Ji Eun

Fanfiction - KPOP Completed 640

"Saya kat mana ni?"Soal Ji Eun pada diri sendiri apabila sedar tentang keberadaannya.Bukan aku kat tempat kerja ke tadi?Ji Eun berusaha mengingati kejadian malam tadi.Dia teringatkan wajah lelaki tampan yang ditariknya jauh dari peminat psiko lelaki itu.Spontan Ji Eun menekup mulutnya.Oh,Tuhanku ! MJ !
Aku tarik tangan MJ ! Ji Eun kembali menggelabah.Ji Eun memandang sekelilingnya.Ini adalah biliknya.Macam mana MJ boleh tahu alamat rumahnya?
Adakah MJ yang membawa aku pulang?
Ji Eun tertanya tanya sendiri.

Ji Eun masih tertanya tanya hal itu,namun dia tetap harus pergi ke sekolah.
"Hei girls... tengok siapa tu."Ujar Zully sambil menjuihkan bibirnya ke arah Ji Eun yang jelas kelihatan binggung.Wooseung bersama enam temannya lagi,menuju ke arah Ji Eun dengan penuh gaya.Ji Eun baru menyedari kehadiran mereka.
"Korang nak apa lagi..."Ujar Ji Eun lalu mengeluh.Letih betul la nak gaduh dengan orang awal awal pagi ni !
"Nah ! Bawakan beg kitorang semua.Cepat !"Jerkah seorang ahli bernama JinLi.serentak mereka menghulurkan beg cantik bersinar mereka kepada Ji Eun.Ji Eun menjulingkan matanya ke atas lalu menghulurkan tangannya bagi mengambil beg tersebut.
Wooseung tersenyum.Dengar kata pun,Ji Eun ni.Tetapi sebaik sahaja beg mereka dilepaskan,Ji Eun menarik kembali tangannya membuatkan ketujuh beg mereka jatuh ke tanah.Membulat mata mereka semua."Kalau nak bawak beg,baik bawak sendiri kot.Barulah,kurus."Sambung Ji Eun lalu berlalu meninggalkan mereka yang kalut menyapu beg mereka agar tidak tersentuh debu.Wooseung menjeling Ji Eun penuh perasaan marah.Beg nya ini dihadiahkan oleh teman lelakinya ! Berani Ji Eun buat begitu kepadanya !

"Ish ! Apahal aku asyik teringatkan wajah dia ni ! Dia tu budak sekolah biasa je.Aku ni artis tau.Idol semua gadis.Tapi Ji Eun tu cantik dan... baik."Ujar Min Jae tanpa disedari.Bosan menunggu producer yang sering kali datang lambat ke pejabat manager.Susah bawak bincang betol !
Di matanya hanya terbayang wajah Ji Eun,membayangkan malam itu dia membelai wajah Ji Eun tanpa disedari Ji Eun sendiri.Itu adalah malam terindah yang pernah dialaminya sepanjang tahun yang membosankan ini.
Memang dia yang menghantar Ji Eun pulang ke rumah.Dia memproses bagpack Ji Eun.Dia ternampak tag nama Ji Eun dan juga alamat rumah gadis itu.Eomma Ji Eun itu pula melayaninya dengan sangat baik dan sopan.Yang terkejutnya,eomma Ji Eun tidak mengetahui siapa dia yang sebenarnya.
Dia teringin berjumpa dengan gadis itu lagi.Tidurnya tidak lena kerana teringatkan wajah gadis itu,mimpinya juga pada gadis itu,makannya juga terbayangkan gadis itu sehingga dia hilang selera.Ketika mandi juga dia terbayangkan malam tersebut.
Angau sudah MJ ni !!!

"Hei,MJ.Termenung panjang nampak.Ada makwe dah eh?"Sergah Gwangjae,selaku manager MJ."Mana ada.Hah,mana producer?Dah sejam tunggu.Jadah tak nampak batang hidung langsung."Marah Min Jae.Gwangjae tersengih kerang busuk."Producer tak jadi datang.Ada accident.Jammed teruk.Terpaksa patah balik.Mian(sorry)
MJ."Pinta Gwangjae.Min Jae mendengus berang.Kalau boleh,mahu dilemparkan sofa yang berada di hadapannya itu.Tetapi automatik dia teringatkan sesuatu.
Dia ternampak nama sekolah Ji Eun pada bagpack nya ! "Okey.I forgive you.Tapi dengan syarat.Kau kena tolong aku buat something."Ujar Min Jae dengan senyuman yang penuh makna.
"Tolong apa?"Soal Gwangjae.
Min Jae tersenyum apabila teringatkan Ji Eun.Aduhai gadis,mengapa wajahnya saja yang terlintas di otak ku ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience