Series
5510
Asrama Putri, 4:30 petang.
BAGASI dilempar bergelungsur tepat dibawah katil dua tingkat itu. Dia merebah tubuh sederhana tingginya atas katil untuk melepas lelah. Angka jam pada skrin telefon dikerling kejap. Keluhan perlahan dilepas.
Sebelah tangan melekap didahi, mata sedaya upaya untuk terlelap. Sekejap pun jadi lah! Urgh!
Bella bangun dari baringan lalu pandang melilau sekeliling bilik yang hanya muat 2 katil dua tingkat, dua meja belajar dan empat loker besi dimana pakaian disimpan. Dan ianya lemas dan sempit baginya! Dia hempas semula badan atas katil yang tak berapa empuk. Bersama rasa kesal dan geram. Ketika ini hanya dia dalam bilik tika ini.
Mengapa sekolah ini juga dia dipindahkan? Asrama? Ianya sungguh tak selesa apabila bercampur gaul dengan orang lain. Tidak sesuai buat orang yang antisosial dan Introvert sepertinya.
Ini pertama kalinya dan hari pertama dia di sekolah berperingkat sederhana ini. Sebenarnya dia tak kisah dipindahkan sekolah manapun, namun kenapa perlu hantar ke asrama? Mahu buang dia? Huh.
Ekspresi wajah Bella hanya biasa dan kosong. Pasrah mungkin. Lagi pula, tiada beza juga dia bersekolah dimana pun, dia tetap sendirian. Tiada teman mahupun tempat untuk berkasih.
Fikirannya menerawang entah ke negara mana. Di keranakan tika ini dia hanya sendiri, dia hairan. Kemana roommate yang lain?
"Hmph, ada la tu. Dah kenapa aku sibuk nak fikir..." fikirnya malas nak ambil tahu.
Ting!
Terpapar satu mesej pada skrin telefon pintar. Bella baca kejap dan terdengar keluh kesal darinya. Telefon dicampak atas katil. Bertambah kesal pula dia.
'Learn as usual, don't do any trouble.' - Mama
******
Dua orang gadis berbaju kurung berjalan beriringan menuju ke bilik mereka. Iaitu tingkat dua, bilik kedua paling hujung. Boleh tahan sunyi dan seram juga la bila tiba malam hari memandangkan ada sebuah bilik kosong bersebelahan mereka.
Tiba depan muka pintu bilik mereka, Ifah dan Ayu terdiam. Sepasang kasut kanvas putih menarik perhatian mereka.
"Kasut siapa ni? Kau punya ke, Ayu?" tanya Ifah kepada temannya.
"Entah la, bukan saya punya tu." balas Ayu pula jungkit bahu.
Ifah dan Ayu saling berpandangan. Teringat pula ucapan dari Warden Mastura yang memberitahu tentang pelajar baru.
Tombol pintu dipulas, Ifah dan Ayu melangkah masuk. Mata mereka tercatap pada sosok seorang gadis yang sedang berbaring santai atas katil tanpa hiraukan mereka. Ralit saja dengan telefon pintar ditangan. Pandang pun tak.
Ifah dan Ayu berpandangan kekok sekali lagi. Tak tahu nak tegur ataupun buat derk je seperti Bella lakukan. Yalah, mereka berdua sudah dua tahun tinggal berdua dikeranakan bilik ini paling jauh dengan tandas, jadi ramai yang tak berani.
Mereka tilik atas bawah penampilan Bella. Rambut perang, entah diwarna atau warna asli.
"Ehem!" Ifah cuba untuk tarik perhatian gadis yang baru menjadi roommate nya itu. Agak geram apabila dirinya tak diendahkan. Pandang pun tidok!
Melekit dengan peluh, Ifah terasa ingin mandi petang ini. Tudung bawalnya dilepas dan disangkut pada hanger. Tuala dicapai.
"Ayu, tak nak mandi dulu ke? Melekit la. Nanti sebelum maghrib kena jumpa Ustaz." ujar Ifah sempat berpesan.
"Oh, ya. Nak mandi juga ni." Ayu kalut mencari tuala dalam loker miliknya yang terletak disisi katil.
Ifah sudah keluar duluan. Ayu terlihat serba salah dan teragak bila bertentang mata dengan Bella yang sudah bangun dari baringan.
"Aw-awak tak nak bersihkan diri dulu?" Ayu memberanikan diri bertanya pada Bella.
"Huh? Apa nampak kotor sangat ke aku ni?" tukas Bella bersama pandangan tajam.
Ifah kembali menjenguk depan muka pintu.
"Ark- Emm... maaf ganggu. Awak rest la. Saya dengan Fah nak pergi mandi." ujar Ayu lembut lalu menarik tangan Ifah pergi. Meski kecil hati dijawap begitu, sempat Ayu beri senyum tipis.
"Aa- Hish!" Bella yang terpinga-pinga sendiri disitu mula berasa bersalah. Agak kasar bahasanya. Mungkin sudah menguris hati gadis tersebut. Tapi dia tak sengaja akibat kesal dengan Mamanya, terlepas pula amarah keatas orang lain. Perlukah dia minta maaf?
Bersama rasa bersalah yang mengganggu. Tiba-tiba perutnya berbunyi minta diisi. Wajar saja, kerana dari pagi dia belum menjamah apa-apa makanan.
Bella garu rambut serabut. Fikirannya serabut, kesal bercampur perasaan bersalah terhadap Ayu sebentar tadi. Ditambah pula perut yang mula pedih. Ergh! Perutnya sangat manja. Walaupun tak makan banyak tapi dia tak boleh skip memandangkan waktu sudah 5 petang. Dia perlu cari makanan.
Bella mencapai jaket hitam dan disarung pada tubuh. Rambut perang separa siku diikat satu. Kasut disarung. Kalau dilihat dari luar, memang tak nampak gaya seorang pelajar sekolah menengah.
Bella mendengus lagi semasa turun dari tangga. "Lift pun tak ada." rungutnya.
Tiba di lantai bawah. Pandangannya melilau kejap. Tidak la luas mana, tapi terdapat beberapa meja batu dibawah pohon, kawasan berjemur baju, kawasan khas untuk aspuri berkumpul dan begitu juga dengan asrama pelajar lelaki yang agak jauh dari asrama perempuan.
Bella berjalan kaki meskipun disitu disediakan basikal untuk pelajar. Malu dia nak mengayuh dengan usia sekarang.
Di dalam kawasan itu hanya ada kantin. Jika ingin makanan lain, dia perlu mencari makanan diluar kawasan yang ada beberapa kedai.
Bella berjalan selamba semasa melintasi di padang dimana ada sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola sepak. Pagar utama sudah kelihatan, dia hanya perlu melalui padang ini.
"Man bola terlepas!"
"Oi! Cik adik, bola tu!"
"Dik! Elak!"
Bising dengan laungan pelajar lelaki. Bella buat tak endah. Huh, siapa adik kau?
Pap!
Sebiji bola cantik terkena dikepalanya. Bella terjatuh. Kepala dipegang, boleh tahan bengang juga penangan bola keras itu. Mukanya berkerut namun sedaya upaya tahan.
"Ha sudah! Man kau pergi la tolong."
"Dah kenapa aku pula yang kena?"
"Pergi jelah! Kesian awek tu! Kau juga yang sepak bola tu!"
"Ha, Yelah!"
Sempat juga telinganya menangkap sayup pertelingkahan pelajar lelaki tadi.
Bella bangun berdiri. Tangan kanan masih pegang kepala. Nasib tak berdarah. Bella menjeling melihat seorang pelajar berlari anak mendekatinya. Berdiri tegap dihadapannya. Tiada tanda-tanda nak tolong ke apa. Hanya memerhati Bella bangun sendiri.
"Lah... boleh bangun sendiri. Dah kenapa kau tak elak bola?" ujar pelajar lelaki berbaju lencun dengan peluh.
Bella melongo. Pandang tak percaya. Dia boleh cakap macamtu? Dengan muka tak bersalahnya, siap geleng kepala!
"Macam-macam drama perempuan sekarang. Bukan kuat pun. Ingatkan berdarah ke apa."
Makin panas panas telinga Bella mendengar itu. Sekarang kau nak salahkan aku?
"Aniq, kau buat apa ni? Aku suruh minta maaf. Ish!" datang pula seorang pelajar lelaki menepuk geram kepala sahabatnya.
"Aku gurau sajalah! Kan? Gurau kan?" boleh pula Aniq bertanyakan itu kepada Bella.
Sekali lagi dilesing kepala kawannya itu. Mengaduh sakit Aniq.
"Kami minta maaf sangat... mesti sakit kan? Emm, mari saya hantar Bella ke bilik rehat. Kat sana ada ubat." ujar Luthfi sebagai orang yang lebih bertanggungjawap dari sahabatnya, Aniq.
Bella berdecit perlahan. Malas nak besarkan masalah. Ikutkan nak saja dia by1 mulut dengan lelaki bernama Aniq itu. Mulutnya memang minta selipar jepun.
Tiba-tiba berubah bersemangat Aniq terpandang seseorang yang tak jauh dari mereka berada.
"Oi karipap! Sini! Ni tengok siapa ada ni!" laung Aniq kepada Ifah yang berjalan menghampiri mereka.
"Kau panggil aku apa?! Berani kau ejek karipap mak aku!"
Bella terkulat-kulat. Luthfi yang sudah biasa hanya geleng kepala. Mereka berdua hanya memandang Aniq dan Ifah sedang berkejaran. Seronok Aniq mengejek gadis yang sedikit chubby itu.
"Diorang memang selalu macam tu ke?" tanya Bella tapi mata masih melihat dua makhluk itu berkejaran keliling pokok. Dia bukanlah jenis yang peduli dengan persekitaran namun pertanyaan itu tanpa sedar. Lutfi tersenyum.
"Haah, dari awal masuk sekolah lagi Aniq tu suka buli Ifah. Kadang saya kesian juga dengan Fah, tapi nak buat macam mana. Aniq memang perangai macam budak 5 tahun. Saya nasihat buih mulut sekalipun, buat keras dia sajalah." jelas Luthfi sambil senyum teringat dengan kenangan zaman kecilnya dengan Aniq yang sentiasa buat masalah.
Bella terangguk-angguk faham la gamaknya.
"Harap bukan aku la calon mangsa dia lepasni. Tak gamak aku ngadap perangai dia tu." kata Bella.
"Tak apa, saya jaga awak." ujar Luthfi perlahan namun cukup didengari gadis itu.
Luthfi tertawa kecil sambil mata redup memandang gadis berambut sedikit keperangan itu. Bella telan air liur kesat. Lembut saja suara tawa Luthfi, pandangannya pun redup saja ditambah wajahnya yang agak tampan. Ditambah lagi spek bulatnya sesuai dengan wajahnya. Tak hairan la, jejaka idaman semua gadis disitu kot. Atlet, tinggi, handsome, lembut percakapan boleh dikatakan perfect juga lah.
Luthfi, banyak memegang jawatan penting dalam setiap aktiviti yang ada. Sifatnya yang ramah itu membuat ramai gadis-gadis tergilakannya. Surat cinta jangan cakap la, sehari 20 keping surat sampai. Tak menyempat dia nak baca satu persatu disebabkan banyak pekerjaannya.
Sebelum ingin pergi dari situ, sempat Bella membandingkan Luthfi dengan Aniq. Juling terbalik biji mata apabila ter eye contac dengan Aniq. Dia putuskan dia tak minat lelaki itu.
"Okay lah aku pergi dulu." pamit Bella mula berjalan meninggalkan mereka bertiga.
"Oh, Bella sorry yang tadi! Pasal bola tadi!"
Bella berpaling sekejap apabila Luthfi melaung. Dia hanya balas dengan anggukkan. Dia tak kisah kalau tak sengaja. Kalau sengaja memang dia balas 10 kali lah. Siapa je suka dibuli kan?
Share this novel