Bab 6

Romantic Comedy Completed 29346

” Kau tahu Safuan cakap apa kat mak aku masa dia rasa air kau buat? ” Aku menggeleng, malas nak ambil tahu. Mesti kata-kata yang menyakitkan hati la tu. Aku pura-pura melelapkan mata.

” Dia kata, mak teh, air ni manis macam orang yang buatnya. Nanti minum banyak-banyak dapat penyakit pula, cukuplah Safuan je yang rasa macam dah terjatuh cinta dah ni, Safuan nak bawak pergi dapur suruh tukang buat ni adjust sikit, sat lagi ramai pula jatuh cinta kat dia ”

Aku terkedu. Biar betul mamat tu cakap gitu? Romantik juga mamat tu, ingat dia nak bahan aku depan mak Ad. Hatiku rasa sesuatu. Terharu kut dia cakap macam tu?

**

Sejak balik dari kampung Ad, hubungan aku dengan abang Haikal semakin rapat. Masakan tidak, setiap hari mesti berjumpa dalam bas 6:40 petang. Rupanya baju yang selalu di pakai oleh abang Haikal ialah baju kerja McD. Macam mana aku boleh tak perasan? Senget je kan aku ni. Safuan pula? Heh, mamat tu kadang-kadang ada juga terserempak dekat UiTM.

Tapi masing-masing buat tak tahu. Sejak aku kenal dia, macam hari-hari pula nak jumpa, walhal aku jurusan lain. Serabut je aku tengok muka dia hari-hari. Yeke serabut?

” Aku tengok kau makin rapat dengan abang Haikal? ” Ad memulakan bicara. Suapanku terhenti. Aku memandangnya. Bunyi macam jealous je?

” Boleh la, kau kan tahu aku memang senang rapat dengan lelaki. Setakat kawan-kawan tu memang kamceng wa cakap lu ” Aku tersengih.

” Kau suka dia ke? ” Ad masih dengan nada seriousnya. Seram pula aku.

” Ish, kau gila ke? Aku anggap dia abang aku je la. Tak lebih pun, euww geli la nak lebih-lebih ” Tak dapat aku bayangkan kalau aku dengan abang Haikal. Lagipun bukan dia dah ada awek ke? Tiba-tiba Ad tergelak.

” Aku saja test kau, ingat kau nak gelabah tadi ”

” Tak ada makna babe, aku tak goyang sikit pun ” Aku mengekek.

” Kau ada jumpa Safuan? ”

” Kenapa kena jumpa ke? ” Aku mencebik.

” Tak ada, saja aku tanya ”

” Safuan tu macam mana orangnya eh? Tak paham aku dengan dia tu. Lain sangat dengan Haikal ” Terpacul soalan tu dari mulutku. Segera ku terdiam. Asal aku nak tahu? Err

“Kenapa kau nak tahu? ” Eh sama pula soalan Ad ni dengan aku, macam tahu-tahu je kata hati aku.

” Saja, kalau kau tak nak bagitahu tak apa, aku bukan peduli pun ” Makin laju suapanku. Asal rasa macam aku gelabah?

” Touching la tu ” Ad gelak perlahan. Aku buat pekak.

” Safuan, dia kan sebenarnya sangat baik dan peramah. Dulu waktu kitaorang kecil, dia lah selalu main dengan aku. Dia nakal sikit banding dengan abang Haikal tapi dia jenis cool je. Kalau ada masalah, aku selalu cerita dekat dia, macam tu juga dia. Jenis hormat orang tua, sesuai sangatlah di buat suami ” Ad menjelingku yang sedang khusyuk mendengar.

” Aku suka dia ” Perlahan Ad berkata. Aku melopong.

” Ka-kau suka dia? ” Ad tergelak.

” Bukan, bila aku tengok muka kau sekarang ni, teringat pula lagu Ainan Tasneem ‘ Aku suka dia ‘ ” Ad tayang gigi. Aku mencebik. Nampak sangatkah? Senget Ad.

” Maksu aku ajak datang rumah, sabtu ni ”

Aku menggeleng.

” Malas. Kau je la pergi ” Bukan aku taknak pergi tapi membayangkan akan bertemu dengan Ikmal. Hatiku rasa di carik. Peristiwa hari tu masih segar di ingatanku.

” Kau ni dah tomboy, kasar, semua benda nak langgar ” Safuan meluahkan amarahnya.

Aku hanya menjeling. Mana aku tahu nak jadi macam ni. Segera aku menghulurkan tisu kepada seorang gadis di sebelah Safun. Segera Safuan merampasnya dan mengelap tangan ily. Aku hanya memerhati. Awek dia kut.

” It’s ok dear ” Perlahan ily berkata. Berbulu pula aku dengar. Dear ke deer? Aku tahan gelak.

” I hantar you pergi klinik ye? ” Ily hanya mengangguk tanda setuju. Aku hanya memandang drama sebabak antara mereka. Geli pula lama-lama kat situ. Segera aku berlalu pergi.

” Oi, tomboy, nak pergi mana pula tu? ” Aku menoleh.

Safuan masih dengan muka bengangnya. Amboi pandang awek dia macam pandang bidadari, pandang aku muka macam singa. Tahu la aku tak lawa macam awek dia. Aku ketap gigi.

” Kau nak apa lagi senget? ”

” Your apology? ”

” Sorry ” Laju aku meninggalkan Safuan. Sakit hati betul!

” Berangan? ” Ad menyiku lenganku. Aku tersedar.

” Apa dia? ”

” Aku tanya, kenapa kau tak nak pergi? Maksu aku ajak kau sekali. Bukan jauh pun rumah maksu aku tu ” Aku masih menggeleng. Tawar hati.

” Nanti kau kirim salam je lah dekat maksu kau tu ” Segera aku melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience