Bab 34

Romance Series 106380

ZAITUN memerhati Juwita yang hanya termenung. Entah apa yang tak kena, dia sendiri tak pasti. Walhal sebelum keluar hospital Juwita kelihatan elok.

Zaitun cuba merungkai apa sebenarnya yang berlaku sehingga anaknya berubah mendadak begitu. Bahkan igauan mimpi ngerinya semakin menjadi-jadi sejak pulang dari hospital.

"Tolong jangan buat aku macam ni. Tolong lepaskan aku. Jangan pukul aku lagi." Itulah antara kata-kata yang keluar dari mulut Juwita.

"Kak..." Sentuhan lembut di bahu Zaitun membuatkan Zaitun berpaling.

"Bihah... akak tak sanggup tengok Ju macam tu." Zaitun kesat air mata yang mengalir. Tuan Nabihah sentiasa bersamanya. Memberi semangat dan kekuatan.

Ada sebab mengapa mereka menetap sementara di rumah pusaka itu. Bukanlah kerana harta tapi lebih kepada memikirkan keselamatan Juwita.

"Sabar ye kak. Kita usahakan sebaik mungkin untuk Ju nanti. Ada tetamu nak jumpa Ju." Wajah Zaitun berkerut. Hampir seminggu mereka di situ. Belum pernah sekalipun mereka dikunjungi sesiapa.

Zaitun segera menjengah ke ruang tamu. Tersenyum dia saat melihat Zailani yang sedang duduk sambil membelek telefon.

"Eh... Zai rupanya." Zailani segera bangkit lalu menyalami Zaitun.

"Mak cik sihat?" soal Zailani.

"Alhamdulillah sihat. Mak, ayah sihat?" Zaitun memerhati Zailani. Ada kelainan dari penampilannya hari ni.

"Alhamdulillah. Mak dengan ayah kirim salam. Maaf sebab tak dapat ikut sama. Zai pun datang dari ofis." Zaitun mengangguk.

"Macam mana Ju, mak cik?" Zailani menyoal. Dari tadi dia tidak nampak Juwita.

"Zai tahu keadaan Ju?" soal Zaitun sekadar inginkan kepastian.

"Tahu mak cik. Zai selalu call Idi. Dari sehari ke sehari nak datang jenguk tapi hari ni baru berkesempatan. Mujurlah hari ni kerja halfday je." Zailani tersengih.

"Mari... Ju ada di kolam renang." Zaitun bangun diikuti Zailani. Mereka menuju ke arah kolam renang yang terletak di tepi rumah banglo itu.

Zailani hanya memandang Juwita yang sedang duduk termenung di tepi kolam renang. Tubuhnya susut sedikit. Wajahnya hilang seri.

Walaupun selama ini terlalu sukar untuk melihat senyuman di bibir Juwita, namun seri itu tetap ada.

"Mak cik tak tahu nak pujuk macam mana dah Zai. Cubalah kamu pujuk." Zaitun bersuara setelah agak lama mereka memerhatikan Juwita.

Zailani menghampiri Juwita yang sedang merendam kaki di kolam renang. Kaki seluar dilipat sehingga ke paras lutut, lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Juwita.

Sedar akan kehadiran seseorang di sisinya, Juwita menoleh. Melihat senyuman Zailani buat dia tertunduk. Pandangan dialihkan ke arah ibunya yang sedang memerhati.

"Ju, jom ikut Lan pergi mall." Sengaja Zailani menggunakan panggilan Lan. Ye dia tahu betapa Juwita sentiasa berasa selamat di sisi lelaki yang di panggil Lan satu masa dulu.

"Lan..." Juwita pandang Zailani. Matanya berkaca. Tanpa sedar dia terus meluru memeluk Zailani. Zailani kaget.

Dia memandang Zaitun yang sedang memerhati ke arah mereka. Melihat anggukan Zaitun, Zailani mengusap lembut kepala Juwita. Sedar perbuatan mereka salah. Namun jika itu yang mampu menenangkan Juwita, dia pasrah.

"Mana Lan pergi? Lan janji nak jaga Ju. Lan janji takkan tinggalkan Ju lama-lama. Mana janji Lan?" Juwita merintih hiba. Dada Zailani dipukulnya bertalu-talu.

Zaitun turut menitiskan air mata saat mendengar tangisan hiba Juwita. Ye... dia sedar rasa yang berputik di hati Juwita sejak dulu lagi.

Dalam hati hanya mampu berdoa agar Zailani mampu mengembalikan kegembiraan Juwita.

"Ju, meh makan. Ju dah berapa hari tak makan?" Zaitun mencuba nasib untung-untung Juwita berselera selepas berjumpa Zailani.

Zailani memandang Juwita. Juwita tunduk. Tak berani angkat muka.

"Ju tak makan lagi?" Hanya gelengan yang diterima sebagai jawapan.

"Jom makan dulu. Ke Ju nak makan dekat mall je nanti? Lan belanja." Zailani masih lagi memujuk. Juwita terdiam.

"Ju, kesian pada ibu. Siang malam risaukan Ju. Ju nak terus bagi ibu susah hati ke?" Zailani tahu Juwita sangat menyayangi Zaitun.

Juwita tunduk masih kaku. Bukan niatnya untuk buat ibunya susah hati tapi, dia sendiri yang tak tahu macam mana nak teruskan kehidupannya.

"Kau dengar sini Ju. Kalau sampai benda ni jadi kes polis, aku takkan teragak-agak cederakan family kau. Dan kau, aku akan pastikan kau terima lebih teruk dari apa yang kau dapat dulu."

Juwita tutup rapat matanya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Adrian di telinga ketika Adrian menghubunginya sebelum pulang dari hospital.

"Ju ada apa-apa nak share dengan Lan?" Juwita mengangguk. Ye hanya Zailani yang tahu kisah sebenar.

"Okey, macam ni. Ju makan dulu, lepas tu bersiap. Kita keluar jalan-jalan okey? Kalau Ju tak nak pergi mall pun takpe. Kita pergi Pantai Klebang nak?" Zailani masih cuba memancing agar Juwita mengisi perutnya.

Akhirnya Juwita bangun. Akur dengan pujukan Zailani. Zailani tersenyum bahagia.

"Satu lagi Lan nak minta. Tolong senyum untuk ibu." Zailani yakin sangat bahawa Zaitun pasti merindui senyuman Juwita. Senyuman yang hanya terukir untuk orang tertentu sahaja.

Juwita memerhati Lan yang turun sama melangkah. Penampilannya berbeza. Dengan seluar slack, kemeja lengan panjang yang dilipat hingga ke siku. Jalannya sudah tiada lenggok lagi.

Terasa seakan mimpi. Benarkah ini Lan yang selama ini dinanti? Lan yang selama ini dirindui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience