BAB 4

Family Completed 4316

Zaril tertidur di sofa. Kasihan....apakah itu patut ada dalam fikiranku sekarang?,

Bodohkah mengasihani dia yang tidak mengasihaniku?. Aku bukan dia. Aku naik ke atas dan mendapatkan bantal dan selimut buatnya sedangkan aku tahu esok adalah hari pernikahannya.

Dia terlalu penat agaknya sehingga berdengkur begitu. Aku naikkan kakinya dan meletakkan kepalanya di bantal. Tubuh yang pernah mendakapku dengan rasa cinta itu kuselimuti dengan gebar yang pernah kami gunakan bersama.

Air mataku tak mampu bertahan hanya di kelopak. Ianya terus mengalir tanpa aku sedari. Terjelepuk aku di sisinya. Aku menahan suara agar dia boleh tidur dengan lena. Dadaku terasa sangat perit.

Sakit! YA Allah... kuatkanlah aku..

Aku merenung wajahnya yang sudah dicukur dengan kemas. Aku bagai tidak mampu melepaskan pandanganku lagi.

“Abang.... walau sebegini teruk abang menghentam jiwa Alisa.... tapi entah mengapa masih ada saki baki cinta di dalam hati Alisa. Ingatkah abang pertama kali abang tahu mengenai Bella yang masih berada di dalam kandungan Alisa?.

Abang berjanji yang tidak akan pernah melukakan hati kami walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa abang sendiri. Perempuan di hati abang hanya arwah mama abang, Alisa dan Bella sahaja tetapi kini?

Mengapa ada dia di antara kita, abang?. “ nafas ini kutarik perlahan. Biar rasa sakit ini berkurangan tetapi tidak berhasil.

“Abang.... cintailah Alisa walaupun punya dia di hati abang” ucapku buat kali terakhir dan aku melangkah pergi.

Empat langkah aku meninggalkannya aku menoleh semula. Aku lihat ada titisan air mata yang mengalir di sebalik mata yang terpejam itu. aku biarkannya sahaja...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience