Bab 37

Romance Series 106380

SETELAH hampir sebulan Juwita mengasingkan diri dari semua orang akhirnya Juwita buat keputusan untuk keluar.

Kali ni tekad ditanam, apa pun jadi dia takkan biar maruah dirinya dipijak-pijak. Dia bangkit demi melihat senyuman ibu dan adik-adiknya semula.

"Uncle, esok Ju nak bawa ibu dengan adik-adik balik. Ju pun akan masuk office semula." Semua yang berada dimeja makan itu tergamam dengan keputusan Juwita.

Selama hampir sebulan itu, Zailani dan Haris tak pernah jemu memujuk dan memberi semangat kepada Juwita.

Haris pandang Juwita penuh makna. Kali ini dia harap Juwita kuat. Apa pun berlaku, mereka perlu bongkar kebenaran mengapa Juwita dijadikan mangsa dendam yang tidak jelas.

Haris telah pun berjanji pada Juwita bahawa ibu dan adik-adiknya akan selamat dengan rancangan yang dibuat. Apa yang penting, Juwita perlu beri kerjasama.

Kali ini, Haris akan pastikan Adrian akan mendapat balasan yang setimpal. Sangkaan Zailani juga benar. Dua hari lalu, sekali lagi Juwita diugut. Tapi kali ini, Haris berkeras supaya Juwita tidak mengikut kehendak Adrian.

Suka atau tidak, Juwita terpaksa mengikut. Mana dia punya simpanan lagi. RM20,000 habis begitu saja. Sia-sia dia menabung sejak kecil tapi hasilnya, orang lain yang kenyang.

"Ju pasti dengan keputusan Ju? Uncle tak ada masalah. Uncle cuma tak nak jadi apa-apa pada Ju satu family." Nampak ketegasan Tuan Mansur di situ. Entah mengapa dia tak rela melepaskan mereka berpindah selepas apa yang mereka lalui.

"Terima kasih uncle. Kalau ibu dan adik-adik nak terus tinggal di sini, Ju tak ada halangan. Cuma Ju tetap dengan keputusan Ju untuk masuk office esok." Zaitun tersenyum nipis.

Dia lega bila Juwita ingin kembali bekerja. Kembali pada kehidupan asal. Bukan lagi terus bersembunyi.

"Aku rasa kau tak perlu bawa ibu dan adik-adik balik. Terus je duduk sini. Sekurang-kurangnya ibu dan mama tak sunyi. Lagipun, rumah ni atas nama ibu kau. Kalau pun yang patut keluar dari rumah ni, adalah kami." Haris bersuara sayu.

Juwita pandang Zaitun inginkan kepastian. Jadi sebab ini ke ibunya menetap di sini selama emosinya tak stabil.

"Ju tak menolak kalau ibu minta kita duduk di sini kan? Uncle akan keluar kalau ibu tak nak pindah sini." Sayu sekali kata-kata Zaitun.

Juwita tertunduk. Dia serba salah. Hakikat sebenar, dia rindukan rumah mereka. Rumah yang menyimpan seribu satu kenangan.

"Ish... sudah tu. Kita makan dulu. Nanti kita bincang lain soal ni. Pasal Ju nak masuk office semula, uncle memang takde masalah. Cumanya, Haris kena pindah la." Juwita pandang wajah Tuan Mansur minta penjelasan.

"Itu nanti aku jelaskan." Akhirnya Haris bersuara. Juwita hanya mengangguk. Mereka kembali menjamu selera tanpa sebarang kata. Senyap sunyi.

Usai makan, Juwita menuju ke gazebo. Di situlah dia banyak menghabiskan masanya. Entahlah. Dia sendiri tak pasti kenapa. Apa yang penting, berada di situ buat dia berasa tenang.

"Ju, ingat pesan baba. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita tak kira sama ada baik atau buruk, itu semua adalah ujian dari Allah. Kalau kita susah, ianya ujian. Kita senang pun, ianya ujian." Juwita kerut dahi tidak mengerti.

"Kenapa pula bila kita senang dikira ujian Allah, baba?" Sazali tersenyum. Rambut Juwita dibelai lembut.

"Sebab dari situlah Allah uji sama ada kita semakin rapat atau semakin jauh dari DIA. Ju jangan lupa, setiap apa pun yang kita perlukan merintihlah pada Allah. Memintalah pada Allah. Sesungguhnya setiap yang berlaku datangnya dengan izin Allah." Juwita tersenyum mendengar pesanan Sazali.

Mengingati perbualan antara dia dan Sazali suatu masa dulu membuatkan hati Juwita berasa sebak.

"Baba, Ju rindu baba. Kalaulah baba masih hidup, pasti hidup Ju tak macam ni, kan?" Juwita merintih hiba. Tanpa sedar Tuan Mansur mendengar rintihannya.

"Ju... uncle harap Ju sentiasa kuat. Apa pun yang berlaku ada hikmahnya Ju. Ju jangan risau. Kita akan selesaikan masalah ni. Kami semua dah tahu." Juwita tergamam. Kaku dia di situ.

"Sebab tu, uncle minta ibu duduk sini. Supaya tak jadi apa-apa." Juwita tertunduk.

Acap kali dia merasa dirinya terpaksa menempuh semuanya sendiri tanpa dia sedar mereka semua sentiasa berada disisinya. Sentiasa memberi semangat.

"Thank you so much uncle. selama ni Ju rasa Ju kena hadap semua ni sendiri. Rupanya Ju masih ada ramai yang sayangkan Ju. Kalaulah baba ada..." Juwita menepis air matanya yang mula menitik.

Tuan Mansur menghampiri Juwita. Air mata itu diseka dengan penuh kasih sayang.

"Ju nak tahu tak, sejak Haris kenal Ju. Dia banyak berubah. Bibir Haris tak pernah lekang dari menyebut nama Ju. Bila dia cakap dia terlalu sayangkan Ju, kami ingat dia jatuh cinta pada Ju. Tapi rupanya tak." Tuan Mansur ketawa.

Entah mengapa dia terasa lucu. Mana taknya Haris terlalu sayangkan Juwita tapi tidak menyintai Juwita.

"Haris cakap Ju dah macam adik-beradik dia sendiri. Sakit Ju, sakitlah dia. Susah Ju, susahlah dia. Dia selalu cakap Ju perempuan paling cool yang dia pernah jumpa. Takde nak menggedik macam perempuan lain." Juwita ukir senyum nipis.

Terbayang bagaimana Haris mengamuk bila dia gagal dihubungi. Malah, Haris sanggup menanti dia pulang lewat kerana bekerja untuk pastikan dia selamat sampai hostel.

"Ju, uncle tak pernah tahu betapa sukarnya hidup Ju. Terpaksa bekerja untuk menampung keluarga sedangkan Ju tengah belajar. Uncle rasa berdosa sangat sebab tak dapat jejak ibu Ju secepat mungkin. Kalaulah dulu uncle tak pernah mengalah, pasti Ju tak perlu melalu semua ni." Suara Tuan Mansur semakin sebak.

Betapa dia merasa berdosa atas apa yang berlaku pada Juwita. Andai saja masa dapat diundurkan, dia tak mungkin mengalah untuk menjejaki Zaitun. Siapa sangka Zaitun tetap menetap di Melaka. Sangkanya Zaitun dan suaminya takkan kembali semula ke Malaysia.

Melihat air mata yang gugur di pipi Tuan Mansur, Juwita terus menggenggam erat jemari Tuan Mansur.

"Uncle, jangan salahkan diri uncle. Apa yang jadi ni adalah takdir Allah. Ju dah redha. Tapi kali ni, Ju takkan tunduk lagi. Ju takkan mengalah. Uncle dah buat apa yang patut." Tuan Mansur mengusap lembut kepala Juwita.

"Uncle tahu Ju anak yang baik. Uncle tahu Ju kuat. Apa pun, uncle nak Ju bangkit tegakkan kebenaran. Jangan risau, kami semua ada." Juwita tertunduk hiba. Tangan Tuan Mansur digenggam erat lantas diciumnya.

"Terima kasih uncle sebab tak jemu nasihatkan Ju. Tak jemu bagi semangat pada Ju." Tuan Mansur tersenyum.

Semoga esok masih ada sinar lagi buat Juwita. Semoga Allah membalas segala pengorbanan Juwit dengan sesuatu yang indah dan berharga.

Tuan Nabihah yang memerhati dari tadi mengesat air mata. Saban hari dia mendengar penyesalan yang dirasakan oleh suaminya.

Dia merapati mereka lalu mengusap lembut belakang suaminya. Juwita yang sedar akan kehadirannya segera menoleh. Tuan Nabihah meraih Juwita masuk ke dalam pelukannya.

"Ju stay sini ye. Bagi aunty kawan dengan ibu." Tuan Nabihah memujuk. Pipi Juwita diusap lembut.

"Baik aunty." Juwita kembali memeluk erat Tuan Nabihah.

Ya Allah... KAU ambil baba tapi KAU gantikan dengan mereka ini bagi melengkapi kehidupanku. Terima kasih Ya Allah. Semoga saja aku terus kuat. Rintih Juwita dalam hati.

Juwita merenggangkan pelukan mereka. Air mata Tuan Nabihah dikesat lembut.

"Kali ni Ju takkan mengalah. Ju takkan tunduk. Ju akan pastikan kebenaran terbongkar. Doakan Ju ye." Juwita ukir senyum. Begitu juga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience