EP 3 : FAKTA TENTANG KUCING YANG PASTI MENGEJUTKAN ANDA

Mystery & Detective Completed 1789

Bagi yang tak suka haiwan terutama kucing.. Maka mereka tak kisah sangat la pasal kucing. Bagi kita yang ada connection tiap kali tengok kucing ni memang kita agak berminat nak tahu tentang kucing. Ada beberapa fakta yang aku baca tentang kucing ni aku rasa menarik. Nak2 lagi sesuatu yang aku tak pernah tahu sebelum ni.. contohnya..

1. Kucing hanya mengiau (meow) pada manusia bukan sesama kucing.. Erkk betul ke? Serius selama aku hidup dengan kucing ni aku tak pernah tahu pun. Aku nampak macam depa pun berinteraksi sesama spesis dengan bunyi meow jugak.

2. Kalau kucing naikkan ekor & tunjuk bontot dia tu tak bermakna dia nak pancut korang dengan kencing je tau. Yelah.. kadang2 cuak jugak nak2 kucing jantan yang abang bomba ni. Tapi sebenarnya perlakuan tu untuk menunjukkan mereka suka & selesa dengan kita.

3. Buah pinggang kucing ni sangat cekap sehingga badan mereka boleh di hidrasi semula dengan meminum air laut

4. Cara kucing bersalam salaman sesama mereka adalah dengan cara menyentuh hidung antara satu sama lain.

5. Tengok pandangan mata kucing.. kalau dia macam slow montion je kerdip mata tu bermakna dia sangat mempercayai anda.

6. Jangan ingat kucing tidur tak bermimpi ok. Kucing jugak bermimpi macam manusia selepas seminggu di lahirkan. Patut la kucing2 aku dulu kadang2 tidur tetiba berbunyi. Ni bukan takat mimpi siap mengigau ok!

7. Kucing makanan makanan yang ber suhu bilik. Tak panas & tak sejuk. Tu aku akui.. dari pengalaman sendiri bela kucing.

8. Kalau bela lebih dari seekor kucing adalah lebih baik bela yang berlainan jantina.. selain berkawan yang baik, senang depa nak berkahwin jugak.

9. Kucing tak boleh merasa benda manis dalam makanan mereka. Erkk betul ke? Macam tak percaya pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience