“Wana…” Kedengaran satu suara sayup-sayup di hujung telingaku.
“Bangun, sayang.” Suara garau yang kedengaran lembut nadanya menjamah telingaku lagi.
“Hmm…” Akhirnya aku terjaga. Terpisat-pisat aku menggosok mata. Sebaik aku membuka mata, terkejut kucing aku bila wajah Adib terpampang di ruang mata aku. Kalau yang terpampang itu zoomnya jauh tidak apa lagi, ini tidak. Adib dekat sangat dengan aku. Mahu tak terkeluar jantung aku sebab terkejut. Aku mengurut dada.
“Good Afternoon.” Sapanya dengan senyuman manis hingga menampakkan sepasang lesung pipit di pipi. Nampak ceria sekali.
“Huh?”
“Dah tengahari baru nak bangun?” Usiknya.
“Erk, ya ke? Hmm, biarlah. Aku penat.” Aku menguap.
“Bangun, pergi mandi.” Katanya sambil menarik lenganku.
Aku menggeleng.
“Tak nak. Nak tidur lagi.” Kataku sebelum kembali berbaring dan menyelimuti tubuhku dengan gebar.
“Bangun Wana, sayang. Anak dara apa tidur sampai matahari tegak atas kepala.” Okey, Adib sudah memulakan bebelan mak-maknya. Bahuku digoncang perlahan.
“Hmm…”
“Kata nak keluar. Bangun dan pergi mandi.”
“Malaslah.”
“Semalam kau dah janji.” Tiba-tiba suara ceria Adib tadi berubah. Kedengaran sayu saja.
“Bila pula aku berjanji? Kau aje yang pandai-pandai bagi arahan.” Aku memalingkan badan membelakanginya. Tak ada mood nak layan. Rasa marah dengan ciumannya sebelum ini masih bersisa walaupun aku tahu Adib ada hak untuk semua itu.
“Kiranya kau tak nak keluarlah ni?” Bergetar suaranya.
“Tak nak.” Aku menoleh. Mana tahu kot-kot dia dah mula nak menangis ke. Adib ni bukan boleh dikira kalau hatinya dah naik sentap. Hujan mencurah-curahlah jawabnya.
“Kau tak sudi keluar dengan aku ke? Sampainya hati…” Air mata sudah bergenangan dimata Adib. Aduh… susah betul dapat laki cengeng macam ni.
“Aku tak nak. So, jangan nangis. Membazirkan air mata aje.” Aku berdegil.
“Sampai hati Wana. Tahulah aku ni buruk, kau tak sudi nak keluar dengan aku. Sobss..” Sendunya lagi. Aku garu kepala. Ke situ pulak fikirnya. Kenapalah ada juga lelaki yang tersangat cengeng macam Adib ni. Macam budak-budak.
“Kau menangis yang buat kau buruk.” Selamba jawapan aku buat Adib semakin kuat mengongoi.
“Wana jahat….” Sempat dia mengutuk aku dalam tangisan. Eii.. aku ketuk kepala baru tahu. Tak memasal makin kuat Adib menangis nanti.
“Ya lah, ya lah. Kita keluar. Dah! Jangan nangis. Buruk tahu tak.”
“Wana kata kita buruk!” Adib menangis lagi. Kalah budak-budak!
“Okey, okey. Kau tak buruk, kau handsome macam Jericho Rosales. Dah, dah jangan nangis. Kalau kau tak berhenti nangis, aku tak nak teman kau pergi keluar.” Terus Adib berhenti menangis kemudian mengangguk.
Sukalah tu aku samakan dia dengan Jericho Rosales yang aku anggap lelaki Asia paling handsome selama ini. Maklumlah, mukanya memang ada iras Jericho Rosales. Cuma bezanya Adib berkulit cerah sikit. Apa paling penting, Jericho Rosales sangat macho dan tak secengeng Adib!
“Aku tak nangis dah, Janji nak keluar tau. Petang sikitlah kita keluar.” Dia tersenyum.
“Ya lah.”
Share this novel