Bab 41

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
Aku meronta-ronta, merayu untuk dilepaskan. Aku dibawa menyorok di tangga kecemasan di hospital itu. Akhirnya, aku dilepaskan.
"Shh! Diam." Katanya. Dia membuka mask hitamnya.
"Abang ni dah kenapa?! Buat takut orang sahaja! Ingatkan kena culik dengan siapa-siapa entah tadi." Marahku.
"Aby buat apa lagi kat sini malam-malam macam ni? Tahu tak abang risau?" Kata abang pula.
"Kan memang dari pagi tadi aby jaga dia." Balasku.
"Ya lah tu. Abang datang sini pukul 8 tadi, Aby tak ada pun. Ryoga pun tak ada." Kata abang pula.
"Mungkin dia ke tandas. Pukul 8 tadi, Aby keluar makan." Balasku.
"Pergi makan, bukan nak beritahu. Lama betul pergi makan. Waktu macam ni baru nak balik?" Kata abang lagi.
"Tadi teman kawan jalan-jalan. Abang ingat tak Syafiq dan Firdaus? Yang Aby pernah cerita dulu tu." Soalku. Abang hanya mengangguk.
"Ha, kenapa?" Soal abang.
"Diorang ada kat sini." Jawabku sambil tersenyum.
"Oh, patutlah balik lambat." Kata abang.
"Aba-" Belum sempat aku mahu bersembang lagi dengan abang, abang meletakkan jari di bibirnya.
"Diam." Bisik abang sepatah.
Bunyi suatu tapak kasut semakin dekat. Seketika bunyi itu diam. Kemudian, bunyi itu berlalu hilang.
"Kenapa?" Soalku sambil berbisik.
"Actually, abang datang ni, sebab, waktu abang cari adik di hospital tadi, kan adik tak ada, abang terdengar perbualan Haruka di telefon. She's trying to do something bad to you." Kata abang. Aku terkejut.
"Mana dia sekarang?" Soalku.
"Dekat luar pintu utama hospital. Dia tahu Aby akan balik seorang diri malam ni. Tak mungkin Ryoga nak teman Aby balik pula. Sebab tu, abang datang ni. Abang lega, abang datang tepat pada waktunya." Kata abang.
"Lepas tu, kita nak buat apa sekarang?" Soalku.
"Abang tak boleh nak teman Aby balik rumah. Rumah mak Ryoga memang lah tidak terlalu jauh, tapi abang ada masalah di office. Choutokkyuu kena berkumpul sekarang kecuali Ryoga. Tapi, masalah ini berpunca daripada dia juga. Dia mesti dah tahu." Terang Abang Koichi panjang. Masalah? Macam besar sahaja.
"So, where I have to go?" Soalku.
"Malam ni, tidur di sini dulu. Haruka itu, bahaya orangnya. Kalau dia kata dia nak, dia naklah juga. Tiada apa yang lain boleh menggantikan kemahuan dia. Sebelum adik dibuat sesuatu oleh dia dan abang tiada bukti apa-apa, dan Ryoga juga mungkin takkan percaya, lebih baik adik tidur di sini dulu malam ni. Esok pagi, baru balik rumah, okey?" Kata abang.
"Ha? Mana boleh! Adik nak balik. Adik nak tukar baju semua. Bateri phone pun dah nak habis ni." Keluhku.
"Please. I'm sorry I can't accompany you home. It's an urgent meeting. It's also about your future." Kata abang. Aku tersentak. Amboi, sampai 'future'. Apa yang penting sangat sampai masa depan aku pun termasuk sekali dalam hal ini?
"Okey, boleh. Tapi... Rygo tak makan malam lagi. Kesian dia." Ujarku sambil menunjukkan poket bajuku. Rygo, biasalah. Ikut tuan. Tuan suka poket, dia apatah lagi.
"Nanti, di lobi, abang suruh nurse hantar buah ke bilik Ryoga, okey?" Balas abang. Aku tersenyum.
"Okey." Balasku.
"Dah, jom ke bilik Ryoga." Kata abang. Kami menuju semula ke bilik Ryoga.
(Ryoga POV)
Haih, teruk ni. Sampai kena buat mesyuarat tergempar malam macam ni? Walaupun aku tak boleh pergi, tapi otou-san sebagai wakil aku. Otou-san ada sahaja selama ni, cuma dia sibuk dan jarang keluar dalam cerita ni. Oka-san sahaja yang selalu ada.
'Tok tok tok'
"Come.. in?" Aku pelik, ada lagi yang datang ke sini malam sebegini?
Pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.
"Sakina-chan?" Soalku pelik.
Seorang melangkah masuk ke dalam bilik itu, "Koichi?" Aku semakin pelik.
"Eh, kau bukan patutnya ada meeting ke di office sekarang?" Soalku.
"Memang ada. Aku tahu bukan kau yang buat. Kau ni, phone tu lain kali jaga elok-elok. Kau tengok, esok tak pasal-pasal ada interview tentang kau besar-besaran. Kau tu dahlah anak orang besar, orang kaya." Balasnya.
"So, kenapa kau kat sini lagi?" Soalku lagi sambil tersenyum melihat Sakinah ada bersamanya.
"Ni, kau nampak dia ni? Kau okey kan dengan dia?" Soal abang menunjuk ke arah Sakinah.
Aku mengangguk sambil tersenyum, "Ha, kenapa?"
"Dia nak tidur sini malam ni." Kata Koichi.
"Bukan nak tapi, terpaksa." Dia membetulkan Koichi sambil tersenyum.
"Oh, boleh je, tapi, kenapa?" Soalku lagi.
"Sebab aku tak boleh nak hantar dia balik. BAHAYA kalau nak balik sorang-sorang malam gelap macam ni." Jawab Koichi.
"Kan saya dah cakap tadi. Bahaya. Degil. Nak juga balik." Kataku menyakat dia.
"Manalah saya tahu." Balasnya menunduk.
"Ha, dah, korang nak berbalas mulut ke apa ke, tak kisahlah. Tapi, Ryoga, ingat pesan aku. Take care of her. Jangan bagi dia keluar walaupun selangkah dari bilik kau ni seorang diri. Jangan biarkan dia sorang-sorang. Keadaan tak selamat sekarang." Pesan Koichi. Aku mengangguk. Dia memandang Sakinah pula.
"And you, don't go out from this room untill I come here tomorrow. Just stay here, okay?" Pesan Koichi kepada Sakinah pula. Dia mengangguk. Kenapa mereka berdua ni begitu mesra, ya? Sampai berpesan-pesan macam tu.
"But, can you come a bit early tomorrow?" Pintanya menayang sebaris gigi. Haha! Comellah dia ni.
"Why?" Soal Koichi kembali.
"I have to sahur. I have to solat Subuh. Nak sahur apa di sini? Kat sini mana ada makanan." Balasnya sedikit mengeluh. Mungkin memang tidak rela untuk tinggal di sini walaupun satu malam.
"Okay, I will come early in the morning." Balas Koichi.
"Thank you." Ucapnya tersenyum.
"Ha, lagi satu, nah." Koichi menghulurkan Sakinah power bank kepunyaannya.
"Seratus lagi ni. Sempatlah nak tahan sampai esok." Kata Koichi.
"Hehe, terima kasih." Ucap Sakinah lagi.
"Hm, dah lewat ni. Bye." Kata Koichi lalu keluar dari bilik itu.
"Bye." Balas kami. Dia menoleh ke arahku.
"Awak ni memang tak tahu ngantuk ya? Dah lewat macam ni, tak tidur lagi." Katanya lalu duduk di sofa.
"Hahaha!" Aku hanya ketawa besar.
"Kenapa awak gelak?" Soalnya pelik.
"Tak ada apa. Cuma.. saya suka sebab awak kena teman saya malam ni." Balasku tersenyum.
"Ehh, suka pula saya tak dapat nak balik rumah." Balasnya.
"Awak tak nak tidur lagi ke?" Soalnya sambil memeluk tubuh. Mungkin kesejukan.
Dia melentokkan kepalanya pada penahan tangan sofa itu.
"Tak nak. Kalau awak nak tidur, awak tidurlah dulu." Balasku selamba sambil membuka telefon pintarku. Aku nak juga tahu perkembangan mesyuarat tergempar itu.
"But, don't.. leave me alone." Katanya. Suaranya makin lama makin perlahan.
"Sakina.. chan?" Panggilku. Aku meletakkan telefonku di tepi bantal. Aku bangun dari katil. Aku duduk di atas katil itu.
"Tidur dah? Cepatnya." Kataku sendiri.
Aku turun dari katil sambil memegang selimut. Aku pergi ke arahnya lalu menyelimutkan dia.
"Don't leave me alone." Katanya lagi. Nadanya seperti takutkan sesuatu.
"Sakina-chan?" Panggilku lagi. Aku tak tahu dia sedar atau tak.
"Don't leave me alone, Ryoga-kun." Dia masih mengulang ayat yang sama. Dia panggil aku 'kun'. Tapi, seingat aku, aku yang tak bagi dia panggil aku 'kun' hari tu. Hehe.
"I won't leave you. It's okay. I'm here." Balasku. Sekadar untuk menenangkan dia. Dia diam akhirnya. Aku tersenyum memandang dia.
Pintu bilik itu diterjah secara tiba-tiba.
"Haruka-chan?" Aku terkejut. Dia datang ke sini malam-malam begini?
"Ryoga-kun. Why she's here?" Soalnya agak marah.
"She take care of me from this morning. And now, she can't go back home alone. It's too dangerous." Balasku. Masih tidak berganjak dari depan mukanya.
"Nonsense. She can walk home alone! There nothing dangerous here." Kata Haruka masih tidak berpuas hati.
"We can't think like that. We don't know how dangerous out there for her walk home alone. It's okay. I can take care of her untill Koichi come here tomorrow morning." Balasku panjang. Malang tidak berbau. Macam-macam boleh jadi pada dia di luar sana.
"Get her out from this room!" Marah Haruka.
"Sh, don't make noise. She will wake up." Balasku.
Haruka semakin marah, "Eihh! Get her out! If you don't want to take her out, I will." Kata Haruka.
Baru sahaja Haruka mahu menarik tangan Sakinah, aku berdiri lalu tangannya diberhentikan oleh aku. Aku melepaskan tangannya.
"Don't disturb her." Kataku.
"Do you love her? How dare you do this to me! You delete the story, right?" Soalnya kemarahan. Aku tidak menjawab soalannya yang pertama itu.
"Oo, so it's true that you spread the story on my Instagram account?" Soalku.
"Yes! I did that! Because I don't want to marry someone else except you! I just want to marry you. I'm in love with you since we were little kids." Kata Haruka menunduk lalu mula menangis.
"But, this is not the way to make it happen. You just give trouble to everyone." Balasku tidak setuju dengan tindakannya.
"I'm sorry." Katanya lalu memeluk aku. Dah, dia main peluk-peluk pula!
"I'm sorry." Katanya lagi.
"Okay, it's okay. Don't cry more. Just a small trouble." Balasku.
"Ryoga.. san? Awak tak tidur lagi?" Soal Sakinah. Aku melihat dia mencelikkan matanya. Dia duduk di sofa itu.
"Ryoga... san?" Dia terkejut. Matanya berkaca. Semakin lama kaca itu pecah dan air mata menuruni pipinya. Aku cuba untuk melepaskan pelukan Haruka tetapi Haruka pun sedang menangis.
"Sa-Saya kena balik." Dia mengesat air matanya lalu mencapai begnya di tepi sofa lalu terus berdiri. Dia menuju ke pintu.
"Sakina-chan, wait!" Panggilku. Tangan Haruka aku leraikan.
"Kenapa awak nak balik? Bahayalah." Soalku.
"I don't care. Lagi bahaya kalau saya di sini." Jawabnya tidak menoleh ke arahku. Suaranya tersedu-sedu.
Aku pergi ke hadapannya, "Don't do this to me. Tell me, what's wrong? Bagitahu saya sebab, kenapa awak kena balik?" Soalku cuba memandang wajahnya yang menunduk.
Air matanya mencurah-curah jatuh ke lantai.
"Sebab.. apa yang awak cakap petang tadi tentang saya takut kalau awak kahwin dengan dia adalah betul! Saya memang takut. Saya takut kalau awak tinggalkan saya. Saya memang takut untuk kehilangan sesuatu. Dan sesuatu itu ialah awak, Ryoga Funatsu." Balasnya panjang sambil menahan tangisan. Aku tersentak. Sangat tersentak.
"Sa-Sakina-chan.." Lidahku kelu. Beku terus mulut. Aku tak boleh nak mengeluarkan walau satu perkataan.
"I'm going home." Katanya. Dia keluar dari bilik itu.
"Ryoga-kun, ignore her." Kata Haruka.
Aku pula hanya menyimpan rasa kecewa ini sendiri. Sakinah tidak tahu aku menyimpan perasaan yang sama pada dia.
(Sakinah POV)
"Menyesal sahaja aku tidur di situ. Lebih baik aku balik rumah seorang diri daripada menghadap perlakuan dia tadi. Hati aku ini dahlah segala-galanya. Sakit dia, sakitlah aku seluruhnya." Bebelku sendiri sambil mengesat-ngesat air mata yang tidak mahu berhenti mengalir.
Aku berjalan keluar dari hospital. Malam gelap itu agak menakutkan aku yang keseorangan.
"Ada lagi ke bas malam-malam buta ni?" Soalku sendiri sambil memeluk tubuh. Sejuk. Aku dahlah tak pakai jaket.
"Well, well, look who we have here." Kata seorang perempuan dengan rambut lurus berwarna coklat.
Dia bawa geng pula. Sekumpulan perempuan itu mengepung aku.
"Sakina, desho? (Sakinah, kan?)" Soalnya. Nasib baik sahaja aku faham.
"Hai', watashi wa Sakina desu." Jawabku.
"Tch, haih, we come to see you here, just want to give you the last warning." Katanya.
Yang lain hanya memerhatikan aku dari atas ke bawah, bawah ke atas.
"Warning? About what?" Soalku.
"Haruka's fiancee." Jawabnya.
"Ryoga?" Soalku.
"Yes. Don't ever get close with him again or you will be sorry." Katanya lagi. Mungkin dia sahaja yang pandai berbahasa Inggeris.
"Ice cream." Pintanya daripada pembantunya. Seorang perempuan di belakangnya menghulurkan padanya secawan aiskrim strawberi. Dia semakin mendekati aku.
"Don't worry. This is just to make you understand with what I said." Katanya. Dia menarik tudungku lalu mengotorkan tudungku dengan aiskrim itu.
"Yamete! (Stop it!)" Marahku. Memang aku marahlah. Bayangkan, 5 cawan aiskrim strawberi, dipegang seorang satu cawan oleh mereka dan dilekatkan pada tudung hitam kesayangan kau. Meroyan aku dibuatnya.
Aku cuba untuk melepaskan diri, tetapi angkatan mereka terlalu kuat. Aku dahlah seorang sahaja. Aku menahan air mata daripada jatuh. Jatuh nanti, habislah aku, lagi dibuli.
"Hey! Stop it!" Jerit seseorang.
Mereka terkejut, "Ikuza." Mereka takut dan mahu membuka langkah seribu.
"Remember what I said earlier!" Perempuan itu menolak kepalaku sehingga aku terjatuh ke belakang. Kepalaku terhentak pada simen. Mujur sahaja simen, kalau jalan tar, tak tahulah apa jadi pada aku.
Mereka berlari ke arahku, "Sakinah! Kau tak apa-apa?" Soal Firdaus. Firdaus dan Syafiq? Mereka ini penyelamat aku betullah. Aku yang terbaring itu cuba untuk bangun. Aku duduk.
Aku mengusap kepalaku, "Ah, kepala aku. Sakitnya."
"Eyy! Nasib baik cepat lari. Kalau tidak, nahaslah mereka aku sumbat mulut mereka dengan aiskrim basi." Kata Syafiq sambil menggenggam penumbuk. Mataku berpinar-pinar.
"Sakinah, kau okey tak? Boleh bangun?" Soal Firdaus separa duduk di hadapanku.
"Kabur. Tak nampak." Hanya itu yang mampu aku katakan.
"Sakinah! Kepala kau berdarahlah!" Kata Syafiq. Mereka berdua terkejut.
"Call... Dini dan Alyn." Ujarku agak perlahan.
Badanku terasa lemah. Seluruh anggota badanku tidak berdaya untuk digerakkan. Kepalaku lagilah. Berat sungguh mahu mengangkat.
"Kinah, Sakinah! Bangun!" Kejut Firdaus. Aku tidak berdaya untuk menyahut.
*******
Aku tersedar. Aku mimpi aku dibuli. Heh, tak mungkin. Aku memandang ke arah kiriku. Ryoga? Macam mana dia boleh ada kat sini?
Aku memandang ke arah kananku pula. Ada sofa yang dirapatkan ke dinding. Syafiq? Firdaus? Apa berlaku ni?
"Daus, bangun, Daus. Sakinah dah sedar tu." Syafiq mengejut Firdaus.
"Ha?" Firdaus masih mamai.
Syafiq berdiri lalu datang ke arahku.
"Sakinah, kau okey?" Soalnya.
"Aku okey, cuma pening lagi." Kataku.
"Tak apa, kau baring je lah. Rehat dulu." Katanya. Aku mengangguk perlahan.
Firdaus datang ke arahku sambil mengeliat, "Sorry lah. Kitorang dah try call Dini dan Alyn. Tapi, dua-dua tak angkat." Kata Firdaus.
"Tak apalah. Mereka penat tu menolong obaa-san seharian." Balasku. Mereka hanya mengangguk faham.
"Eh, macam mana aku boleh ada kat sini, ha?" Soalku. Aku cuba untuk duduk lalu bersandar pada bantal.
"Kau.. tak ingat apa jadi malam tadi?" Soal Syafiq.
"Entahlah. Aku.. ingat-ingat lupa sahaja." Balasku memegang kepalaku.
"Kau dibuli oleh sekumpulan perempuan malam tadi. Kitorang ternampak lepas tu, kitorang jerit lah pada diorang. Diorang lari dan seorang perempuan ni tolak kepala kau sampai kau jatuh. Dan, di sinilah engkau akhirnya apabila kitorang dapati kepala kau berdarah." Cerita Syafiq.
"Oh, ya ke? Aku fikir itu mimpi." Balasku. Setelah dia cerita macam tu, aku teringat apa yang Ryoga buat semalam. Mereka berdua menarik kerusi duduk di sisi katil aku.
"Ni, yang dia ni, buat apa di sini? Dah tak ada bilik sendiri apa?" Soalku menunjuk ke arah Ryoga yang tidur di kerusi dengan nada yang marah.
"Dia ni? Kitorang yang panggil tadi. Kalau kitorang tak panggil, kau nak harapkan kitorang masukkan kau dalam hospital ni? Nak cakap Jepun pun kitorang tak reti. Nasib baiklah dia ni ada. Sementara Firdaus tengok kau di luar, aku pergi panggil dia, aku tengok kan, ada seorang perempuan dalam bilik dia. Waktu dia dengar je kau pengsan, perempuan itu terus tidak dipedulikannya. Dia terus turun dengan muka yang risau gila." Cerita Syafiq.
"Sembang kencang sahaja kau." Balasku.
"Eh, tak percaya pula dia ni. Betul, weh. Waktu dia dan Syafiq sampai je, aku pandang muka dia. Dia panik gila, macam orang hilang anak. Dia terus telefon siapa entah. Tapi, aku dengar macam... Koci? Kuaci? Siapa entah." Cerita Firdaus pula.
"Koichi lah tu." Kataku membetulkan dia.
"Koichi? Ha, yalah tu kut." Ujar Syafiq.
"Weh, nak minta tolong sikit, boleh?" Pintaku.
"Apa dia?" Soal mereka serentak.
"Tolong bawa dia keluar, weh. Serabut aku tengok dia. Rimas kau tahu." Pintaku lagi.
"Bawa dia keluar? Kau dah kenapa? Kau bukan dah baik ke dengan dia?" Soal Syafiq.
"Kau tahu tak kenapa aku boleh ada kat tempat korang jumpa aku malam tadi?" Soalku.
"Kenapa?" Soal Syafiq dan Firdaus serentak lagi.
"Ha, dia inilah puncanya. Aku tertidur dalam bilik dia tu kan, lepas tu, aku terjaga lepas aku dengar bunyi bising-bising orang bercakap. Aku sedar sahaja, tengok si Haruka tu peluk dia. Perempuan yang kau nampak dalam bilik dia itu, Haruka lah tu." Ceritaku.
"Oo, jadi, dialah puncanya?" Soal Syafiq.
"Kali ini, aku tak teragak-agak nak biar korang belasah dia." Balasku memeluk tubuh tanda mogok dengan perbuatan Ryoga.
"Haha! Kitorang dah tahulah cerita tu sebenarnya." Kata Firdaus. Syafiq ketawa.
"Aby!" Pintu bilik itu dibuka disusuli dengan jeritan oleh seseorang.
"Aby, are you okay?" Soal abang.
"Onii, I'm fine. Jangan risau." Balasku tenang.
"Macam mana abang tak risau, hah? Abang dah pesan tadi jangan keluar dari bilik tu. See, what happen right now." Kata abang.
"Sakina-chan, you have wake up?" Katanya tersedar. Kami semua memandang ke arah dia.
"Awak okey?" Soalnya.
"Yes, I'm very fine. Thank you!" Jawabku memerli dia.
"Can I talk to her, alone?" Pintanya.
"Ha, sila, sila. Ehh, jom. Kejap lagi dah nak subuh." Kata Firdaus. Syafiq dan Firdaus sudah berdiri.
"Eh! Sekejap. Belikan aku makanan sekali." Pintaku.
"Oh, okey, duit? Dan nak makan apa?" Soal Firdaus.
"Nak lebih cepat, kau tarik sahaja abang aku ni sekali. Dia tahu aku makan apa dan duit pun pada dia. Kan, onii?" Balasku.
"Okay, I will treat you this time, but, promise me you won't go out from this room alone." Kata abang.
Aku mengangkat tangan tanda berjanji, "Okay, I promise."
"Dah, dah, bang, jom, bang. Dah lewat ni." Mereka menarik Abang Koichi keluar dari situ.
Aku hanya ketawa melihat mereka menarik abang sebegitu.
"Abang.. awak?" Soal Ryoga.
Aku terkejut. Alamak, aku tersebutlah pula tadi!
"A..bang angkat saya." Jawabku.
"Since when?" Soalnya.
"Since I was 15 years old." Jawabku. Kami mendiam seketika. Mungkin dia tak tahu nak mula bagaimana.
"Awak.. akan kahwin dengan Haruka, kan?" Soalku menunduk. Dia kelihatan serba salah untuk menjawab soalanku itu.
"Saya cuma nak minta maaf sebab saya penyebab awak lari semalam. Awak tak payah fikirkan sangatlah tentang Haruka itu. Saya tak akan kahwin dengan dia." Katanya.
"Tak akan kahwin dengan dia? What do you mean?" Soalku pelik memandang dia.
" Because I fall in love with someone else." Balasnya tersenyum.
"Haa? Who is it?" Soalku ingin tahu. Gila tak nak tahu!
"Eh, ada lah orangnya." Jawabnya.
"Alahh, bagilah tahu saya." Pintaku.
"Tak boleh." Balasnya ringkas. Aku memeluk tubuh sambil mencebik.
"Alala, merajuk pula dia." Katanya cuba memujuk aku.
"Hmph! Saya tak nak kawan awak selagi awak tak beritahu saya siapa perempuan yang awak cintakan sangat tu." Balasku.
"Okey, saya akan beritahu awak tapi, hari ni, awak kena keluar dengan saya." Katanya.
"Okey, saya sanggup." Aku setuju.
"Dah, jangan merajukla, okey?" Pujuknya.
"Okey. Saya tak merajuk dah." Balasku tersenyum. Dia hanya ketawa.
Yalah, dia kata dia tak akan kahwin dengan Haruka, tenang lah sikit hati aku. Tapi, perempuan mana pula yang muncul dalam hidup dia ni? Haih, macam-macamlah dia ni.
*******
__Malam tadi__
(Ryoga POV)
Selepas Sakinah keluar dari bilik itu, kepala aku terasa sakit yang amat. Aku membaringkan badanku di atas katil. Haruka keluar sebentar ke tandas katanya.
Bayangan-bayangan yang menjengah mindaku pagi tadi, melewati fikiranku lagi. Berkerut-kerut aku menahan kesakitan dan cuba untuk menghayati satu per satu bayangan itu. Aku terkejut apabila aku dapat menghayatinya. Rupanya, ia memori aku yang hilang sementara.
"Sa-Sakina-chan.. is Baby?!" Aku terkejut sendiri.
"Ah! Aku.. Aku dah ingat! Aku dah ingat! Aku dah ingat segalanya tentang dia dan aku!" Aku gembira seorang diri di situ. Tiada siapa di situ yang aku boleh kongsi kegembiraan ini. Aku menari seorang diri dalam bilik itu.
"Eh! Sakinah! Aku kena kejar dia balik! Jangan macam-macam, bakal isteri aku tu." Kataku. Baru sahaja aku nak turun daripada katil aku, mengehntikan pergerakanku sendiri. Aku ada idea yang lebih baik.
"Biar sahajalah dia itu dulu. Biar sayang aku tu tenang dulu." Aku naik semula ke katil.
Pintu dibuka dari luar.
"Ryoga? Talking to who?" Soal Haruka yang baru sahaja masuk.
"Am..no one." Balasku.
'Tok tok tok'
Seseorang masuk ke dalam bilik itu. Kawan baru aku. Haha!
"Ryoga! Ryoga, kau kena tolong kitorang!" Kata Syafiq panik.
Aku terbangun, "Kau dah kenapa ni? Jangan panik." Balasku.
"Sakinah, Sakinah." Katanya termengah-mengah. Aku turun dari katil dan mendekati dia.
Aku memegang bahunya, "Kenapa kau ni? Cuba cerita satu-satu." Ujarku.
"Tak ada masa nak bercerita, cepat turun." Dia menarik aku keluar dari hospital.
"Ehh! Kau nak bawa aku kemana ni?" Soalku.
"Weh, cepat. Dia dah tak sedarkan diri langsung ni." Kata Firdaus memanggil kami dari jauh. Aku melihat Sakinah terbaring tidak sedarkan diri.
"Sa-Sakina-chan!" Jeritku. Aku berlari laju ke arahnya.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soalku panik.
"Nantilah cerita. Bawalah dia ke hospital dulu." Kata Firdaus. Aku mengangguk. Kami membawanya ke hospital.
*******
"Jadi, kau dah ingat segalanya?" Soal Firdaus.
"Ya, mungkin segalanya sepanjang pertemuan aku dan dia." Balasku memandang ke arah Sakinah yang terbaring di katil.
"So, sekarang ni, kau nak kitorang tolong apa?" Soal Syafiq.
"Aku nak cari cara nak pikat hati dia semula setelah apa yang berlaku selepas aku sedar dari koma." Ujarku.
"Lepas tu?" Soal Firdaus.
"Aku nak korang tolong apa yang patutlah. Korang kan dah kenal dia lama daripada aku. Mesti korang tahu banyak juga tentang dia." Ujarku lagi.
"Hehehe, boleh tapi kau dah fikir habis ke minta tolong kitorang ni?" Soal Syafiq.
"Kenapa pula?" Soalku pelik.
"Kau belum tahu tahap kenakalan kitorang pada dia macam mana." Kata Syafiq lagi lalu ketawa.
"Eh, eh, kenakalan kau je, eh. Jangan nak libatkan aku." Kata Firdaus pula.
"Tak kisahlah. Asalkan korang kena tolong aku. Aku nak biar korang dua je yang tahu memori aku dah kembali." Balasku. Mereka mengangguk. Kami hanya menunggu Sakinah sedar.
__________________________
Wah! Detik bersejarah ni apabila Ryoga dah ingat semula. Nak tahu apa yang Ryoga buat untuk pikat Sakinah semula? Bersambung di bab 42.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience