BAB 7

Horror & Thriller Completed 10130

"Ok, guys! Hari ni kita akan pergi ke location. Hope korang semua da ready. Erm.. Barang-barang semua da masukkan dalam van?"

"Semua da siap!"

Hafiz berkata membalas pertanyaan Aishah.

"Ok. Aku da booked satu villa yang ada kat situ. Villa tu pun tak jauh dari our location. So, kita pergi villa dulu. Check in. Lepas tu korang lepak kejap. After that, baru kita pergi location. Okay?"

"Okay!"

Semua bersetuju. Mereka pun masuk ke dalam van dan bertolak ke villa tersebut. Ika, Hada, Fatin, Aishah dan Naz menaiki kereta Aishah dan yang lain, di dalam van.

**********

"Walaweh!! Ni villa ke istana?!!"

Aus teruja melihat rumah seakan istana yang tersergam indah di hadapannya.

"Villa la ni. Tak nampak tu, Villa Akasia."

Senah berkata sambil menunding jari ke arah papan tanda yang ada di tepi villa itu.

"Ok! Now, korang lepak-lepak la dulu. Makan ke, minum ke. Dalam 3.30 nanti baru kita pergi kat lokasi."

Habis saja Aishah memberi arahan, Fatin menepuk bahunya dan berkata.

"Weyh, Cha. Kau sure ke ni vila kita? Seram pulak aku tengok vila ni."

"Betul la. Aku da usha homestay dekat-dekat sini. Ini je yang dekat. Apa yang seram pulak? Ni kan dekat je dengan rumah orang kampung."

Aishah cuba meyakinkan rakannya itu. Fatin menganguk selepas mendengar penjelasan Aishah.

**********

"Mak aih! Gila kentang! Kau serius kita nak berlakon kat sini?"

"Laa.. Habis tu, buat apa la aku bawak korang ke sini."

Aishah berkata apabila melihat Zulfie yang begitu terkejut.

"Gila ah! Betul punya seram rumah ni. Weyh, agak-agak kat sini ada hantu tak?"

"Shhh...! Mulut jangan la celupar sangat. Jangan la sebut perkataan tutt tu."

Aishah memberi amaran kepada Zulfie. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku semasa penggambaran ini berlangsung. Sedang mereka khusyuk meninjau kawasan rumah tersebut, tiba-tiba terdengar jeritan Iish dari tingkat dua.

"Arghhh!!!"

Danny yang berada berdekatan dengan tangga terus naik ke tingkat dua dan meluru ke arah Iish. Yang lain mengikut Danny.

"Ish, kau ok tak?"

Danny bertanya kepada Iish setelah mendapati Iish seperti sedang cemas dan ketakutan. Iish tidak bersuara tapi hanya menuding jari ke arah satu anak patung yang terbaring di hadapannya.

"Patung? Kenapa dengan patung ni?"

Danny memegang patung yang telah terkoyak di bahagian muka itu. Dia kehairanan. Dalam terketar-ketar, Iish berkata.

"Tadi... Tadi... Aku nampak patung ni.. Patung ni.. Berdarah..."

"Hah?! Darah?! Patung ni berdarah? Mana ada? Jangan nak merepek la."

Danny menafikan sambil membelek-belek anak patung itu.

"Ok! Ok! Da. Danny, kau letak balik anak patung tu atas katil. Yang lain turun bawah. Kita siapkan barang. Kalau boleh, kita siapkan sebelum maghrib ni."

Aishah memberikan arahan, menenangkan keadaan. Danny meletakkan anak patung itu di atas katil manakala yang lain pula turun menyambung tugas masing-masing. Sebelum menutup semula pintu bilik itu, Danny sempat menoleh anak patung tadi sekilas pandang. 'Darah?! Pelik la. Muka patung tu terkoyak. Siapa yang buat?'

Bisik hati Danny dan terus menutup pintu bilik itu.

**********

Di villa, selepas makan malam, Aimie menghampiri Iish. Dalam nada yang separuh berbisik, Aimie bertanya.

"Weyh, Iish. Apa yang kau nampak tadi?"

Hada yang berada berdekatan situ, juga menyampuk.

"Ha ah la, Iish. Kau kenapa tadi?"

"Entah la. Maybe ilusi aku je kot."

Iish menjawab ringkas. Ika, Fatin, Senah dan Ieta mula mendekati Aimie, Hada dan Iish.

"Iish, kau ok tak sekarang?"

Tanya Ieta dengan muka yang selamba.

"I'm fine."

"Cerita la apa yang jadik sebenarnya."

"Entah la. Aku pun tak sure dengan apa yang aku nampak. Aku lalu depan bilik tu, lepas tu aku dengar suara orang macam tengah menangis dari situ. Bila aku buka je pintu, ada anak patung jatuh depan aku. Aku ambil la patung tu. Muka dia da terkoyak. And tiba-tiba, dari bahagian yang terkoyak tu, ada darah keluar, meleleh-leleh. Aku apa lagi, menjerit la. Terkejut kot. Aku campak anak patung tu lepas tu korang pulak datang."

"Muka dia berdarah? Tapi kitorang tengok takde pun. Just terkoyak je."

Fatin bersuara selepas mendengar cerita Iish.

"Tu yang aku pelik. Time aku sorang-sorang tu, betul-betul aku nampak dia berdarah."

"Hm.. Pelik la."

Fatin berkata. Mereka semua terdiam. Masing-masing pelik dan seram mendengar cerita Iish tadi. Gaban dan Zack memandang dari jauh. Tiba-tiba terdetik jiwa nakal Gaban untuk mengenakan budak-budak perempuan tersebut. Dia mengambil bantal lalu membalingnya ke arah mereka.

"Argghh!!!"

Semua budak perempuan tersebut menjerit terkejut manakala Gaban dan Zack pula ketawa terbahak-bahak.

"Siot kau, Gaban! Terkejut la, ngok!"

Aimie bersuara separuh menjerit. Hafiz yang baru datang dari dapur terkejut mendengar Aimie berteriak.

"Woi! Woi! Apasal ni? Terjerit-jerit?"

"Gaban tu! Dia kacau kitorang tadi."

Aimie mengadu kepada Hafiz sambil menuding jari ke arah Gaban dan Zack yang belum habis ketawa.

"Korang buat apa kat dorang?"

Hafiz bertanya kepada Gaban dan Zack.

"Aku baling bantal je kat dorang. Tu pun nak terkejut. Haha.. Feeling sangat dengar cerita Iish tu."

Gaban memberi penjelasan lantas menyambung gelaknya.

"Adoyai korang ni. Macam budak-budak la."

Hafiz berkata sambil berlalu pergi ke biliknya. Namun, dia sempat memandang ke arah Aimie sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Aimie membalas senyuman Hafiz.

**********

Di bilik, Aishah duduk berehat di atas katil sambil menyelak majalah Remaja. Tiba-tiba, telefon berbunyi.

"Hello. Assalamualaikum."

"Walaikumsalam. Hai. Tengah buat apa?"

Suara macho Acong kedengaran di talian.

"Tak buat apa-apa. Tenga relax-relax je. Baca majalah."

"Okey tak kat sana?"

"Okey je. Cuma tadi ada 'insiden' sikit."

"Insiden? Kenapa?"

"Nantilah. Kalau you datang sini, I cerita."

"Oh, ok! Esok I datang."

"Eh, you takde kelas ke?"

"Ada. Tapi sampai tengahari je. Petang I boleh datang sana. Rindu la kat you. Sebab tu nak datang."

"Eleh, gatal!"

Aishah membalas kata-kata Acong sambil tersenyum.

**********

Di bilik rehat, kelihatan Fatin dan Naz sedang berlatih babak lakonan untuk esok. Mereka berlatih bersungguh-sungguh demi mendapatkan markah yang cemerlang daripada Prof. Tengku. Setelah penat, Fatin duduk di atas sofa sambil berkata.

"Weyh, Naz! Da la. Aku letih la. Stop dulu eh."

"Eh kau ni. Baru kejap da penat."

"Kejap kau kata. Weyh, hello! Kita start 8 malam tadi and now, kau tengok jam kat tangan kau tu da pukul berapa?"

"Ala.. Baru 12.30. Awal lagi."

"Tengkorak mu! Nak dekat 5 jam da kita practise ni. Aku da mengantuk da ni."

"Eleh. Weyh, tadi Iish kenapa doh?"

"Iish??"

Fatin separuh menjerit. Meremang bulu romanya apabila mengingatkan kembali cerita Iish.

"Erm.. Esok je la aku cerita. Tak boleh cerita malam-malam ni."

"Kenapa?! Takut hantu eh?"

"Ish, kau! Mulut tu jangan celupar sangat."

Fatin memberi amaran kepada Naz. Seketika kemudian, Fatin dan Naz keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik masing-masing untuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience