BAB 4

Drama Completed 291

Dia lebih banyak berdiam diri dan seringkali dia merenung kepada satu sudut tertentu di dalam wad.

Aku pun selalu memandang ke suatu sudut yang selalu dipandang tetapi tiada apa-apa pun, termasuklah manusia di situ.

Timbullah pelbagai andaian di kepalaku tentang tingkahlaku pelik Lishanti.

Adakah dia selalu begitu? Kalau tidak pun, mesti ada yang mengganggu fikiran sehinggakan berlainan sungguh perangainya, tidak seperti yang diberitahu oleh Doktor Lam.

Namun begitu, tetap kuteruskan jua tugasku membacakan cerita untuk pesakit kanak-kanak yang lain di bawah kelolaanku.

Di samping itu, aku pun mendengar bacaan mereka dan mengetahui perasaan mereka setelah membaca di hadapan kanak-kanak yang lain.

Fikiranku terus diselubungi rasa hairan terhadap tingkahlaku Lishanti sehinggalah tamat program bersama mereka.

Apabila kami ingin mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, barulah Lishanti membuka mulut sambil menuding jari ke suatu sudut.

“ Kak Nysra, she want to say thank you for entertaining me and other children here.”

“ What? Who say that?”

Berderau darahku apabila melihat ke suatu sudut yang ditunjukkan oleh Lishanti.

Biar betul budak ni, gumamku dalam hati.

Tiada sesiapa di situ.

“ Who? I don’t see anything.”

“Look at there….there is the nurse, smiling to you.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience