39

Romance Series 93217

Langkah kaki Ezmal terhenti sebaik tiba di hadapan pintu bilik 118. Lama dia berdiri di situ dengan pandangan yang kosong. Entah mengapa dia merasakan seperti masih kurang bersedia untuk melangkah masuk ke dalam. Namun demi mendapatkan sebuah kepastian, akhirnya Ezmal menggagahkan diri jua masuk ke dalam.

Bagaikan dipukau, langkah Ezmal langsung terhenti sebaik memasuki ruang kamar itu. Sepasang matanya tepat merenung ke arah satu susuk tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil. Wajahnya sangat pucat manakala tubuhnya juga semakin kurus. Tiba - tiba hati Ezmal dihantui perasaan sebak. Ternyata apa yang dikhabarkan Harraz mengenai Ramona sebelum ini semuanya benar belaka. Sungguh dia sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Ramona kini. Sedikit demi sedikit perasaan benci dan dendamnya kepada Ramona mula terpadam.

Menyedari biliknya seperti dikunjungi seseorang, Ramona segera mengalihkan pandangannya ke arah satu susuk tubuh yang berdiri tidak jauh dari katilnya itu.

“Ezmal!"

Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Ramona sedaya upaya cuba untuk bangun dari katilnya namun pantas dihalang Ezmal.

“Rehatlah. Tak perlu bangun." Ujar Ezmal lembut.

Ramona akur. Pandangannya masih setia menatap wajah lembut Ezmal. Entah mengapa hatinya diulit perasaan sebak lalu sedikit demi sedikit kolam matanya mula dibanjiri air mata. Sungguh dia tidak menyangka akan menerima kunjungan dari Ezmal pada hari ini. Sangkanya Ezmal sudah tidak sudi untuk datang menjenguknya. Namun siapa sangka. Sekeras - keras hati Ezmal, akhirnya sudi juga dia datang menjengah ke sini.

“How's your condition? Everything's ok right?" Soal Ezmal lembut.

“Hmm.. As you see. Macam ini ajelah. Nothing was changed" Balas Ramona.

Ramona menunduk merenung lantai. Sejujurnya dia langsung tidak punyai kekuatan untuk menatap wajah lelaki dihadapannya itu meskipun rindunya terhadap Ezmal terlalu menebal. Ramona malu akan dirinya sendiri. Semua ini berpunca kerana dirinya sendiri. Jika dia setia terhadap Ezmal dan tidak mengamalkan gaya hidup yang bebas seperti ini, pasti semua ini tidak akan terjadi. Namun masa sudah boleh diundurkan lagi. Suka atau tidak, dia harus menelan kepahitan itu. Dia harus menghabiskan sisa - sisa
hidupnya dengan mengahadapi sebuah kenyataan yang agak berat buat dirinya.

“Mona, you jangan give up, ok? I percaya you kuat untuk berdepan dengan semua ni. Everyone will support you whatever you are." Pujuk Ezmal.

Ramona tersenyum nipis. Sungguh dia merasakan Ezmal mempunyai hati yang sangat mulia. Dalam keadaan dirinya dikhianati sekalipun, dia masih mampu berbuat baik terhadap orang yang mengkhianatinya itu. Betapa Ramona menyesal dengan perbuatannya sendiri.

“Thank you Ezmal. But it will not change anything. Soon I will go for good." Balas Ramona sayu.

“Setiap orang akan pergi menemui PenciptaNya, Mona. Cepat atau lambat sahaja. Sementara masih ada waktu ni, you ambil lah peluang itu dengan sebaik - baik mungkin untuk bertaubat. It's not too late, you know?" Nasihat Ezmal.

“Nak ke Allah terima taubat orang yang macam I ni, Ezmal?" Soal Ramona bernada lirih.

“Pintu taubat tu sentiasa terbuka, Mona. Malah Allah tak pernah meletakkan apa - apa syarat untuk bertaubat. As long as you ikhlas untuk bertaubat. I pun bukanlah arif sangat dalam bab - bab macam ni. Masih banyak lagi yang I kena belajar. Tapi I percaya Allah akan sentiasa bersama dengan you, Mona. Pulanglah ke jalan yang diredhaiNya." Tambah Ezmal lagi.

Ramona diam tidak berkutik. Betapa dia sangat mengagumi lelaki di hadapannya itu. Dalam keadaan dirinya sebegini pun, Ezmal masih tetap mahu berbuat baik dengannya. Tidak semena - mena air mata yang ditahan - tahan sejak tadi kini mula mengalir laju membasahi pipi. Esak tangisnya juga sudah mula kedengaran. Dia sudah tidak dapat mengawal emosinya lagi. Biarlah Ezmal melihat semuanya. Ramona sudah tidak kisah lagi.

Ezmal menarik nafas panjang. Sejujurnya dia juga turut bersimpati dengan nasib yang menimpa diri Ramona. Dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi harus membantu Ramona melainkan dengan hanya memberi semangat kepada wanita itu.

“Menangislah, Mona. Menangislah sepuas - puasnya kalau itu yang boleh buat you rasa tenang. If you nak luahkan apa - apa, I sedia mendengar." Ujar Ezmal.

“I malu, Ez. I malu dengan you sebenarnya. Dalam keadaan diri I macam ni sekalipun, you masih juga nak layan I dengan baik. You have such a good heart you know? Betapa ruginya I kerana tak menghargai diri you dulu. Maafkan I, Ezmal." Luah Ramona bersama esak tangisnya.

“Mona, yang lepas tu biarlah lepas. Jangan diungkitkan lagi, ok? It's ok. You've been forgiven. Keep strong. I will always there for you." Pujuk Ezmal lagi.

Sekali lagi Ramona menitiskan air matanya. Betapa dia merasakan jurang di antara mereka tersangatlah tinggi. Ezmal memang seorang lelaki yang baik. Walaupun telah dikhianati dengan teruk, namun dia masih bisa memaafkan. Tidak sedikit pun tersimpan perasaan dendam di hatinya. Malah Ezmal sanggup melayaninya seperti tidak pernah terjadi apa - apa di antara mereka sebelum ini.

“Ez, I doakan semoga you dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik. Yang mampu menyintai you lebih dari I menyintai you. Thank you, Ez. Thank you so much for your kindness." Ucap Ramona bersama esak tangisnya.

“Shhh... Stop it, Mona!! Stop it. Enough ok? This is not the right time for us to discuss this. You kena banyakkan berehat sekarang ni. If not, you juga yang akan sakit nanti. Lagipun baby you tu pun mesti dah letih sekarang ni. So, you tidurlah ya? I pun dah nak balik ni. Next time I datang lagi." Ezmal segera membantu Ramona membaringkan tubuhnya di atas katil. Selimut di kaki pantas ditarik sehingga menutupi paras dada lalu selendang yang menutupi kepala wanita itu sejak tadi dikemaskan dengan rapi.

Ramona semakin sebak dengan tingkah laku Ezmal. Betapa dia sangat menyesali dengan perbuatannya kerana pernah mengkhianati cinta lelaki itu sebelum ini. Kini semuanya sudah tidak ada makna lagi. Masa tidak mampu berputar kembali. Apa yang pasti dia hanya perlu menunggu sehingga waktunya tiba untuk pergi buat selama - lamanya. Tidak semena - mena Ramona mengusap - usap perutnya yang memboyot itu. Air matanya semakin galak mengalir. Betapa dia bimbang memikirkan nasib yang bakal ditempuhi oleh bayi di dalam kandungannya itu suatu hari nanti.

Ezmal memandang perlakuan Ramona itu dengan hati yang sayu. Dia tahu apa yang sedang difikirkan Ramona saat ini. Ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bertanyakan kepada Ramona siapakah bapa kepada bayi itu. Namun akalnya melarang. Biarlah Ramona bertenang dahulu. Dia masih punya waktu. Ezmal berjanji kepada dirinya sendiri. Cepat atau lambat, dia tetap akan menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Bapa kepada bayi itu akan tetap dicari sehingga ke lubang cacing agar dia tahu apa itu erti sebuah tanggungjawab.

Sebaik Ramona melelapkan mata, Ezmal segera berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Jauh di sudut hatinya, Ezmal sempat berdoa agar Ramona terus diberikan kekuatan olehNya. Janji Ezmal, sebelum Ramona menutup mata buat selamanya, dia akan pastikan penderitaan Ramona terbayar. Semoga Allah permudahkan segala urusannya.

Share this novel

syfnaalya
2020-09-07 16:12:41 

Menyintai - mencintai**

Rose Putih
2020-01-12 06:16:45 

jln cerite yg Best,, xjemu mbacanyer,, xsabo menanti kesudahannye, credit to penulisnye.. Best sgt2

Rose Putih
2020-01-12 06:16:44 

jln cerite yg Best,, xjemu mbacanyer,, xsabo menanti kesudahannye, credit to penulisnye.. Best sgt2


NovelPlus Premium

The best ads free experience