30 TAMAT

Short Story Completed 49967

"Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku
Bagiku, kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi..."

Aku menyanyikan lagu yang bertajuk kenangan terindah daripada Samsons untuk majlis perkahwinan dua pasangan sejoli yang sedang tersipu-sipu malu di atas pelamin.

Aku tertunduk malu sebaik sahaja semua orang memberikan tepukan yang gemuruh kepadaku setelah menyanyikan tujuh buah lagu.

Siapa lagi kalau tak bukan Farish Mikael dan Kak Siti Fatimah yang selamat di ijab kabul kan malam semalam. Lagu itu serba sedikit terpalit kepadaku. Lagu itu seperti kena dengan kisah hidupku juga.

Hanya Farish Mikael kenangan terindah buatku ketika dan saat ini namun, apakan daya... aku yang mahukan semua ini. Ini semua dirancangkan oleh aku dan dah berjaya pun buat apa aku nak sedih? tipu diriku sendiri...

Aku tersedar dari lamunan. Aku tak boleh hidup berbantalkan kenangan silam! Aku harus bangkit dari semua ini dah harus sedar diri sepatutnya aku berada di mana.

Aku mengerling ke arah belakang memandang ke arah Farish Mikael yang sedang bahagia bergambar di atas pelamin.

Mata aku kabur sahaja jadinya. Apa yang mampu aku lakukan? Tidak apa yang aku boleh lakukan. Aku cuba boleh pura-pura senyum dan tak ambil kisah.

Lutut ku terasa longgar namun aku gagahkan juga menunu ke arah pelaminan yang tersergam indah itu. Aku menyeret kakiku dan terus mengikut garisan karpet merah itu terus di ke arah pelaminan.

Kini, aku berdiri tepat di hadapan Farish Mikael. Dia menyedari akan kehadiran aku. Kami sama-sama terjeda dan terkaku memandang antara satu sama lain.

Aku cuba tersenyum walaupun keadaan agak kekok di situ. Aku harus redha... Aku pasrah... Perlahan-lahan aku melangkah pergi ke arah pelaminan.

"Farish, tahniah." Ucapku ringkas.

Farish Mikael kelihatan sebak. Bibirnya mula bergetar. Tak semena-mena dia datang memelukku secara mengejut di hadapan orang ramai. Aku hanya mampu terkejut menelan liur.

"Hadiy, I'm so sorry. Maafkan dosa saya. Saya hancurkan hati awak. Saya kecewakan awak. Saya mungkir janji saya dengan awak untuk bahagiakan awak buat selamanya... Maafkan saya..." Ujarnya berbisik pada cuping telinga aku.

Aku terasa kosong. Bebas seakan aku punya sayap dan ingin terbang ke awan syurga. Aku langsung tidak berdendam dengan Farish Mikael. Malah, aku terasa bangga kerana dia sudah memilik kebahagian yang sebenar. Aku bangga.

"Farish, tak apa. Saya tak simpan dendam. Saya redha. Ini semua dah tertulis untuk kita berdua. Awak jangan sedih ya, malu orang tengok." Ujarku lagi sambil tersenyum.

Farish tersenyum lantas dia mengangguk perlahan ke arah aku sebagai tanda mengerti apa yang aku katakan.

"Dah eh, awak teruskan majlis awak ni sampai malam. Saya minta diri dulu..." Ujarku perlahan.

"You nak pergi mana? Tunggu, jangan tinggalkan I. You still kena ada di sisi I. Hadiy, please..." Ujarnya dengan wajah gusar.

Aku ketawa kuat lalu memicit hidung mancungnya itu. Wajahku ku merenung sedalam mungkin.

"Saya nak pergi toilet jelah. Nanti saya masuk balik." Tipuku.

Farish terus tersenyum dan ketawa mengangguk faham. Maaf Farish, saya terpaksa pergi dari hidup awak buat selamanya.

"I tunggu you." Ujarnya sebelum aku melangkah pergi.

Aku turun dari pentas pelamin perlahan-lahan. Aku terasa kosong. Anak mataku tepat terarah ke arah pintu keluar. Bunyi bising suara orang langsung tidak masuk ke dalam telingaku. Fikiranku sudah melayang-layang entah ke mana. Aku fikirkan nasibku selepas ini apa yang akan terjadi.

Adakah aku akan terus menjadi penyanyi di kelab malam untuk teruskan kehidupan? atau... aku just balik kampung? teruskan kembali kehidupan aku yang dahulu dan tinggalkan dunia mewah fantasi ini buat selamanya seolah-olah aku tidak pernah datang ke Kuala Lumpur dan berlakon seolah-olah semua ini tidak pernah terjadi?

Aku buntu...

Aku terus melangkah keluar dari dewan ini tanpa berfikir panjang lagi. Aku terus melangkah dan melangkah pergi tanpa ada arah tuju....

TAMAT...

SEKIAN TERIMA KASIH UNTUK KALIAN SEMUA YANG TELAH MEMBACA SEMUA CERITA BABY BOY. ALHAMDULILLAH, INI KARYA TERAKHIR SAYA. INSHAALLAH ADA REZEKI ADA ILHAM SAYA TULISKAN CERITA LAIN PULA. ASSALAMUALAIKUM SEMUA MAAFKAN JIKA ADA TERSALAH KATA SELAMA SAYA BERTAPAK DI NOVEL PLUS INI.

(SELASA 17/3/2020 JAM 9.52 MALAM)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience