BAB 7

Romance Series 3317

Pap!
Ivy yang memandang ke luar kelas, berkalih memandang ke hadapannya ketika mejanya dihentak. Dilihatnya satu orang rakan sekelasnya berdiri di hadapan mejanya dengan sebelah tangan bercekak pinggang.
“Nak apa?”soal Ivy malas.
“Aku dengar kau menyanyi dengan senior The Gem’s. macam mana kau boleh sampai menyanyi dengan senior?”soal Laila. Nada suaranya kedengaran cemburu.
Ivy tersenyum sinis. Sebelum ini, bukan main lagi Laila and the gang mengutuk dia sebab minatkan The Gem’s, tengok sekarang..siapa yang cemburu?
Ivy berdehem membetulkan tekak. Dagu diangkat angkuh berserta dengan senyuman dibuat semanis mungkin.
“Senior Noah ajak aku..sebab suara aku merdu..”Ivy menjawab dengan bangga. Sempat lagi dia mempamerkan senyum angkuhnya. Sengaja, sebagai pembalasan atas kutukan yang dia terima daripada Laila selama ini.
Laila mendengus, “Jangan nak perasan. Tak mungkinlah! Macamlah orang tak kenal senior Noah tu macam mana, dia tu setakat budak junior mana dia pandang. Entah-entah kau merayu menangis-menangis kat dia kan? Sebab tu dia bagi kau menyanyi untuk kumpulan dia!”tukas Laila. Tidak percaya dengan kata-kata Ivy.
Mendengarkan kata-kata Laila, Ivy tidak langsung melenting. Sebaliknya wajahnya tenang dengan senyuman manisnya, sambil bertopang dagu. Laila dipandang dengan pandangan jenaka.
“Hurm, tak kisah. Kalau tak percaya tanya je lah senior Noah. Tanya dia ada ke tak aku menangis merayu-rayu kat dia.”
Laila mengetap bibirnya geram. Baru sahaja dia hendak membalas kata, suara dingin Fia dari belakang mereka kedengaran.
“Aku nak belajar, jangan menyemak kat sini.”Fia dengan ekspresi beku melabuhkan duduknya di bangku. Laila yang masih berdiri di hadapan meja mereka dipandang dingin.
Laila yang baru sahaja ingin meletup, menciut kembali. Takut dengan si singa Fia, yang sangat pantang apabila ada orang menganggunya yang sedang belajar. Memang mencari nahas.
Segera mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.
Ivy pula ketawa kelucuan melihatkan raut wajah Laila dan kawan-kawannya yang takut sangat dengan Fia. Walaupun, Ivy boleh jujur yang aura seorang Fia Farihah sangat menyeramkan. Macam ahli sihir watak antagonis cerita fantasi pun ada.
“Kau pun senyap. Kalau tak nak aku sumbat dengan kotak pensel aku.”
Ivy terhenti gelak, bibir monyok. Apalah nasib dapat kawan suka bad mood, beku dan garang macam Fia ni. Huhuhu…

**********

“Hai, kak Ryna!”sapa Ivy ramah kepada Ryna. Ryna yang berdiri di sebelahnya di hadapan kaunter makanan menoleh ke arahnya. Dengan senyuman, Ryna turut membalas sapaannya.
“Banyak kak Ryna beli..”
Ryna mendengus, “Budak-budak tak sedar diri tulah, suka-suka saja main pesan-pesan. Ingat kak Ryna kuli. Geram betul!”
Ivy tersenyum, “Ivy tolong, boleh?”
“Serius?”
Ivy angguk semangat. Kedua tangan dihulurkan untuk mengambil botol-botol minuman yang dibeli oleh Ryna, manakala Ryna pula membawa tiga plastik berisi makanan.
Mereka melangkah beriringan menyelusuri koridor dengan saling bertukar cerita. Kaki mereka menapak anak tangga blok Melati.
Setelah sampai di anak tangga tingkat tiga, dan mereka berjalan menuju ke bilik muzik, Ivy kehairanan. Hairan melihat dihadapan bilik muzik yang lenggang tanpa ada manusia di sana. Terlihat jelas pintu bilik muzik yang terbuka lebar yang membuatkan suasana di dalam bilik muzik terpampang jelas.
“Kak, kenapa kosong je ni? Kakak-kakak senior mana?”
“Pihak sekolah dah tak benarkan mereka berhimpun kat sini,”jawab Ryna dengan nada suara yang kedengaran agak hampa.
“kak Ryna suka ke kitorang berhimpun kat sini setiap hari?”
Ryna mengangguk. “Suka. Tak adalah bosan tengok muka budak-budak tu saja. Nak main bass pun bersemangat sebab ada penonton. Lepas tamat sekolah bukannya rasa semua ni lagi..”
Ivy mengganguk mendengarkan itu, dan entah kenapa dadanya rasa berdenyut sakit apabila dengarkan perkataan tamat sekolah. Bermaksud dia tak akan dapat jumpa senior Noah lagi. Ivy tanpa sedar mengeluh.
“Eh, kejap…tadi Ivy cakap kitorang berhimpun setiap hari kat sini? Which is Ivy pun setiap hari tengok kitorang praktis kat sini?”
Ivy memandang Ryna sejenak sebelum mengalihkan mata memandang lantai. Segan kut, apalagi bila nampak senyuman mengusik Ryna.
“Betul ke?”Ryna menyoal lagi. Dan akhirnya dijawab anggukan oleh Ivy dengan wajah yang sudah merona merah.
“Boleh pula kak Ryna tak perasan..haih..”
“Ivy selalu berdiri kat belakang je, sebab tu kak Ryna tak perasan. Tapi, sekarang dah tak boleh datang sini dah tengok kak Ryna dan senior lain practice..”Ivy murung.
“Siapa cakap dah tak boleh?”Ryna menyoal tiba-tiba, sambil melaga bahu mereka. Ivy pandang Ryna yang sudah tersenyum kepada dia, dengan pandangan tertanya-tanya.
“Masuklah, Ivy. Kenapa tercegat lagi kat situ?”panggil Ryna kepada Ivy yang masih mematung di hadapan pintu bilik muzik sambil memeluk botol-botol minuman. Raut wajah juniornya itu terlihat sangat comel dengan wajah kebingungannya. Ryna jadi geram sendiri. Dia yang tiada adik betul-betul suka tengok Ivy, juniornya yang kelihatan sangat-sangat comel itu.
Keempat-empat pelajar lelaki yang berada di dalam bilik muzik itu menoleh memandang ke arah pintu. Melihat siapa yang dipanggil oleh Ryna.
Ivy yang dipandang oleh keempat-empat senior pujaan ramai itu terus tergugup sendiri. Lebih-lebih lagi, apabila Noah yang juga turut memandangnya sejenak sebelum kembali memetik gitar elektriknya perlahan..
“Ryna, kau membuli junior eh? Junior kita punya comel ni boleh kau pergi buli..kau ni tak berperikejunioran betul!”Ryan, sudah membuka suara. Ryna dipandang dengan pandangan sinis minta penendang daripada Ryna. Ryna sudah berapi.
“Berperikejunioran hotak kau! Bahasa apa kau guna tu! Merosakkan bahasa melayu kau ni, beruang!”serentak dengan suara Ryna yang memetir, dengan itu juga tangannya memberikan libasan maut ke kepala milik Ryan, adik kembar tak diiktirafnya.
“Sakitlah, woii!”Ryan pula ganti menjerit sambil berguling memegang kepala di atas lantai dek kerana tamparan sedas Ryna. Jeritan nyaringnya itu membuatkan ketiga pelajar lelaki yang lain mengerutkan dahi dan juga menutup telinga.
Noah pula mendengus, dengan wajahnya yang menampilkan raut wajah yang agak menyeramkan tidak seperti selalu.

Ivy pula masih tercengang di luar, memerhati saja adegan serupa sitkom di hadapan yang dilakonkan oleh dua kembar sepasang itu. Ryna masih asyik mendera Ryan yang disaksikan oleh ahli kumpulan yang lain. Yang hanya berwajah biasa.
Iman tanpa sengaja menoleh ke arah pintu. Dilihatnya Ivy masih berdiri di sana sambil membawa botol-botol minuman. Tanpa mengendahkan lagi Ryan yang sedang didera Ryna, dia bangkit berdiri dan berjalan menuju ke arah pintu.
“Tu, minuman kitorang kan?”Iman menyoal, sejurus dia berdiri dimuka pintu.
Ivy mengangguk saja. Dilihatnya raut wajah lembut dan senyuman yang sangat manis tersungging di bibir Iman. Sangat manis! Kalau sahaja dia tidak terpikat lebih awal pada senior Noah, mesti sekarang ni dia sudah terketar-ketar ditatap lembut dan dihadiahi senyuman paling manis senior Iman.
Ivy menjatuhkan pandangan ke arah susuk tubuh Noah yang berwajah dingin dan masih khusyuk dengan gitarnya.
“Masuklah. Botol ni biar aku bawakan..”
Ivy kembali memandang Iman. Dia mengangguk lagi dengan senyuman tipis lalu memberikan empat botol minuman kepada Iman, dan dua lagi dia yang bawa. Dia mengekori langkah Iman.
“Ryan..Ryna, dah lah tu. Tak malu ke dengan junior kita?”Iman sudah buka mulut, menghentikan pertengkaran dua kembar itu. Botol-botol minuman diletakkan di atas meja. Makanan yang dibawa oleh Ryna tadi dikeluarkan daripada plastik lalu disusun di atas meja.
Setelah selesai menghidang, Iman menoleh ke arah Ivy yang berdiri di hujung meja. “Duduklah..” Kerusi ditarik untuk Ivy duduk. Setelah itu, dia pergi ke arah Luth yang duduk di lantai menjadi pemerhati sekaligus tukang sorak untuk kedua kembar itu.
Bahu Luth ditepuk perlahan, “Makan..”
“Ryan Ryna..dah, pergi makan.”
Iman pergi pula menuju ke tempat Noah yang duduk di penjuru bilik. Ivy pula sedari tadi mengekori Iman dengan pandangan. Dapat dilihatnya Noah yang tersenyum tipis pada Iman, lalu bangkit dari duduk setelah meletakkan gitarnya. Berjalan dengan Iman yang merangkul bahunya.
Kedua mereka memiliki tinggi yang sama, dan paling tinggi diantara ahli The Gem’s yang lain. Satu fakta yang Ivy baru tahu. Dan keduanya, kelihatan sangat rapat. Tengoklah, senang saja Noah senyum.
Ivy tiba-tiba rasa jealous dengan Iman. Dia pun nak juga senior Noah senyum kat dia. Haih!
Ryna sudah melabuhkan duduk di sebelahnya, Ivy mengukirkan senyuman kepada Ryna. Setelah itu, jari-jarinya bermain-main dengan permukaan botol minumannya.
“Kak Ryna, Ivy pergi dulu…”beritahu Ivy, meminta diri. Gugup pula tiba-tiba. Lagipun dia sedar diri, dia bukannya rapat dengan senior-seniornya itu. Kalau dia berada di situ nanti seniornya pula tak selesa.
Lagipun dia takutlah nanti Noah halau dia. Tengok muka dingin Noah yang nampak menyeramkan tu, peratus untuk dia dihalau sangat tinggi. Daripada sakit hati sebab kena halau oleh crush , maka eloklah dia berambus dari sini.
Ryna menahan tangan Ivy yang baru hendak berdiri. Dipaksa Ivy untuk duduk. Ryna menggeleng. “Tak payah, lepak sini dengan kitorang..lagipun, ketua kita ada nak cakap pasal performance kita waktu festival hari tu..”
Noah dan Iman sudah duduk bergabung dengan mereka.

“Aku nak cakap terima kasih dekat kau sebab tolong kitorang tempoh hari, dan tolong kitorang bawa juara lagi..Dan, macam yang aku janjikan dengan kau…kau boleh minta apa sahaja dari aku,”ujar Noah dengan tenang. Belakang badannya bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Ivy yang duduk di hadapannya dipandang.
Ivy diam tidak tahu hendak menjawab apa. Ryan pula yang bersuara, “Hah, junior..lebih baik kau minta yang mahal-mahal. Jangan risau, Noah ni banyak duit.”
“Saya tak tahu…nanti saya fikirkan dulu..”Ivy senyum canggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience