NURJIHAN menunggu dengan semangat pagi itu di dalam kelas. Ambik kau, 7.30 pagi dia dah terpacak dalam kelas sekarang ini. Tidak ada lagi alasan untuk Dr.Haider cari pasal dengan dia kali ini. Silap hari bulan, dia yang kick Dr.Haider sebab lambat dari dia. Ceh !
Setelah hampir ke pukul 8 pagi kelihatan kelas sudah mula di penuhi oleh rakan-rakan yang lain.
"Wah-wah...mimpi apa kau datang awal hari ni?." Tegur Hawa seraya mengambil tempat di sebelah Nurjihan.
"Saja. Tiba-tiba rasa nak datang awal." Keningnya terangkat-angkat memandang Hawa.
"Ceh, padahal...dah kena reject semalam." Balas Hawa.
Huh, kena reject untuk masuk ke kelas padahal dah sampai lagi sakit dari kena reject dengan crush. Puih !
Seperti biasa bila suasana tiba-tiba diam macam malaikat lalu itu sememangnya kehadiran Dr.Haider telah wujud di hadapan.
Buku nota telah di keluarkan dan Nurjihan memandang ke hadapan. Matanya kini bertembung dengan sepasang mata Dr.Haider.
Sengaja Nurjihan berani menatap sinis pandangan lelaki itu.
Aku dah datang awal hari ni.. apa kau nak ?
Kalaulah boleh dia berkata sebegitu kepada Dr.Haider.
Ada ketidak puasan hati pada pandangan mata gadis di hadapannya kini. Suka dia melihat wajah ketat pelajarnya yang bernama Nurjihan itu.
"Good morning class, hari ni saya akan bahagikan you all kepada pecahan beberapa group. Saya harap anda semua boleh bekerjasama dengan rakan-rakan anda." Arahan pertama di keluarkan oleh Dr.Haider semasa sesi pembelajaran pagi ini.
Amran mengangkat tangan. Sepertinya ingin bertanya.
"Yes Amran ?." Tanya Dr.Haider.
"Group ni kitaorang yang pilih ahli sendiri ke atau Doktor yang tentukan?". Balas Amran.
Dr.Haider tersenyum.
"Saya yang akan tentukan."
Balasan jawapan dari Dr.Haider itu mengundang rasa tidak enak ye !
Setelah seorang demi seorang di panggil nama dan di bahagikan ke dalam kumpulan masing-masing, kini hanya Nurjihan yang tinggal namanya tidak di sebut.
Hatinya berasa gementar bila melihat semua rakan-rakan telah selamat berada di dalam kumpulan kecuali dirinya yang masih menanti namanya di panggil oleh Dr.Haider.
"Doktor, saya macam mana?." Tanya Nurjihan berani.
Dr.Haider memeluk tubuh dan menggosok dagunya perlahan.
"Ouh, saya terlepas pandang nama awak eh? Sorry to say nama ini saya ambil berdasarkan kehadiran kelas kelamarin."
What ??!! This is unfair.
"Tak boleh macam tu Doktor, list name sepatutnya berdasarkan bilangan student tetap yang berdaftar dalam sistem. Bukan pakai sistem manual berdasarkan kehadiran kelmarin." Nurjihan menahan perasaan.
"Erm, berat nak katakan yang saya tak buat macam itu. Itu bukan cara saya."
Balas Dr.Haider selamba tanpa memikirkan perasaan Nurjihan.
"Err... tak boleh ke Jihan masuk je group saya Doktor?." Hawa mencelah dengan tiba-tiba bersama persoalannya.
"Too bad, tak boleh Hawa." Balas Dr.Haider.
Hati Nurjihan kini panas. Perasaannya di paksa untuk bersabar. Makin sakan Dr.Haider ni nak cari gaduh dengan aku ek?
"Tak apa macam ni. Group awak semua akan start next week. hari ini saya just nak brief pasal trip kerja lapangan je dahulu."
Hawa menghembuskan nafas lega. Jujur dia kerisauan tentang Nurjihan.
TIN minuman itu renyuk dalam sesaat. Nurjihan melepaskan kemarahannya terhadap Dr.Haider.
Membulat mulut Hawa melihat keadaan Nurjihan itu. Di tepuk-tepuk bahu kawannya itu untuk bersabar.
"Eii kali ni melampau tau dia tu. Suka sangat cari masalah dengan aku apahal eh? tak faham aku." Ngomel Nurjihan membayangkan wajah Dr.Haider penuh dengan kebencian.
Hawa sendiri tidak tahu adakah sial yang melekat dekat Nurjihan itu sehinggakan banyak pensyarah mereka yang tidak berpuas hati dengan Nurjihan.
"Rileks bossku. Makan dulu jangan pikir-pikir. bazir current." Hawa cuba menenangkan Nurjihan.
Pap ! Meja di tepuk.
Tercekik Hawa yang sedang makan itu.
"Aku tak kira. Aku nak drop jugak subjek ni dari kelas dia." Kata Nurjihan nekad.
"Wuish, kau jangan ah tinggal aku sorang-sorang dalam kelas tu." Hawa kegusaran.
"Buat apa aku stay dalam kelas dia, tapi dia tu macam tak ikhlas je ek nak ajar."
Nurjihan mengurut-urut dahinya yang terasa nyeri. Sakit otaknya menghadap perangai Dr.Haider yang berkali ganda menyakitkan hati dari Dr.Husni itu.
Baru kau nak menyesal Jihan? itu la dulu kau yang suka sangat buat hal dengan Dr.Husni !
"Kau rasa boleh lagi ke nak drop subjek? Sekarang ni dah nak habis week 2 tahu? ada lagi ke kuota kosong dalam kelas lecturer lain? Agak-agak la kau ni."
Hawa meleteri Nurjihan yang mengambil mudah.
"Tak apa aku boleh cuba. Eh, bak laptop kau jap nak buka sistem." Nurjihan tetap dengan keputusannya.
"Aik, Tuan Syed bagi kau banyak gaji kot. Bila nak beli laptop?". Balas Hawa.
"Ah, nanti-nantilah."
Hawa menggeleng kepalanya sambil mengeluarkan laptop dan di hulurkan kepada Nurjihan.
Nurjihan begitu tekun dalam melakukan proses penguguran kursus. Mujurlah subjek yang Dr.Haider ajar ini hanya kos elektif. Dia masih berpeluang untuk masuk di bawah pengajaran pensyarah yang lain.
DECLINE !! YOUR REQUEST TO DROP THIS SUBJECT IS NOT ALLOWED.
"Shit ! apasal tak boleh?" Gumam Nurjihan.
Hawa yang sama ralit memerhati laptop itu ketawa.
"Hahah nampak gayanya dia tak nak lepas kau ni Jihan. Dia tak bagi kau drop subjek kelas dia."
Berkerut dahi Nurjihan.
"Apasal pulak? Dia yang tak nak ajar aku, apasal tak approved request aku? gilaa."
Nurjihan mengetuk-ngetuk kepalanya untuk berfikir.
kalau Dr.Haider tak nak luluskan request aku tak apa. Biar aku yang buat bagi di luluskan !
Hawa yang di pandang semula Nurjihan itu rasa meremang. Ada maksud tersirat ni !
"Apa?".
Nurjihan tersenyum penuh makna......
****
"PLEASE biy...tolong Jihan, kesian dia." Hawa menarik-narik lengan baju teman lelakinya meminta pertolongan.
Pertolongan apa yang di minta oleh Nurjihan?
Rizal adalah pelajar tahun akhir jurusan sain komputer dan perisian data. Sudah semestinya dia ada sedikit ilmu tentang 'hacking'. Ini Kerja gila Nurjihan !
"Honey, i tak berani. Bukan main-main tau nak hack sistem pensyarah ni." Jawab Rizal dan tidak semena-menanya mulutnya di tutup oleh tangan Hawa.
"Syuhh..cakap slow-slow." Risau Hawa memandang sekeliling kawasan kantin itu.
"Tak apa..you tolong ajar je Jihan macam mana nak buat. Just ajarkan please...." Rayu Hawa demi seketul Nurjihan.
"Okay, tapi kalau kantoi..jangan libatkan i okay?". Pesan Rizal.
Hawa mengganguk dengan laju. bernasib baik juga mereka bertiga memang rapat. Mudah untuk Rizal membantu.
PUAS Nurjihan mencari Tuan Syed Iqwal sekeliling rumah rupanya lelaki itu berada di taman bunga yang terletak di belakang Villa Rose.
Tuan Syed Iqwal sedang ralit menikmati keindahan malam. Di sisinya ada secawan teh yang masih hangat tidak terusik.
Nurjihan berdiri di sebelah kerusi roda Tuan Syed Iqwal.
"Ouh kat sini rupanya Tuan Syed. Penat saya cari tau." Tegur Nurjihan.
Tuan Syed Iqwal tersenyum.
"Awak tak balik lagi? dah lewat ni".
Nurjihan menggeleng perlahan.
"Saya baru habis kelas dengan Benjamin tadi."
Harini puas dia belajar bahasa sepanyol untuk berhadapan dengan pelabur-pelabur dari negara itu pada minggu hadapan.
Tuan Syed Iqwal mengganguk. Lalu dia meraih tangan Nurjihan untuk duduk di hadapannya. Nurjihan yang faham cara Tuan Syed Iqwal itu hanya menurut.
"Turn around. saya nak awak join saya tengok bintang ni sekejap." Pinta Tuan Syed Iqwal.
Nurjihan mengganguk lagi dan kini dia duduk bersila di kaki Tuan Syed Iqwal dan membelakangi lelaki itu. Sesungguhnya Tuan Syed Iqwal ini sama sepertinya suka menatap langit yang penuh bintang.
Tangan Tuan Syed Iqwal membelai rambut Nurjihan. Sudah kebiasaan dia untuk memegang rambut gadis itu jika tidak..sukar untuk dia tidur malam.
"Can i ask you something?" Tanya Tuan Syed Iqwal.
"Apa tu? tanya je." Jawab Nurjihan.
Keluhan di lepaskankan...
"Pernah tak awak terkilan bila tak dapat apa yang awak nak dalam hidup? macam mana awak kawal perasaan awak masa tu?"
Nurjihan tersenyum lebar mengenangkan semula kehidupannya bersama Mak Eton yang susah dahulu.
"Dalam hidup kita ni kan Tuan Syed, apa yang kita nak..tak semestinya kita akan dapat. Tapi kita cuma akan dapat apa yang kita perlu."
Nurjihan terhenti bicara bila terasa tangan Tuan Syed Iqwal menjalar memeluk lehernya dari belakang.
Mungkin ada sesuatu yang mengoyahkan ketenangan fikiran lelaki itu?
"Then?" soal Tuan Syed Iqwal agar Nurjihan meneruskan kata-katanya.
Tangan Nurjihan menepuk lembut lengan Tuan Syed Iqwal yang memeluknya.
"Then....janganlah kita mengeluh. Mengeluh akan membuatkan kita tertekan, sedangkan bersyukur itu akan membawa kita kepada ketenangan. Takdir tu dah di susun cantik."
Mendengarkan kata-kata hikmah dari Nurjihan itu membuatkan hatinya lapang seketika. Tanpa sedar, mata lelaki itu bergenang dengan air mata.
Bayangan kepahitan lalu cuba di usir dari membelenggu fikirannya saat ini.
Dia memejamkan mata sambil mencium ubun-ubun di kepala Nurjihan.
"Wangi, saya suka bau ni. Tenang." Kata Tuan Syed Iqwal.
Dup...dap...dup...dap....
Nurjihan hanya diam. Melawan getaran di hati.
Share this novel