Bab 12

Romance Completed 42735

"Mak!Oh mak!"jerit Ishtar.

"Mana pulak mak ni?"

"Mak!"

Ishtar menjenguk ke luar rumahnya melalui tingkap.Kereta ayahnya tiada di rumah.

"Ouh,keluar rupanya"

"Ok,apa kata kita buat projek masak-masak.Mungkin mak akan terkejut kalau dia tengok aku masak yang sedap-sedap"

"Heheheh"

"Jom kita mulakan"Ishtar ke dapur dan memulakan proses masak memasak.

Setelah 1 jam dia selesai menyiapkan beberapa lauk.

"Uishh mantap ni.Tapi kan takkan mak tak balik lagi"Ishtar sekali lagi menjenguk ke luar rumah.

"Aihhh lambat ni"dia terus mengambil telefon bimbit lalu membukanya.Dan terdapat beberapa notifikasi yang keluar.

Banyak panggilan telefon yang diterimanya.

Dia terus menekan nombor tersebut.Tidak lama kemudian sesorang mengangkatnya.

"Assalamualaikum.Ni siapa ya?"soal Ishtar.

"Waalaikumussalam.Ouh ya.Ini anak Puan Safiah dan Tuan Rashid ka?"

"Ya saya"

"Baiklah macam ni....kami sebenarnya dari pihak hospital ingin mengabarkan bahawa mak dan ayah cik terlibat dalam kemalangan"

"Kemalangan?"

"Cik pasti ka itu mak dan ayah saya?"

"Ya cik.Kami berharap cik datang ke hospital dengan segera"

"Saya mintak diri dulu ya"jururawat tersebut terus meletakkan panggilan.

"Mak....ayah"Ishtar terkedu.

Sangkaannya bahawa mak dan ayahnya akan pulang tidak terjadi.

Lauk-pauk yang dimasaknya belum sempat dijamu oleh kedua ibu bapanya.

Dan kini....mak dan ayahnya terlibat di dalam kemalangan.

Ishtar terus bergegas ke rumah jirannya dan memberitahu perkara tersebut.Dia kemudiannya menumpang jirannya untuk ke hospital.

Dia terus berlari apabila tiba.

"Nurse,mak dan ayah saya mana?"

"Nama apa ya cik?"

"Safiah binti Ismail dan Rashid bin Mohd"

"Ouh yang itu.Sekarang mak dan ayah cik sudah berada di dalam bilik mayat...."belum sempat jururawat itu menghabiskan ayatnya

"Bilik mayat?"Ishtar terjelepuk di atas lantai.

Bayangkan kelmarin baru dia dan keluarganya keluar makan angin di pantai.Dan hari ini,kejadian yang tiba-tiba berlaku membuatkan dia tidak dapat menerimanya.

Tanpa sedar air mata mengalir di pipinya.

Dan secara tidak sengaja dia ternampak satu susuk yang amat dia benci berada di situ.

"Dia....."Ishtar menggenggam erat tangannya.

Dia dengan sedaya upaya berdiri.Dengan langkah yang longlai tekad yang tinggi di usahakan.

"Kau!"jerit Ishtar dengan kuat.

Semua orang yang berada di situ mula memandang ke arahnya.

"Kau bunuh keluarga aku kan?"

Eidlan terus memandang ke arah suara tersebut.Dan dia ternampak seorang yang dia kenali.Wanita yang dia.....

"Tuan"panggil Zack secara berbisik.

"Hurmm"

"Nak saya berhentikan dia ka?"

"Tak payah"

"Kau bunuh keluarga aku kan!"Ishtar menjerit lalu menyerang Eidlan.

Dia terus menumbuk dada Eidlan dengan kuat.

Tetapi pada seorang Eidlan itu biasa.Tidak terasa pun sakitnya apabila Ishtar menumbuknya.

"Heii my mistress"

Ishtar terus memandang Eidlan dengan tajam.

"Hey,kenapa kau tengok aku macam tu?Ada masalah?"

Tanpa berbasa basi Ishtar terus menampar pipi Eidlan.

Dan itu mengejutkan semua orang yang berada di situ.

"Eh,kenapa?"belum sempat Zack menarik Ishtar,Eidlan menghalang.

"Kenapa kau kata aku yang bunuh mak bapak kau?"

"Sebab kau satu-satunya orang yang ugut akan bunuh mak dan ayah aku"ujar Ishtar dengan tegas.

"Aku ni tak la jahat sangat sampai nak  bunuh orang yang tak bersalah.Salah ka aku nak ugut.Kau ingat aku akan buat betul-betul?"

"Ingat aku nak percaya orang macam kau ni.Yang dah cabut kehormatan aku disebabkan nafsu binatang kau"Ishtar berbisik di telinga Eidlan

"Kau"Eidlan menaikkan sedikit tangannya untuk menampar pipi Ishtar.

"Haishhh"dia terus menurunkan tangannya kembali.

"Kenapa?Eh tamparlah.Tak guna dah kalau aku hidup.Orang yang aku sayang dah tak ada"

"Kau"belum sempat Eidlan mengatakan sesuatu...

"Eh,dahlah.Aku ni dah macam perempuan murahan.Dah tak ada harga diri.Dan sebelum aku mati aku janji kau takkan hidup dengan aman.Kau akan mati disebabkan aku akan balas dendam atas kematian mak dan ayah aku"

"Dan satu lagi.Kau jangan ingat perempuan ni lemah.Jangan pernah sesekali kau anggap seorang perempuan tak boleh jatuhkan seorang lelaki"

"Itu ja yang aku nak cakap"Ishtar terus berlalu pergi meninggalkan Eidlan dan Zack yang masih diam tak berkutik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience