Bantuan

Drama Series 421991

"Sorry for your lost. Boleh cuba lagi lain kali. I ada jual makanan tambahan untuk menyihatkan rahim. Ramai dah cuba, alhamdullillah dapat anak. Tak lama makannya, dalam dua tiga kotak boleh nampak hasil. Kalau you beli 3 kotak terusĀ  I bagi diskaun ten percent".

Aku terkebil kebil memandang wajah Azian, salah seorang pembaca berita senior yang tak pernah menegurku selama ini, sering mempamerkan muka ketat tiba tiba menegurku sebegitu mesra sekali. Beriya iya menunjukkan kotak makanan tambahan yang dimaksudkan

Aku sekadar tersenyum dan berdalih, "Saya masih didalam rawatan dan pengawasan doktor. Nanti bila bila saya nak beli, saya bagitau ye". Aku tolak dengan lembut.

"Cepat cepat tau. Diskaun ni tak selalu dapat".

Aku mengangguk tanda faham maksudnya.

Apa guna beli ubat menyihatkan rahim, sedang rahim pun dah tiada. Takkan aku nak beri pada Rahim Sepahtu, mau kena pelangkung. Dia tengah nak kuruskan badan, aku sibuk suruh dia 'sihat' pula.

Usai penampilanku yang pertama setelah lama bercuti, aku bersiap untuk pulang. Sendirian, agak lewat. Sengaja aku menghabiskan masa di sini jadi bila pulang aku terus tidur.

Sebaik masuk ke dalam kereta, telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Sementara menghidupkan enjin, aku capai telefon yang kuletak di ruang antara dua kerusi. Mesej dari Joy. Aku dah lama tak menghubunginya walau dia berkali kali cuba berinteraksi denganku ketika aku sedang sakit tempoh hari. Aku tak mahu dia tertekan dengan masalah aku, dia sedang mengandung.

Terus aku menelefonnya.

- Hey, what's up?

- Tolong aku. Aku tak tau nak pergi mana.

- Aedy halau kau? Kau kat mana?

Aku cemas. Di kala malam sudah pun melabuhkan tirai, kegelapan mula menyerap seluruh cahaya di bahagian dunia sebelah sini, kawan baikku dihalau dari rumah dalam keadaan perut memboyot.

Aku melafazkan bismillah sebelum memulakan perjalanan. Niatku untuk menyelamatkan Joy dan bayi yang dikandungnya. Dalam hati memaki hamun Aedy.

Aku menemui Joy di sebuah warung makanan Thai. Meja yang dipilihnya paling hujung. Tak la teruk benar rupa Joy, nampak manis dengan perut besar cuma raut wajahnya serabut. Aku rasa keadaan Joy lebih teruk dari aku.

"Kenapa ni? Aedy halau kau?", soalku terus tanpa berbasa basi.

"Tak". Joy menundukkan wajah.

"Dah tu? Korang bergaduh? Dia tau tak kau ni nak beranak bila bila masa". Aku marah.

"Bukan salah dia"

"Dah tu?". Ah, sudah. Segala tuduhan aku pada Aedy tak tepat. Habis tu apa?

"Rumah kau beli hari tu, dah ada penyewa?", tanya Joy perlahan.

"Belum. Baru lepas reno dan interior touch up sikit sebelum aku sakit hari tu. Kenapa?".

"Aku nak tumpang boleh? Aku tak tau dah nak ke mana", ujar Joy sambil mengusap perutnya.

"Aku tak bawa kunci sekarang", luahku. Rasa bersalah menerpa serta merta. Kasihan pada yang di dalam perut tu.

Joy mula menangis. Aku rasa Joy buntu. Dah habis ikhtiar mungkin.

"Aku tak tau apa masalah kau. Tapi malam ni kau boleh tidur rumah aku dulu"

"Tak. Takpe. Aku sewa hotel murah je. Aku taknak ganggu kau dengan Arif. Aku datang tanpa diundang. Apa pula kata Arif. Dah la lewat macam ni". Joy menolak.

Aku mengerut dahi, ganggu? Sejak bila kehadiran Joy mengganggu hidup kami. Tapi ada benarnya juga, apapun aku harus minta izin Arif.

"Boleh pinjamkan aku seratus? Aku ada lima puluh je ni. Nak isi minyak kereta, bayar sewa bilik dengan makan pagi esok"

Aku hulurkan not seratus pada Joy dalam keadaan penuh tanda tanya, Joy dari mana dengan keadaan tidak berduit. Aedy ni dah kenapa, ke mana perginya.

"Esok aku tunggu kau. Aku berharap sangat boleh tumpang rumah kau".

Aku mengangguk, aku nak tau apa yang terjadi. Ikutkan hati nak je aku tanya bertalu talu tapi keadaan sekeliling tak mengizinkan. Makin malam makin ramai orang datang. Dan kelihatannya Joy agak keberatan dan belum bersedia untuk bercerita.

Apapun Joy dalam kesusahan dan aku perlu bantu dia. Aku lihat Joy sama seperti keadaan aku dulu. Nak bangun dari kerusi pun susah. Aku tolong dia bangun dan mengiringnya ke kereta. Aku temankan dia ke hotel murah sebelum pulang ke rumah.

"Kenapa lambat sangat balik?

Terkejut aku. Kiraku Arif sudah tidur memandangkan jam sudah melepasi pukul dua belas.

"Jumpa Joy".

"Joy or Joey? Handsome? Baru sehari mula kerja, dah balik lewat macam ni. Kalau abang takde, mau juga tak balik rumah".

Aku diam, entah apa benda merasuk fikiran Arif.

Joey? Makhluk dari mana tu. Aku terus menanggalkan baju dan masuk ke dalam bilik mandi membersihkan diri. Aku tak kuasa nak melayan cemburu Arif yang tiba tiba muncul.

Seketika kemudian aku keluar dan menyarungkan baju tidur. Aku penat dan aku perlukan rehat yang cukup untuk kelihatan segar. Aku harap dengan kepenatan bekerja, aku boleh tidur lena tanpa gangguan emosi atau mimpi ngeri. Arif sering berkata aku terlalu banyak berehat sehingga kerap berkhayal dan terlihat perkara yang bukan bukan.

"Yang jumpa Joy malam malam ni kenapa? Ke rindu kat Aedy? Miss his dick? Sedap?"

Aku terus menarik selimut dan membelakangkannya bila Arif berkata begitu. Aku tak nak bertengkar malam malam begini. Tau pula aku nak belaian, nak tusukan padu, yang tak nak bagi tu kenapa? Jijik dengan parut jahitan aku atau dah tak bernafsu tengok isteri tanpa rahim?

"Baru baca berita dah berani lawan suami, tak menjawab apa suami tanya. Nak jadi isteri derhaka? Jumpa jantan sana sini, abang diamkan je selama ni", ujar Arif dengan nada bengang kerana soalannya aku biar tanpa jawapan.

Aku bingkas berdiri dari pembaringan. Tiba tiba rasa marah aku menjadi jadi. Mataku menjeling tajam pada Arif dengan api menyala nyala.

"Abang ni dah kenapa? Tiba tiba tuduh saya macam macam? Saya pergi jumpa Joy la tadi", tengkingku dan melemparkan telefon yang aku letak di meja sisi katil pada Arif. Nyaris terkena kepalanya.

Skrin telefon sudah kubuka pada perbualan antara aku dan Joy. Aku biarkan telefon itu dengan Arif. Bukalah, baca. Carilah Joey dalam tu. Carilah la gambar zakar Aedy untuk menggoda aku, carilah perbualan seks aku dengan lelaki lain jika ada. Tanyalah semua lelaki yang ada dalam senarai contactku, siapa pernah tidur atau paling tidak bercumbuan mesra dengan aku.

Aku melangkah masuk ke bilik sebelah dan mengunci pintu. Air mata menitis lagi untuk hari ini padahal aku dah berjanji untuk tak lagi menangis. Kali ini bukan kerana rindu tapi kerana hatiku yang terluka.

Pagi itu aku keluar dari rumah tanpa memberitahu Arif yang masih lena diulit mimpi selepas subuh. Untuk apa aku beritahu, sedang aku pasti Arif akan tahu kelak. Biar apa yang aku katakan, dia tetap kata aku buat yang tidak tidak di belakangnya.

Aku menuju ke hotel murah tempat Joy menginap. Joy masih tidur ketika aku sampai, rambutnya kusut masai semasa membuka pintu. Muram. Ini bukan Joy yang aku kenali. Kenapa orang di sekeliling aku berubah begitu drastik?

Sementara menunggu Joy bersiap, aku membeli nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi kami di rumah baruku.

"Cantik rumah kau", puji Joy sebaik dia melangkah masuk setelah aku mendahuluinya.

Cat dinding biru lavender bergabung dengan sofa comel warna beige dan kusyen kelabu membuatkan ruang tamu kondo dua bilikku kelihatan sangat mendamaikan. Rumah ini aku baru bercadang untuk sewakan kepada pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga atau pekerja professional dari luar negara yang bekerja di Malaysia.

"Rumah kau sekarang", balasku dari dapur, mengeluarkan pinggan yang akan kami gunakan nanti.

"Jaga elok elok. Aku amanahkan pada kau dan ", tambahku sambil menyentuh perut Joy yang membulat. Pilu hatiku mengenang memori lama.

"Alicia", jawab Joy, senyumannya melebar tapi tiada manisnya di situ. Aku semakin ingin tahu apa sebenarnya berlaku.

"Girl?? Alhamdullillah. Hai Alisya, my sweet little girl", ujarku mengusap lembut perut Joy, terasa tendangan tanda respon dari si kecil dalam perut. Air hangat mula bergenang di kelopak mata, aku rindu saat ini.

"I am sorry for your lost. Aku takde kat sini masa kau di hospital. Then aku call dan message kau, kau tak jawab, kau tak balas. Kau marah dengan aku ke Nura?", tanya Joy sayu.

"Tak. I just want to be alone", jawabku dan langsung memeluk Joy. Rasa bersalah sangat aku buat begitu pada teman baikku.

"Kau ok tak ni?", tanya Joy bila aku mula menangis. Aku mengesat air mata dengan tangan dan mengangguk. Aku tak mahu masalah Joy bertambah, dia sendiri ada masalah dan aku perlu tahu, aku perlu bantu.

"Kau tu, apa cerita ni?". Kami berdua duduk di sofa yang penuh dengan kusyen gebu.

"Aku minta maaf sebab menyusahamkan kau. Aku tak tau nak pergi mana Nura. Aku dan Aedy balik kampung jumpa family aku. Bagitau mereka yang aku nak peluk Islam, nak kawin dengan Aedy. Daddy aku mengamuk. Daddy aku tak restu. Mummy cannot say anything. So do my siblings. Ikut saja cakap daddy", cerita Joy dalam nada sedih.

"Takkan aku nak pergi ke keluarga Aedy. Diorang pun bukan orang senang. Dan aku ni bukan siapa siapa dengan diorang", tambahnya lagi. Kisah Joy lebih tragis.

Aku faham apa yang Joy hadapi, sama macam aku. Cuma aku, mak yang menentang tanpa sebab jelas.

"Ni kau dah ada nama baru lepas convert?"

Joy mencebik dan menggeleng.

"Kenapa?"

"Belum sempat Aedy bawa aku ke pejabat agama, dia dah kena tangkap".

Aku terperanjat besar. Kena tangkap???

"What?? Why??". Nada suaraku naik satu oktaf. Aku memang tak berselindung langsung.

"Dadah. Polis jumpa dadah dalam dashboard kereta dia masa sekatan jalan raya".

"Dia punya ke?"

"Aku tak tau. Aku cuma tau dia bisnes. Dulu jual insurans. Lepas tu dia kata ada joint venture bisnes kawan", terang Joy masih bersedih, air matanya tak berhenti mengalir.

"Kau masa tu?"

"Aku kat rumah. Polis datang geledah rumah kami. Aku kena pergi balai untuk disoalsiasat berulangkali. At the end, joint account kami kena beku. Rumah kena sita. Kereta pun. Apa yang aku ada sekarang, dari zaman aku kerja. Duit aku dah nak habis. Kan aku dah berhenti kerja sejak kami pindah".

Aku mengurut dada mendengar khabar yang tak disangka itu.

"Banyak? Ada polis jumpa dadah kat rumah kau?"

"Aku panik. Aku tak tau apa apa. Yang aku dengar polis cakap, jika sabit kesalahan Aedy boleh digantung sampai mati".

Aku tersandar manakala Joy dah berjuraian air mata.

"Aku.. aku pernah nak gugurkan bayi ni. Tapi tak berjaya. Aku pernah cuba terjun dari rooftop mall tapi aku tak kuat. Aku menggigil bila keluar dari lif. Aku patah balik. Aku fikir aku nak buang anak ini. Aku nak mulakan hidup baru".

"Kau gila Joy. Ada anak, kau nak gugurkan, nak buang la. Mana sifat kemanusiaan kau? Mana naluri keibuaan kau? ", marahku. Namun bila melihat raut wajah teman baikku, hati ini tersentuh. Aku mencapai tangannya dan aku genggam erat.

"Aku tau kau tengah tertekan sekarang. Aku minta maaf selama ni aku ignore call kau. Aku tak sangka hidup kau macam ni. I am so sorry Joy".

"Nura, kalau aku tak buat macam tu susah la aku nak kerja. Upah jaga baby sekarang mahal and aku tak tahu berapa gaji yang aku boleh dapat nanti. Tah bila aku boleh dapat kerja", rintih Joy. Sukarnya hidup Joy.

"Alisya, kita jaga sama sama. Kalau perlu hantar ke pengasuh, aku bayar. Kau nak kerja, cuba la contact majikan lama. Mungkin mereka boleh tolong. For now, kau jangan bimbang. Aku sempat beli barang bayi sikit hari tu, nanti aku bawa sini. Nanti lepas check up, kita singgah kedai beli barang baby. For now, jom makan sebab aku dah lapar. Lepas ni kita pergi beli grocery".

Share this novel

UdangGalah
2020-01-11 19:14:20 

Sex ni pun kena bawak berbincang. Suami nak berapa kali seminggu, isteri mampu berapa kali.. Kalau umur 20-30 tu 7 kali seminggu pun boleh tu.. Stamina masih ada.. Sebab suami atau isteri kalau dah lama tak dapat itu barang, memang automatik temperature naik.. Terkebil² bijik mata sebab keperluan asasi dah sekian lama tak dipenuhi.. Biarpun semasa isteri tengah haid atau berpantang sekalipun.. Kalau tengok suami tu dah lain maciam.. Tolong kocok je la guna tangan atau anggota badan yang lain kat suami tu, macam² cara boleh buat, yang penting air tu kena dikeluarkan. Bengkak oo telor tu lama sangat dah menahan.. sian Arif..

UdangGalah
2020-01-11 13:56:32 

Suami isteri kena selalu duduk berbincang atau pillow talk sebelum tidur. Jangan simpan atau pendam. Carilah jalan untuk mendapatkan rawatan dan memulihkan keadaan sebelum keadaan menjadi lebih parah..

Norazyah Hamid
2020-01-09 23:19:01 

nasib ada joy pengubat lara nura. sedih la ceta ni skrg


NovelPlus Premium

The best ads free experience