Tak silap aku , lepas baca yasin , esok nya aku sakit .
***
" Uhuk , uhuk , uhuk . " Walaupun batuk , aku gagahkan juga nak solat .
" Solat itu wajib . " Aku cuba kuatkan diri untuk bangun mengambil wuduk .
Aku jalan sambil tangan ku sentiasa memegang dinding kerana bila bila masa aku boleh terjatuh .
Sampai di depan tandas , aku baca doa dan masuk .
***
Pada masa itu , aku tak larat sangat nak solat berdiri , aku pun solat sambil duduk .
Sebaik sahaja membaca doa , aku pening sangat dan pitam .
***
Disebabkan kejadian itu , aku tidak bekerja pada hari itu walaupun aku kena pergi kerja .
Dan hari hari lain juga terjadi benda yang sama , aku sungguh tak larat nak jalan lagi .
Aku ambil keputusan call adik lelaki aku bawa aku balik rumah ibu ayah .
Adik aku memang tinggal dengan ibu ayah aku .
***
~ 6 Jam Kemudian ~
Bunyi hon kedengaran di depan rumah sewa aku , aku tahu itu adik aku .
Masa itu baru aku ingat , aku kunci pintu sebab tak nak bagi orang masuk .
Dengan kepenatan , aku berjalan perlahan lahan menuju ke pintu sambil tangan menyandar pada dinding .
Masa aku pegang dinding , tiba tiba , masa aku dah dekat dengan pintu rumah , dinding itu rasa macam boleh digenggam .
Aku toleh kiri .
Terkejut aku , yang aku pegang bukan dinding tetapi itu adalah tangan manusia mungkin , nampak je macam tangan manusia tapi mestilah bukan tangan manusia .
Masa aku terkejut , aku menjerit , badanku terlanggar meja dibelakang dan terbaring , terus pengsan .
Share this novel