Rate

Bab 31 Makan Bersama

Romance Completed 278137

Setelah Puan Saleha selesai memasak, dia segera merapikan lauk pauk yang diletaknya ke atas meja makan. Kemudian dia memanggil seluruh keluarganya untuk makan bersama.

"Adib, panggil Anis makan nasi!" Teriak Puan Saleha pada Adib yang setia menonton tv di ruang tamu.

"Baik ibu!" Teriak Adib dari ruang tamu dan terus bergerak ke lantai atas rumahnya untuk memanggil Anis, isteri rahsianya.

Adib tersenyum samar mengingatkan semula akan kelakuannya yang tidak beradab fikirnya. Walau pun Anis memang sah untuk dia sentuh sesuka hatinya, tapi ia masih menjadi secret wifenya hingga kini kerana Anis sendiri belum tahu status pernikahan mereka yang sesungguhnya.

Tok tok tok

"Anis, ibu panggil makan!" Laung Adib Umair dari luar bilik Anis.

Tidak berapa minit kemudian, Anis Umairah membuka daun pintunya dan berdiri di depan Adib. Seperti sudah mandi dan ganti pakaian. Adib tersenyum samar melihat tingkah Anis Umairah yang gugup bila berhadapan dengannya.

"Maaf Anis lambat!" Sahut Anis sambil meringis pelan.

"It's okay, jom kita ke dapur." Ucap Adib Umair.

Anis mengikuti langkah Adib dari belakang, dia menjadi salah tingkah setelah berlaku perkara yang tak sepatutnya Anis fikir. Anis takut Adib hanya memberi dia harapan palsu. Sepadan ke dia dengan Adib bersanding? Dia hanya seorang pelajar sekolah yang belum lulus sementara Adib mempunyai segalanya, kehidupan dan pekerjaan yang stabil. Jika di bandingkan antara dia dan Cikgu Farah jauh antara langit dan bumi.

Anis harus memastikan dengan Adib, siapa Anis dihatinya? Fikirnya.

"Anis duduk, kenapa bengong dari tadi?" Tanya Adib tergelak melihat gelagat Anis dari tadi.

"Eh...tiada apa-apa!" Jawab Anis serba tak kena.

"Kamu kenapa Anis?" Tanya Puan Saleha hairan sambil melirik Adib yang duduk di sebelah Anis.

Encik Amri cuma tersenyum melihat Anis yang masih belum mengetahui kenyataan yang sebenarnya, Encik Amri tahu Adib sudah terlebih dahulu menjalankan aksinya walaupun mereka sempat berpesan agar jangan dulu mengganggu Anis...agar pelajaran Anis tidak berciciran.

"Tiada apa ibu, boleh Anis nak ke Library Awam dekat bandar tu?"

"Anis nak cari apa dekat sana?" Tanya Puan Saleha berkerut dahi.

"Anis suka cari buku-buku untuk di baca, dekat library sekolah majority Anis dah baca."

"Adib tertegun mendengar setiap yang Anis kata, biar betul? Boleh di katakan semua buku di sekolah sudah Anis pinjam?" Adib terpekik pelan terkejut sampai begitu sekali Anis belajar.

Puan Saleha dan Encik Amri tergelak takjub dengan kelebihan Anis.

"Boleh, nanti abang temankan Anis." Adib telah membuat satu janji untuk Anis yang perlu ia tunaikan.

"Janji?" Sahut Anis Umairah bersemangat.

Adib cuma mengangguk membenarkan.

"Jom makan, nanti makanan sejuk tak sedap." Kata Puan Saleha dengan senyuman bahagianya.

Setelah membaca doa makan, mereka pun menyantap makanan dalam senyap hingga habis tak bersisa.

"Anis bantu ibu ya basuh pinggan." Kata Anis menawarkan dirinya setelah mereka selesai makan pada siang itu.

"Tak payah Anis, kamu baru sihat jadi ibu nak Anis masuk bilik rehat atau apa-apa saja Anis nak buat kalau bosan." Sahut Puan Saleha dengan panjang lebar.

Anis menjadi segan, dahlah dirinya penumpang tapi di layan macam puteri raja. Anis meringis pelan.

"Anis jadi tak sedap hati kalau macam ni!" Kata Anis sambil melengkungkan bibirnya ke bawah.

Puan Saleha tergelak pelan sambil menggeleng pelan.

"Tak payah buat muka seposen Anis, ibu takkan terpengaruh." Ucapnya sambil mencubit pipi Anis bagaikan pau yang mengembang. "Kenapa Anis comel sangat ni?" Kata Puan Saleha dengan nada geram.

Adib dan Encik Amri tergelak besar melihat tingkah laku Puan Saleha melayan Anis.

___________________________________

Petang itu, Adib Umair menunaikan janjinya untuk membawa Anis Umairah ke library Awam yang berada di bandar. Buat pertama kalinya Adib melihat Anis tersenyum mengembang tak henti-henti.

"Anis suka ke?" Tanya Adib setelah mereka sudah berada di library Awam.

Anis Umairah mengangguk bersemangat memilih-milih buku yang akan dia bawa pulang. Adib pun turut melihat-lihat buku yang boleh dia pinjam untuk di jadikan bahan rujukan.

"Anis belum siap memilih?" Adib melihat jam, dari tadi Anis khusyuk dengan buku-bukunya dan belum selesai. Adib menggeleng pelan melihat perangai Anis yang tak berubah, mungkin suatu saat dia bercadang akan membuat library mini dalam rumahnya dengan Anis.

"Abang nak balik sudah ke?" Tanya Anis tiba-tiba melihat Adib yang masih setia menunggunya.

"Belum lagi, Anis teruskan abang boleh tunggu." Jawab Adib tersenyum singkat.
L

"Okay, kejap lagi.. Anis belum puas memilih buku, lepas ni kita boleh ke kedai buku?" Anis menjadi serba salah takut menyusahkan Adib.

"Boleh Anis, Anis nak beli apa?" Tanya Adib sambil menaikkan sebelah keningnya. Hairan dari tadi seolah-olah buku yang penuh di tangannya belum cukup untuk dia baca.

"Ada sedikit barang sekolah Anis nak beli, dan senaskhah novel terbaru takut habis."

Adib menggangguk pelan.

"Okay!" Ucapnya sambil menunjukkan simbol okay dijari tangannya.

Setelah puas di library Awam tersebut, mereka pun terus pergi ke kedai buku untuk membeli barang-barang sekolah Anis.

Anis mengambil beberapa jenis, pen dan buku aktiviti yang terbaru serta novel yang menjadi dambaannya. Anis menuju cashier untuk membayar segala perbelanjaannya, dia mengeluarkan kad ATMnya tetapi di cegah oleh Adib.

"Biar abang yang bayar Anis." Sahut Adib sambil mengeluarkan kad ATMnya.

"Banyak ni, Anis masih ada duit yang abah beri." Sahut Anis sambil menarik semula perbelanjaannya agar Adib tidak membayarnya.

"Please Anis, bagi abang jalankan tanggungjawab abang pada Anis." Sahut Adib Umair terdengar tegas dan tak mahu di bantah.

Adib segera membayar semua perbelanjaan Anis dan segera keluar dari kedai buku tersebut.

"Jom kita pergi minum dulu." Ajak Adib pada Anis dan memasuki sebuah restaurant layan diri.

Mereka duduk di sebuah meja yang berada di tepi. Dan telah memesan 2 hiris kek red velvet dan 2 cawan orange juice . Tengah Adib dan Anis menyantap makanan tiba-tiba...

"Hai, kalau tak silap kamu Aniskan?" Sapa seorang remaja lelaki menegur Anis kelihatan sangat akrab.

Adib dan Anis serentak mendongak melihat ke sumber suara.

"Siapa ya?" Tanya Anis sambil berfikir.

"Kau tak ingat aku? Sampai hati, mentang-mentanglah pindah sekolah famous." Sahutnya dengan gelak ketawa.

"Harris ke ni?" Tanya Anis sambil tersenyum ceria.

"Ha'ah, akulah... Harris, aku sudah dua bulan berpindah ke sini." Ucapnya bersemangat.

"Harris pindah sekolah ke?"

"Iya, aku masuk sekolah asrama penuh dekat Sekolah Menengah Al-Hafiz." Kata Harris dengan detail.

"Kalau macam tu, sekolah kita berdekatan saja...Anis dekat Sekolah Menengah Uthman."

"Bolehlah kita jumpa nanti." Kata Harris bersemangat dan tidak lupa juga mereka bergantian nombor handphone.

Adib hanya menjadi penonton antara dua orang yang baru berjumpa setelah sekian lama. Membuat Adib tak terima, dia sendiri belum tahu nombor handphone Anis.

"Hemmm!" Adib berdehem seolah-olah dia tak wujud.

"Eh Harris, kenalkan abang Adib, Cikgu Anis  dekat sekolah." Sahut Anis bersemangat memperkenalkan Adib.

"Selamat petang Cikgu Adib!" Kata Harris lalu meminta diri untuk balik ke asrama katanya.

Adib macam tak wujud ya Anis jumpa sahabat lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience