Rate

II

Romance Series 18505

ATIYA sandarkan tubuh ke belakang dinding. Dadanya dipegang buat kesekian kali. Mengambil nafas buat seketika untuk mengurangkan rasa cemburu yang menghuni relung hati. Tak kira sebanyak manapun dia tangkis rasa sakit ini, tetap saja hujung-hujungnya Atiya sakit sendiri.

Sadis kan?

Hembusan nafas terhela lelah. Atiya berjalan kearah pasangan sejoli yang selalu saja bermesraan tidak kira tempat. Dengan cermat diletakkan air minuman dihadapan kedua-duanya. Atiya bangun daripada melutut. Mencuba tersenyum seikhlas mungkin dengan badan yang dipaksa tidak bergetar.

"Silakan diminum Cik Aurora, Tuan Zander. "

Zander tidak membalas kata manakala Aurora berikan anggukan berserta ucapan terima kasih pada Atiya.

Tahu bahawa kehadirannya disini tidak diperlukan lagi, Atiya bergerak menuju ketempat lain. Aurora juga mengatakan dia hanya ingin ditemani Zander saja hari ini. Jadi, Atiya tidak boleh menganggu pasangan itu.

Berlalu ke dapur, Atiya letakkan dulang keatas meja bulat. Melirik pada Makcik Betty sekilas sebelum iris bulat milik Atiya melapah raut seorang lelaki yang mengenakan seluar jeans dipadukan dengan Sweatshirt hoodie berwarna hitam merah. Air liur ditelan kesat sesaat pandangan mereka bertembung. Lekas saja Atiya tundukkan kepalanya kebawah. Merenung kuku kakinya sendiri.

Didalam rumah ini ada beberapa anak buah Zander yang selalu keluar masuk seperti rumah sendiri. Tidak terkecuali lelaki didepan Atiya ketika ini. Lelaki yang menjadi orang kanan Zander dan selalu menjadi orang yang paling Zander percayai.

Sayangnya karakter Zander dan lelaki ini hampir sama. Malah, cenderung sama. Kedua-duanya ada aura yang menyeramkan. Kedua-duanya ada sikap yang membawa kepada satu jalan iaitu kegelapan. Atiya selalu dibuat takut jika mereka bertembung. Tatapannya tajam dan cukup sinis. Sama seperti Zander. Jika mereka berdua ada pertalian darah, Atiya akan percaya tanpa memikirkan raut wajah mereka yang tidak sama.

Menghindar daripada ditatap lebih tajam lagi, Atiya berpaling dan bergerak kearah Makcik Betty. Belum sempat melangkah lebih dekat ketempat Makcik Betty berada, lengan Atiya terasa disambar dari samping. Belitan yang kian mengerat itu membawa kerutan didahi Atiya.

"Ke.. kenapa? "Dada dihentam debaran menggila. Mata galak lelaki itu menyusuri setiap lekuk diwajah Atiya. Berpindah kebawah dagu dan jatuh lama dileher jenjang Atiya yang terdedah. Menyedari tatapan lelaki itu yang hanya tertumpu disatu tempat, nafas Atiya berhembus gelisah.

"Kenapa? "Soal Atiya perlahan. Tidak ingin menarik perhatian Makcik Betty kearah mereka juga.

Tanpa suara tangan kasar orang kanan Zander bergerak menyentuh leher Atiya dengan gerakan perlahan. Atiya hampir saja hilang nafas saat wajah lelaki itu makin mendekat kewajahnya. Bibir lelaki itu berhenti tepat dicuping telinga Atiya. Angin sejuk menyerbu sehingga mengaduk-aduk isi perut Atiya.

Lelaki ini tak pernah begini sebelumnya. Menyentuh Atiya dibeberapa bahagian luar tubuh Atiya mungkin saja pernah, namun mencipta jarak sedekat ini baru pertama kali lelaki itu lakukan.

"Kau nak Zander bunuh kau.. "Nada keras seperti satu pertanyaan itu menyentak Atiya. Dia ingin berundur, tetapi pegangan lelaki itu dilengannya tak dilonggarkan sama sekali. Yang ada Atiya terasa disudutkan dalam situasi yang sempit. Menghidu aroma dari tubuh lelaki itu tidak menyenangkan. Atiya benci dengan baru alkohol bercampur rokok.

Haruman ini mengingatkan Atiya pada Zander yang selalu mendatanginya dalam keadaan tubuh yang berbau rokok dan masam arak.

Tidak benci, tapi kadang kala Atiya akan hanyut dengan wangian seperti ini.

"Apa maksud awak Tuan Alexander? "

"Potongan leher baju kau rendah. Dekat bawah rahang kau ada dua kissmark. Kau nak Zander bunuh kau gara-gara ni? "Leher Atiya terasa dijamah kasar. Alex berdecit sinis. Tidak segan menunjukkan kelakuan kasarnya dihadapan pekerja-pekerja dirumah Zander yang lain.

"Naik atas dan pakai baju yang lain sebelum Zander atau Aurora nampak. Kau taknak jadi mangsa amukan Zander kan? "

Atiya angguk. Masih terkejut kerana dia betul-betul tidak perasan ada jejak ciuman Zander disekitar lehernya. Selepas Zander memerintahkannya membersihkan diri tadi, memang Atiya tidak melihat penampilannya terlalu lama dihadapan cermin. Sekadar menyikat rambut setelah mengeringkan selama beberapa minit. Mungkin kecuaiannya juga.

Pegangan terlepas dengan cara merentap. Alex mundur dua langkah kebelakang. Menutup kepalanya dengan hoodie dan terus saja mengayun tapak meninggalkan Atiya tanpa sebarang kata.

Makcik Betty yang sibuk dengan pekerjaannya dijeling sebentar. Atiya tidak pasti sama ada Makcik Betty dan beberapa pekerja yang membantu wanita tua itu perasan atau tidak tanda yang terdapat dilehernya. Jikapun mereka perasan, pasti takkan ada seorang pun yang berani untuk menegur.

Seluruh anggota kerja dirumah ini sudah tahu tugas Atiya sebagai apa disini. Mereka digaji untuk melakukan pekerjaan mereka dan menutup mulut dari diketahui orang luar termasuk Aurora. Kerana Zander memang tak mempunyai keluarga, maka lelaki itu bebas melakukan apa saja didalam hidupnya. Termasuklah mengambil Atiya sebagai perempuan simpanan yang boleh memuaskan keinginan Zander bila-bila masa saja.

Berjalan secara menunduk, Atiya tidak nampak lagi kelibat Zander dan Aurora diruang tamu. Kemungkinan besar pasangan itu sudah larut dalam dunia sendiri. Menciptakan kenangan-kenangan yang memuaskan batin masing-masing. Kelakuan pasangan tersebut memang sudah sejauh itu. Atiya tidak hairan lagi kerana nafsu seorang Edric Zander Ibrahem itu kuat.
Tidak cukup puas dengan tubuhnya, ada si tunang yang akan menyambung. Atiya ketawa miring.

Melalui bilik Zander yang luas, kaki Atiya berhenti dari melangkah. Dia berdiri membatu selama beberapa minit. Tiada desahan atau jerit pekik yang kedengaran kerana bilik Zander kalis bunyi. Bilik ini tidak pernah dimasuki oleh Atiya. Zander tidak pernah membenarkan dia menjejakkan kaki ke dalamnya.

Kalaupun Zander menginginkan tubuhnya, lelaki itu akan datang kebiliknya dan melakukan keinginan lelaki itu sehingga tuntas. Meneguk setiap titis manis ditubuh Atiya kemudian akan melenggang pergi dengan wajah dinginnya yang terpuaskan.

Itulah Zander..

Dan Atiya.. Dia relakan semua itu walau tubuhnya berkali-kali tersakiti. Asal saja dia tidak mati. Hidupnya masih panjang bukan? Perjalanan yang panjang ini tak terhenti disini saja.

Atiya tidak berjanji dia akan kekal disisi Zander selama-lamanya. Selama Zander masih memerlukan tubuhnya, selama itu Atiya akan menghambakan dirinya untuk dihancurkan Zander.

Sampai dirinya betul-betul hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience