Bab 10

Humor Completed 19792

10

Usai majlis itu berakhir, Ashraf dan Hana meminta diri untuk pulang. Hakim bukan main merengek lagi. Si kecil tak biasa berada lama di rumah orang. Tidak selesa. Tambahan pula, dia rimas dengan sanak saudara Ashraf yang asyik bermain dengannya. Penat juga Ashraf dan Hana memujuk anak kecil mereka itu. Sudahnya, Hakim terlena dek penat seharian bertemu dengan orang yang tidak dikenalinya.

Hana menukar baju dan mengelap badan Hakim di bilik. Takut tidak selesa pula Hakim nak tidur nanti. Ashraf pula masih di bawah. Entah apalah yang dia buat pun tidak tahu. Hana pun layan suaminya seperti biasa. Lagilah Ashraf risau. Takkan isterinya itu tidak cemburu dia berbual mesra dengan Fina?

“Ehem,” Hana mengerutkan dahinya.

“Kenapa dengan abang ni? Sakit tekak ke?”

Ashraf menghumbankan tubuhnya ke tilam. Diusik Hakim yang sudah terjaga itu.

“Sayang okey ke?”

“Okey aje. Apa yang tak okeynya?” Ashraf beriak tidak percaya.

“Sayang memang tak sayang abang kan? Tak apalah. Abang faham,” kata Ashraf dalam nada berjauh hati.

“Lah, kenapa dengan abang ni? Bila pulak Hana tak sayang abang? Tiba-tiba tanya bukan-bukan dah kenapa?” balas Hana pelik dengan perangai suaminya.

“Iyalah. Sayang tak kisah pun abang berbual dengan Fina tadi. Dia tu bekas kekasih pertama abang tahu tak? Takkan tak cemburu?” soal Ashraf sengaja menaikkan marahnya.

“Macam budak-budaklah abang ni. Memanglah dia kekasih pertama abang. Tapi, itukan dulu. Takkan sekarang nak berbaik balik kot?” Ashraf senyum senget. Sporting pula isterinya.

“Sayang ni. Abang saja aje nak test. Manalah tahu, ada orang tengah makan hati berulam jantung ke,” teka Ashraf.

Hana siap memakaikan baju tidur untuk Hakim. Biar papa dia pula yang tidurkan malam ni. Hakim lebih rapat dengan Ashraf. Anak bapaklah kononnya. Dia sendiri pun sudah mengantuk. Seharian melayan tetamu yang hadir.

“Baik makan nasi. Kenyang jugak. Sara tak kisahlah dengan siapa abang nak bersembang ke. Dah kahwin, tak elok prasangka buruk selalu sangat. Tak naklah Hana bergaduh dengan abang sebab perempuan lain. Buang masa je,” ujar Hana.

Ashraf angkat kening. Rasanya, jika Hana berbual dengan lelaki lain… makan penumbuk dia jugaklah lelaki itu. Dia tahu puan isteri sedang mengujinya. Seperti ibu-ibu yang marahkan anak mereka yang nakal. Mereka takkan menghalang tetapi menggalakkan lagi kerana mereka tahu pasti anak-anak akan serik. Lagi dihalang, lagilah menjadi.

“Ehh? Bolehlah selalu abang jumpa dengan Fina kan? Dah lama sangat tak keluar bersama-sama,” Hana sengaja bergurau. Amboi, bagi betis nak peha.

“Suka hati. Jangan tanya kenapa kalau motorbike abang hancur Hana buat,” Ashraf tergelak.

“I love you,” ucap Ashraf tak semena-mena. Hana mengerutkan hidungnya. Dengan suami tak boleh nak marah lama-lama.

“Love you too. Abang tidurkan Hakim dulu. Saya nak mandi,” Ashraf mengenyitkan mata kanannya. “Hmmm, maaf. Hana cuti,” Hana menahan tawanya.

Walaupun pertunangan mereka gagal, namun harapan masing-masing inginkan perkahwinan ini kekal selamanya. Dugaan berumah tangga lebih teruk jika dibandingkan ketika bertunang. Pertunangan boleh putus lagi. Tetapi, perkahwinan? Kena fikir berkali-kali untuk menyatakan perpisahan.

Itulah kisah percintaan Rihana dan Ashraf yang akhirnya membawa ke jinjang perkahwinan. Tak sangka pula, sepupu kawannya sendiri yang akhirnya jadi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience