Bab 88

Romance Completed 207871

Kaki Intan melangkah perlahan keluar dari bilik Caden. Dilihat Carlos dan Fahmi setia menunggu di luar bilik. Intan hanya tersenyum pada Carlos dan Fahmi sambil berjalan melintasi mereka berdua.

"Awak sihat?" soal Lucc semasa berjalan beriringan menyusuri laluan wad.

"Sihat, macam yang awak nampak" balas Intan sambil menoleh sekilas ke sisi.

"Hm.. kita ke cafe hospital boleh, lebih sesuai" ajak Lucc dan memandang sekilas pada Intan yang dilihat manis berbaju kurung.

Intan yang mendengar hanya mengangguk setuju.

"Cantik awak berbaju kurung" tegur Lucc.

"Oh.. saya ziarah kubur mak sebelum datang sini tadi" balas Intan. Kedua-dua mereka hanya senyap hinggalah tiba di lift.

"I'm sorry, I'm so sorry" ucap Lucc pada Intan. Matanya tepat memandang wajah Intan. Intan mendongak memandang Lucc.

"Alice. Saya tak sangka, sungguh saya tak sangka" sambung Lucc lagi.

Ting

Pintu lift terbuka lalu Intan dan Lucc melangkah masuk. Waktu itu hanya Intan dan Lucc sahaja yang ada. Lucc melihat Intan hanya diam dari tadi, seperti tidak mendengar apa yang diperkatakan. Lalu perlahan jemari Intan dicapai dan digenggam. Intan yang terkejut dengan tindakan Lucc pantas menarik jemarinya. Merah padam wajah Intan.

"Sorry. Saya tengok awak macam out of zone" kata Lucc sambil memandang Intan di sisinya. Serba salah Lucc.

"Saya dengar apa yang awak cakap.. cuma saya lost sekejap tapi awak tak perlu buat macam tu" balas Intan memandang Lucc tanpa riak. Lucc dah cuak.

"Sorry Intan.." ucap Lucc

Ting

Pintu lift terbuka, pantas Intan melangkah keluar meninggalkan Lucc di belakang. Lucc mengeluh kesal dengan tindakan sendiri. Ah.. rasa itu masih kuat Intan. Lucc yang melihat Intan sudah menonong meninggalkannya di belakang, pantas membuka langkah mengejar Intan hingga di muka pintu cafe. Daun pintu cafe ditolak dan tempat diambil dan duduk dilabuhkan.

"Awak nak apa-apa? makan, minum? saya ambilkan" pelawa Lucc pada Intan yang sudah mengambil tempat.

"It's okay, saya baru lepas minum. Tak apa, saya tunggu di sini, awak pergilah beli minuman dulu" kata Intan pula. Lucc kemudian meninggalkan Intan dan menuju ke tempat minuman, tidak lama Lucc sampai bersama dua botol minuman jus buah-buahan. Sebotol diserahkan pada Intan bersama penyedut minuman dan satu lagi untuk dirinya. Duduk dilabuhkan di hadapan Intan.

"Minumlah" pelawa Lucc.

"Susah-susah je, saya dah minumkan tadi" balas Intan pula.

"Just drink. Tak kan itu pun tak sudi" jawab Lucc, jauh hati saja bunyinya.

"Bukan macam tu.." balas Intan. Dalam serba salah, diambil juga minuman dan tutup dibuka lalu penyedut minuman dimasukkan pada mulut botol. Perlahan jus disisip.

"Sorry again" ucap Lucc sambil wajah Intan direnung. Intan sudah tidak senang duduk, tidak selesa direnung begitu.

"Kenapa pandang saya macam tu?" soal Intan sambil pandangannya tegak memandang Lucc. Lucc tidak membalas, hanya tersenyum sahaja.

"Berapa lama awak ada di sini?" soal Intan. Soal jawan apa yang perlu dan boleh dia naik ke wad semula, bertemu Caden. Sungguh tidak betah bila dia berada bersama Lucc apabila mengtahui Lucc pernah menaruh hati padanya. Memang Carlos juga pernah berperasaan begitu tetapi Carlos lain, rasa selamat dan dijaga apabila berada bersama.

"Ehem" Lucc berdeham. Intan lost lagi..

"Sorry, my mistake. I'm lost again" akui Intan.

"Dah berapa lama awak di sini?" soal Intan, masih sama cuma soalan diaju sahaja berbeza.

"Sudah tiga hari saya di sini. Uruskan hal Alice, banyak prosedur kena uruskan, kena ke kedutaan, Imigresen, Interpol.. sekarang baru ada masa" jawab Lucc sambil air disisip.

"Dah settle ke semuanya?" soal Intan lagi.

"Almost done, cuma tunggu kelulusan saja. Tau sahajalah, nak bawa keluar body bukan senang tambahan pula bila ada kes polis. Kena tunggu polis release dulu, baru boleh urus yang lain" terang Lucc. Lebih mudah bawa orang hidup dari orang mati naik kapal terbang. Macam-macam prosedur kena ikut.

"Hm.. Rick macam mana? masih di sini atau dah balik?" soal Intan lagi. Lucc dah tersenyum sambil menggeleng. Intan dah pelik.

"Kenapa?" soal Intan. Dah kenapa dia ni.

"Tak.. awak soal macam saya orang salah pulak" kata Lucc selamba. Berubah wajah Intan.

"I know who are you. Rick already told me but don't worry, I came in peace" kata Lucc sambil jari telunjuk dan jari tengah dinaikkan tanda peace sambil tersenyum. Ketawa Intan dengan gelagat Lucc.

"Ee.. tak sesuai la, muka macho buat macam tu" usik Intan. Tersenyum Lucc. Kalaulah awak bukan milik sesiapa.. Lucc stop, don't ever dream about that!

"So.. apa sebenarnya tujuan awak nak jumpa saya?" soal Intan.

"Saya nak minta maaf bagi pihak Alice. Saya tahu dia tak layak dimaafkan tapi saya tetap juga nak jumpa awak dan mohon maaf. I know what she did is too much. Sesiapa pun tak boleh terima. It's okay kalau awak tak dapat maafkan, saya dapat bersemuka dan say sorry pun rasa dah lega" terang Lucc panjang.

Intan hanya diam, tiada perkataan yang keluar dari bibir itu. Lucc juga turut diam.

"Saya dah beri dia banyak peluang, begitu juga Caden tapi.. itu yang dipilih Alice dan beginilah jadi kesudahannya" kata Intan pula. Botol air di tangan dimain-mainkan.

"Saya faham. So rasanya, urusan saya di sini dah selesai. Saya dah cukup lega bila awak sudi berjumpa saya and sorry again" ucap Lucc ikhlas.

Intan hanya mengangguk dan kemudian bangun berdiri dan bersedia untuk bergerak.

"Are you happy live with him?" soal Lucc. Intan yang sedang membetulkan pakaiannya terus tertegak memandang Lucc sambil tersenyum.

"Sangat! saya bahagian sangat" ucap Intan dengan wajah yang bercahaya.

"Dari air muka pun saya dah boleh agak. Caden seorang lelaki yang baik, awak layak bersama dia." kata Lucc.

"Marilah naik, lama-lama nanti takut ada yang marah pulak" gurau Lucc. Intan hanya tersenyum. Betul sangat, kejap lagi ada yang masam mencuka, merajuk. Aih, letih nak layan baby tua sorang tu..

Intan dan Lucc beringan keluar dari cafe dan menuju ke lift untuk ke wad Caden.

Sebaik tiba, daun pintu ditolak dan dapati Caden sedang berbincang sesuatu dengan Carlos dan Fahmi. Serius sahaja rupanya. Ada apa-apa ke ni..

"Caden, thanks. Aku dah nak balik. Might be petang esok aku akan balik ke Italy dan bawa bersama Alice" ucap Lucc sebaik kaki tiba di sisi katil Caden.

"Jumpa lagi" ucap Lucc sambil salam dihulur dan Caden menyambutnya.

"Intan, saya balik dulu. Jumpa lagi" ucap Lucc sambil tersenyum pada Intan. Intan yang berada di sisi Caden hanya senyum dan mengangkat tangan melambai seketika hingga Lucc hilang di sebalik daun pintu.

"Den, aku dengan Fahmi gerak dulu. Ada apa-apa, call aku" kata Carlos lalu keduanya beredar dari bilik itu. Tinggallah Intan bersama Caden.

"Sembang apa tadi?" soal Caden pada Intan yang sudah melabuhkan duduknya di atas katil di sisinya. Pinggang Intan dipeluk dengan tangan kirinya.

"Tak ada yang menarik pun. Tanya khabar" jawab Intan sambil tangannya mengusap lembut lengan Caden yang melilit pinggangnya. Caden diam tidak bertanya lanjut.

"Sayang, esok abang dah boleh keluar" kata Caden. Terus Intan toleh pada Caden dengan wajah gembira.

"Betul ke?" soal Intan tidak percaya.

"Tapi.. kita nak balik mana? takkan nak balik rumah tu" soal Intan perlahan. Bukanlah dia takut cuma rasa macam sesuatu pula kalau nak tinggal di rumah yang pernah jadi lokasi pembunuhan. Seram tu ada la juga.. orang mati kot!

"Kita tinggal di bilik rehat hotel boleh?" soal Caden pada Intan di sisinya.

"Sayang okay je, yang penting abang ada dengan sayang" ucap Intan kemudian bibir Caden disapa perlahan. Terpejam mata Caden menikmati. Wajah Intan diusap perlahan dengan jemarinya. Sungguh dia sangat bersyukur kerana sepanjang dia berada di dalam wad, Intan sentiasa menjaga dirinya. Pagi-pagi lagi sudah dilapkan tubuh Caden begitu juga petang, kebersihan diri Caden sentiasa dijaga rapi.

"Abang.. kenapa ni.." soal Intan pada Caden yang dilihat memandangnya tidak berkelip.

"Nothing" jawab Caden lalu jemari Intan dikucup.

+++

"Abang.. semua dah settle, bolehlah kita gerak balik. Abang duduk kat wheelchair ni, sayang nak tolak" pinta Intan sambil menolak wheelchair rapat pada katil.

"Kalau abang berjalan je tak boleh ke?" soal Caden. Macam sakit teruk sangat la pula kalau duduk kat wheelchair ni.

Intan tidak membalas, hanya renungan tajam sahaja diberikan pada Caden. Tanpa banyak soal, Caden terus melabuhkan duduk di wheelchair yang sudah ditolak rapat itu. Garangnya la hai.. tak sampai hati nak protes. Tak sampai hati la sangat..!

Setelah sampai di pintu hadapan hospital, kereta sudah pun tersedia, Carlos terus ke bahagian pemandu dan Fahmi pula setelah menyimpan beg di bonet terus masuk ke penumpang hadapan. Intan pula membantu Caden untuk duduk dengan selesa di dalam kereta di bahagian penumpang belakang. Sebaik kereta bergerak, Caden meletakkan kepalanya di bahu Intan dan mata dipejamkan. Tidak lama Intan juga turut terpejam dibuai lena.

"Den.. Den.." panggil Carlos.

Terkelip-kelip Caden dan Intan membuka mata. Intan memandang ke luar. Eh, kata balik hotel tapi ni bukan hotel. Rumah siapa pulak ni.. besarnya, siap ada taman bunga mini dan air terjun. Eh.. gazebo pun ada.. bestnya. Tersenyum teruja Intan.

"Abang.. rumah siapa ni. Cantiknya.." soal Intan pada Caden di sebelah.

"Sayang suka?" soal Caden. Laju Intan mengangguk.

"Mari kita keluar, tengok rumah baru kita" ajak Caden pada Intan yang sudah ternganga mulutnya kerana terkejut. Ni yang buat tambah sayang ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience