40

Romance Completed 95763

(Kilburn Pub, Milan, Itali – 2.30 pagi)

Muzik Babarabatiri bergema disetiap ruang pub. Suasana didalam pub itu diterangi dengan lampu-lampu mewah. Setiap lampu itu dihiasi dengan kristal. Kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Matanya terpejam rapat sambil tangan memicit kepala.

“Sial! Kau memang tak guna, Drake!” Dia mengeluh kasar. Tangannya mencapai gelas kecil yang berisi koktail bercampur dengan beer. Minuman itu diteguk rakus. Matanya memandang ke arah pentas.

Kelihatannya DJ bertukar tempat. Seorang lelaki berkulit putih dan bertopi hitam sedang mengambil alih bahagian alat muzik. Kini muzik bertukar rentak kepada Hit The Club. Tangannya lincah bergerak mengikut piring hitam. Kepalanya turut terangguk-angguk mengikut tempo.

Dia bangun dari bangkunya. Hari itu adalah hari malang untuknya. Dia tersilap percaturan dengan sahabatnya sendiri, Drake. Tetapi nampaknya status jantan tak guna itu akan bertukar selepas ini. Tinggallah Brian yang menjadi sahabatnya.

Kakinya melangkah ke arah sekumpulan perempuan yang sedang ralit menari. Mataya menangkap seorang perempuan yang memakai mini dress putih. Rambutnya disanggul kemas. Jimmy mendekati perempuan itu.

Tangannya melingkar dipinggang rampingnya. Bahu putih yang terdedah itu dicium berkali-kali. Membuatkan perempuan itu tersentak dan menoleh ke arahnya.

‘Damn, she’s so hot!’ Dia tersengih nakal. Perempuan itu menarik senyum buatnya. Pelukannya dibalas erat. Wangian tubuhnya menaikkan lagi nafsu lelakinya. Terus saja leher jinjangnya dicumbui rakus. Perempuan itu terdongak sedikit. Bibir bawahnya digigit lembut.

Ya, ubat ini yang diperlukannya. Jiwanya kosong. Tangannya memegang lembut pipi perempuan itu. Entah siapa agaknya. Namanya pun tidak diketahui. Ah, lantaklah! Dia tidak peduli akan semua itu! Yang penting tuntutan jiwanya perlu dilunaskan sekarang.

Dia mendaratkan bibirnya ke bibir lembut perempuan itu. Bibir bawahnya dihisap lembut. Tangannya mula menjalar ke belakang tubuh langsingnya. Dia memegang pinggul perempuan itu. Tangannya turut meramas lembut daging punggungnya. Tidak lama kemudian, ciuman dilepaskan. Mereka bertatapan mata.

“Come, play with me tonight.” Perempuan itu berbisik disebelah telinganya. Kemudian, satu gigitan dihadiahkan dicuping telinga Jimmy.

Kini gilirannya pula merapati perempuan berkulit putih itu. Sepertinya ingin membisikkan sesuatu buatnya. “Ah, ah! Sorry. But I don’t play with anyone. I prefer with ‘someone’.” Bibirnya melorek senyum sinis.

Pelukan tadi dileraikan. Hampir saja perempuan itu terjatuh. Tetapi sempat dia mengimbangi tubuhnya sendiri. Jimmy yang melihat tergelak sendiri.

‘Shit! Dasar perempuan kotor!’ Dia meninggalkan perempuan itu yang sedang memandangnya dengan terpinga-pinga. Kakinya dibawa menuju ke sinki. Dia menadah tangan dibawah paip. Air mencurah membasahi kedua-dua belah tangannya. Tangannya digosok satu-persatu. Botol sabun dipam. Sekali lagi tangannya digosok dengan buih-buih sabun.

Tisu dicapai dari rak. Dia bersandar di dinding. Bingit muzik tadi masih lagi kedengaran walaupun dia berada jauh disinki. Mulutnya terlepas satu keluhan berat. Kepalanya turut disandar pada dinding. Dia membawa tangan kanan memegang bahagian dada. Dadanya sesak. Hatinya sedang merindui seseorang. Seseorang yang masih belum sahih lagi tentang kewujudannya.

Dia rindu. Dia rindu perempuan itu. Rindu pada perempuan yang dijumpainya 13 tahun dulu. Ke manakah dia menghilang? Ah, sebenarnya dia yang menghilang. Dia yang keluar dan tinggalkan tanah Malaysia ketika umurnya 25 tahun. Dia yang memaksa dirinya duduk di tanah Jepun pada usia yang muda.

Segala-galanya dibina sendiri tanpa sokongan keluarga. Tiada lagi kedua orang tuanya yang akan tersenyum melihat kejayaannya sekarang.

Dia menyeluk poket seluarnya. Satu pesanan dari Brian diterima. Matanya ralit membaca setiap ayat yang dihantar.

'Kau nak aku pecat Drake dari J Empire? Ah, never mind. I will handle all the matters here. Kau pergilah tenangkan kepala otak kau. Tapi jangan lupa bagi tahu aku setiap lokasi yang kau pergi. Aku tak nak kau mati tepi jalan.'-Brian

Dia tergelak kecil membaca ayat terakhir dari Brian. Lelaki itu sudah dianggap seperti abang. Segala susah, senang dan sakitnya diuruskan olehnya. Brian layak untuk digelar abang. Cuma dia tidak boleh melayan lelaki itu seperti rakan sebayanya. Kerana tahun ini Brian sudah mencecah angka 34 tahun.

Telefon dimasukkan semula ke poket seluar. Dia memeluk tubuh. Keluhan demi keluhan terbit dari mulutnya. Dia menapak ke luar. Ketika itu bahunya terlanggar seseorang.

“So-sorry.” Dia mendongak memandang manusia yang dilanggarnya tanpa tidak sengaja. Seorang perempuan. Kemudian, perempuan itu tersenyum sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda maaf.

Sekali lagi keluhan kecil dilepaskan. Tengkuk diurut perlahan. Sampai diluar angin pagi menyapa tubuhnya. Dia duduk bertenggek diatas palang besi. Kaki langit dipandang tanpa riak.

“Ke mana kau sayang? Aku rindu kau. Ugh, god!” Semakin hari perasaan itu semakin berat rasanya. Berapa lama lagi harus dia menunggu perempuan itu? Dia meraup mukanya. Rambut yang jatuh didahi diselak ke belakang.

Bzzz!

Telefonnya bergetar dari dalam poket seluar. Dia menyeluk poket. Ketika itu jam menunjukkan angka 3.00 pagi. Dari jam 12 malam tadi dia sudah terpacak didalam pub. “Hello, Brian.”

“Kau dekat mana, Jimmy? Bingitnya!” Sepatutnya Brian tidak perlu menanyakan soalan itu yang sudah terang lagi bersuluh. Dia sendiri tahu perangai Jimmy. Jika ada masalah pasti mypub mahupun kelab malam yang akan dikunjungi. Entah apa yang dicarinya. Cuma bising yang menguasai tempat seperti itu.

“Aku dekat Milan. Baru keluar dari pub. Kenapa call aku?” Soalnya malas. Dia turun dari penghadang besi. Melangkah menuju ke hotel tempatnya menginap. Lesu badannya ketika itu.

“Oh, Milan. Kau jangan mabuk sangat dekat sana. Aku tak ada dekat sana nak jaga kau.”

Tersengih Jimmy mendengar bebelan itu. Haih, dasar abang-abang. Suka berleter tak tentu pasal.

“Yalah. Aku tahu. Aku nak balik hotel. Tahulah aku jaga diri sendiri. Drake dah berambus?” Baru dia teringat akan si bedebah tak guna itu.

“Haha. Kau ingat dia nak berambus ke dari J Empire? Nanti kau balik sini, adalah benda yang akan dia tuntut dari kau. Kawan sehidup semati kau kan tu? Hahaha.” Brian melepaskan ketawa sinis.

“Tsk! Pandailah kau uruskan apa yang dia nak. Kalau dia nak share dia, kau bagi aje.” Kemudian, mereka diam seketika dicorong telefon. Hanya nafas saja yang kedengaran.

“Brian.” Sebaris nama itu dipanggil perlahan. Matanya panas. Air matanya mula bertakung ditubir mata. Setitik demi setitik air matanya mula jatuh ke pipi. Cepat saja diseka. Kenapalah dengan dirinya malam ini?

“Cakaplah. Aku dengar.” Lembut saja suaranya memujuk Jimmy. Dia tahu lelaki itu sedang menangis. Bukan kuat mana pun si Jimmy itu. Tentang perempuan itu saja yang boleh membuat hati lelakinya lembut seperti kapas.

“Hati aku…” Esakannya mula kedengaran dicorong telefon. Dia berhenti melangkah ke hotelnya. Dia bercangkung ditepi jalan.

“Aku…aku rindu dia.” Dia menyambung lagi. Dadanya yang sesak dipegang. Kepalanya menunduk ke jalan tar. Gayanya seperti kanak-kanak yang sedang melayan rajuknya.

“Syyy! Jangan nangis. Aku tak suka dengar kau menangis.” Lembut suaranya menerobos ke rongga pendengarannya.

“Baliklah sini. Apa-apa jadi aku boleh tengok kau. Dekat sana siapa yang nak tengok-tengokkan kau?” Brian cuba memujuk Jimmy.

“Em.” Sisa esakannya masih kedengaran. Air matanya dilap.

Dia bangkit dan meneruskan langkah longlainya ke hotel. Ya. Dia perlu pulang ke Jepun. Sekurang-kurangnya, ada Brian yang akan menjadi telinganya berkenaan perempuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience