Prolog

Crime Series 28563

Aku dikejar. Sekumpulan geng mafia mengejar aku dari belakang.

Aku kelelahan. Letih. Mencungap.

Menyesal. Aku tak patut lalu lorong belakang ni.

Insiden tadi masih terbayang di benak fikiran. Aku masih tak mampu nak lupakan bunyi das tembakan. 3 das tembakan dilepaskan.

Bang! Bang! Bang!

Ketua geng mafia tersebut mahu melepaskan tembakan yang ke empat. Namun, entah bagaimana, aku terpandang sepasang mata miliknya.

Kami sama-sama bertatapan.

Dia terperasankan aku yang bersembunyi di balik tiang.

Dia mengacukan pistolnya ke arah aku.

Aku meneguk air liur. Riwayat aku bakal tamat di sini.

Kaki mahu berlari. Tetapi seakan berasa berat.

"Siapa tu? Kejar dia! Tangkap dia! Jangan biar dia terlepas."

Aku terus berlari sepantas kilat. Disebabkan itulah, aku sedang dikejar. Kelelahan.

Nasib baik aku memakai kasut sneakers. Ada sebuah teksi melintas di hadapan.

Aku segera menahan teksi tersebut. Aku berjaya meloloskan diri.

"Pakcik! Bawak laju sikit."

Sekumpulan geng mafia tersebut mengejar aku dengan berlari. Namun, tak mampu mengejar dek kerana teksi ini jauh meninggalkan mereka.

Lega. Selamat aku! Aku mengurut dada.

Anna Adriana berjaya meloloskan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience