BAB 2

Romance Series 7123

KESEMUA mata masih lagi terpanah renungan pada sekujur tubuh berpakaian ranggi dari kain jenis denim itu. Khas Puan Roha dan Johar. Cammy di muka pintu terus mendapatkan Adarra yang masih menangis teresak-esak.

Sakit pada dahi akibat tunjalan Puan Roha tetap tidak sesakit hatinya kala ditikam dari belakang. Bisanya hanya Adarra saja yang tahu. 

"Sampai hati you, Mateo. You dah berjanji nak berubah. You dah peluk agama I. Why you treat me like this? Why you stabbed my heart again?"

"Adarra,  Kat luar tu ada stranger lah. I tak kenal pun. Maybe you kenal..." Habis saja mendengar luahan hati, Adarra Aisyah. Cammy terus duduk di sebelah.

"Stranger?" Adarra pula menyoal. Semakin bertambah lagi lapisan di dahi.

"Aha, bapak you pun pelik dengan penampilannya. Rugged semacam. Rambut pula rasta..." 

"Rasta? Mana I ada kawan berambut rasta ..." 

"I pun tahu. Jom tengok..." Desak Cammy menarik hujung lengan kurung putih Adarra supaya mengikutinya.

"Sebenarnya anak ni siapa? Cari siapa?" Johar masih lagi bertanya. Tok kadi makin pening. Pengantin sepatutnya sudah sampai hingga ke saat itu masih tak datang-datang lagi. 

Johar pun jadi lupa nak memberitahu apabila anak muda itu sudah berdiri di tangga. 

"Tu ha... nampak tak?" Cammy menyoal. Adarra berpaling pada dia lalu menggeleng.

Seseorang berbisik pada telinga tok kadi.  Beristigfar terus tok kadi tatkala mendengarnya.

"Johar, betulkah pengantin kena tangkap?" Soalan dari tok kadi membuatkan mereka-mereka yang berada di luar,  berbisikan sesama sendiri. Ada yang juih-juih bibir. 

Johar terkelu lidah. Hanya mampu mengangguk. Cammy nasib sempat memegang tubuh Adarra Aisyah ingin melorot. Dan dia menangis kembali.

"Tok, nikahkan saya..." Pemuda itu terus bersuara. 

"Ya Allah! Apa pula bala kali ini?" Suara Puan Roha mencetuskan keributan namun Tengku Aryan terus melangkah. Setiba di hadapan tok kadi dia langsung bersila.

Adarra Aisyah dan Cammy melopong. 

"Nak, tolong jangan buat macam ini? Mana rombongan jika betul sekalipun?" Lembut Johar menyoal. Dan dia tidak bagi Puan Roha bersuara. 

"Pakcik, makcik... mungkin cara saya ini salah tapi niat saya memang mahu memperisterikan... Ad... Adarra..."  Dari bersuara teragak-agak bila mendengar nama pengantin perempuan dipanggil, barulah Tengku Aryan bersuara dengan penuh yakin.

"Kau terima. Ini balasan buat kau sebab dah malukan aku. Kau terima kalau kau masih nak kami anggap sebagai anak!" Tegas sekali bisikan Puan Roha di tepi telinga Adarra. Cammy tidak mendengar lagipun dia ralit memandang stranger yang tanpa ada rasa segan itu masuk lalu duduk atas bantal pengantin duduk. 

Adarra Aisyah hanya mampu berlinangan airmata. Puan Roha mengancamnya dan dia sangat tahu dengan sikap kepala batu ibunya itu. 

Jika A tetaplah A jangan sesekali menukarnya dengan B atau pun C!

"Jadi macam mana ni? Saya ni masih ada beberapa orang lagi nak gunakan khidmat saya..." Tok Kadi sudah bersuara. 

Puan Roha terus pergi ke arah suaminya lalu berbisik. Pantas Johar berpaling arah Puan Roha sebelum ke arah Adarra Aisyah. 

"Mana pengantin perempuan?" Tok Kadi memanggil setelah antara mahu dengan tidak, Johar mendekati dan berbisik. 

Cammy lalu membantu sahabatnya itu untuk bangun ke depan. Setelah sampai di hadapan Tok Kadi, para saksi dan Johar sebagai wali. Adarra Aisyah langsung mendongak. Tengku Aryan pada mula memikirkan betapa hodoh pilihan rawaknya itu sedikit terpegun dengan kejelitaan Adarra Aisyah biar pun mekap natural saja. 

Setelah mendapat info dari P. I. Mercedes Benz menjalar itu berhenti di rumah seperti mana gambar P. I kirimkan. Ada khemah berkanopi putih biru.  Senyum senget dia hadiahkan. 

"Aryan, papa tak menyangka kali ini anak papa memang benar-benar sahut challenge papa ya? Tak apa. Tak apa. Papa nak tengok sejauh mana Tengku Aryan Darwish boleh bertahan dengan seorang gadis bernama isteri. Adarra Aisyah..." 

"Adarra Aisyah bt Johar. Benar kamu bersetuju untuk dinikah dengan dengan pemuda ini? Apa nama kamu tadi?" Dua figura tersebut dia persoalkan.

"Tengku Aryan Darwish bin Tengku Lutfi." 

'Wah, untungnya kau Adarra. Ini... kalaulah si Elly tahu ni. Confirm sakit punyalah hati dia. Padan muka kau Elly. Jahat! Dasar perampas!' Cammy bersuara di dalam hati. Adarra Aisyah merenungnya dan Cammy berbisik.

"Terima saja Adarra. Mungkin ini jodoh kau sebenarnya... cinta boleh di pupuk..." Bisik Cammy seraya menepuk kekura berinai milik Adarra Aisyah.

"Baik kalau dua-dua dah bersetuju. Boleh kita mulakan?" Soalan dari Tok Kadi mendapat anggukan dari kesemuanya. 

Puan Roha tersenyum sinis. Kahwin saja Adarra Aisyah akan dia pastikan budak tidak berguna itu berambus sekali.  Biar pun dia sedikit menyesal bukan anak kandungnya yang dinikahkan dengan Tengku ini. 

'Tapi... ada gunanya juga. Aku tengok Tengku ni macam kaki perempuan juga... kasihan kau Adarra. Aku yakin pasti kau menderita. Memang patut pun Mateo tu kena tangkap dengan anak aku...' 

"Aku nikahkan akan dikau Tengku Aryan Darwish bin Tengku Lutfi dengan Adarra Aisyah bt Johar bermas kahwinkan senaskhah Al Quran." Ujar Tok Kadi sambil menghenyakkan tangan. 

"Aku terima nikahnya dengan Adarra Aisyah bt Johar dengan mas kahwin senaskhah Al Quran." 

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!" 

Lalu masing-masing menadah tangan dengan sesekali mata Adarra Aisyah dan Tengku Aryan pasti bertembung.
"Tahniah you. I doakan semuanya nanti baik-baik belaka. I kena balik dahni. Sorry sanding malam ni tak dapat nak join you pun tahukan I kena ganti you. " 

Lerai saja pelukan sambil mengesat air mata di pipi rakannya itu, Cammy bersuara beserta meminta diri kerana dia perlu ke utara tanah air pula.

Adarra Aisyah sebenarnya masih terkejut dengan semua ini. Bermula dari berita Mateo kena tangkap basah kemudian terpaksa bernikah dengan anak Tengku? 

"Aku tahu, yang kau terkejut dengan semua ini. Tapi percayalah cakap aku semuanya akan baik-baik nanti. Jangan lupa Whatapps aku gambar sanding malam ini. Kalau tak merajuk seminggu..." Kata-kata Cammy mendapat tawa kecil Adarra Aisyah. 

"Dah tak mau bersedih lagi. Lupakan si mat saleh tak berguna tu. Aku kan dah pernah cakap dia dari dahulu lagi memang tak boleh pakai... dasar boya darat. Kau nak bekas orang? Dah berapa ramai betina dah dicelup. Kau tu dara lagi tahu." 

Adarra Aisyah mengangguk perlahan. Jari merah berinainya laju menyeka lagi lelehan air mata yang asyik mahu membasahi pipi blusher nya itu.

Setelah Cammy menuruni tangga. Adarra Aisyah kembali semula ke kamar. Manakala pengantin lelaki di pelawa makan oleh Johar. Tengku Aryan tahu dan kenal Mercedes Benz yang jauh parkirnya itu.

'Papa. I already make it as your challenge even I'm not love her. So, papa you also must tunaikan janji you tu!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience