Malaysia

Romance Completed 28079

Adam dan Nadia bergerak ke lapangan terbang dengan segera. Selepas mereka makan sarapan pagi tadi mereka terus bergegas ke lapangan terbang!

"Yeay akhirnyaaaa Malaysia!!!" jerit Nadia gembira.

"Amboi bukan main suka eh balik Malaysia" kata Adam menyakat.

"Ye laa...saya rindu Alya, Sofea dan Atiffa hm...selalu video call ja" kata Nadia sambil membuat mimik muka sedih.

"Saya tak rindu laaa" sakat Adam

"Untuk apa rindu...awak dah ada depan saya ni haa" jawab Nadia sambil menjeling.

Adam ketawa besar. Haih girlfriend siapa la ni?

"Dah jom gerak. Dah nak bertolak dah tu" kata Adam.

Nadia mengikut langkah Adam. Masuk sahaja di dalam kapal terbang, Nadia terus menghubungi maknya. Rindu yang teramat! Maknya sekarang sudah habis berniaga. Waktu di London sekarang ialah 8 pagi maka di Malaysia sekarang dalam pukul 3 petang.

Tut...tut...tut

"Assalamualaikum... Nadia" panggil emaknya.

"Waalaikumusalam" jawab Nadia.

Semasa di London, dia telah menelefon emaknya. Pada awalnya emaknya tidak mengenalinya kerana telefon inikan Alya and the gengs beli. So maknya belum tahu. Selepas diceritakan mengenai telefon itu barulah emaknya mengenalinya.

"Emak sihat? Ni Nadia nak beritahu yang harini Nadia akan bertolak balik ke Malaysia." kata Nadia ramah.

"Sihat alhamdulillah. Oh ya ka. Emak doakan kamu selamat tiba di Malaysia. Macam mana selama ni tinggal di London?" tanya emak Nadia. Nak telefon setiap hari bil telefon mesti melambung.

"Sejuk sikit tapi besttt...banyak tempat cantik. Nanti bila Nadia dah kaya...Nadia akan bawa emak dan abah ke sini!" cerita Nadia excited.

"Wah bagusnya. Oh ya abah kamu tanya...menang tak?" tanya Puan Sofiah ingin tahu.

"Alhamdulillah mak...menang! Tahun ni Malaysia sapu habiss! Hehe Nad dapat dua anugerah!" cerita Nadia lagi.

"Oh alhamdulillah baguss...mak tahu kamu boleh!" kata Puan Sofiah yakin.

"Hehe...semua berbuah hasil. Penat lelah berlatih semua..." kata Nadia gembira.

"Awak...end call. Kapal terbang dah nak berlepas. Nanti pramugari marah awak pula" tegur Adam perlahan.

"Oh okay la mak. Nadia dah nak bertolak. Bye assalamualaikum" kata Nadia patuh.

"Waalaikumusalam" jawab Puan Sofiah.

Nadia terus memutuskan talian dan menyimpan telefonnya.

"Sakan awak berborak dengan emak awak. Taknak kenalkan saya ka dekat emak mertua saya" sakat Adam.

"Ish awak ni! Tumbuk kang" jawab Nadia sambil menunjukkan penumbuknya.

"Haha setakat tumbukan kecil tu...takdak hal lah! Tangan kecil macam baby! Haha!" gelak Adam sakan.

Nadia terus menumbuk lengan Adam dengan kuat. Geram! Suka sakat arr

"Aduhh...kuatnyaa" kata Adam.

"Haha tahu pun! Tadi kata kuat!" ejek Nadia kembali.

"Hm sakittt" kata Adam sengaja. Ala mana sakit pun! Saja nak lihat sama ada Nadia caring tak dengan dia.

"Erm sakit sangat ka awak?" tanya Nadia risau. We sakit sangat kaaa!!!

"Sakitttt" kata Adam menjadi-jadi.

"Sorry awakkk...erm saya tak sengajaa. Maaf saya tak sengaja... Sa...saya ing...ingat sa...ya tumbuk perlahan ja..." Nadia sudah ingin menangis.

Adam hanya menggelengkan kepala. Haih! Cenggeng sungguh!

"Dah-dah... Saya melawak ja la...Tak sakit pun...saya saja nak lihat awak care ka tak bila saya sakit. Tak sangka awak sayang juga eh dekat saya!" kata Adam gembira.

"Ish awak ni!! Risau saya hm" tutur Nadia. Geram ish! Penat aku menangis.

"Awak ni la cenggeng sungguh! Sikit-sikit nak menangis. Ingat pesan saya. Awak kena jadi kuat. Awak tak boleh biarkan orang pijak kepala awak. Awak kena kuat. Andai nanti saya tiada di sisi awak...siapa nak tolong? Awak sendiri kena kuat! Kalau awak lemah...nanti orang pijak kepala awak. So mulai saat ni...jadi kuat! Faham?" nasihat Adam serius.

"Hm okay saya cuba. Awak tolong saya eh?" kata Nadia perlahan.

"Hm okay. Saya akan bantu awak jadi kuat! " jawab Adam yakin!

"Dah tidur. Lambat lagi nak tiba di Malaysia. Nanti dah tiba di Malaysia saya kejutkan awak" kata Adam prihatin

"Thanks awak" kata Nadia lalu merendahkan kerusinya.

Selepas perjalanan yang panjang akhirnya kapal terbang yang dinaiki Adam dan Nadia mendarat di Malaysia.

Adam terus mengejutkan Nadia.

"Awak...dah sampai. Jom turun" panggil Adam.

"Oh okay...thanks kejutkan saya" kata Nadia menutup mulutnya. Erghh mengantuk.

"Sama-sama" jawab Adam.

Keluar sahaja dari pintu utama lapangan terbang, ayah Adam sudah berada di sana dan Alya and the gengs!

"Nadiaaaaa" jerit Alya.

Alya, Sofea dan Atiffa terus meluru ke Nadia. Nadia juga pada awalnya terkejut apabila namanya disebut. Rupa-rupanya tiga mangkuk ayun ni!

Mereka terus berpelukan.

"Weyh rindunya dekat kau!!" kata Sofea mengeratkan lagi pelukan.

"Aku pun rinduuu" kata Nadia.

"So how? Menang tak?" tanya Atiffa teruja.

"Of course la...tengok la siapa ni!" bangga Nadia. Hehe.

"Wahhh tahniah!! Kau menang apa?" tanya Alya lagi.

"Hehe Athlete Award dan Academy Award la" kata Nadia sambil menujukkan trofi nya.

"Whattt...serius ahh...kau kalahkan peserta Itali dengan China? Aku ingat kau dapat pingat untuk larian ja...wah bangganya aku" kata Sofea tidak percaya.

"Yes...Malaysia menang kali ni! Habis kami sapu! Adam pun dapat sama dengan aku" kata Nadia turut memuji Adam.

"Wahh...sehati sejiwa gila! Hahaha" kata Atiffa menampar manja lengan Nadia

"Tahniah Ash. Ayah bangga dengan kamu" kata Tengku Airil

"Thanks ayah" jawab Adam

"Kamu juga Nadia...tahniah!" ucap Tengku Airil.

"Terima kasih uncle...alhamdulillah berkat latihan yang diberikan" kata Nadia.

"Bagus-bagus. Jom uncle belanja makan. Mesti lapar kan!" kata Tengku Airil.

"Erm kami tunggu kau dekat sekolah eh...bye!" kata Alya tidak mahu mengganggu mereka.

"We alaa...banyak aku nak cerita ni!" kata Nadia sedih.

"Ala kau kan nak pergi makan dengan ayah Adam. Kami taknak ganggu" kata Sofea.

"Betul tu" sokong Atiffa.

"Ish kamu bertiga ni...alang-alang dah ada di sini...jom la...kamu pun kawan-kawan Nadia dengan Ash ni...jom" ucap Tengku Airil.

"Terima kasih Tengku" jawab mereka sopan. Eleh sopan sangat!

"Tak perlulah Tengku-tengku...panggil uncle ja" kata Tengku Airil tersenyum. Ya Allah hensem! Patutlah anaknya pom hensem.

"Terima kasih uncle" kata mereka.

"Sama-sama" jawab Tengku Airil sebelum memasuki ruangan kereta.

"Awak naik kereta dengan sayaaa" pinta Adam.

"Ish awak ni. Saya naik dengan kawan saya la. Apa pula kata mereka nanti. Oh ya...kita rahsiakan dulu eh hubungan kita. Jangan bagitau orang lain lagi termasuk kawan baik awak" kata Nadia merayu.

"Kenapa pula. Biarlah mereka tahu. Kau tak suka eh aku jadi boyfriend kau...okay fine...dah pergi la naik dengan kawan kau" kata Adam sedikit marah. Panggilan pun sudah berubah.

"Awakk...bukan macam tu" kata Nadia. Belum sempat dia ingin mengejar Adam, kereta Adam sudah bergerak.

Nadia hanya mengeluh. Haih Adam...Adam...Nadia terus memasuki kereta Alya. Mereka bergerak ke destinasi restoran pilihan Tengku Airil

"Kenapa aku bau something wrong eh dekat korang berdua?" soal Alya. Ha sudah...polis sudah tiba ingin menyiasat!

"Mana ada. Kau ni!" kata Nadia cuba menipu.

" Ye ke...kenapa dia panggil kau saya-awak?" tanya Alya. Macam la dia tak dengar tadi. Cuma sikit je la.

"Kami dah berbaik...so guna perkataan baik sikit. Biasalah aku kan guna saya-awak dulu...then dia pun terikut sama" jawab Nadia cuba meyakinkan.

"Ye la" Alya berhenti menyoal. Lega!

Sekarang di fikiran Nadia hanyalah bagaimana nak pujuk Adam? Erm sudah la aku tak kenal sangat. Patut tak aku tanya uncle? Tanya ja laa

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Done? okay guyss Adam merajuk ka tu? Hehe! Maaf typo..maaf kalau ada guna bahasa yang tak faham..boleh tanya kalau ada yang tak faham. Okayyy! Maaf la ye lambat update...data takdakkk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience