Rate

BLACK ROSE (broken inside) 31

Drama Completed 921511

Dua tiga kali Mawar memegang telefon bimbitnya. Kemudian, diletak semula ke sofa. Beberapa saat selepas itu di ambil kembali. Kemudian, diletak semula. Itulah kerjanya sejak dari tadi. Sekali sekala mulutnya melepaskan keluhan berat. Sejak dia keluar dari hospital, Aydean langsung tidak menghubunginya. Entah mengapa. Dia sendiri tidak pasti.

Getah yang mengikat rambutnya di buka perlahan. Rambut ikal mayang melepasi bahu di sisir dengan hujung jari membetulkan mana yang kusut. Kemudian, di kumpulkan kesemua rambut dengan telapak tangan dan diikat semula. Tinggi dan kemas. Leher digosok perlahan.

Mawar benci perasaan sebegini. Benci merindu pada orang yang tidak merindunya. Mungkin benar, Aydean hanya cintakan Kie. Bukan Mawar.

Kenangan lalu mula mengetuk lagi minda Mawar. Kenangan dia bersama Aydean tidak sebanyak kenangan dia bersama Syakir. Tetapi, ianya tetap ada walaupun sedikit.
. .
.

Aydean melabuhkan punggung ke sebelah Kie yang sedang mengunyah roti di tangannya. Sekilas Aydean menoleh ke arah Kie. Nampak lapar benar gadis itu.

"Mana ni?" bebel Kie sejak dari tadi. Berdua dengan Aydean membuatkan dia kekok dan tidak selesa. Selalunya Syakir dan Aydean akan datang bersama-sama. Atau tidak pun Syakir yang akan datang dahulu dan sempatlah mereka memadu kasih sebelum Aydean muncul. Cuma kali ini, Aydean yang sampai terlebih dahulu.

"Nak sikit," Aydean cuba meminta sebiji roti yang masih berbaki di tangan Kie. Kie tarik muka masam. Dia buat tidak peduli dengan Aydean. Selamba sahaja muka Kie tika itu sambil mengunyah roti tersebut. Aydean cuba mengambil sebiji roti dari dalam plastik, tetapi, pantas sahaja Kie menghalang. Mata mereka berlaga.

"Belilah sendiri!" terus Kie mengambil plastik tersebut dan diletak ke ribaannya. Dia tidak peduli dengan renungan Aydean terhadapnya. Aydean geleng kepala.

"Kedek!" ucap Aydean geram. Dia menjeling tajam ke arah Kie. Kie masih dengan wajah selambanya. Sewaktu mahu menyuakan roti yang terakhir, roti terlepas dari pegangan Kie dan bergolek jatuh ke kaki Aydean. Terkebil-kebil mata Kie melihat roti itu. Kemudian, matanya beralih ke arah Aydean yang turut sama memandang roti tersebut. Aydean menahan senyum. Riak wajah Kie mencuit hatinya.

"Tulah. Berdosa kedekut dengan orang," bebel Aydean sambil tersenyum sinis. Kie masih buat muka tak peduli. Dia terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Malas mahu melihat senyuman mengejek lelaki itu terhadapnya. Tangan menyeluk poket. Sekotak rokok berwarna hijau putih jenama Salem diambil. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak dan diletak ke hujung bibir. Diseluk lagi poket sebelah kiri sisi pinggul. Lighter dikeluarkan. Di hala ke hujung rokok. Di nyalakan rokok yang berada di bibirnya.

"Stop smoking. Tak manis orang tengok kau merokok macam ni," tegur Aydean bersahaja. Kie buat tak dengar. Disedut rokok dalam-dalam dan dihembus ke udara. Air slurpee di capai dan straw di sedut. Kesejukan menyerap hingga ke otak dirasakan tika ini.

"Parents kau tahu tak kau merokok ni?" soal Aydean tiba-tiba. Walaupun dia tahu Kie tidak mahu berbual dengannya, tetap sahaja dia bertanya. Kie diam. Respon gadis itu sudah dijangka.

"Kalau parents kau tahu, for sure diorang kecewa dengan kau. Menyelinap keluar tengah malam. Mabuk. Merokok. Masuk club. Kau tak...," belum sempat Aydean meneruskan tazkirahnya, mata Kie mencerlung ke arahnya. Aydean terdiam. Pandangan membunuh Kie membuatkan Aydean terdiam seketika.

"Kau ni macam setan. Tak nak dengar nasihat," selamba sahaja kata-kata itu meluncur dari mulut Aydean. Kie sudah mula panas hati. Mahu sahaja dia menumbuk muka lelaki itu.

"Kau ni pehal??? Kalau nak bagi ceramah, pergi masjid. Sini bukan tempat bagi ceramah agama!!!!" Kie sudah hilang sabar. Aydean memandangnya sinis. Bertambah geram Kie dengan pandangan Aydean tika ini.

'Setan dia panggil aku?' bebel Kie di dalam hati.

"Kau ingat ceramah agama ni dekat masjid je ke boleh dengar??" balas Aydean selamba. Dia ketawa dalam hati. Riak wajah Kie mengiburkan hatinya. Sungguh, sehari tidak bergaduh dengan gadis itu, di rasakan hidupnya seperti tidak lengkap.

"Kalau aku setan kau tu jin!" balas Kie geram. Sakit hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi. Jika tidak fikirkan tentang Syakir, mahu sahaja lelaki itu di tolak ke tengah jalan. Biar mati dilanggar kenderaan.

"Aku tak isap rokok. Biasa jin yang makan asap. Kau lah setan dengan jin," balas Aydean sambil ketawa besar. Wajah geram Kie benar-benar membuatkan Aydean terhibur. Saat bibir gadis itu membebel, saat itulah hidup Aydean merasa ceria. Mahu berbual biasa, gadis itu langsung tidak mahu melayan. Ini sahaja cara membuatkan Kie mahu berbalas kata dengannya.

Bergaduh pun bergaduhlah, janji berbual!

"Kau kalau aku bunuh, sia je kang!" marah Kie sudah tidak dapat dibendung lagi. Jari telunjuk sudah menghala ke arah muka Aydean. Dada Kie berombak kencang. Entah mengapa lelaki itu suka benar cari pasal dengannya.

"Bunuhlah kalau berani?" balas Aydean sengaja mencabar. Dia memandang sinis ke arah Kie yang sudah mula bangun dari duduknya. Kie cuba menarik tangan Aydean dengan tujuan mahu menolak lelaki itu ke jalanraya. Sudah mula hilang akal warasnya tika ini. Kemarahan mula menggunung.

Namun, pantas sahaja Aydean memegang semula tangan Kie. Dia langsung tidak berganjak dari duduknya. Tangan Kie terkunci. Rokok terlepas dari tangan. Cepat-cepat Aydean memijak rokok tersebut. Tubuh Kie ditarik rapat ke arahnya. Kie tersentak. Wajah Aydean dipandang. Aydean buat muka selamba. Jarak mereka terlalu dekat sehingga lutut Kie berlaga dengan kaki Aydean.

"Cepatlah bunuh aku," Aydean bersuara setelah beberapa minit Kie diam merenungnya. Kie tersentak sekali lagi. Seolah baru tersedar dari lamunan. Dia merentap kembali tangan yang di pegang Aydean. Jantungnya berdegup kencang. Kie menjauhi Aydean dan duduk kembali ke tempatnya. Air slurpee di sedut dalam-dalam. Cuba menghilangkan gusar yang bertandang tiba-tiba.

"Sembang kencang je kau ni. Tadi berani sangat," sengaja Aydean memanaskan semula keadaan. Namun, gadis itu membisu tanpa melayan provokasi dari Aydean. Aydean kerut kening. Pelik melihat tiada balasan dari Kie.

"Pesal kau diam?" soal Aydean lagi. Wajah Kie di pandang dari sisi. Celak hitam yang di calit di kelopak mata, lipstik berwarna hitam dan rambut menutupi alis mata Kie amat sukar untuk mengecam wajah sebenar gadis itu.

"Diamlah!! Memekak dari tadi," balas Kie kasar. Wajah Aydean tidak dipandang. Dia menumpukan perhatian di tengah jalan raya yang sibuk itu. Dadanya mula berombak tenang. Kalau dia terus bergaduh dengan lelaki itu, alamat gali kubur sendirilah jawabnya.
. .
.

Lamunan Mawar terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malas Mawar mencapai telefon bimbitnya. Di skrin tertera nama...

Aydean!!

Mawar membetulkan detak jantungnya sebelum panggilan telefon di jawab. Nafas di tarik dalam. Kemudian, butang jawab di sentuh.

"Hello," ucap Aydean dengan suara yang gemersik. Mawar menoleh ke arah jam dinding. Pukul 12 tengah malam. Pasti di sana sudah mencecah ke 3 pagi.

"Yes," balas Mawar tenang. Suara gemersik Aydean mengusik hati wanitanya. Selewat waktu begini lelaki itu menghubunginya. Rindukah Aydean padanya?

"I miss you," ucapan Aydean membuatkan Mawar kaku seketika. Air liur ditelan terasa berpasir. Jantung Mawar kembali berdetak kencang.

"Sorry. Ganggu you. Last I call masa you dekat hospital hari tu. Tu pun Shark yang jawabkan phone you. So, you macam mana?" soal Aydean dengan suara yang sayup-sayup kedengaran. Seolah baru bangun dari tidur.

"Okay," jawab Mawar ringkas. Tubuh direbahkan ke sofa. Mata memandang ke kipas siling yang berpusing perlahan. Hilang terus rindunya terhadap Aydean kala mendengar suara seksi Aydean. Mawar tersenyum nakal sendiri.

'Speak up, please,' hati Mawar meronta mahu mendengar lagi suara lelaki itu. Senyap. Mawar mengeluh kecil.

"Kenapa senyap?" serentak mereka bersuara. Mawar ukir senyum. Begitu juga Aydean. Mata yang hampir terpejam dibuka kembali. Aydean bangun dah menyandar di kepala katil.

"Bila balik sini?" soal Mawar tenang. Aydean raup wajah. Matanya terkebil-kebil cuba menahan dari terlelap.

"Kenapaaaa... Dah rindu keee?" meleret suara Aydean cuba mengusik Mawar. Mawar ketawa dalam hati. Kalau ikutkan gilanya, mahu sahaja dia menjerit beritahu pada Aydean yang dia sudah terlalu rindu akan lelaki itu. Tetapi, Mawar masih waras untuk lakukan hal seperti itu. Jadi, Mawar hanya diam dengan senyuman terukir di bibir.

"Tak rindu takpe. You nak I beli apa-apa untuk you?" soal Aydean sambil menggosok belakang lehernya. Letih seharian menghabiskan beberapa scene dengan cuaca sejuk yang sudah mencecah negatif 3 darjah celcius.

"Nak kangaroo sekor," balas Mawar bergurau. Aydean ketawa kecil. Mawar senyum lagi.

Ketawa pun seksi! Iiishhh... Parah.. Angau overdose!!

"I beli patung kangaroo je lah. Kangaroo hidup tu takde pasport you. Tak boleh bawa naik flight," balas Aydean dengan tawa yang masih bersisa. Mawar turut ketawa kecil.

"Saya tak nak apa-apa. Balik dengan selamat. Tu je," balas Mawar tenang. Mata Mawar juga mula layu. Aydean diam seketika. Perlahan senyuman terukir sendiri saat mendengar pesanan Mawar.

"Okay. Good night. Sweet dreams. See you when I see you," ucap Aydean dengan suara gemersik seakan berbisik ke telinga Mawar. Mawar memejam mata. Terasa seakan lelaki itu mengungkap kata cinta padanya.

"I love you too," ucap Mawar tanpa sedar.

"Apa dia?" soal Aydean. Dia yang sudah hampir terlelap tidak dengar ucap balas dari wanita itu.

DENG!!! Kepala Mawar seakan dipukul saat ini apabila tersedar ucapan gilanya sebentar tadi. Mujur lelaki itu tidak dengar.

"Aaa... Good night.. Bye!" talian di tamatkan. Jantung Mawar seakan mahu meletup saat ini. Kepala ditepuk perlahan.

"Apa benda gila aku cakap dekat dia ni??" bebel Mawar sendiri. Dia seharusnya menjauhkan diri dari Aydean dan Syakir. Tetapi, perasaannya terhadap Aydean menyukarkan keadaan. Wajah diraup. Keluhan dilepaskan.

Sungguh perasaan cinta kali ini susah untuk di tolak. Entah mengapa. Seharusnya Mawar sedar diri bahawa dia tidak layak untuk sesiapa pun. Dengan kisah silam yang terlalu gelap dalam hidupnya, lebih baik dia memilih untuk hidup sendiri. Menjauhkan diri dari lelaki berdua itu adalah jalan terbaik buat dirinya.

Perlahan matanya tertutup. Seperti selalu, Mawar lena di sofa ruang tamu yang tidak beralaskan apa-apa. Itulah tempat dia kerap beradu.

××××××××××

Troli di tolak mengikut langkah lelaki di hadapannya itu. Inilah pertama kali Mawar dipaksa oleh Syakir untuk keluar membeli barang keperluan restoran. Senarai barang di genggaman, dibelek Syakir. Sekali sekala, dia menoleh ke belakang memandang ke arah Mawar yang masih berwajah dingin sejak dari tadi. Dia tahu wanita itu tidak rela mengikutnya ke sini. Namun, tetap sahaja dia memaksa Mawar.

Syakir memperlahankan langkah sehingga Mawar berjalan seiring dengannya. Sekali lagi dia menoleh ke arah Mawar yang sudah pun berada di sisi sebelah kanan.

"Eemmm.. I tak kenal sayur. You pilih. I tolak troli," Syakir menyerahkan senarai barang kepada Mawar. Troli di ambil dari pegangan wanita itu. Dengan muka malas Mawar membaca setiap satu barang yang tertulis. Tanpa sebarang bicara, Mawar terus berjalan pergi ke tempat sayur dan mengambil setiap apa yang tertulis di dalam kertas tersebut.

Setelah hampir dua jam berada di supermarket tersebut, Syakir dan Mawar berjalan menuju ke kenderaan jenis Fwd milik restoran. Barang-barang di letak ke belakang kenderaan tersebut dengan berhati-hati. Syakir turut membantu Mawar.

Setelah selesai, mereka masuk semula ke dalam perut kereta. Syakir masih tidak menghidupkan enjin, sebaliknya dia memandang ke arah Mawar. Mawar turut menoleh ke arah Syakir. Dia mengangkat kening seakan menyoal.

"Boleh tak you stay untuk dua tiga bulan lagi," Syakir mula memujuk Mawar. Seawal pagi tadi, Mawar telah pun menghantar surat berhenti kerja. Dia nekad mahu menjauhi kedua-dua lelaki itu.

"Sebab ada dua tiga event request masakan you," jelas Syakir lembut. Bukan sengaja dia mahu menahan Mawar dari berhenti kerja. Tetapi, masakan Mawar telah menjadi signature restoran mereka. Mawar mengeluh perlahan.

"You ajar Zara masak cara you. Then, i will let you go," sambung Syakir lagi. Dia sudah tidak mahu memaksa Mawar untuk bertahan di situ. Mawar menyandar ke dada kerusi. Keningnya berkerut. Rasa bersalah mula menyerbu ke tangkai hatinya. Iye, dia sangat suka memasak. Memasak adalah terapi buat dirinya.

Sewaktu dia berada di pusat serenti, dia dibenarkan membantu pekerja-pekerja kafe di dalam pusat tersebut. Banyak masakan yang telah Mawar belajar dan kemudian dipraktikkan di dalam The Boys Restoran. Akhirnya, masakan Mawar telah mendapat tempat di hati pelanggan-pelanggan restoran tersebut.

Berat sungguh hati Mawar tika ini. Keputusan telah di buat malam tadi. Tetapi, selepas mendengar pujukan Syakir, hatinya mula berbelah bahagi.

"Please, Mawar. Untuk dua tiga bulan je. Then, after Zara dah boleh masak cara you, I tak kan paksa you untuk stay," tambah Syakir lagi setelah melihat Mawar masih berdiam diri. Mawar melempar pandangan ke luar tingkap.

"Tengoklah," balas Mawar. Syakir tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya wanita itu memberi respon kepadanya. Dia tahu, pasti Mawar tidak akan menolak permintaannya.

"Okay. Kita balik restoran," kata Syakir sambil menghidupkan enjin. Sesekali dia menoleh ke arah Mawar yang masih termenung ke luar tingkap kereta.

××××××××××

Aydean melangkah masuk ke dalam pusat latihan Kickboxing Art dengan perasan bercampur baur. Dia tahu Mawar pasti sedang berlatih. Aydean yang memakai topi serta ditutupi dengan hoodie itu melabuhkan punggungnya ke kerusi di depan gelangang latihan. Dia membuka kaca mata hitamnya dan disangkut kan ke lubang leher.

Waktu itu, Mawar sedang beraksi di dalam gelanggang bersama salah seorang perserta yang lain. Mata Aydean tertumpu pada Mawar. Ketangkasan Mawar mengelak dan menyerang sangat Aydean kagumi.

Tiba-tiba, Mawar hilang fokus saat matanya menangkap susuk tubuh Aydean yang sedang menyaksikan perlawanan itu.

BUKK!!! Pukulan left hook tepat mengena ke arah muka Mawar. Serta merta tubuh Mawar terdorong ke belakang. Aydean cemas. Dia turut bangun dari duduknya saat melihat Mawar terbaring ke lantai. Mahu sahaja dia menerpa ke arah wanita itu dan membantunya bangun.

"Stay fokus Mawar!!!" jerit Haikal dari luar gelanggang. Peserta wanita tersebut membantu Mawar bangun. Mawar sudah mula hilang fokusnya. Aydean menarik nafas dalam. Mata mereka bertembung. Aydean tersenyum pahit. Dia mula rasa bersalah kerana kehadirannya membuatkan Mawar hilang fokus. Mawar hanya mengangkat kening tanda membalas senyuman lelaki itu. Kawasan yang dipukul mula merah dan perit. Kemudian, mereka kembali berlatih.

Hampir setengah jam Aydean menyaksikan latihan itu. Mawar kembali beraksi dengan tangkas. Aydean tersenyum nipis.

"That's my girl," ucap Aydean perlahan. Dia mengetap bibir saat pukulan demi pukulan Mawar lepaskan kepada wanita yang berlatih dengannya itu. Aydean tersenyum puas. Sungguh dia kagum melihat Mawar. Walaupun ada kalanya wanita itu turut di serang. Kedua-duanya kelihatan sangat tangkas.

Setelah selesai, Mawar turun menghampiri Aydean. Dia melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. Tuala di capai dari dalam beg gym miliknya. Peluh dilap dan diletakkan semula ke atas beg.

"Lama dah ke dekat sini?" soal Mawar ringkas. Boxing glove di buka dari tangan. Tudung yang diikat ke leher dibuja dan diturunkan menutupi dada. Baju Mawar basah lencun dek peluh.

"Almost half an hour," balas Aydean. Wajah Mawar di lihat dekat. Dahinya berkerut.

"Youuu.. merahlah. Sakit tak,?" soal Aydean saat dia melihat wajah Mawar yang terbit merah akibat dipukul ketika latihan itu tadi.

"Sikit," balas Mawar. Sekali lagi mata mereka bertaut. Hati Mawar berbunga-bunga melihat wajah Aydean yang kerisauan itu.

"Buat macam mana ni?" soal Aydean lagi. Setiap inci wajah Mawar di lihat dengan bola matanya. Walaupun merah di beberapa tempat, langsung tidak mencacatkan wajah wanita itu. Aydean kagum. Kagum dengan kecantikan Mawar.

"Nanti hilanglah," balas Mawar perlahan. Dia meregang-regangkan tangan sambil melihat ke arah Haikal yang sedang menapak ke arah mereka.

"Patutlah hilang fokuss...," kata Haikal sebaik sahaja melihat kelibat Aydean di situ. Aydean tersengih. Dia bersalaman dengan Haikal. Haikal angkat kening sambil tersenyum mengusik.

"Sorrylah, bro. Aku kacau fighter kau," balas Aydean. Haikal ketawa kecil. Mawar pamer wajah dingin. Dia tahu Haikal mengusiknya.

"Aku tak kisah," balas Haikal sambil menyandar di tepi gelanggang di hadapan Mawar. Mawar angkat muka melihat ke arah Haikal. Haikal turut merenung Mawar.

"Stay fokus lah. Boyfriend datang terus lost! Camne nak masuk competition ni," usik Haikal lagi. Mawar mencapai air botol dari dalam beg dan diteguk perlahan. Dadanya mula kembali berombak tenang.

'Si Haikal ni kang, aku tomoi mulut baru tahu!' bebel Mawar di dalam hati. Geram diusik Haikal. Tetapi, dia harus kelihatan tenang. Walaupun malunya sudah sampai ke telinga saat ini. malu dengan Aydean.

Pleasee.. sejak bila pandai malu ni, Mawar oii!!

Aydean ketawa kecil sambil matanya memandang Haikal. Haikal turut ketawa apabila melihat wajah Mawar mula merona merah.

"So, boleh aku bawa fighter kau ni balik? Ke ada latihan lagi?" soal Aydean sambil menoleh ke arah Mawar. Mawar geleng kepala. Haikal masih tersenyum mengusik. Mawar mengetap bibir geram melihat wajah Haikal.

"Takde dah,bro. Bulan depan Mawar ada competition. Jemput datang," jelas Haikal sambil bangun meninggalkan mereka berdua di situ. Serta merta Aydean memandang ke arah Mawar meminta kepastian wanita itu.

"Competition apa you?" soal Aydean tanpa menunggu. Dari jauh kedengaran Haikal ketawa besar. Mawar menoleh geram ke arah Haikal.

" Nantilah saya cakap. Penatlah," Mawar bangun mencapai beg gym dan berjalan menuju ke lokar. Dia harus membersihkan diri sebelum keluar dengan Aydean. Aydean hanya menghantar Mawar dengan pandangan mata sehingga susuk tubuh wanita itu hilang.

You never fail to amaze me, Mawar - Aydean Asyraff.

happy readingggggg......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience