CHAPTER 45

Action Series 136596

"A--awak??" Hanya perkataan itu yang terkeluar di bibirnya.

"What? Miss me, huh?" Tanya Tengku Dayyan sarkastik. Kakinya perlahan mendekati Thea. Matanya merenung tajam pada wajah yang kelihatan sedikit pucat itu.

Gulp!

Thea menelan liurnya apabila lelaki yang amat dikenalinya itu semakin menghampirinya. Wajah yang dulu itu sentiasa tersenyum, namun tidak untuk kali ini. Wajah itu secara automatik bertukar bengis. 

"Ke--kenapa awak buat saya macam ni? A--apa yang aw--awak nak dari saya? A--awak bawa saya dekat mana ni?" Bertalu-talu soalan yang keluar di bibir Thea.

Walaupun dia berada dalam ketakutan, tapi dia perlukan jawapan untuk soalan yang sedang bermain difikirannya saat itu.

Tengku Dayyan berdecit.

"Too many question, Doctor Thea."

Kerusi di hujung katil di tarik lalu diletakkan di hujung kaki Thea yang dirantai itu. Dia kemudian melabuhkan punggung di situ. Tubuh disandar selesa pada kerusi sofa sambil kaki disilangkan.

Thea memerhati setiap kelakuan lelaki di hadapannya itu. Lelaki yang dia kenal sebelum ini adalah sangat berbeza dengan perwatakan sekarang. Walaupun muka adalah sama, namun dia tidak pasti adakah lelaki itu adalah lelaki yang dia kenalinya.

"Who are you?"

Sebelah kening Dayyan terangkat apabila mendengar soalan itu. Dia tetap memandang wajah wanita itu.

"Tengku Dayyan Adam Tengku Hariez. Or you call me as Adam. Tengku Damien's brother. Or maybe should I call you, cousin?" Sinis. Ayat terakhir yang meniti di bibir lelaki itu amat sinis.

Dan sekali lagi riak terkejut terpancar di wajah pucat Thea. Kepalanya di gelengkan beberapa kali.

Tak mungkin.

"A-apa semua ni?"

Tengku Dayyan ketap rahangnya kuat. Tidak semena, dia terus menarik kuat rantai besi pada kaki Thea. Dan automatik tubih Thea tubuh terheret ke hujung katil.

Thea menahan perit pada pergelangan kakinya akibat heretan lelaki itu secara tiba-tiba.

"Arghh."

"Kau tanya aku apa semua ni?! Ten years ago, aku tak pernah dengar sekali pun Grand pa sebut nama anaknya, Tengku Hafiez. Tapi start awal tahun ni, dia mula arahkan daddy aku cari anak bongsu dia dan cucu perempuan tunggal keluarga Tengku Hakimi. You and your family ruined everything!" Jerkah Tengku Dayyan, kuat.

Matanya mula bertukar merah. Marahnya semakin memuncak bila memikirkan tentang tu.

"Sa--saya tak tahu. Papa tak ada cakap apa-apa pun pasal awak semua. Awak tipu! Tolong lepaskan saya. Please Adam.." Thea mula menangis teresak-esak.

Dia tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Semasa dia kecil, dia pernah bertanya pada papanya perihal pangkal nama papanya yang bermula dengan Tengku sedangkan namanya tiada. Namun apabila papanya memilih untuj tidak menjawab soalan itu, sehingga kini dia tidak berani untuk bertanya tentang itu.

"Itu semua sebab dia dibuang keluarga! Dan dia tak layak untuk dapat semua harta dari Grand Pa even you, Thea Hazel!"

Lengan Thea dicengkam kuat. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak. Urat disekitar itu mula timbul, menandakan kemarahannya makin memuncak.

"Please Adam. Stop it. You hurt me.. I'm begging you."

Perit. Itu yang dia rasakan saat itu. Tambahan pula perutnya terasa ngilu sejak tadi. Seluruh badannya juga bertambah sakit. 

"I'm not Adam! Yang berada di hadapan kau sekarang ni adalah Dayyan. Adam just a part of my weakness and my plan to get you, Dear. Oh ya. Before I forgot, salam takziah aku ucapkan untuk papa dan ibu kesayangan kau." Tengku Dayyan mula ketawa kuat.

Kakinya mula melangkah keluar dari bilik itu sekaligus meninggalkan Thea yang masih dalam keadaan tercengang itu.

Dada Thea berdegup kencang. Kata-kata Tengku Dayyan itu mula bermain di fikiran. Air mata yang tadi sudah kering kembali menitis jatuh ke pipi. Dia menangis namun langsung tidak keluar sebarang bunyi.

"No.. It can't be. Papa and Ibu ada dekat Malaysia. He is must be joking. Yeah.. He is.. A--awak.. please, I need you. Emeer....."

?

Bang! Bang! Bang!

Tidak das tembakan dilepaskan ke arah tiga lelaki yang berdiri tegak di depannya. Wajah itu langsung tidak menayangkan sebarang riak. Muka yang tegang itu buat semua orang yang berada di situ tidak berani bersuara atau membantah.

Masing-masing hanya menundukkan kepala.

Sejak enam jam yang lalu, kemarahan Emeer langsung tidak reda. Seluruh anak buahnya menjadi mangsa kemarahannya apabila sebaik sahaja mengetahui isterinya diculik. Lagi membuak kemarahannya apabila lelaki yang ditembak olehnya itu merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya semasa ketiadaanya.

"Find him. Bring him to me, alive. No matter what. Trace my wife's location. Guna cara apa sekalipun." Arahan diberikan. Nada suaranya kedengaran sangat keras. Satu-persatu wajah anak buahnya di pandang dengan pandangan tajam.

"Yes Sir!" Mereka terus keluar dari bilik itu bersama mayat rakan mereka yang ditembak oleh Emeer Hayyes.

Emeer terus melempar Glock ke atas meja kopi. Kevin yang sedang mengadap Macbook di pandangnya sekilas sebelum tangannya mencapai kotak rokok yang berada di atas meja bersebelahan Kevin.

Putung rokok di nyalakan lalu disebutnya kuat. Hanya itu cara untuk menghilangkan tekanan yang dirasainya saat itu. Keselamatan isterinya menjadi keutamaannya saat itu.

"Do you find anything?" 

Kevin menggelengkan kepalanya lalu menjawab "Not yet. Isteri kau langsung tak pakai barang kemas yang kau bagi pada dia. Kalau tak, senang je nak trace kedudukan dia. I need more time."

Emeer mengeluh. Pelipisnya di urut perlahan.

Sudah merata tempat dia mencari begitu juga anak buahnya. Tapi masih juga tidak dijumpai. Dia terlalu risaukan akan keadaan isterinya. Tambahan pula Thea masih belum sihat sepenuhnya. 

"I give you another 3 hours. Make sure you make it." Arahan serta amaran diberikan. 

"Damn it." Bisik Kevin perlahan.

"I know where is your wife." 

Emeer dan Kevin terus menoleh ke arah suara yang tiba-tiba sahaja muncul dari arah belakang. Melihat kelibat yang berdiri tegap di hadapannya itu, Emeer mengetap rahangnya kuat. Dia tidak tahu apa tujuan kehadiran lelaki itu. 

"What have you done to my wife?!"

Tengku Damien tersenyum sinis.

"I'm here to help you find your wife. And as a return, I need your help." Sebelah keningnya di angkat.

Dia tahu Emeer akan setuju dengan permintaannya. Hanya itu sahaja cara yang dia fikirkan adalah terbaik.

"I don't have a time to talk with you. Speak."

"My brother kidnaped your wife. Sekarang dia ada dekat rumah hutan, west city. This is the coordinate." Cebisan kertas yang tertulis koordinat dihulurkan kepada Kevin.

Emeer mula ketawa sinis.

"Your brother, Tengku Dayyan Adam. Not suprise me. Jangan cakap kau nak suruh lepaskan adik kau yang psiko tu pula." Ujar Emeer keras.

"That's what I want from you. For God sake, Emeer. Just leave him to me and my Grand Pa. We know what to do to him." 

Emeer mendengus.

"Not so easy. Kalau kau tak nak adik kau mampus dalam tangan aku, jangan bagi aku jumpa dia or else. I know what I mean. Aku tak akan lepaskan dia." 

"Thank you. I will make sure that." Kata-kata Emeer sedikit melegakan hatinya namun dia tahu, peluang untuk selamatkan adiknya daripada Emeer adalah sangat tipis.

"Another one more thing. I need yoyr help to safe my uncle and aunty, your parents in law. Dayyan hijack pesawat yang dinaiki oleh uncle and aunty. Aku harap masih belum terlambat."

Mata Emeer terbutang luas.

"Shit! Kevin, call Danial now!" 

Dan serentak itu kolar baju Tengku Damien dicengkam kuat. Matanya mencelung memandang ke arah lelaki itu. Tengku Damien terkejut dengan tindakan emeer.

"I swear. If something happened to my parents and my wife, I will not compromise to kill your brother in front of your family. Mark my word, Tengku Damien!"

Serentak itu kolar baju dilepaskan. Glock miliknya di ambil lalu dia segera keluar dari situ di ikuti dengan anak buahnya. Lokasi koordinat yang dihantar oleh Kevin dilihatnya sekilas sebelum arahan diberikan kepada anak buahnya.

You just woke the lion from sleep. Run Tengku Dayyan Adam. Run before I catch you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience