Epilog

Horror & Thriller Series 22056

Ini kisah tentang aku. Aku yang tidak perasan bagaimana dunia sekeliling aku berubah takkala aku hanyut dalam mimpi yang dalam itu.

Ibarat Alice yang jatuh ke dalam lubang yang tidak ada penghujungnya. Dan dia tersedar yang ianya semua hanyalah mimpi. Perbezaannya ialah Alice terbangun dari mimpi tetapi aku hanya tersedar dari khayalan aku.

Segelintir dari kamu semua pasti sedang tertawakan aku. Semua ini hanya khayalan? Kelakar, bukan?

Adakah kau yakin kau bukan berkhayal juga? Lihat telefon yang kau sedang pegang itu, benarkah itu telefon atau seketul jantung yang kau tarik keluar dari dada seseorang. Dan rambut kau itu, kau yakinkah ia tidak disaluti darah?

Semua benda yang kau lihat boleh jadi tidak benar. Semua benda yang kau dengar boleh jadi hanyalah bisikan bisikan dari dalam otak kau sendiri.

Kau tak pernah boleh yakin dengan apa yang kau dengar. Dengan apa yang kau lihat. Menakutkan bukan?

Agak kelakar bagaimana seseorang boleh percaya dengan benda yang mereka sendiri tidak lihat dan dengar sendiri. Sedangkan benda yang kau lihat dan dengar sendiri pun bukannya boleh dipercayai.

Ya, tetapi itulah apa yang aku rasa. Tidak boleh untuk percaya dengan otak aku sendiri. Hidup aku dirundung ketakutan kerana aku tidak boleh percaya dengan diri aku sendiri.

Mulai hari ini, janji dengan aku. Jangan percaya apa yang kau lihat dan jangan percaya apa yang kau dengar.

Ini hanyalah pemikiran aku takkala ubat penenang dalam saluran darahku membuat kerja mereka. Dalam beberapa minit lagi aku bakal pengsan dan kau takkan dengar apa apa lagi dari aku.

Ibarat kenopsia, segalanya kembali senyap.

KENOPSIA - TAMAT.

Tamatlah juga Kenopsia dengan bab ini. Saya harap pembaca suka dengan tulisan saya dan saya ingin meminta maaf jika ada yang tersalah kata dan perbuatan. Terima kasih kerana membaca dari mula sehingga ke pengakhir. Saya amat hargai. Semoga berjumpa di karya saya yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience