11

Romance Completed 132664

Mona duduk di ruang lobi sambil menyilangkan kaki. Hari ini akan diheretnya Hazim untuk meninjau persiapan dress pengantin.

Keputusan Hazim untuk tidak bertunang sebaliknya terus melangsungkan sahaja akad nikah sudah dipersetujui. Jadi kali ini Hazim tidak boleh lagi beralasan untuk mengikuti kehendaknya.

Jam di tangan dikerling, sudah beberapa minit berlalu setelah dia menghantar pesanan kepada Hazim. Belum nampak lagi batang hidung lelaki itu.

Hana yang kebetulan baru pulang dari mesyuarat di luar sempat memerhati Mona yang sedang masam mencuka. Pasti Mona ke sini untuk berjumpa suami dia.

Dalam diam, Hana berjalan perlahan di sekitar ruangan utama bangunan itu. Bersembunyi di sebalik lorong untuk ke tandas agar tidak dilihat. Menunggu-nunggu kemunculan Hazim.

Penantiannya berhasil apabila ternampak Hazim keluar dari lif dan menuju ke arah tempat duduk Mona.

Tanpa menunggu panjang, lelaki itu berjalan ke luar bangunan terlebih dahulu. Diikuti oleh Mona terkocoh-kocoh di belakangnya. Hana mengeluh sendiri.

Hazim tidak pula mengkhabarkan kepadanya ke mana dia mahu pergi hari ini. Sepatutnya dia diberitahu memandangkan mereka kini suami isteri. Kenapa Hazim memilih untuk berahsia?

"Hana, cari siapa ni?" teguran Azleen secara tiba-tiba dari belakang membuatkan Hana terkejut.

"Leen.. terkejut aku!" Hana pantas mengurut dada. Bimbang dia kantoi mengintai Hazim dan Mona sebentar tadi.

"Opss sorry heheh. Tengok apa? Tengok bos?" teka Azleen ibarat sudah menghidu perbuatan Hana sebentar tadi.

Hana tayang senyum sumbing.

"Busy la tu. Dengar cerita tak lama dah. Hai lah bos, perempuan gedik tu jugak dia pilih. Nasib baik lah cantik." tambah Azleen lagi sambil menjuih mulut ke arah pasangan tadi.

Riak Hana berubah saat mendengar cerita Azleen. Apa yang tak lama lagi?

"Melepas lah kita kan, Hana?" sambung Azleen. Keningnya diangkat-angkat tanda bergurau.

Hana mengangguk payah. Kepalanya penuh dengan persoalan. Sukar untuk ditafsir perasaannya ketika ini.

"Eh, kau ada tunggu siapa-siapa ke? Jom lah naik sekali." ajak Azleen.

"Hah, takda. Aku baru lepas pergi toilet. Ha, jomlah." bohong Hana.

-

Mona memperagakan gaun pengantin yang keempat di hadapan cermin besar di butik itu. Kebanyakkan gaun yang dicuba cukup memuaskan hatinya. Cuma respon dingin daripada Hazim yang buat dia geram.

Sedari tadi Hazim cuma melekat dengan iphone di tangan. Sekejap menjawab panggilan, sekejap membalas pesanan. Langsung tidak membantu!

"Yangg... okay tak?" Mona memanggil manja. Tidak mahu pula pekerja butik itu perasan akan kedinginan hubungan dia dan Hazim.

Hazim yang terdengar cuma menjawab sepatah. Geli dipanggil begitu. Matanya tidak memandang Mona langsung.

Dari tadi dia melihat Mona keluar masuk bilik persalinan, tak habis habis.

Kali ini Mona berjalan pula kearahnya yang sedang elok bersandar di sebuah sofa. Melihat kelibat Mona mendekatinya, Hazim cepat-cepat melarikan mata dari telefon. "What?" Hazim tanya sambil tayang muka selamba.

"You ni datang sini nak tengok baju ke nak tengok phone?! Kalau macam ni baik i tak payah ajak you!" omel Mona dalam nada perlahan namun masih keras. Geram dengan perangai Hazim yang tidak endahkan dia.

"Aku dah tengok kan tadi? Banyak mana baju pengantin yang kau nak? tak cukup-cukup lagi ke?" balas Hazim tanpa perasaan.

"I mintak pendapat you! kalau setakat angguk je dari tadi apa guna dia? baik i pilih sendiri je!"

"Apa masalah kau hah? aku dah ikut kau ni dah cukup baik tahu tak? Malas lah nak layan perangai budak-budak kau ni. Kalau nak ambik, tak nak sudah, balik. Tak payah buang masa aku kat sini." panjang lebar Hazim bersyarah.

Makin lama makin panas hati Mona. Nasib baik ada orang memerhati mereka di situ. Kalau tidak sudah lama dia lempar baju pengantin itu ke muka Hazim. Biar puas hati. Dasar mamat beku!

"Eeeiii... jaga you eh!" Mona menunjukkan muka geram. Serasa mahu menelefon umi Hazim untuk mengadu.

"Suka hati engkau la." Hazim kembali mengabaikan Mona.
Dua orang pekerja butik yang berdiri di situ cuma berpandangan sesama sendiri. Walaupun agak perlahan suara perbualan antara Hazim dan Mona, mereka tetap dapat mendengar. Pelik bila bakal pengantin bergaduh sakan.

"Bagi i yang warna pink dengan peach tadi." pesan Mona kepada pekerja butik sambil menjeling.

Mona masuk semula ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Lama-lama di situ takut nanti dia menjerit sebab stress dengan Hazim. Ini belum bahagian cari cincin!

-

Selesai solat Isyak, Hana merebahkan tubuh ke atas katilnya yang empuk. Sepenat-penat mana pun dia, solat masih diutamakan.

Walaupun banyak melakukan dosa, solat tetap Hana tidak tinggalkan. Selalu dia ingat akan pesan ayah yang tercinta.

Sejahat mana pun kita, solatlah. Kerana solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab. Ianya bukan pilihan, tetapi satu kewajipan.

Moga-moga hatinya dilembutkan Tuhan. Dan sedikit sebanyak amalan solat itu bakal menghakis dosa-dosanya yang lepas.

Telefon bimbit disisi katil dicapai. Tiada notifikasi dari sang suami. Sedangkan dia sudah dilanda kerinduan. Hampir seminggu selepas berkahwin, Hazim tidak pulang ke sini.

Walaupun dia sendiri yang menegah Hazim untuk tinggal bersamanya. Takut-takut hubungan mereka ketahuan.

'I miss you, abang.'

Sekeping teks dihantar ke nombor Hazim. Mengharap rindunya berbalas. Ingin menelefon terus namun ditahan hasrat hatinya. Dia masih punya ego.

Beberapa minit kemudian, iphone di tangan berdering tanda ada panggilan masuk. Tertera nama 'My Husband' di skrin. Senyum mekar di wajah Hana yang kepenatan.

"Hello. Assalamualaikum baby.." suara garau Hazim menyentuh gegendang telinga.

"Waalaikumusalam abang. Ati mengganggu ke? abang buat apa tu?"

"Sorry sayang, abang busy hari ni. Abang baru balik dari jumpa orang."

"Oh... okay. Ati rindu abang."

Kata rindu dilafaz jua, walaupun terselit keraguan di sudut hati Hana. Jumpa orang? Jumpa Mona kot?

"I miss you too sayang.." balas Hazim. Cukup untuk menenangkan gundah di hati Hana. Sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

"How's your day?" Hana cuba mengorek cerita dari Hazim.

Beberapa saat soalannya tidak berjawab. Malah bunyi keluhan Hazim dapat dia dengar.

"Pretty rough..Today was stressful. Maaf abang tak dapat jenguk Ati." jawab Hazim dalam nada bersalah.

"It's okay. Ati faham. Abang jangan stress sangat. Don't work too hard. Ati okay je. Abang tu jaga diri. Dah la nak jumpa kat office pun susah sekarang." Hana cuba menceriakan keadaan.

Tidak mahu menambah stress Hazim.

"Thank you baby. Thanks sebab faham. Well you know my work." Hazim tidak menjawab panjang.

Masing-masing diam sedetik. Memandangkan Hazim hanya membisu, Hana bertanya lagi.

"Abang ada nak cerita apa-apa dengan Ati?"

Diam beberapa saat.

"Nothing. I'm okay. I'm just a bit tired."

"Alright. Kalau macam tu abang rehatlah. Tidur awal." pesan Hana.

Mahu berborak panjang namun dari suara Hazim kedengaran seperti lelaki itu penat benar. Terpaksa dibatalkan hasratnya.

"I will. Good night sayang."

"Night abang. Love you."

Hana termanggu memandang siling. Susah benar ingin meneka isi hati Hazim. Sikap Hazim yang suka berahsia membuatkan dia terkilan. Dia masih belum mengenali suaminya yang sebenar-benarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience