GET LOST!

Humor Series 3218

Rayyan~

Aku memandang langit yang indah malam ni. Rasa bersalah masih menguasai diriku. Suffiyan tadi bukan memarahi aku tapi dia menasihati aku.

Flashback.

Aku dan Suffiyan berada di balkoni apartmen dia. Keadaan sunyi seketika sebelum dia mula berbicara.

"Emm, Rayyan eh? Aku panggil Ray boleh?" Aku mengangguk. Biarlah dia nak panggil aku apa.

" Baiklah. Aku Suffiyan. Boleh panggil Iyan. Tadi Suri dah cerita apa yang berlaku. Su tak sengaja tumpahkan air kat kau kan. Aku nak minta maaf atas kecuaian dia." Aku tercengang. Kenapa dia tak marah aku sebab buat adik dia sampai pengsan.

"Err, kenapa kau tak marah aku? Kau masih tenang walaupun aku dah buat adik kau macam tu." Dia tergelak. Apa pula gelak ni. Orang tengah serius dia boleh gelak.

"Kenapa aku nak kena marah kau. Hahaha, sorry bro. Aku ni tak minat nak marah-marah. Bukan gaya aku." Aky tersentap sekejap. Perghh, deep bhaii.

"Ya, memang kau buat Su sampai pengsan. Tapi aku tak boleh marah kau mahupun Su sebab dua-dua kelemahan. So, adil lah tak perlu marah." Dia menjelaskan maksud dia. Aku tercengang.

Tak sangka masih ada lagi lelaki seperti dia dekat atas muka bumi ni. Aku menundukkan kepala dan menggenggam tanganku.

"Aku bukan apa. Aku cuma nak beritahu kau supaya kawal kemarahan kau. Kau lelaki dan kau pasti akan mendirikan rumah tangga suatu hari. Kalau kau macam ni. Aku pasti isteri kau akan takut dengan kau. Jadi, berubahlah sementara masih ada masa." Aku menyerabutkan rambutku. Dia hanya tersenyum lalu mengusap belakang badanku.

End.

'Iphone X' milik aku dibuka. Terpampang indah wajah seseorang di skrin telefonku.

Natrah~

Macam mana aku nak dapatkan kau. Aku masuk ke bilik dan terus baring. Mataku mula terlelap dan akhirnya aku tertidur.

**********************

"Awak, bangun wak." Aku cuba mengejutkan Suffiyan. Dia membuka matanya perlahan-lahan.

"Ermm. Dah pukul berapa?"

"5.30 wak. Jom bangun kejap lagi dah masuk waktu." Suffiyan bangun seraya menggosok matanya. Rambutnya yang kusut masai aku uruskan.

" Dah bangun wak. Mandi sana." Dia mengangguk lalu bangun dari sofa. Sufiyah terus menuju ke biliknya mahu menyiapkan pakaian untuk dia dan Suffiyan.

Usai solat. Mereka berdua menuju ke dapur. Seperti biasa, tugas harian mereka membuat sarapan.

"Awak. Kita makan roti bakar sajalah." Suffiyan mencadangkan seleranya. Aku bersetuju kerana aku juga tidak mahu makan makanan yang berat pagi ini.

Aku mengambil roti dia dalam rak manakala Suffiyan mengambil 'butter' di dalam peti ais. Dia menyapu 'butter' itu pada roti dan menghulurkannya padaku untuk dibakar.

Selesai makan. Aku terus masuk ke bilik. Suffiyan pula berada di balkoni ingin mengambil udara segar.

Usai mengenakan pakaian. Aku memanggil Suffiyan supaya memakai uniform miliknya. Suffiyan masuk semula dan menuju ke bilik.

Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilikku. Aku terpaku. Betul ke dia ni abang aku. Suffiyan nampak segak memakai kemaja dan tali leher merah. Rambutnya yang tebal disapu ke belakang. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu ini.

"Awak. Saya tahu saya kacak. Tak perlu lah pandang saya macam tu. Malu titew." Aku terus tersedar dari lamunanku. Aku tergelak kerana terdengar perkataan 'malu titew' itu. Haih, Suffiyan abangku.

Selesai mengunci pintu. Aku dan Suffiyan mula bergerak ke lif. Sampai di tingkat bawah. Aku segera keluar sambil menjerit kerana terdapat seekor lipas di dalam lif tadi.

Suffiyan hanya ketawa melihat gelagat aku. Aku sudah mula ingin menangis kerana ketakutan. Suffiyan segera memeluk aku bagi meredakan ketakutan.

"Shh, dah jangan nangis. Lipas tu dah tak ada dah. Jangab takut ya." Dia mengusap kepala aku yang berbalut tudung. Terasa tenang bila didakap sebegitu.

Kami berdua berjalan beriringan tangan menuju ke akademi. Aku terfikir kenapa Suffiyan tak mahu naik bas.

'Jangan tanya.'
'Jangan tanya.'
'Jangan tanya.'
'Jangan tanya.'

"Awak, kenapa tak mahu naik bas. Kan lagi cepat?" Aduh tercakap pula. Suffiyan diam sejenak. Mungkin memikirkan sesuatu.

"Su, akademi kita lalu lorong tu dah boleh sampai. Awak naik bas kena bayar tambang RM5. Jalan kaki tak perlu bayar apa-apa. Dekat pun ya." Jelas dia panjang. Jadi membazir saja RM5 aku semalam. Huhuhu~

Akhirnya kami tiba di hadapan akademi. Aku memberi salam kepada Makcik 'Guard' dan kemudian masuk diiringi Suffiyan. Semua mata tepat memandang kami. Atau lebih tepat lagi, Suffiyan.

"Awak. Dah boleh lepaskan tangan kan?" Soal aku. Suffiyan segera melepaskan tangannya dan berjalan di belakang aku. Malunya semua orang tengok..

"Woii!"

Jeritan ini. Tidak lain dan tidak bukan pasti milik Alisa. Aku memandang Alisa yang berlari mengejar kami.

"Awal gila kau sampai. Aku kalau macam ni masih lepak kat Cafe depan sana tu." Aku tersenyum diikuti Suffiyan.

"Ala, tak apa. Harini saya kena bawa Suffiyan jumpa Pengetua dan ambil kad pelajar dia." Terang aku.

"So, kau tak payah masuk kelas lah harini? Wuu best gila." Alisa teruja bila aku cakap begitu. Aku hanya tersenyum. Alisa pamit lalu meninggalkan kami.

"Jadi. Jom pergi pejabat cepat. Lepas tu pergi ambil kad saya." Suffiyan menarik tangan aku menuju ke pejabat Pengetua. Aku akur ditarik sebegitu. Mentang-mentang aku pendek dari dia.

Sampai saja di pejabat Pengetua. Aku terlihat kelibat Natrah. Aku melambainya manakala dia hanya memandang dan tersenyum.

'Tok tok'

"Assalamualaikum. Tuan, boleh saya masuk?" Ujar Suffiyan. Pengetua yang sedang sibuk mengemas fail-fail diatas meja menjemput dia masuk. Aku pula hanya menunggu diluar.

Selang beberapa minit. Suffiyan keluar sambil menghalakan tangannya ke bangunan sebelah.

Aku segera mengejar Suffiyan yang sudah berada jauh dihadapan. Lajunya dia jalan.

Sekali lagi aku dipertemukan dengan Cik Sue. Dengan sekali lafaz. Dia menerangkan apa yang aku dengar semalam kepada Suffiyan. Bukan aku sahaja, Suffiyan juga tak terkata apabila melihat Cik Sue berbicara.

******************
Natrah~

Kelihatan seorang gadis berambut ekor kuda gigih berlatih dengan senjatanya di gelanggang. Teknik bertarungnya amat hebat. Sangat teliti dan pantas. Itulah Natrah.

Dengan sekali tusukan pisaunya, semua hologram yang dipancarkan melalui 'drone' hilang sekelip mata.

"Bagus Natrah. Skill kamu dah bertambah baik. Jangan lupa berlatih lagi. Kamu dah boleh rehat sekarang." Seorang wanita berkaca mata bercakap kepada Natrah melalui bilik kawalan.

Setelah wanita itu beredar. Keluhan berat dilepaskan. Senjatanya disisipkan pada sarungnya.

Bilik persalinan ditujunya. Mahu menggantikan sut latihannya dengan uniform akademi. Apabila masuk saja ke bilik persalinan tersebut. Dia terus menuju ke loker miliknya.

Bulat matanya apabila terlihat sebuah kotak hadiah dengan tulisan.

'For you~'

Ha gila! Siapa pula bagi hadiah dekat aku ni. Buang tabiat ke? Aku yang garang ni ada orang suka. Hahaha, jauh sekali.

Aku membuka kotak itu untuk melihat isinya. Terdapat sekalung rantai dengan hiasan berbentuk hati dan juga kad ucapan.

"Dear Natrah,

This is me. Who was bullied your friend yesterday. Aku nak minta maaf sebab langgar janji. Janji yang kita buat dulu. Aku betul-betul minta maaf. Tolong maafkan aku.

From,
Rayyan."

Aku tersenyum. Aku ingat dia dah lupa janji tu. Janji yang aku buat dengan dia masa mula-mula kenal. Aku menutup mata untuk mengimbas memori lepas. Memori perkenalan aku dengan Rayyan.

   1 tahun lepas~

************************

To be continued~

SILAKAN VOTE YA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience