BAB 11

Short Story Series 3885

Selepas seminggu bercuti, kami mula bekerja semula. Tiada honeymoon atau apa-apa yang istimewa seperti pasangan pengantin yang lain.

Layanan Noah masih sama. Kami tidur di bilik yang berasingan. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia nak berubah.

Aku betul-betul fedup. Sebenarnya aku bukan harapkan layanan manja atau yang over. Sekurang-kurangnya layanlah aku sebagai seorang isteri. Nak juga rasa dihargai suami.

"Kalau saya mati, awak tentu tak sedih langsung kan." ujarku semasa kami berada dalam kereta nak pergi ke tempat kerja.

"Jangan nak merepek Sophea."

"Saya tak merepek Noah. Saya cakap kalau. Manalah tahu esok lusa saya mati."

Noah diam sahaja. Malas nak layan aku.

Tak apalah Noah, awak kan tak cintakan saya. Mesti awak tak kisah kehilangan saya. Aku cuma mampu berkata di dalam hati.

Kami melalui beberapa buah deretan kedai yang tidak jauh dari bangunan syarikat. Tiba-tiba Noah menyuruh aku turun dan berjalan sendiri. Nampak sangat dia tak nak orang tahu kami dah kahwin. Aku hanya akur dan menurut sahaja. Sempat dia pesan pada aku supaya menunggunya di sini petang nanti.

Dia ingat aku ni apa? Perempuan simpanan dia?

Aku berjalan lenggang lenggok seperti manusia biasa. Boleh je nak lajukan pergerakan tapi sengaja. Biarlah orang nampak aku ini manusia bukan supernatural atau vampire.

Masuk ke ruangan lobi, aku terus berjalan ke arah lif. Kebetulan ada dua orang staf perempuan sedang menunggu lif. Aku mendengar perbualan mereka.

"Mr Noah tu kacak betul. Untunglah kalau siapa yang dapat. Kenapalah dia tak jadi boss kita."

"Eh kau tak tahu ke. Dia tu playboy lah."

"Mana kau tahu dia playboy?"

"Staf department yang bekerja under mr Noah cakap. Dia suka angkut perempuan. Kadang-kadang terserempak waktu balik kerja. Dalam kereta dia mesti ada perempuan."

"Aku tak kisah dia playboy. Janji kacak dan berduit."

Ting! Pintu lif terbuka. Mereka masuk ke dalam dan aku juga turut masuk. Terperanjat mereka bila nampak aku di belakang. Perbualan mereka berhenti setakat itu sahaja.

Aku tersenyum sendirian.

Tentang apa yang mereka bualkan tu aku tahu. Hanya aku sahaja yang tahu. Dia kan vampire. Waktu Noah kantoi dengan aku dulu pun, dia tengah gigit leher seorang perempuan. Berapa ramai dah jadi mangsa Noah. Aku pun tak tahu. Kesian juga mereka jadi hamba Noah. Cuma aku yakin mereka disogok dengan barang kemas, hadiah ataupun duit.

?????

Ada orang tanya aku mana aku menghilang selama seminggu. Aku cakaplah yang aku pergi bercuti. Siap minta hadiah. Aku bagi alasan tak ada. Tak sempat beli.

Waktu lunch tiba. Pasti mereka semua tak sabar nak keluar lunch. So aku ada idea baik punya. Aku berdiri tegak dan bercakap agak kuat.

"Hari ni korang semua kerja separuh hari je. Mr Noah suruh saya beritahu korang semua. Dia benarkan korang balik pada waktu lunch."

"Yeke?" Mereka semua tertanya-tanya.

"Betul! Balik cepat sebelum mr Noah tukar fikiran!"

Cepat-cepat mereka berkemas dan beredar.

"Awak biar betul Sophea. Mr Noah tak ada cakap apa-apa pun pada i." Soal Sarah.

"Betullah! Mr Noah pun benarkan awak pulang!"

"I nak tanya mr Noah dulu."

"Tak perlu! Dia dah pesan pada saya tadi."

Sarah bergegas kemas barang atas meja dan masukkan ke dalam beg.

"Thanks Sophea. I memang ingat nak ambil half day je sebab ada hal penting yang perlu i settlekan."

"Welcome."

"Sampaikan ucapan terima kasih i pada mr Noah ya."

"Alright!"

Aku kenyit mata pada dia.

Kini tinggal aku dan Noah sahaja. Noah masih di dalam bilik pejabatnya. Puas hati aku melihat semua tempat kosong.

Aku henyakkan punggung di atas kerusi beroda dan berputar-putar sambil ketawa kecil.

Tiba-tiba pintu bilik pejabat Noah dibuka. Noah keluar dari bilik dan memandang aku kemudian keadaan sekeliling.

"Semua orang dah keluar lunch?"

"Dah. Keluar lunch dan terus balik."

"Balik? Apa maksud you?"

"Saya suruh mereka semua balik. Dapat half day hari ni."

"Siapa yang arahkan? I tak ada bagi arahan macam tu pada mereka."

"Saya yang arahkan."

"You?"

"Yes. Kenapa? Tak puas hati ke? Suka hati sayalah. Saya kan dah jadi isteri boss."

Aku masih duduk di atas kerusi dan berputar. Seronok gila kenakan Noah. Kerusi itu tiba-tiba berhenti dan dialihkan agar menghadap Noah. Dia letak kedua belah tangan di pemegang dan memandang tepat ke arah aku. Wajahnya serius sahaja. Macam nak marah aku. Dahla aku terperangkap di tengah.

"You memang sengaja cari pasal dengan i kan."

Kami berlawan mata. Dia ingat aku tak berani? Aku dan Noah dah setaraf walaupun aku masih baru.

"Memang pun! Memang saya sengaja cari pasal dengan awak!"

"Noah."

Seseorang memanggil namanya dari belakang. Kami berdua memandang. Ada seorang perempuan seksi sedang berdiri tidak jauh dari kami. Siap buat pandangan menggoda pada Noah.

"Ivy..." sebut Noah sebelum memandang aku semula.

"Kita deal lepas ni!"

Dia buat muka garang. Eleh ingat aku takut.

Aku hanya perhatikan Noah peluk pinggang perempuan bernama Ivy itu. Perempuan tu siap lentokkan kepala dekat bahu Noah dan hadiahkan senyuman mengejek kepada aku.

Kurang ajar betul! Noah langsung tak ada perasaan bersalah. Depan isteri dia bermesra dengan perempuan lain!

?????

Habis waktu kerja pun Noah dan perempuan tu masih belum keluar. Entah apa yang mereka buat dalam bilik tu. Aku pun tak tahu.

Disebabkan Noah masih marahkan aku, aku turun ke tingkat bawah dan menunggu Noah di tempat yang diarahkan dia pagi tadi.

Tunggu punya tunggu, langit yang tadinya cerah bertukar gelap. hujan turun membasahi bumi. Aku cepat-cepat berlindung di kawasan deretan kedai.

Elok aku sampai dekat situ, aku nampak kereta Noah meluncur laju. Langsung tak berhenti mengambil aku. Puas aku tunggu. Ingat dia nak ikut jalan lain ke. Rupanya tidak. Dia terus pergi. Aku tak pasti perempuan tadi ada bersama atau tidak kerana cermin keretanya gelap. Tak sempat nak scan sebab kereta dibawa agak laju.

Sampai hati dia tinggalkan aku di sini. Lupa ke yang dia ada isteri atau sebab terlalu marahkan aku, dia tinggalkan je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience