kita kan. Jadi abang tak payah la nak runsing lagi. Lagipun dia dah setuju nak join kelas tuisyen dengan Khalira tuh kan. Abang…baik kita fikir pasal anak kedua kita si Farhad tuh” kata Puan Yusnita.

“Buat apa lagi nak fikir pasal dia tuh Nita. Ad tuh dah menyusahkan kita semua tahu tak. Lebih baik takde dia masa beraya nanti” kata Encik Shuhaimi.

“Abang, sudah lah tuh cakap camtu kat anak kita. Abang tahu tak, Ida nak sangat beraya bersama kita semua nih. Dia nak sangat beraya dengan abang-abang dia tuh. Selama ni kita beraya tak pernah cukup salah seorang dari family kita. Abang…InsyaAllah kita boleh selesaikan masalah nih. Esok kan kita nak balik rumah mak dengan ayah” kata Puan Yusnita.

Encik Shuhaimi mengangguk faham sambil memegang dadanya. Dia dan isterinya membuka pintu keretanya dan masuk ke dalam rumah.

“Jom masuk dalam rumah. Abang rasa letih hari ini. Abang ingat dalam pukul 12 nak gerak nanti. Biar lah Fadzil gerak lepas dia balik dari kerja esok” kata Encik Shuhaimi.

“Okay bang jom kita masuk bilik pastu rehat” kata Puan Yusnita lalu mengunci pintu rumahnya dan menuju ke biliknya.

.

Ampang, Selangor – 11 malam

“Aduh bodoh betul lah bos cina tuh! Aku bukannya pemalas tak buat kerja macam apa yang bos suruh. Kerja tuh dah la complicated lepastu nak jumpa dengan clien yang menggatal pulak. Menyampah la aku tak pasal-pasal aku kena pecat dengan dia tuh” kata Azralina seorang diri sambil memandu keretanya.

Rupa-rupanya Azralina baru dipecat oleh majikannya, Miss Rachel kerana Azralina tidak menjalankan kerja dengan sepenuhnya. Apabila dia menjelaskan yang dia pernah digoda dan hampir dirogol oleh sesetengah clien sehingga dia tidak mampu meneruskan projek yang telah dirancang, majikannya tidak percaya dengan ceritanya.

Majikannya menganggap Azralina mereka-reka ceritanya kerana semua klien tidak pernah buat perkara-perkara yang tidak senonoh kepada staf-staf di bawah jagaannya. Banyak peluang yang dia berikan kepada Miss Rachel tetapi tidak diendahkan. Dia diberhentikan dan gajinya dipotong serta-merta.

Azralina meneruskan pemanduannya menuju ke rumah Reza di Ukay Perdana. Tujuannya dia mahu meluahkan apa yang berlaku sebentar tadi di pejabatnya.

10 minit kemudian barulah dia sampai di hadapan rumah Reza. Keretanya ada di dalam garaj rumah Reza. Dia menekan butang loceng rumahnya. Reza keluar dari rumahnya dan ternampak Azralina sedang berdiri di hadapan rumahnya. Dia menuju ke arah Azralina.

“You okay tak nih? Kenapa muka sedih marah je nih” tanya Reza.

“Babe..I baru berhenti kerja. Bos I pecat I tadi. Dia kata I buat kerja tak bersungguh-sungguh lepastu I selalu delay projek yang I dengan clien tuh. Itu sebab dia pecat I” kata Azralina.

“Lah yeke. Takperla bukannya kerja ni je yang ada. Banyak lagi kerja yang you boleh cari kan. Hm you tak nak balik rumah ke. Dah lewat malam nih” kata Reza.

“I nak tidur dekat rumah you boleh tak. I nak release tension. Kepala I dah berserabut gila” kata Azralina.

“Aduh tak boleh la you. Nanti orang tengok kan tak elok. Nanti jadi fitnah pulak” kata Reza.

“You dulu boleh pulak ajak I tidur rumah you dekat Seremban. Kenapa you macam tak nak je ajak I tidur rumah you pulak nih” kata Azralina.

“Tu dulu Lina. Sekarang tak sama. Eh you balik la. Esok kita jumpa. Lewat nih” kata Reza.

“Reza!! Buat apa lama-lama dekat luar tuh. Masuk cepat!!” satu suara perempuan berteriak dari tingkat atas.

“Tu suara perempuan mana tuh Reza? Dia panggil you kan? Perempuan mana tuh?” tanya Azralina. Reza diam langsung tidak berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience