Bab 18

Romance Series 80702

TUAN SYED IQWAL merenung dalam-dalam ke arah komputer di hadapannya. Email kiriman dari Bellinda itu di baca semula.

Apa yang kau mahukan setelah bertahun-tahun kau pergi tanpa menoleh aku kembali sedikit pun waktu di hospital dahulu? Soal hatinya.

Tangan kanan itu di kepal. Rasa sakit kembali mencucuk tangkai hati. Bayangan Bellinda yang memulangkan semula cincin pemberiannya terimbau kembali di ingatan.

Dia memicit kepalanya. Denyutan kuat di kepala mencengkam rasa sakit. Arghhh !

"memang pedih rasa di tinggalkan tu. Tapi kalau itu adalah masa lalu, Biarkan... jangan jadikan ia masa depan untuk di ulang kembali dan merasai sakit tu."

Dia tersedar. Matanya membulat mengingati pesanan dari Nurjihan Itu adalah sebaik-baiknya.

DELETE !

Kiriman email dari bellinda di peti simpan itu di hapuskan. Dia perlu kuat menghapus kenangan !

TUK ...TUK !!

Terentap dari lamunannya. Benjamin Kini ada di hadapan pintu biliknya. Orang kepercayaannya itu di pandang.

"Tuan Syed, lepas makan ubat sekejap lagi kita buat fisio ye?. Sebelah petang pula Dokter Farhan akan datang untuk cek perkembangan Tuan Syed." Pesan Benjamin.

"Okay Ben. Noted." Balas Tuan Syed.

JAKARTA 8.20 A.M

Dalam diam Bellinda berjalan tanpa membuat sebarang bunyi untuk pergi ke dapur di kesempatan Aditya yang masih ketiduran.
Di cari Apple tabnya yang di sembunyikan di dalam kabinet dapur.

Dia membuka laman email dan menyimpan seribu harapan agar Syed Iqwal membalas email kirimannya. Di refresh berulang kali, di periksa sambungan internet agar tiada masalah. namun masih begitu. Peti simpanan emailnya tiada balasan dari orang yang di tunggu-tunggu.

"Iq...kemana sih kamu??."

Matanya merenung ke luar tingkap menampakkan hutan tebal di belakang rumah. Sampainya hati Syed Iqwal ini tidak membalas emailnya.

***

SYIFA berkerut dahi mencari Nurjihan di sekelilingnya rumah. Akhirnya dia melihat Cik mudanya itu sedang membasuh kereta.

"Berapa lama harus ku menderita, sedangkan engkau di sirami bahagia..sukarnya untukmu.. setia padaku..."

Nyanyian Nurjihan bersama lagu di dalam mp3 yang di pasang pada kedua belah telinganya itu menghalangnya dari mendengar panggilan dari Syifa.

"Eiih..tak dengarlah pulak cik Jihan ni orang duk panggil dia". Tergaru-garu Syifa mengomel.

Lalu di tepuk bahu Nurjihan yang sedang kusyuk bernyanyi sambil mencuci kereta itu.

Terlompat Nurjihan terkejut dengan kehadiran Syifa yang tiba-tiba ada di belakangnya itu.

Mengelak Syifa dari di lap oleh span yang dipenuhi sabun kemas dalam tangan Nurjihan itu.

"Ehh Cik Jihan!!". Jerit Syifa.

Haa kan, nasib baik tak sabun sekali dia itu yang memeranjatkan orang tengah buat kerja.

Ear phone pada telinga di sebelah kanan itu di cabut.

"Kenapa Kak Syifa?."

"Ni ubat suruh Tuan Syed makan, sekarang tau Cik Jihan." Mangkuk yang di isi bersama beberapa jenis ubat-ubatan itu di hulur pada Nurjihan.

"Okay." Tangan yang bersabun itu di bersihkan dahulu sebelum mencapai huluran mangkuk ubat itu.

Haish tengah syahdu karaoke ni kacau daun la Kak Syifa ni. Harus di segerakan urusan Tuan Syed dahulu. Tanpanya yang menguruskan segala keperluan Tuan Syed, memang tak jalan la. Tuan Syed tu boleh tahan degilnya.

Pintu bilik itu di ketuk lalu di tolak perlahan. Hati-hati dia menolak pintu itu takut jikalau Tuan Syed Iqwal berada di belakang pintu itu.

Dia menghampiri Tuan Syed Iqwal yang sedang kusyuk membaca buku di meja itu.

"Masa untuk makan ubat Tuan Syed." Kata Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal menutup buku itu dan memandang Nurjihan. Ada secalit kotoran pada dahi gadis itu.

Tuan Syed Iqwal menghabiskan makan ubat-ubatan itu. Di tolak ke hadapan sedikit gelas dan mangkuk kecil yang kosong itu.

"Good. Boleh la sambung membaca hehe." Kata Nurjihan dan mengambil bekas-bekas kosong itu.

Tangan Nurjihan di tahan oleh Tuan Syed Iqwal.

Erk ! kenapakah?

Tuan Syed Iqwal menyapu kotoran yang tercalit di dahi Nurjihan itu dengan menggunakan ibu jarinya.

Nurjihan hanya membatu.

"Awak basuh kereta?." Tanya Tuan Syed Iqwal melihat kotoran yang kini terlekat pada jarinya. Dapat di duga kotoran dari apakah itu.

Nurjihan mengganguk perlahan.

"Kenapa tak minta bodyguard yang lain cucikan je?". Tuan Syed mengerutkan dahi memandang Nurjihan

"Saya terlebih rajin hari ini Tuan Syed."
Sengihan lebar di ukirkan.

Tuan Syed Iqwal tersenyum.

"Okay...go on dengan kerja awak. Then..nanti after fisio tolong bawakan saya, ada urusan di luar." Arah Tuan Syed Iqwal.

"Okay Tuan Syed." Nurjihan berundur untuk keluar dari bilik itu.

Dengan kadar segera dia mencari cermin untuk melihat wajahnya. Di raba-raba dahinya tempat yang di sentuh Tuan Syed tadi.

Ish, comot kau ni Jihan !! bikin malu kat Tuan Syed je.

SERONOK tertawa Dr.Haider yang dari tadinya asyik mengulang semula video rakaman Nurjihan yang melafazkan ikrar sebagai bukti bersetuju di denda olehnya tempoh hari.

"Saya Nurjihan, bersetuju untuk di denda melakukan pekerjaan membantu Dr.Haider setiap hujung minggu selama 6 Kali berturut-turut. Jika saya ingkar..saya berhak di kenakan tindakkan oleh Universiti melalui Dr.Haider."
Suara Nurjihan yang telah di rakam itu menyerikan harinya.

Entah apa yang membuatkan dia semakin hari semakin ketagih untuk mengusik gadis itu. Muka cemberut dari Nurjihan setiap kali menahan marah itu adalah kepuasan untuknya.

"Poor little girl."

Matanya di pejam untuk membayangkan rupa Nurjihan.

SEPANJANG perjalanan memandu itu. Turun naik nafas Nurjihan menahan geram. Benjamin di sebelahnya itu hairan melihat Nurjihan memasang wajah yang tegang.

Apakah yang membuatkan gadis ini begitu marah ?

"Cik Nurjihan, tak apa-apa ke?." Tanya Benjamin yang memerhati di sebelah.

Mendengarkan soalan yang terbit dari mulut Benjamin itu menarik perhatian Tuan Syed Iqwal yang berada di tempat duduk belakang sedang kusyuk membelek telefon.

"Saya tengah geram sekarang ni." Balas Nurjihan perlahan.

Terangkat kedua belah kening Benjamin.

"Geram dengan siapa?. Saya ke?." Risau Benjamin.

"Tak. Awak tengok dekat luar sana tu ada apa?." Balas Nurjihan.

Benjamin semakin pelik. Di halakan padangannya ke arah luar tingkap kereta. Tiada apa...hanya lebatnya jatuhan air hujan membasahi bumi.

"Ermm ? Tak ada apa pun hujan je." Balas Benjamin.

"Ye hujan ! Penat saya basuh kereta tadi. Tengok-tengok hujan. Eii...saya siap polish lagi tau untuk semua kereta."
Balasan dari Nurjihan itu mengundang ketawa geli hati dari Benjamin.

Ouh marahkan Hujan rupanya.

Benjamin terpandangkan pantulan cermin pandang belakang. Terlihat Tuan Syed Iqwal yang sedang menahan ketawa. Jelas dia berusaha menggigit bibir.

Haih Cik Muda Tuan Syed ini macam-macam kelaku ajelah.

Bagi Nurjihan, menyesal dirinya yang terlebih rajin membasuh kesemua kereta di Villa Rose itu. Jikalau tahu hari bakal hujan..tidaklah dia terlebih rajin membasuh. Bukan sebuah .. tetapi 4 buah kereta !

LAMPU ruang tamu di nyalakan seusai dia masuk ke dalam rumah. Aik ... mana pergi semua orang? Hairan dia melihat ruang rumah yang lengang itu.
Matanya tertacap pada jam di tangan.

Patutlah..dah pukul 10.30 malam. Nurjihan membuka pintu bilik Mak Eton. Tersenyum dia melihat emaknya itu sedang tidur. Di tutup lampu bilik itu. Mungkin Mak Eton sudah terlelap sehingga terlupa untuk mematikan lampu biliknya.

"Goodnight mak. Semoga seronok dalam Dreming Zone." Pintu itu di tutup perlahan.

Melintasi bilik Pia pula, Dia terdengar bunyi lagu dari dalam. Yelah orang muda mana nak tidur awal waktu.

Pintu bilik Pia itu di buka. Eh lupa ketuk... biarlah.

Terlihat Pia yang sedang terbaring di atas katil sambil memakai 'sheet mask' di mukanya.

Amboi budak seorang ini. Aku masuk pun tak di endahnya.

"Hoi!". Di tepuk katil itu.

Terbangun Pia terkejut dengan terpaan dari Nurjihan.

Bahasa isyarat Pia : Kau ni masuk tak reti bagi salam ke?

Tergawang-gawang tangannya berbasa isyarat memarahi Nurjihan.

Kacau betullah Jihan ni !

Nurjihan menghabiskan ketawanya melihatkan riaksi Pia yang marah dan terus mencabut 'sheet mask'nya itu.

"Assalamualaikum........"

Bahasa isyarat Pia : Ha, waalaikumsalam. Apa kau nak? Lambat balik.

Nurjihan mengambil tempat duduk di bucu katil menghadap Pia.

"Kau ni dari tadi aku cakap kau tak layan pun. Beragan apa?". Tanya Nurjihan.

Pia menggaru-garu kepalanya.

Bahasa isyarat Pia ; Mana ada aku berangan. Aku ambik feel je dengar lagu.

Dahi Pia di tepuk kuat oleh Nurjihan. Terhantuk sedikit belakang kepalanya terkena dinding.

"Aku kawan dengan kau dah lama. Kau ingat aku tak boleh baca riak muka kau kalau menipu?."

Ceh ! mana ada orang ambik feel tersengih-sengih dengar lagu. Itu dah feel another level ! parok ..

Pia menggaru-garu kepalanya lagi. Dia tiada lagi alasan untuk mengelak persoalan Nurjihan ini.

"Kau angau ?." Terbit lagi satu soalan dari Nurjihan.

Laju Pia menggeleng.

Nurjihan pula merangkak mendekati Pia yang mula mengesot ke belakang.
Tanpa Pia sedar, tangan Nurjihan mencapai sesuatu di bawah bantal peluknya Pia.

"Hah ni apa ?!".

Sekeping gambar di layang-layankan di hadapan Pia. Di elak bila Pia cuba merampas semula sekeping gambar di tangan Nurjihan itu.

Nurjihan meneliti gambar tersebut. Gambar seorang lelaki memakai kemeja hitam betanda nama. Nampak pada ciri-ciri gambar itu ibarat di ambil secara sembunyi.

Cikgu sekolah ke ni?

"Eh...stalker." Sengaja dia memerli Pia yang sudah kematian tingkah.

"Kau suka dia ke?". Tanya Nurjihan.

Pia mengganguk lemah.

"Dia ni tahu tak?".

Pia menggeleng.

Bahasa isyarat Pia : Aku tengah try nak kenal dengan dia. Tapi aku takut.

Berkerut dahinya memandang Pia yang memeluk lutut itu.

"kau takut dia reject kau sebab kau bisu?." Tanya Nurjihan berterus-terang tanpa lapik.

Pia mengganguk laju.

Bahasa isyarat Pia : Aku rasa macam nak restart balik hidup aku ni. Aku berharap aku tak bisu. Sempurna kejadian macam orang lain.

Nurjihan terkejut melihat luahan Pia itu.
Matanya Nurjihan hampir berkaca. Tetapi di tahan.

"Okay..kau dengar sini...Jodoh tak pernah tertukar tulang rusuk kirinya. Sama juga macam rezeki, tak pernah salah alamat. Kau tak sempurna ke.. tidak macam orang lain ke...kalau dia jodoh kau. Tetap dia akan datang pada kau walau macam mana pun keadaan kau."

Pia di tarik ke dalam pelukkannya. Menangis di bahu Nurjihan itu.

"Kau tak boleh merungut. Jangan sesekali salahkan takdir. Itu Ketentuan-Nya yang dah di susun cantik. Berusaha berdoa kalau kau nak dia." Balas Nurjihan.

PIN !!!!
Bunyi pekikkan hon dari sebuah kereta itu menghentikan langkah Megat Rusydi dari melintas.

Di lihat sebuah moto berkuasa tinggi yang laju melepasinya. Hampir-hampir dia di langgar oleh motorsikal itu.

Terpana dia seketika kerana dia hampir mati. Di cari pula kereta yang membunyikan hon kepadanya tadi.

Keluar seorang wanita yang berlari menuju ke arahnya.

"Pakcik tak apa-apa ke?". Tanya wanita itu kepada Megat Rusydi.

Megat Rusydi masih memegang dadanya yang berdebar kencang akibat terkejut dan rasa takut dengan situasi yang membahayakan dirinya tadi.

"Tak..saya tak apa-apa. Terima kasih tolong selamatkan saya. Kalau tak tersedar dengan bunyi hon dari kereta cik tadi saya mungkin dah kena langgar." Balas Megat Rusydi.

"Tak apa..saya yang kebetulan nampak superbike tadi tu laju sangat hampir nak langgar pakcik. Saya tak tolong apa pun. Bunyikan hon je mampu." Balas Wanita itu.

Megat Rusydi sangat terharu.

"Tak...tak...itu pun sangat besar pada saya. Saya terhutang nyawa dengan cik. Macam mana saya nak balas ye?." Tanya Megat Rusydi.

"Eh tak perlu...perkara kecil je ni." wanita itu tetap menolak.

Megat Rusydi rasa tidak enak wanita ini menolak pelawaannya itu.

"Tak apa macam ni, boleh saya dapatkan kad nama cik jikalau ada kesempatan boleh saya belanja makan ke?."

Wanita itu terasa berat untuk menolak lagi. Lalu sekeping kad di keluarkan.

Megat Rusydi terkejut melihat paparan nama dan status wanita itu pada kad perniagaan.

"What? you are a board director of Syediq Group?. Kebetulan sangat." Balas Megat Rusydi teruja.

"Saya Dato Megat Rusydi." Tanggan di hulur pada wanita itu.

Dia tersenyum menyambut huluran berjabat tangan dari lelaki tua itu.

"Hi Dato Megat, I'm Karlisa."

Tingkap kereta pada tempat duduk belakang itu di turunkan. Tikus sudah masuk perangkap. Tuan Syed Iqwal tersenyum memerhati dari jauh bersama Benjamin yang berada di atas moto Kawasaki Ninja yang di parking di sebelah tingkap kereta Tuan Syed Iqwal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience