BAB 3

Mystery Series 6391

Faris memukul meja kuat. Wajah anak buahnya dipandang tajam. "Korang buat apa je hah? Dia baru 18 tahun. Takkanlah budak macam tu pun korang tak reti nak jaga!" Katanya berakhir dengan hentakan kaki yang kuat.

Tiada sesiapa yang berani menatap anak mata Faris. Mereka sudahpun bekerja berhari-hari tanpa tidur yang cukup. Entah kenapa sosok Khairi bole hilang sedangkan mereka sudah memastikan yang lelaki itu tidak dapat melarikan diri.

Faris melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Fail-fail yang tersusun rapi dilihat sebelum dia tersenyum sinis. "Aku akan tangkap kau suatu hari nanti, Khairi."

--

Khairi masuk ke dalam rumah tepat pukul 6 pagi. Tatapan mata ibu langsung tidak dihiraukan olehnya. Dia mengantuk. Tujuan utamanya saat ini hanya untuk masuk ke dalam bilik dan melelapkan mata.

Pintu ditutup rapat. Khairi tidak lupa juga mengunci pintu itu supaya tidak diganggu oleh sesiapa pun. Ayah yang berada diluar hanya mampu menatap si anak dengan tatapan kasihan kerana dibenci ibu.

Khairi membaringkan dirinya di atas katil. Dinding atas biliknya ditatap lama. Bayangan mayat si kakak tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam mindanya.

"Tunggu aku, Aliya." Khairi memejamkan matanya perlahan-lahan. Kepalanya mula terasa sakit.

"Khairi.."
Khairi membuka kembali matanya. Badan dibangunkan kemudian dia memandang ke arah pintu biliknya.

"Aliya.." Aliya tersenyum lembut ke arahnya. Senyuman lama yang dia rindui. "Kau buat apa kat sini, Khairi?" Aliya berjalan mendekat ke arah Khairi.

Khairi tersenyum mendengar pertanyaan Aliya tadi. "Aku rindukan kau, Aliya." Khairi bangkit kemudian memeluk tubuh si kakak kembar erat. Aliya mengusap-usap belakang badan Khairi.

"Kalau kau rindukan aku, kenapa kau tak selamatkan aku?" Khairi tersentak. Aliya semakin mengeratkan lagi pelukan mereka. "A-aliya.." Aliya meleraikan pelukan. Wajah Khairi dipandang dengan penuh rasa kebencian.

"Kenapa kau tinggal aku, Khairi. Kau tak sayangkan aku?" Khairi pantas menggeleng. "Aku tan tinggal kau. Sumpah, Aliya." Khairi mulai gugup. Peluh dingin membasahi pipinya. Darah Aliya terus mengalir tanpa dia sempat menghentikannya.

"Khairi!"

Khairi tersedar. Nafasnya turun naik. Habis basah katil akibat peluh yang keluar dari badannya. Wajah Ayah dipandang sekilas sebelum dia bangun dari pembaringannya.

Dia berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa menegur ayah yang masih berdiri di sebelah katilnya.

--

Khairi melirik jam di dinding biliknya. Pukul 1 setengah pagi. Dia meraup wajahnya kasar. Tanpa membuang masa, dia terus bangun mengambil kunci kereta yang berada di atas meja. Pintu bilik dibuka perlahan supaya tidak membuat bunyi yang kuat.

Langkah kaki dihalakan ke arah pintu utama. tombol pintu dipulas kemudian dia membuka pintu itu dengan berhati-hati. Telefon dikeluarkan dari dalam poket seluarnya. Nama Aqilah ditekan kemudian dia meletakkan telefon itu ke telinganya.

"Aqilah.."

Panggil nya selepas Doktor Aqilah mengangkat telefonnya.

"Jumpa aku. Dekat tempat biasa."

Lama mereka berbual kosong, Khairi akhirnya menutup juga talian telefon. Keluhan kecil keluar dari mulutnya.

--

Khairi menutup enjin kereta. Kunci kereta ditarik kemudian dia membuka pintu keretanya. Dia melirik sekilas ke arah jam tangannya. Pukul 2 pagi. Dia mencari-cari kelibat doktor Aqilah.

"Yoo!"

Sentuhan lembut di bahunya membuat Khairi terkejut kecil. Doktor Aqilah tersenyum ke arah Khairi kemudian mengangkat sedikit tangannya. "Cepat sikit..aku tak nak kena tangkap basah dengan kau kat sini." Kata Khairi selamba. Doktor Aqilah mengangguk dengan senyuman yang masih tidak mati.

"Jangan makan lebih-lebih. Aku tak nak bertanggungjawab kalau kau mati nanti." Pesan doktor Aqilah kemudian dia memberi sebotol ubat kepada Khairi. Khairi mengangguk malas menandakan dia faham dengan pesanan doktor Aqilah itu.

"Dah. Buat apa lama-lama dekat sini. Kata tak nak kena tangkap basah dengan aku. Shuh!" Doktor Aqilah menolak badan Khairi supaya menjauh darinya. Khairi membuat muka meluat. Dia kemudiannya membuka pintu kereta.

"Thanks, Dr. Aqilah." Ujarnya sebelum masuk ke dalam kereta. Doktor Aqilah mengangguk dengan tangan melambai-lambai ke arah Khairi.

--

Khairi melabuhkan punggungnya ke atas katil. Botol ubat yang diberi oleh doktor Aqilah dipandang lama. Satu biji pil dikeluarkan kemudian dia menelan ubat tersebut. Badan dibaringkan ke atas katil kemudian dia menutup rapat matanya.

"Selamat malam, Aliya."

Ucap Khairi sebelum dirinya terlena akibat ubat itu.

"Khairi.."

Khairi menoleh ke belakang. Senyuman manis diukir untuk gadis itu. "Kenapa kau keluar?" Soal Khairi saat Aliya betul-betul berada di depannya. Aliya mengeluh perlahan. "Aku bosan. Kau tak ada dengan aku." Khairi ketawa kecil. Dia mengusap lembut kepala Aliya yang ditutup dengan tudung itu.

"Macam mana aku nak masuk? Nanti ibu marah pula kalau aku ada." Aliya menunduk sedih. "Iye lah." Ucap Aliya perlahan. Dia memandang ke arah adik kembarnya itu. "Bila kau nak kahwin eh?" Soalnya kepada Khairi secara tiba-tiba.

Khairi ketawa besar. Hidung Aliya dipicit perlahan. "Kau kena kahwin dulu. Baru aku." Kata Khairi dengan senyuman dibibir. Aliya memuncungkan bibirnya. "Aku tak sabar nak tengok muka anak kau. Ikut kau ke, bini kau ehh." Khairi menggelengkan kepalanya. Dia memukul perlahan kepala Aliya.

"Aku nak dia ikut muka kau." Aliya tersenyum mendengar kata-kata Khairi tadi. "Mana ada anak saudara yang ikut muka makcik dia. Apa lah kau ni." Aliya ketawa kecil.

"Mana kau tahu." Khairi menatap anak mata Aliya. "Cepat-cepat lah Kahwin, Khairi. Kita tak tahu bila aku mati nanti. Entah-entah tak sempat aku nak tengok anak kau." Khairi mengangguk perlahan.

"Aku tunggu kau sihat dulu. Lagipun kau kan kakak. Mana boleh aku kahwin dulu. Kau lah kena kahwin dulu. Baru best." Aliya tersenyum lembut. "Aku nak kahwin, Khai. Tapi keadaan tak mengizinkan." Perlahan tetapi cukup kuat untuk didengari oleh Khairi, kata-kata Aliya itu.

Khairi terjaga dari tidurnya. Wajah sedih Aliya masuk ke dalam ingatannya. "Aku akan buat apa-apa je untuk kau, Aliya. Asalkan kau bahagia." Ucap Khairi perlahan.

Hi, I'm here today. Macam mana dengan bab kali ni? oky ke tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience