Keesokan harinya….
Sasaran perlu tepat !. Qisya menfokuskan matanya kepada Auni yang sedang tidur membongkang. Okay, baiklah bom akan diletupkan sebentar lagi dengan kiraan satu, dua, dan tiga ! Yes ! Mengena pon !. “ Woi Qisy ! Apa yang kau buat pepagi buta ni, yang kau baling bantal kumbang hitam gedabak kau tu dekat aku kenapa?!
Eii !!! Geli !! Geli !!! aku dengan kumbang !” Marah Auni. Memanglah siapa yang tidak marah jika tidurnya yang nyenyak sehingga boleh bermimpi berkahwin dengan Baekhyun telah diganggu, kalau ada manusia jenis macam tu. Wak Tabik Sama Lu !.
“Ala Auni, janganlah marah-marah dengan aku nanti bertambahlah nenek kat muka kau tu. Jangan marah okay nanti aku belanja mainan yang kat tepi kedai runcit Pak Man tu, ala yang lima puluh sen tu.” Qisya berkata dengan muka tidak bersalahnya sambil mengelip-ngelipkan matanya kepada Auni. Kononnya memujuk budak lima tahun yang merajuk akibat marah kepada mamanya.
“Yelah ! Yelah ! Kau nak apa, kacau aku pagi-pagi lagi ni ?” Auni merendahkan suaranya. Takut juga kalau Qisya merajuk, susah woo nak pujuk. “Hehe ! Auni, jom kita keluar cari barang dapur, semua barang dah nak habis semua, yang tinggal pun barang-barang yang tak berapa nak penting, boleh tak ?”
Aku berfikir sejenak, Almaklumlah orang baru bangun tidur mesti otaknya slow sikit kan.
“Okaylah, aku pun setuju, barang-barang aku pun dah banyak yang habis. I need to topup all my personal things !” Lantak kaulah. Sudah Broken English.
Dengan itu, aku terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap. Aku bersiap dengan gaya yang simple tetapi tetap comel. Baju blouse separas lutut bewarna Pink Pastel dikenakan dengan jeans biru muda. Aku melilitkan selendang yang bewarna biru laut juga di kepalaku.
Sudah bersiap dengan ala kadar, aku menempek bedak Pixy berwarna Natural White dengan nipis kerana muka sudah semuala jadi cerah dan aku mencalit sedikit Lip Ice di bibirku. Okay cun !.
“Qisy, kau dah siap ke belum Qisy oii ! Qisya oh Nur ! Qisy…” Aku memanggil Qisya berkali-kali dan tiada sahutan daripada Qisya. Lalu aku terus terjah masuk ke bilik Qisya. Rupa-rupanya, Qisya sedang bermekap dengan tebalnya Allah sahaja yang tahu.
“ Ya Allah Qisya Nur !!! Astaghfirullah Qisya !! Tebalnya mekap Qisy, kau nak pergi mana? Pavilion? Times Square ? Menara KLCC ? Nak bersanding kawin ? Qisya kita nak pergi Giant je, nak beli barang dapur bukannya nak pergi ke shopping mall yang aku senarai tadi tu” Dengan terkejutnya aku bertanya macam Machine Gun.
“ Hehe ! Auni janganlah terkejut. Mekap ni aku saje-saje je. Biasalah I kan wanita tervogue dunia. Hahahahahaha !!” Qisya ketawa sehingga keluar air mata, dan apabila ketawanya reda dia tidak sedar yang Auni sudah keluar dan menghidupkan enjin kereta Honda Jazznya yang berwarna merah hati. “Oii !! Auni jangan tinggalkan aku ! Tunggulah sat !” Qisya berlari keluar dan mengunci pintu rumah sewa mereka dengan menggunakan kunci pendua.
Semasa di pasar raya Giant, tempat pertama yang kami tuju ialah ke tempat mengambil troli, kalau takda troli macam mana nak letak barang-barang yang dibeli? Dekat mulut Qisya? Tak muat punyalah. Selepas itu, kami menuju ke bahagian barang dapur yang menempatkan barang basah dan kering, kami mengambil barang dapur yang sudah kehabisan di rumah sewa dan juga barang-barang keperluan kami.
“Qisy, tolong timbang semua sayur ni boleh tak? Aku nak pergi ambil air sekejap.” Aku berkata kepada Qisya sambil memberikan senyuman lebar.
“Okay, lepas aku timbang aku nyusul kau ya?” Balas Qisya sambil tersenyum kepadaku.
Dalam perjalanan kami untuk ke tempat letak kereta, kami lalu di depan Guardian dan “Auni, kau nampak apa yang aku nampak?” Aku buat-buat tak nampak, sambil bersiul dan memandang sekeliling pasar raya itu sambil menahan senyum.
Share this novel