79

Romance Series 93218

Sejak dibenarkan pulang ke rumah, sikap Harraz dilihat semakin berubah. Jika sebelum ini lelaki itu jarang menunjukkan sifat manjanya kepada Aayra, namun kini sifat itu semakin terserlah dan menjadi - jadi. Hampir setiap masa Harraz ingin menempel dengannya. Tidak cukup dengan itu ke mana sahaja Aayra pergi, Harraz pasti akan membontoti. Namun begitu, tidak sedikit pun Aayra menunjukkan rasa rimasnya terhadap kerenah baru suaminya itu malahan ianya lebih megembirakan hati Aayra.

“Sayang.." Panggil Harraz separuh berbisik.

Aayra lantas menoleh ke arah suaminya. Wajah lembut Harraz ditatap dengan penuh rasa cinta. Rasanya sudah lama mereka tidak menghabiskan masa berdua - duaan begini. Mujurlah mamanya menawarkan diri untuk menjaga Nufael dan Nuffan buat sementara waktu sehingga Harraz benar - benar sembuh. Jika tidak pasti Aayra dan Harraz tidak berpeluang untuk menghabiskan masa bersama - sama seperti ini.

“I'm so sorry." Ucap Harraz dengan nada yang sedikit sayu.

Aayra merenung wajah suaminya dengan reaksi yang pelik. Dia cuba mencari maksud disebalik permohonan maaf itu namun ianya agak sukar untuk difahami.

“Sorry? Sorry for what?" Soal Aayra bingung.

“Sebab abang dah abaikan tanggungjawab abang kepada sayang dan anak - anak dalam tempoh dua bulan lebih ni. Abang biarkan sayang hidup dengan anak - anak dalam keadaan terumbang - ambing. Abang tahu sayang menderita. Abang betul - betul minta maaf." Luah Harraz dengan penuh rasa kesal.

Entah mengapa hati Aayra tiba - tiba menjadi sebak sebaik mendengar luahan hati suaminya. Wajah yang kelihatan tenang itu tadi kini sudah bertukar menjadi sedikit mendung. Lama mereka saling bertatapan dengan seribu satu rasa. Akhirnya perlahan- lahan Aayra merebahkan kepalanya di dada Harraz.

“Kenapa abang cakap macam ni? Sayang tak pernah salahkan abang dalam hal ni. Ini semua kan ketentuan dari Allah. Kita kena terima qada dan qadar yang dah ditentukan untuk kita. Lagipun ini semua kan hanya suatu kemalangan? Bukannya abang sengaja nak biarkan semua ini terjadi." Balas Aayra lembut.

“Tapi kalau abang tak cuai semasa memandu ketika tu, pasti semua ni tak kan terjadi kan?" Harraz masih meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Aayra mengangkat sedikit wajahnya menghadap Harraz. Dia dilihat menarik nafas panjang sebelum dilepaskan secara perlahan - lahan. Rasanya sudah tiba masanya untuk dia menceritakan segala - galanya kepada Harraz. Jika tidak, pasti suaminya akan terus meletakkan kesalahan itu di atas bahunya sendiri. Aayra menggapai jari jemari Harraz dengan penuh kelembutan. Lama jari jemari itu digenggam sebelum ianya dibawa ke bibirnya.

“Abang tak bersalah dalam hal ini. Apa yang terjadi kepada kita tempoh hari semuanya sudah dirancang. Sayang rasa jika kita tak terlibat dalam kemalangan ini sekalipun, pasti akan ada perkara lain yang akan menimpa diri kita sekeluarga selepas ni. Tapi tak mengapa. Perkara tu dah pun berlalu. Apa yang penting sekarang ni ialah suami sayang dah selamat. Perkara yang lepas biarlah lepas. Tak perlu kita nak ungkit - ungkit lagi." Ujar Aayra dengan penuh hati - hati.

Harraz dilihat kelihatan sedikit bingung mendengarkan penjelasan isterinya. Anak mata Aayra ditenung sedalam - dalamnya. Entah mengapa dia dapat merasakan seperti ada maksud yang terselindung di sebalik penjelasan isterinya itu tadi. Tiba - tiba jantungnya berdegup kencang.

“Apa maksud sayang dengan semuanya sudah dirancang? Ada apa - apa yang abang tak tahu ke sekarang ni?" Soal Harraz berdebar - debar.

Aayra mengangguk perlahan. Hatinya sudah tidak tertahan untuk menanggung semua ini. Harraz perlu diberitahu tentang ramcangan jahat Trisya. Namun di dalam masa yang sama, Aayra bimbang. Bimbang jika Harraz akan melenting sekiranya dia mengetahui punca sebenar. Jika dibiarkan pasti suaminya akan mengambil tindakan sendiri bagi menghukum Trisya. Sedikit sebanyak hal itu akan membuatkan rancangan asal mereka akan menemui kegagalan.

“Sayang minta maaf sebab merahsiakan perkara ini dari abang. Tapi sayang buat semua ni sebab sayang tak nak abang ambil tindakan melulu. Lagipun sekarang ni Yasir dan Ezmal sudah hampir berjaya untuk mengheret pelaku sebenar ke muka pengadilan. Dia orang hanya minta kita bersabar untuk sedikit masa aje lagi." Jelas Aayra akan duduk perkara sebenar.

“Kejap! Apa yang sayang cuba sampaikan ni? Abang tak faham. Boleh sayang explain one by one dekat abang tak?" Soal Harraz semakin celaru.

Aayra menarik nafas panjang sebelum dihela perlahan - lahan. Dia cuba mencari kekuatan untuk menjelaskan segala - galanya kepada Harraz.

“Sebenarnya dalang sebenar yang melakukan semua ni adalah Trisya. Trisya yang merancang segala - galanya sehingga kita berdua terlibat dalam kemalangan tu. Niat Trisya memang nak tengok salah seorang dari kita meninggal. Tapi target utama dia adalah abang. Trisya nak abang mati sebab dia nak tengok sayang hidup menderita selepas kehilangan abang. Jadi dendam dia terhadap kita akan dianggap sebagai sudah terbalas." Cerita Aayra akhirnya.

Mendengarkan hal itu membuatkan Harraz mengucap panjang. Sungguh dia tidak menyangka sedalam itu dendam Trisya terhadap keluarganya. Berkali - kali Harraz menggeleng- gelengkan kepalanya seakan tidak percaya dengan cerita yang baru disampaikan isterinya itu. Namun begitu ianya tidaklah bermaksud bahawa dia menganggap Aayra berbohong kepadanya.

“Jadi apa kena mengena Yasir dan Ezmal dalam hal ni? Dan macam mana pula sayang dan yang lain - lain boleh tahu yang semua ini adalah rancangan Trisya?" Soal Harraz lagi.

“Semasa kemalangan tu terjadi, ada saksi yang nampak Trisya seakan sengaja menghimpit kereta kita sehingga abang hilang kawalan. Alhamdulillah saksi itu sanggup untuk menjadi saksi utama sekiranya kita bercadang untuk membawa hal ini ke muka pengadilan. Dan melalui saksi itu jugalah Yasir dan Ezmal berpakat untuk memerangkap Trisya." Tambah Aayra lagi.

“Macam mana?" Soal Harraz tidak sabar.
Aayra dilihat tersenyum manis. Dia sudah dapat mengagak bahawa suaminya pasti tidak sabar ingin mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut.

“Right now Yasir and Trisya is in a relationship. Lepas je dapat tahu semua ni, Yasir dan Ezmal terus pasang perangkap. Memandangkan Trisya tu dah mengenali Ezmal, jadi terpaksalah Yasir yang volunteer menawarkan diri untuk pikat Trisya. So dari situ dapatlah Yasir korek rahsia. Tak sangka Trisya tu mudah sangat nak digoda. Petik jari je terus masuk perangkap. Sekarang ni semua bukti dah berada di tangan Yasir. Kalau tak silap sayang beberapa hari lepas Yasir dah serahkan bukti tu kepada Insp Khairi yang handle kes kemalangan kita ni. So tak lama lagi Trisya tu akan check in lah dekat penjara tu." Cerita Aayra bersama tawa kecil di penghujung ceritanya.

“Perghh!! Hebat juga cousins abang tu kan? Dah macam telemovie pulak abang rasa cerita kita ni. Tapi apa - apa pun abang nak say thank you for all of you. Abang tahu korang buat semua ni sebab korang sayangkan abang kan? I'm really appreciate it!" Ucap Harraz bersama senyuman nakal di bibirnya.

“Gila tak sayang? Abang tu umpama nyawa sayang tahu tak? Kalau tak sayang, takdelah sayang sanggup bermalam atas sofa keras kat hospital tu selama 2 bulan berturut - turut. Naik krem pinggang ni dibuatnya. Kalau abang tak appreciate lagi tak tahulah." Balas Aayra mengusik.

Harraz tersenyum penuh terharu. Jika Aayra tidak memberitahunya sekali pun, Harraz tetap tahu apa yang telah terjadi semasa di hospital tempoh hari. Segala - galanya telah diceritakan kepadanya oleh jururawat - jururawat di situ. Rata - ratanya meluahkan rasa kagum mereka terhadap Aayra yang begitu setia menemaninya dari awal hingga akhir. Mengingatkan hal itu membuatkan Harraz semakin menyayangi Aayra dengan spenuh jiwa dan raga.

“I knew it, sayang. Sebab terlampau jaga abang jugalah yang membuatkan sayang sampai kurus keding macam ni kan? Teruk kan abang ni? Kesian isteri abang. Penat jaga abang di hospital sampai tak sempat nak uruskan diri sendiri. I'm so sorry, sayang."
Ucap Harraz sekali gus pinggang Aayra dirangkul ke dalam pelukannya.

“Anything for you, abang. Sayang sanggup lakukan apa sahaja untuk abang tapi dengan syarat..." Aayra sengaja mematikan ayatnya di situ bagi memancing emosi Harraz.

“Syarat? Apa syaratnya?"

“Syaratnya abang jangan pernah tinggalkan sayang walau sesaat pun. Hidup dan mati sayang, sayang hanya inginkan abang sentiasa di sisi sayang. Sayang cintakan abang sepenuh jiwa dan raga sayang. Hanya abang yang bertakhta di hati sayang buat selama - lamanya." Bisik Aayra di telingan Harraz dengan penuh romantis.
Tanpa menunggu jawapan balas suaminya, Aayra langsung membenamkan bibirnya di bibir Harraz lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. Betapa dia sangat merindui detik - detik seperti ini bersama suaminya. Doa Aayra biarlah perasaan cinta itu sentiasa mekar di jiwa mereka buat selama - lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience