ROMBONGAN meminang sudah pun memenuhi ruang tamu rumah Pak Amin. Terkejut Diana dan adik-adiknya melihat orang ramai berada di dalam rumah. Dia ketika itu baru sahaja balik dari sekolah menemani Anggun untuk mengambil keputusan PT3.
“Kenapa orang ramai kak?” Tanya adik.
“Entah. Macam orang nak masuk meminang je..” Diana menjawab sambil matanya meliar memandang ke muka pintu.
‘Sapa eak?’ Diana cuba memerhatikan wajah-wajah mereka yang hadir dalam rombongan itu.
“Jomlah kak kita masuk dapur. Takkan nak lalu depan pulak kan?” Cadang adik. Sememangnya itulah yang terbaik. Tak manis kalau lalu dekat ruang tamu. Lagipula, dalam keadaan majlis yang sebegini.Malam itu adik dengan gembiranya bernyanyi dengan riang gembira. Keputusan PT3nya agak memberangsangkan. Walau hanya mendapat 4A, namun itu akan menjadi sebahagian kepada semangatnya untuk lebih berusaha di tahun hadapan.
“Alhamdulillah.” Ucap ayah ke hadrat Ilahi. Tak menyangka yang adik akan dapat keputusan sebaik ini.
“Adik tak sangka dapat keputusan macam ni ayah.” Adik tiba-tiba berkata sedemikian. Kata-kata yang membuatkan Diana dan ayahnya terpinga seketika.
“Kenapa cakap macam tu dik?” Tanya Diana.
“Yelah, masa percubaan itu hari satu A pun tak ada. Yang ada pun D. Setakat lulus je.” Luah adik.
“Jangan cakap macam tu adik. Adik nak tahu tak, keputusan yang adik dapat masa PT3 ni adalah usaha gigih adik sendiri. Adik yang jawab soalan tu. Kami yang ada di sini hanya mendoakan adik berjaya.” Ayah berkata.
“Betul tu cakap ayah dik. Berjaya atau tak itu semua terpulang kepada diri kita sendiri. Macam mana kita nak berjaya? Kena usaha lebih. Yang penting solat jangan lupa. Doa, minta kepada DIA. Haya DIA sahajalah yang boleh menolong adik.” Sambung Diana pula.
“Baiklah kak. Adik janji lepas ni adik lebih usaha. Adik nak belajar pandai-pandai, masuk universiti lepas tu cari kerja, lepas tu dapat duit banyak-banyak, lepas tu boleh tolong ayah dengan mak. Lepas tu adik nak..”
“Dah-dah. Jangan nak lepas tu sangat. Dah pukul berapa dah ni? Pergi masuk tidur sana.” Ayah memotong cakap adik yang sudah berangan-rangan.
“Alah ayah. Kejap lagi lah.” Rengek adik.
“Kenapa pulak..” Tanya ayah.
“Macam mana nak tidur kalau mak dengan along tak habis-habis berbual dalam bilik tu. Ketawa macam nak pecah rumah.” Jawab adik.
“Hem.. mak kamu tu excited sangat nak dapat menantu.” Keluh ayah.
“Mak gembira anak dia ada orang pinang.” Sampuk Diana.
“Memang lah. Tapi ayah tak berapa berkenan dengan Mustafa tu.”
“Kenapa pulak ayah..” Tanya adik.Siapa yang tak kenal Mustafa tu. Anak usahawan kaya dekat sini.
“Tak ada apalah. Dah-dah,pergi masuk tidur sana.” Dalih ayah. Diana faham apa yang ayah rasakan sekarang. tapi siapa dia untuk mempersoalkan siapa bakal suami along. Jadi, dia ambil keputusan untuk mendengar dan melihat. Mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan keluarga ni.
Cuaca terik di waktu tengahari tidak di hiaraukan. Demi membantu ayah dan Pak Cu di ladang. Untuk menacari rezeki yang halal. Lebih-lebih lagi along akan bernikah lagi beberapa bulan akan datang.Sudah tentunya ayah dan Pak Cu membanting tulang membantu keluarga ini. Keluarga mereka. Kalau bukan Pak Cu dan ayah yang bekerja, siapa lagi? Nak harapkan along, sudah terang lagi bersuluh. Tolong ayah di ladang pun dia tak mahu.
“Diana, bila keputusan SPM keluar?” Pak Cu tanya. Peluh di dahinnya di seka.Panas terik yang melanda di Malaysia kini ujian buat mereka untuk meneruskan kehidupan dalam mencari sesuap nasi. Walau apa pun mereka redha.
“Em, kalau tak silap cikgu ada bagitahu dalam sebulan lagi. mungkin bulan depan kut. Apa-apa nanti keluar dekat berita.” Jawab Diana.
“Yelah..”Jawab Pak Cu sebelum dia menyambung kembali kerjanya.
“Nanti kalau keputusan kamu dah keluar, buatlah keputusan dengan bijak. Demi masa depan kamu jugak.” Sambung Pak Cu lagi.Sayu hati Diana mendengarnya. Apakah mungkin dia akan sambung pengajiannya lagi? Dengan keadaan sekarang ni? Ekonomi makin tak menentu. Hasil dari penanaman sayur ayahnya jugak kadang baik dan kadang tidak.
Share this novel