Butakan Mata Part 1
Aku pun tak tahu.Tapi semakin hari semakin banyak ‘mereka’ yang aku lihat.Dan kali ni aku tarik semula kata-kata aku mengatakan yang seronok mempunyai mata ketiga.Ke mana saja aku pergi aku nampak wajah yang menakutkan.Bukan lagi wajah biasa macam aku nampak Kak Sarah dulu.Sehinggakan aku tak mampu lagi tidur sebab asyik terbayang.
“Kau taknak makan ke?”soal Zurin.Aku menggeleng.Kalau Zurin nampak apa yang aku nampak,aku yakin Zurin pun tak akan makan Nasi Tomato lauk Ayam Masak Merah kegemaran aku tu.Nak tau apa aku nampak?Aku nampak ada makhluk berambut panjang mengangkang atas tray-tray lauk.Di kerusi sebelah Zurin pula ada seorang budak lelaki yang dah terkeluar biji matanya menjilat-jilat lauk yang Zurin makan.Aku dalam dilemma.Kalau aku tak bagitahu dia kesian pulak dia duk makan lauk u.Keadaan aku sangatlah tertekan.Bukan tertekan sebab nampak hantu tapi tertekan sebab tak dapat makan Nasi Tomato tu woiiii!!!!Dahla hari Jumaat je dapat makan sedap.Kot ye pun kau nak kangkang pergi lah kangkang kat lauk hari Rabu yang tak sedap tu.Sup ikan.Benci aku lauk tu.
“Biar betul???Eryn tak makan??Boleh masuk Book Of Records ni.Kena masuk berita Hari Ini dalam Sejarah Eryn tolak makanan,”perli Zurin sambil laju menyuap lauk yang dijilat hantu tadi.
“Bodoh,”buku latihan Matematik aku baling padanya.Tergelak si malaun tu.Gelakkan aku ye..Makan le kau nasi tu padan muka kau rasakan air liur hantu tu..Hahahaha aku gelak jahat dalam hati..
“Eryn tolong aku,”
“Lepaskan aku,”
“Carikan keluarga aku,”
Suara-suara ‘mereka’ membingit di telinga aku.Aku gelisah.Mata aku tak boleh terpejam sebab suara-suara itu asyik menganggu.
“Lapar..lapar..lapar,”gumam satu suara dekat dengan telinga aku.
“Lapar makan lah bongok!Kau merengek dekat aku dapat ape?Ade kau nampak muka aku ni macam McDelivery ke?!”tempik aku geram.Ada merengek lapar dekat aku.Nak sangat makan tu haa biskut dalam locker ada pergi makan dengan Nutella.
“Teruk sangat kau mengigau ni Eryn,”tegur Kak Teja.
‘Tah nye siap sebut Mekdi lagi.Lapar ke?”soal Kak Ruby pula.Kepala aku geleng.Suara-suara tadi terus hilang.Boleh gila kalau terus macam ni.Kalau lah aku tak tolak walkman arwah Kak Sarah yang Kak Teja nak bagi pada aku dulu.Mesti sekarang ni aku tengah dengar lagu Backstreet Boys bukannya suara hantu merengek lapar.Geram pula aku.Aku pun lapar tahu tak.Dahla tak dapat makan nasi tomato tadi.Hangin satu badan.
“Takde apelah kak.Mimpi makan Mekdi tadi,”dalih aku.Kak Teja dan Kak Ruby ketawa.
‘Haih memang sah Eryn.Sampai cite makan boleh bawak masuk mimpi,”usik Kak Ruby.Diorang pun balik ke katil diorang semula.
Aku cuba pejam mata.Aku terasa seakan seseorang menghembus telinga aku.Ahh setan!Panila aku buka mata aku nampak hantu Kak Oreo hari tu bertenggek atas locker.Kat sebelah aku pula asa budak lelaki yang terkeluar biji matanya tadi.Dan ada lagi hantu yang dah pecah perutnya.Aku tak tahan lagi!!!Aku taknak tengok korang lagi!!!Aku pun mencucuk mata aku..HAHAHHAHA..Tak payah tengok korang lagi….
Mencungap aku menarik nafas.Jantung aku mengepam laju macam orang baru lepas berlari.Tapi itu adalah mustahil sebab makhluk bernama Eryn ni takkan berlari walaupun dikejar anjing.Biarlah anjing tu gigit dia pun dia tak kisah asalkan tak payah lari.
“Astaghfirullahalazim,’aku mengucap panjang.Mimpi ngeri rupanya.Mata coklat masih boleh nampak.Aku menarik nafas panjang.Lega.
“Takut?”soal suara itu.Hantu berupa Kak Oreo dengan mulut terkoyak dan usus terburai tu terbaring di sebelah katil aku.Aku menjerit.Terus menjerit.Terus menjerit.Dan menjerit sampai aku nak manaip ni pun penat nak bagitau berapa punya lama aku menjerit.Satu dorm terbangun.
‘Eryn kenapa?” soal Kak Teja cemas.Muka aku yang pucat tu cukup buat Kak Teja faham yang aku baru ternampak hantu.Di memang kakak dorm yang memahami.Cepat-cepat Kak Teja pergi cari warden.Rupanya satu sekolah kami blackout.Nerpuluh budak perempuan dorm lain turut menjerit.Sekolah kami diserang histeria besar-besaran.Pihak sekolah terpaksa menelefon mak dan ayah meminta aku dibawa berubat.Ustaz dari Darusyifa’ dipanggil bagi membantu memulihkan pelajar yang terkena histeria.
Share this novel