Bab 10

Drama Series 6860

Lokman mundar mandir di bilik Arjuna. Arjuna juga makin gelisah. Apabila pintu bilik terbuka, mereka berdua menoleh serentak.

"Rai dah balik office ker ,Damia?",tanya Lokman.

Damia hanya menggeleng. Lokman meraup wajahnya.

"Aku pergi cari Rainah...", Lokman memandang Arjuna.

"Aku ikut kau...."

"Nope...kau stay office. Nanti kau inform aku bila Rainah balik office..."

"Okey....", Arjuna mengalah.

Lokman keluar dari ofis Arjuna. Damia mengikut langkah bosnya dari belakang. Telefon Arjuna yang berdering, menghentikan langkah mereka.

" Sekejap Damia...."

Lokman mengangkat telefon.

"Waalaikumussalam...yer...you tahu tempat yang biasa dia pergi...."

Lokman senyap sejenak mendengar bicara si pemanggil.

"Okey...Kita jumpa kat situ...I on the way dengan Damia..."

Lokman meletakkan panggilan. Damia mendongak melihat Lokman yang seakan risau.

"Jom Damia..."

"Suzila ker?", tanya Damia.

Lokman mengangguk. Dahi Damia berkerut.

'Macamana Suzi kenal Rainah....? Pelik..', Damia ingin bertanya lebih lanjut namun Lokman sudah jauh ke hadapan.

*******

Suzila sudah mundar mandir di situ. Lokman menghampiri.

"You jumpa tak?", tanya Lokman tergesa-gesa.

Suzila menggeleng kepala, namun dia menghulurkan telefon bimbit serta sebelah kasut kanan. Lokman mengambilnya.

"I jumpa dekat tempat biasa dia duduk....", wajah Suzila sugul.

Itu sememangnya telefon Rainah. Lokman rasa lemah.

"Kita buat report....", ujar Suzila.

Damia terkedu.

"Masalah sekarang report boleh buat selepas 24 jam. Kita cari kat rumah dia dulu...Apa-apa you call Johanna beritahu dia...", bicara Lokman.

Suzila mengangguk. Suzila menunggu dengan sabar apabila panggilannya masih tidak bersambut. Dia mencuba untuk kali kedua, akhirnya terjawab.

"Assalamualaikum Anna..."

"Waalaikumussalam Suzi...ada apa call ni....?", Johanna yang sedang bersiap untuk masuk bilik mesyuarat segera berhenti apabila melihat panggilan dari Suzila.

"Anna, kau calm down dulu....",

"Kenapa Suzi...? Rainah okey?", tanya Johanna pelik.

'Adakah Rainah membuat masalah di tempat kerja', fikir Johanna.

"Aku minta maaf Anna... Rainah hilang...", ujar Suzila bernada hiba.

Johanna terkejut.

"Nanti aku call dia...mungkin dia balik rumah aku..."

"Anna... telefon dia dengan aku...aku jumpa kat taman Permai..."

Johanna terhenyak di kerusi.

"Anna...aku dengan Lokman nak buat report kat balai,tapi di sebabkan belum sampai 24 jam. Jadi kami fikir nakalnya cari dia rumah ibunya dahulu, baru kami buat report...", jelas Suzila .

"Kau dengan Lokman cari kawasan taman dulu ... biar aku yang pergi cari dekat rumah mak dia....", kelam kabut Johanna mengambil dokumen dan begnya.

"Okey..."

Talian segera di putuskan. Johanna segera ke bilik mesyuarat. Sebaik sahaja dia masuk, semuanya sudah menunggu. Serba salah di buatnya. Akhirnya dia menyerahkan segala dokumen kepada ayahnya. Datuk Jazlan terpinga-pinga.

"Kenapa Anna?"

"Rai...missing... I'm sorry dad, I have to go....", ujarnya. Datuk Jazlan mengangguk.

"Saya minta maaf kepada semua, ada hal yang perlu saya selesaikan. Saya minta maaf...", Johanna melihat ke arah semua wakil syarikat besar di hadapannya. Walaupun dia kehilangan pelaburan besar sekalipun, dia tak kisah.

Satu wajah kacak di hadapannya merenung tajam ke arah Johanna. Johanna buat tidak tahu. Dia segera keluar.

Datuk Jazlan termenung seketika.

"Maaf Datuk, saya terpaksa batalkan pelaburan ini...", ujar pemuda di hadapannya.

Datuk Jazlan mengangkat wajahnya melihat pemuda 30an tersebut.

"It's okey Tengku Haelzry... "

Tengku Haelzry bangun meninggalkan bilik mesyuarat dengan dua orang pembantunya.

Datuk Jazlan meletakkan dokumen ke tepi. Johanna anak tunggalnya amat menyayangi Rainah walaupun hanya adik angkat.

'Tak apa Anna , papa bangga dengan kamu...'

*******

Johanna yang tergesa-gesa ke arah keretanya. Kuncinya terjatuh. Semasa dia menunduk mengambil kunci, dia terpandang tayar sebelah kanan yang sudah kempis.

"No....", tangannya meramas kepala. Kakinya automatik menendang tayar.

"Papa...,aku kena pinjam kereta papa", bicaranya sendiri.

Sebelum berlalu, sebuah kereta Honda berhenti betul-betul di belakang keretanya. Johanna berhenti melangkah. Cermin hitam di turunkan, terjengul raut wajah pemuda yang berada di bilik mesyuarat tadi.

"I hantar...", ujarnya lembut seraya membuka cermin mata hitamnya.

Johanna teragak-agak. Akhirnya dia memberanikan diri. Selepas masuk bersebelahan pemandu, Johanna bersuara.

" Maafkan saya, susahkan awak pula..."

Mata itu tetap merenung Johanna. Johanna pelik.

"Kenapa?", tanya Johanna gugup.

"Rambut you, mess", ujarnya.

Johanna tersentak, lalu membetulkan rambutnya yang kusut. Dia tersengih.

"I Haelzry...", pemuda itu memperkenalkan diri.

"Johanna..."

"You nak pergi mana?", tanya Haelzry setelah memasukkan gear.

"Taman Seindah...",ujar Johanna.

"Okay...", jawab Haelzry selamba.

"Awak tahu tempat tu...?", Johanna menoleh ke arah Haelzry.

"Ya... pernah sekali I pergi masa hantar my secretary..."

"Owh..."

"Semalam berlaku kebakaran dekat kawasan situ... my secretary yang beritahu..."

Johanna mengerutkan dahi.

"Kebakaran...?"

"Yup...dengar-dengar ada kematian...sepasang suami isteri...suami dia lumpuh ..."

Mata Johanna terbeliak.

'Arief...',hatinya terdetik.

"Hael...please hurry...", gesa Johanna dalam keadaan resah.

Haelzry melihat Johanna yang gelisah.

"Kenapa you nampak stress...?"

"Please hurry...", tangan Johanna sudah naik ke kepala. Rambutnya kembali serabai.

Haelzry melajukan pemanduan. Pelik dengan telatah Johanna yang makin gelisah.

Sebaik tiba, Johanna lekas turun. Dia terkedu apabila melihat rumah Rainah yang separuh hangus. Dia terduduk disitu. Haelzry yang melihatnya terus memegang Johanna. Panik apabila Johanna terus menangis.

"Arief...Rai...", Johanna terusan menangis.

"You...kenapa...?", Haelzry makin panik.

"Johanna....", panggil seorang perempuan.

Johanna mendongak.

"Makcik Maryam... Rainah mana?", tersekat-sekat Johanna bertanya.

Maryam menggeleng sambil memeluk Johanna.

"Makcik tak tahu... Mari ke rumah makcik dulu.," Maryam membangunkan Johanna.

Johanna menurut. Haelzry hanya mengikut dari belakang. Mereka duduk di ruang tamu.

"Makcik minta maaf. Makcik nak telefon kamu,tapi makcik tiada nombor kamu...", Maryam diam sejenak.

Johanna hanya mendengar penjelasan makcik Maryam.

"Seminggu lepas ada rombongan meminang Rainah. Tapi makcik Zakirah kamu menolak..."

"Pinangan dari siapa, makcik?", cepat-cepat Johanna bertanya.

"Makcik tak kenal..."

Johanna memicit kepalanya.

"Kenapa Johanna?"

"Rainah...hilang..."

"Hah...bila?"

"Tengahari tadi...kami tengah cari dia...."

"Ya Allah...",Maryam menutup mulutnya dengan tangan.

Haelzry hanya melihat, dia mengerti kini mengapa Johanna meninggalkannya di bilik mesyuarat. Bunyi tangisan bayi dari dalam bilik membuatkan makcik Maryam bergegas ke bilik. Dia kemudiannya membawa keluar bayi yang menangis. Di hulurkan kepada Johanna. Johanna menyambut sambil menangis.

"Hakiem Arief...", Johanna memeluk bayi tersebut dengan lembut.

Haelzry terkedu.

"Maafkan makcik...Semasa kebakaran, Zakirah Dan Rahman dah meninggal, makcik sempat ambil Arief...makcik tak sanggup nak letakkan dia di rumah anak yatim..."

"Anak Rai, anak saya juga. Kami akan cari Rai..Dia takkan berpisah dengan Arief lagi...",

Johanna merenung wajah Arief yang sudah diam di dalam pelukannya.

"Arief sayang ...nanti kita cari ibu ya...", ujar Johanna sambil mencium lembut pipi Arief.

Haelzry yang melihat telatah Johanna merasakan sesuatu yang meresap ke dalam hatinya.

"Terima kasih makcik...Jasa makcik tak dapat kami balas.", Johanna memeluk Maryam.

"Sudah menjadi kewajipan makcik sebagai manusia...", Maryam menepuk perlahan belakang Johanna.

Sebelum berlalu , Johanna menghulurkan sedikit wang kepada makcik Maryam. Seawalnya Maryam menolak, tapi akhirnya dia mengambilnya apabila Johanna berulangkali.

********

"You nak balik mana?", Haelzry bertanya kepada Johanna yang sedang meriba bayi di sebelahnya.

Johanna menoleh.

"Saya minta maaf sebab susahkan awak..."

"I...errr ...saya...tak mengapa...", Haelzry berasa sedikit kaku apabila Johanna selalu membahasakan diri dengan perkataan saya.

Johanna tersenyum. Akhirnya berjaya juga kurangkan ego si Tengku Haelzry aka tunangnya yang sedikit kerek. Sememangnya pertunangan mereka adalah berdasarkan perniagaan semata-mata.

"Terima kasih awak...awak hantar je rumah ayah saya...", ujarnya lembut sambil tersenyum.

Haelzry terpana dengan senyuman itu. Pertama kali dia melihat Johanna tersenyum. Selama ini dia tidak pernah ambil peduli sedikit pun pasal Johanna. Pertunangan mereka sudah pun menginjak setahun lamanya, tapi inilah kali pertama mereka keluar bersama.

"Saya nak tanya, budak ni anak kawan awak...?"

Johanna menoleh, terkejut dengan pertanyaan tunangnya.

"Adik angkat saya... Arief juga anak saya...", Johanna mencium ubun-ubun bayi di pangkuannya.

Jiwa Haelzry bergetaran melihat Johanna waktu itu. Terserlah sifat keibuannya.

'Tengku Haelzry...kau dah jatuh cinta kat tunang kau sendiri...', jerit batin Haelzry.

"Rai, kau kat mana sekarang....", Johanna mengeluh.

"Nanti saya upah orang cari kawan awak tu...", ujar Haelzry tanpa memandang Johanna.

Johanna terkedu, tidak menyangka yang tunangnya mendengar apa yang dia ucapkan.

"Terima kasih....", Johanna mengangguk walaupun Haelzry tidak memandangnya.

Haelzry tersenyum senang. Dia tidak menyangka pertemuan hari ini membuka minda dan hatinya buat Johanna.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience