Bab 25

Romance Completed 53837

Munirah..abang tak akan bincang semua ini jika keadaan awak masih macam ni. Pleaselah.. makan dulu. Sampai bila awak nak siksa diri awak macam ni? Sedar tak yg diri awak tu lemah. Bila-bila masa saja boleh pengsan. Seronoklah siksa diri macam ni? Tak dak siapa kisah dekat awak?? Habis tu dah kenapa wujud saya di sini? Apa function saya jadi suami awak? Saya risau tahu tak? Saya ambil berat pasal awak. Saya lebih pentingkan kesihatan awak. Enoughlah..berubah sikit. Sampai bila nak ikut perasaan awak saja. Habis tu perasaan saya siapa nak jaga? Memang saya tunggul kayu dalam rumah ni pun. Munirah..Cepat bangun..Saya kata cepat bangun. Ehh Munirah Safiyah Bt Ahmad Shukri! Dengar tak ni?? Marah Azhar sambil menarik tubuh Munirah keluar dari dalam selimutnya itu. Azhar dapat mencapai kedua belah kakinya lalu menarik terus tanpa teragaknya. Cukuplah dia melayan kerenah Munirah sudah 2 hari seperti ini.

Tak nak!! Saya kata tak nak!!! Meronta-ronta Munirah minta untuk dilepaskan. Sudah seperti ditarik Zombie saja kakinya itu. Azhar masih tidak mahu melepaskan kaki Munirah. Ia menarik kuat sepenuh tenaga. Munirah terus memusingkan badannya dan berjaya melepaskan sebelah kaki kirinya dari pegangan tangan Azhar. Tanpa teragak lagi Munirah terus menendang kakinya tepat terkena di bahagian alat sulit Azhar.

Arghh!!! Menjerit Azhar lalu jatuh terduduk ke bawah. Dia menguling banyak kali sambil menahan sakit yg teramat sangat. Terketar-ketar Azhar cuba bangun tetapi tak boleh. Senaknya masih belum kurang lagi. Azhar terus mengiring badannya menghadap dinding. Dibiarkan dahulu kesakitan ini reda. Dia tidak menyangka Munirah akan bertindak sedemikian ini. Kalau ia tahu mana mungkin ia akan memaksa Munirah lagi. Azhar menyesal. Munirah yg melihat gelagat Azhar macam itu sekali mula rasa bersalah. Teruk sangatkah dia menendang tadi. Bukan ia berniat mahu kecederakan Azhar sampai macam ini sekali. Ia hanya mahu melepaskan diri saja tadi. Keadaan menjadi sunyi seketika waktu. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing sahaja di dalam bilik Munirah. Munirah menurunkan kakinya perlahan ke bawah apabila melihat Azhar masih tidak bangun dari pembaringannya itu. Takut juga jika Azhar sudah jatuh pengsan disebabkan oleh penendang tadi. Berjengket-jengket Munirah berjalan ke arah Azhar.

A..abang...Panggil Munirah terketarnya sambil menjuntil bahu Azhar sedikit. Dia duduk bertinggung di belakang Azhar. Berharap sangat Azhar masih bernyawa lagi. Mana taknya penendang maut itu terkena tepat ke sasaran.

Abang...tolonglah..jangan macam ni..saya minta maaf...tak sengaja..Menangis Munirah apabila melihat tubuh kaku Azhar di depannya itu tidak menunjukkan reaksi apa pun. Munirah sangat takut dalam keadaan begini. Disebabkannya Azhar sudah tercedera.

Shu...jangan nangislah. Abang ok ja ni. See? Tak ada apa pun berlaku..aduh.duh..Bersuara Azhar sambil menarik turun tangan Munirah yg sedang menutupi mukanya itu. Pada masa yg sama ia cuba menahan sisa sakitnya yg masih terasa lagi. Tersedu-sedan Munirah menahan tangisannya itu. Kasihan pula Azhar melihat Munirah menangis sampai bengkak dan sembab saja matanya. Tangan Azhar mengesat lembut sisa air mata di pipi Munirah. Sampai bila lah air matanya mahu dibazirkan lagi.

Sayang..dengar cakap abang sekejap boleh?? Abang tak akan cakap banyak lagi. Kali ini saja Abang mahu berbincang dengan Irah. Tolonglah..Munirah cuba faham apa yg akan abang sampaikan. Duduk dahulu. Tatap wajah abang..abang tahu hensemkan rupa abang ni..Sempat Lagi Azhar bergurau untuk menenangkan keadaan Munirah sekejap. Munirah menampar lembut dadanya. Geram sahaja Azhar selalu berbuat begitu. Azhar memegang erat kedua belah tangan Munirah. Ditatap lama wajah orang yg selalu ada disampingnya sejak mereka berdua berkahwin lagi. Azhar menghembus nafas perlahan sebelum membuka mulutnya.

Munirah Safiyah Bt Ahmad Shukri. Call Munirah or Irah or sayang. Dilahirkan pada tanggal 28/01/99. Berumur 18 tahun. Anak sulung. Panjang akal. Hobi Melukis. Cita-cita masih tiada. Fav food Gulai ayam kampung. Tidak suka bersukan. Tidak suka coklat. Tidak suka dimarahi. Keras kepala. Hati macam kaca. Pantang dipukul terus retak. Manja jangan katalah.. Everything i know about u..Pertama kali saya berjumpa dengan awak masa di pejabat. Kalau tak silap saya..masa tu awak tengah isi borang kedatangan pelajar. Saya pula baru first day daftar masuk ke situ. Sampai sekarang tau saya ingat lagi..Awak jeling ke arah saya. Saya pandang je..jelingan maut awak bagi. Apa salah saya ehh masa tu?? Beritahu Azhar pertama kali berjumpa dengan Munirah. Terbutang mata Munirah mendengar apa yg dikatakan Azhar itu. Azhar memang benar mengenali dirinya.

Mana ada..Bantah Munirah apabila Azhar berkata dirinya pernah menjeling tajam ke arah Azhar semasa mereka berdua ada terserempak di pejabat. Sedikit pun ia tidak ingat kejadian masa itu.

Jangan nak berdalih sayang..Habis tu siapa anak pelajar muka garang dah macam nak telan orang pandang abang macam tu..kalau bukan tidak Munirah Safiyah saja yg tak suka Cikgu Azhar. Kata Azhar masih yakin sahaja yg Munirah memang tidak sukakannya ketika itu. Senyuman sinis terus diberikan kepada Munirah. Dia dapat menangkap riak wajah Munirah cuba mengelak dari berbual perkara ini. Bila masa lagi mereka berdua mahu ada masa bersama berbual kenangan yg lepas.

"Mana ada"

Sayang..okey. Kita berehat dulu. Nanti kita sambung lain. Susahnya sayang nak ngaku ehh. Okey kali ni abang lepaskan..Jum gi makan. laparlah..dari pagi tadi tau abang tunggu nak makan sekali dengan sayang. Jum..Ajak Azhar sambil memegang perutnya. Membuat muka kasihan di hadapan Munirah. Meminta belas ehsan darinya sedikit. Muncung saja mulut Munirah melihat wajah minta simpati Azhar itu. Bila dipandang lama makin sakit hati saja. Berkelip-kelip mata Azhar masih memandang Munirah.

Yelah-yelah!!! Berusara Munirah mengalah juga akhirnya. Tidak dapat ia melawan riak wajah Azhar itu. Azhar tersenyum riang berjaya juga tekniknya kali ini. Mereka berdua pun turun makan bersama di bawah. Munirah masih lagi berpakaian baju tidur kerana belum menyentuh air pada waktu ini. Azhar tersenyum sayu sahaja memandang Munirah makan dengan penuh seleranya. Sudah 2 hari ia memujuk Munirah makan akhirnya masuk hari ke 3 ia menjamah juga makanan. Hatinya terasa berat mahu melepaskan Munirah pergi. Selepas ini mungkin tiada lagi orang yg perlu ia mengambil berat setiap hari. Tiada lagi orang yg akan bermanja dengannya. Tiada lagi orang yg selalu mengisi kekosongan di hati. Keputusan tetap perlu dibuat. Azhar akan menerima dan redha saja dengan semua ini. Dia sangat sayangkan Munirah. Demi kebahagian Munirah ia sanggup lakukan apa pun agar orang yg berada di depan matanya ini dapat merasai apa itu kebahagian.

...................................................................

Kak Farah..tahniah..Ucap Munirah sambil memeluk tubuh Farah yg sangat cantik dan sesuai memakai gaun pengantin berwarna biru laut. Munirah datang juga seperti yg telah dijanjikannya itu. Azhar tidak dapat datang ke sini kerana ada sedikit urusan yg perlu ia selesaikan. Munirah hanya datang bersama walid dan juga Azman ke sini.

Irah..Thanks..Datang jugak ye.. tahu pun takut. Dah makan ke? Tanya Farah apabila meleraikan pelukan itu. Dia perasan hanya Munirah sahaja yg datang ke sini. Tidak mahu bertanya soalan bodoh lagi kepada Munirah apabila tidak nampak batang hidup Azhar di situ.

Sudah tadi..terima kasih jemput Irah..nah hadiah dari saya. Semoga hubungan akak dan pilihan hati kekal ke jannah. Amin. Ucap Munirah sedikit lalu memberikan beg yg berisi hadiah itu kepada Farah.

Owhh thanks..buat susah-susah je..Ini suami akak..kenalkan Amri. Abang..ini rakan sekerja Fara..isteri En Azhar..Munirah. Kata Farah lalu menarik tangan suaminya itu berkenalan dengan Munirah. Amri hanya memberikan senyuman sahaja kepada Munirah manakala Munirah juga memberikan senyuman kelat. Kemas sahaja pakaian Amri yg bersut Biru tua itu. Seperti mat salleh yg sesat di Malaysia. Beruntung Kak Farah memiliki suami seperti ini idaman para wanita sekarang. Mana taknya dengan memiliki mata berwarna coklat muda. Farah terus berbual rancak dengan Munirah dahulu sebelum ia meminta diri untuk pulang. Munirah melihat tidak kejauhan susuk tubuh walid dan juga Azman sedang menunggunya di kereta. Cepat-cepat Munirah melajukan langkahnya kerana tidak mahu walid dan Azhar menunggunya. Baju kebayung berwarna merah muda yg dipakai olehnya ketat sedikit pada bahagian kain menyukarkan Munirah berjalan laju. Tiba-tiba kakinya seakan mahu tergelincir ke tepi jalan secara tidak langsungnya ia hilang pertimbangan. Belum sempat Munirah jatuh terduduk ke tanah pantas saja satu tangan menyambut lengah Munirah. Secara tidak sengaja Munirah tersandar ke dadanya kerana hilang pertimbangan sekejap. Mereka berdua bertatapan mata secara tidak sengaja. Mata berwarna hijau muda itu menjadi tatapan menarik bagi Munirah. Siapakah pemilik anak mata berwarna hijau ini. Allahuakhbar! Mengucap Munirah apabila tersedar yg dirinya sudah melampaui batas.

Aarr..maafkan saya Encik..saya tak sengaja. Bersuara Munirah lalu menolak tubuh lelaki itu ke belakang sedikit. Dia cuba membetulkan kedudukannya semula. Mukanya mula merah padam menahan malu ketika itu. Tersenyum lelaki itu apabila melihat gelagat comel milik Munirah.

It's okay. Cik tak apa-apa? Boleh berjalan lagi? Tanya Lelaki itu ramahnya masih berdiri di hadapan Munirah. Dia masih tidak boleh pergi dari situ sebelum mendapat tahu nama Munirah. Sesungguhnya gadis di hadapannya ini sangat manis dan cantik sahaja mata memandang. Hatinya mula berkocak laju.

Saya ok je..terima kasih tolong saya tadi..Saya minta diri dulu. Pinta Munirah terus berjalan pergi melintasi lelaki itu. Pandangan Munirah sedikit pun tidak melihat ke arahnya.

Cik..boleh saya tahu nama cik? Tanya lelaki itu sebelum Munirah pergi meninggalkannya tanpa harapan. Dia mahu sangat mengetahui nama Munirah. Hatinya mula cair apabila melihat Munirah buat pertama kalinya.

Saya...Belum sempat Munirah berbicara Azman datang mendekatinya.

Munirah..Buat apa lagi dekat sini?? Ada apa-apa ke? Tanya Azman sambil matanya tidak lepas melihat ke arah lelaki yg kacuk ala-ala mat salleh itu masih melihat ke arah Munirah. Rasa curiga sahaja apabila lelaki itu masih tidak beranjak pergi lagi.

Tak ada apa-apalah..terlanggar saja tadi. Jum pergi. Kata Munirah berjalan mendahului Azman dahulu. Tidak mahu Azman bersangka buruk pula nanti. Azman hanya mengangguk tanda faham dan mengangkat tangan ke arah lelaki itu sebelum ia melangkah pergi juga.

So..you're Munirah?? Sedap nama..sedap juga kalau awak menjadi penghuni di hati saya. Till meet again Munirah. Kalau jodoh tak ke mana. Cakap lelaki itu sendiri sambil tersenyum gembira. Dia berharap sangat yg Munirah masih belum berpunya lagi. Seperti lelaki tadi bukan suaminya saja. Dia akan menjadi peluang untuk berjumpa dengan Munirah lagi.

...................................................................

Okey..ini cerita kedua pula.. Masa ini di dalam kelas 5 Agung. Saya baru first day masuk ke sekolah awak. Kena jadi cikgu seni pula tu. Dengan langkah bismillah..kaki kanan saya membuka langkah dahulu. Orang first yg saya terpandang dan kenal di pejabat tadi adalah awak. Mata saya tertangkap apabila terpandang sekilas lalu wajah awak. Rasa wau..interesting. Budak yg jeling aku tadi ada di kelas atas rupanya. Saya meneka waktu itu. Dalam tempoh saya perkenalkan diri. Awak tidak berminat langsung beri fokus ke arah saya. Buat tidak endah saja sampailah..awak sendiri kena karma. Kan air dah tertumpah di baju awak. Entah kenapa ehh..gelabah gila awak masa tu..padahal air tumpah je. Siapa yg jadi penyelamat?? Sayakan?? Kasihan saja tengok awak gelabah. Saya terus pergi tolong. Ingatkan nak layan tetapi diberi tatapan tajam sekali. Aduh..kenapa awak kejam sangat dengan saya waktu itu Munirah? Tak suka ke cikgu lelaki seperti saya menjadi cikgu seni? Kata Azhar selepas sambungan cerita yg lepas diteruskan pada malam ini. Munirah sendiri yg mahu mendengarnya kerana masih tidak puas hati segala statement yg dikeluarkan oleh Azhar tentang dirinya ini.

Ehh mana ada..pandai-pandai je buat andaian macam tu. Bantah Munirah lagi geram sahaja apabila Azhar menganggap dirinya seorang yg suka menilai dari luaran saja. Tetapi hakikatnya Munirah memang menganggap diri Azhar seperti itu sebelum ini.

Sayang..cuba mengaku kali ni saja..please..Pinta Azhar lagi cuba mendapatkan kepastian itu daripada Munirah. Ditatap dalam anak mata Munirah itu. Pandangan Munirah terus beralih ke arah lain. Ia masih tetap dengan pendiriannya.

"Mana ada"

Ok fine..next story!! Tiba-tiba. Dhroom..Dhroom..Plug!!

Arghh!! Jerit Munirah kuatnya terus memeluk kuat tubuh Azhar yg duduk disebelahnya di atas sofa. Azhar juga terkejut selepas mendengar dentuman guruh di luar sangat kuat sehinggakan bekalan elektrik sudah terputus. Keadaan menjadi sepi dan gelap sekali di dalam rumah. Azhar membiarkan sahaja Munirah memeluk tubuhnya dalam beberapa minit. Dia tidak menyangka banyak sungguh kelemahan yg Munirah miliki.

Dah ke ? Tanya Azhar pendek kerana Munirah masih lagi tidak mahu melepaslan pelukan itu. Dia mahu pergi tengok bekalan elektrik jika ia hanya terjentat sahaja. Bolehlah semuanya ada seperti sedia kala nanti.

Tak nak! Saya takut. Tak nampak ke kilat sambar dekat luar tu..Bersuara Munirah masih tidak mahu melepaskan Azhar jauh darinya. Kalau tak ada Azhar di situ mungkin sudah lama ia akan menangis seperti anak kecil.

Okeylah..jum ikut sekali saya ke stor. Saya nak tengok jika boleh pasang semula. Beritahu Azhar cuba bangun dan meleraikan pelukan Munirah itu. Munirah pun mengalah segera mengikuti Azhar bangun.

Janji ehh..jangan tinggalkan saya sendiri. Kata Munirah masih memegang rapat tepi baju Azhar. Terangkat sedikit baju Azhar dipulasnya. Sampai macam ini sekali Munirah takut ditinggalkan sendiri. Ketawa Azhar melayan saja kerenah isterinya ini. Azhar melepas ciuman manja di dahi Munirah yg samar-samar sahaja kelihatannya.

Abang!!! Marah Munirah kepada Azhar lalu menampar dada bidang miliknya itu. Mereka berdua pun berlalu pergi ke dapur. Munirah mengikuti saja langkah Azhar dari tepi. Sampai saja di depan stor Azhar terpaksa masuk ke dalam seorang diri kerana tidak muat untuk mereka berdua masuk bersama. Mahu menangis saja Munirah masa itu. Tetapi selepas mendengar Azhar menyanyi terus terasa tenang saja. Hilang sudah keadaan sunyi dan sepi rumah ini.

Ermm..Tak bolehlah..maybe dah terputus bekalan agaknya. So sayang..malam ni kita tidur tanpa elektrik laa..Bersuara Azhar sambil melihat ke arah Munirah sudah tidak senang duduk masa itu. Tersenyum Azhar apabila menyuluh lampu ke muka Munirah yg sudah mengalir air mata. Entah apa yg ditakutkan sangat dia sendiri pun tidak tahu.

Tidurlah di sini..saya tidur di bawah. Kata Azhar apabila mereka berdua masuk ke dalam bilik Munirah. Munirah tidak mahu berada jauh dari Azhar menyebabkan Azhar kena tidur di dalam biliknya juga.

Lah.. kenapa pula nak tidur bawah pula. Meh la tidur atas ni..bukan saya nak apa-apakan abang pun. Jawab Munirah lalu menarik tangan Azhar untuk duduk di atas katilnya. Sepatutnya Azhar yg selalu berkata begitu tetapi kali ini Munirah yg berkata begini padanya. Azhar cuba baring seperti biasa saja manakala Munirah masih lagi dalam keadaan duduk.

Napa?? Tadi kata sayang tak akan apa-apakan abang?? Meh la tidur sini..Panggil Azhar lembutnya lalu menepuk sedikit ruang di sebelahnya untuk Munirah tidur. Terkebil-kebil mata Munirah cuba menahan malu. Bukan ia tidak biasa tidur dengan Azhar tetapi kali ini lain rasanya. Lama sangat Azhar menunggu Munirah baring ia pun menarik tangan Munirah sehingga kepala Munirah jatuh tersembam ke atas lengannya. Segera Azhar memeluk tubuh kecil milik Munirah.

Shu..jangan gerak..Baca doa tidur dan pejam mata. Abang sejuk..nak rasa hangat sikit. Bisik Azhar di sebelah telinga Munirah. Munirah dapat rasakan pernafasan hangat dari rongga hidung Azhar. Matanya terus dipejam rapat sekali. Dia akan relakan sahaja dirinya jika Azhar mahu menyentuhnya malam ini. Dia sebagai isteri hanya mampu mendengar saja arahan suami. Sampai bila lagi Munirah tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya memberi nafkah batin. Malam kian berlalu pergi. Adakah mereka berdua dibuai mimpi indah..entah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience