Part 8.

Romance Completed 15511

IPhone 6s milik Luna berbunyi tanda ada panggilan masuk. Luna terus menjawab. Siapa lagi yang hendak menelefonnya selain Rizqin.

" Hello Luna " .

" Ermm Hello " .

" Kau tengah buat apa tu? " soal Rizqin.

" Aku tengah baring jer. Baru balik daripada taman " .

" Oh. Aku ingat nak ajak kau keluar. Rindu lah kat kau. Nak dengar mulut bising kau tu membebel " Rizqin ketawa.

" Elehh mulut bising ni jugak yang kau rindu kan. Nak keluar pergi mana? " soal Luna.

" Kita pergi cari baju. Alaa nanti aku cerita lah. Kau siap jer. Lagi 20 minit aku sampai " .

" Hurm yelah " Luna terus menamatkan panggilan.

Sejujurnya dia juga merindui Rizqin. Hampir 2 minggu dia tidak berjumpa dengan Rizqin.

Rizqin membawa Luna ke sebuah butik pakaian wanita. Niat hatinya ingin membelikan Luna baju baharu.

" Taknaklah Riz. Mahal lah. Beli kat pasar malam jer lah " Luna menarik Rizqin keluar dari butik.

" Ish Luna. Baju kat sini semua cantik-cantik tau. Jom lah. Aku belanja. Jangan risau. Tak bankrap pun Kiara Holding kalau aku belikan kau baju. Dah jom " Rizqin menarik Luna masuk ke butik itu semula.

Rizqin mengambil beberapa helai blouse dan skirt lalu menghulurkan semuanya pada Luna.

" Kau pergi try kat fitting room tu " .

Luna melangkah perlahan. Seakan malas sahaja gayanya. Rizqin tersenyum kecil. Comel!

" Cik, ada tak dress yang cantik tapi simple and tak terlalu seksi? " soal Rizqin pada pekerja butik itu.

" Sekejap ya Encik " .

Gadis itu datang semula ke arah Rizqin dengan membawa sehelai dress labuh berwarna ungu dihiasi dengan sedikit sulaman.

" Ni Encik. Keluaran terbaru kami " .

Rizqin menyambut huluran gadis itu. Dress labuh itu ditilik seketika.

" Riz " Luna keluar dari fitting room dengan mengenakan blouse dan skirt.

Rizqin terpana seketika. Luna kelihatan sangat cantik. Rizqin berjalan mendekati Luna. Dia tersenyum kecil.

Getah pengikat rambut Luna ditarik. Terserlah rambut panjang Luna.

" Ishh kau ni, pergi tarik buat apa " Luna merampas semua getah pengikat rambut nya.

" Luna, series kau cantik sangat " .

Luna cuba mengawal perasaannya. Cantik? Betul ke aku cantik?.

" Riz, kita nak pergi mana? Aku rimas lah pakai macam ni. Tak macho lah aku " .

Luna mengenakan dress labuh berwarna ungu. Rambutnya disanggul. Wajahnya dikenakan sedikit solekan. Ini semua gara-gara Rizqin memaksanya.

" Ada dinner untuk family aku dengan partner Kiara Holdings. Kau teman aku ea " .

" Riz, family kau kan ada. Buat apa nak ajak aku. Aku mana lah pernah pergi tempat-tempat macam tu. Nanti buat malu kau jer nanti " .

" Alaa, mama pergi dengan papa. Adik aku bawak tunang dia. Abang aku pulak bawak wife dengan anak dia. So aku bawak lah buah hati aku ni " .

Luna membesarkan matanya. Buah hati?.

" Kau cakap apa tadi? Buah hati? Eh bila masa aku jadi buah hati kau pulak? " .

Rizqin diam. Senyuman terukir di bibirnya.

" Jom masuk " .

" Riz, aku segan lah " .

" Jom lah. Aku kan ada. Dah jom " Rizqin menarik perlahan tangan Luna.

Luna berjalan agak sukar kerana dia terpaksa mengayakan kasut tumit tinggi. Luna berpaut pada lengan Rizqin.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan besar itu. Tetamu mula memenuhi dewan itu.

" Riz " tegur Datin Marziah.

Datin Marziah memandang gadis di sebelah anaknya itu. Wajah gadis itu tidak pernah dilihat sebelum ini.

" Mama, dah lama sampai? " Rizqin terus menyalami tangan Datin Marziah.

" Baru jer. Siapa ni Riz? " matanya masih lagi melekat pada Luna.

Luna mulai tunduk. Dia merasa tidak selesa diperhatikan begitu.

" Ni kawan Riz, dia lah yang banyak ubah Riz. Luna ni mama aku " Rizqin memperkenalkan Datin Marziah pada Luna.

Luna menghulurkan tangan untuk menyalami Datin Marziah. Datin Marziah dengan pantas menyambut. Dia tersenyum manis.

" Cantiknya nama, secantik orangnya " bahu Luna diusap perlahan.

Luna tersenyum memandang.

" Dah jom. Majlis dah nak bermula " .

Mereka bertiga melangkah ke meja yang disediakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience