lima puluh lima

Romance Series 207093

"This is the cctv footage we got at 9.38.. tapi sepertimana yang kau sendiri nampak Lish, rakaman ni telah dipotong pada selang masa 9.40 hingga 9.44." rakaman cctv di bilik kawalan kkeselamatan itu diperhatikan mereka.

Yusa bersama seorang lagi pegawai lelaki setugasnya bersama Khalish memeriksa rakaman cctv pada waktu kehilangan Shira.

Pengawal keselamatan bilik kawalan gerakan itu juga telah disoal siasat.

"Takkan takde cara lain.. tak boleh detect phone die ke?" Khalish bertanya dingin.

"Phone Puan Shira telah dimatikan. Pengesanan terakhir di lot parking bawah. Dan setakat itu saja. " Rizwan menambah pula.

"Jangan risau Lish.. aku akan usahakan pencarian Shira. Aku yakin, sesiapapun penculiknya.. dia tak akan jauh dari sini. Kereta yang keluar masuk daripada selang masa tu aku dah listkan. Senarai tu tak banyak.. hanya ada beberapa je, jadi aku tak rasa akan ambil masa yang lama." utara Yusa lagi.

"Hmm.. Apa-apapun yang kau rancangkan.. Please, make it hurry. Aku risau kalau sesuatu berlaku pada Shira." Ujar Khalish lemah.

Yusa dan Rizwan mengangguk memahami.

Rambut yang tertacak kemas tadi sudah dia serabaikan, kembali jatuh menutupi sebahagian besar dahinya. Diraupnya anak rambut itu berkali-kali sambil berjalan ke luar bilik gerakan pula, menghubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan.

"Hello Zee, kau dekat mana? I need your men to come here right away."

~~~~~~~~~~~~~

Shira bangun dari tidurnya mamai dan memerhati sekeliling. Dia masih di dalam bilik tersebut.

Kalut pandangan dibuang ke tubuhnya, syukur pakaiannya masih lengkap seperti semalam. Hanya tudung saja sudah tiada.

Tali yang mengikat kedua tangannya di kepala katil cuba direnggangkan. Shira merengus geram apabila langsung tidak membuahkan hasil.

Dia tak tahu sekarang sudah pagi atau masih malam. Dengan bilik yang gelap-gelita, pintu dikunci, begitu juga tingkap. Dia langsung tak mampu mengetahui keadaan di luar.

Berada dalam kegelapan agak lama membolehkan dia mampu melihat sekeliling walaupun tidaklah sejelas mana.

Sebuah meja tak jauh dari hujung katil itu dilihatnya. Terdapat pisau kecil bersama beberapa kertas.

Dengan mengunjurkan diri ke bawah, kakinya yang tidak berlapik cuba mencapai pisau di atas meja. Terkial-kial.

'Sikit je lagi.. sikit je lagi..'

Tangannya yang tergantung terikat, pedih apabila terlalu dipaksa dirinya ke bawah. Tali yang diiikat ketat mencalarkan kedua pergelangan tangannya. Sakit.

Shira berhenti sebentar. Dia tak mampu mencapainya. Setelah berikhtiar, dia perlu juga melakukannya. Tak akan dia biarkan syaitan itu meratah tubuhnya sewenang-wenang.

Dengan sedaya-upaya, kesakitan itu cuba diabaikannya. Shira berusaha untuk mencapai pisau itu lagi tetapi dia tersilap langkah.

Akibat ketidaksabaran dia, Shira tertendang meja kayu kecil itu hingga terjatuh. Cawan kaca di atas meja tersebut juga turut pecah bertemu lantai.

'Aduh! Matilah aku kalau dia ade..' gumam hatinya ketakutan.

Pintu yang tertutup rapat itu dikerlingnya. Tiada derapan tapak kaki, tiada sebarang bunyi daripada luar. Sunyi.

Shira terlentang pasrah. Menatap kipas syiling yang berada betul-betul di atas kepalanya.

'Mana abang ni? Abang dekat mana? Cepatlah selamatkan Shira.. Shira takut.' matanya bertakung air mata.

Setiap kali kerdipan matanya melimpahkan air mutiara keluar membasahi bahagian tepi matanya. Tak dapat dia bayangkan bagaimana mahu keluar.

Apa yang lelaki itu mahu darinya? Seks? Cinta? Dia tak kenal pun siapa lelaki itu!

Mengapa harus dia yang menjadi mangsa? Mengapa Shura bekerjasama dengan lelaki itu? Urgh!

Pening kepalanya dengan pelbagai soalan. Sudahlah dia lapar, takut, tertekan!

'Aku perlu keluar dari sini.. aku perlu larikan diri dari jantan sial tu. Tapi macam mana? Fikir Shira.. Fikir!' berkerut wajahnya cuba merencanakan rancangan untuk melarikan diri.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi pintu dihempas sedikit kuat pada luar bilik. Shira terkejut.

'Mesti dia dah balik.. Habislah aku.' mahu menangis dia apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku pada dirinya. Dia takut!

Jantungnya berdegup kencang apabila derapan kaki seseorang mula menghampiri ke arah biliknya. Kedengaran kunci pintu dibuka dari luar.

Shira berkira-kira mahu berpura-pura tidur atau sebaliknya, tetapi suatu idea mula timbul di fikirannya. Yes!

"Sayang-. Lamanya tidur.. Dah bangun pun." Senyuman si dia menakutkan Shira.

Darien mahu meletakkan bungkusan makanan di atas meja, tetapi pandangannya tertala pada segala berangan yang mula bersepah dan meja kecil itu yang terbalik.

"Are you being naughty when I'm not around?" soalnya mendatar. Meja dibetulkan semula kedudukannya dan diletakkan makanan tersebut.

Cawan kaca yang telah berderai jatuh di atas lantai itu tidak dia endahkan. Kaki terus dilangkahkan mendekati si wanita yang menatapnya ketakutan, tak berkelip.

"Kenapa? Masih takut dengan aku lagi? Janganlah macam tu.. aku tak pandailah pujuk rayu orang." Birai katil didudukinya sambil sebelah tangan sudah melingkari atas perut Shira, merangkul pinggangnya.

Tersentak sedikit tubuh itu, terkejut, menguntumkan senyuman penuh makna oleh Darien.

"Aw-awak.." Suara bergetar itu menarik perhatian Darien. Terjungkit sedikit sebelah keningnya, menatap Shira.

"Tangan saya.. sakit." adunya perlahan dengan menayangkan muka sayu. Taktik!

Kedua tangan yang masih terikat ketat pada tali itu cuba dironta perlahan, berlakon.

"Sakit? Hmm.. nak buat macam mana, aku tak nak kehilangan kau.. Tapi aku boleh longgarkan ikatan kau. Kau kene janji kau jangan lari dari aku. Boleh tak sayang?" soalnya lembut.

Darien tak betah sebenarnya melihat kondisi Shira yang tampak menyedihkan tetapi apakan daya, dirinya terlalu menginginkan wanita itu.

Dia tak mahu kehilangan Shira. Tak akan!

"Ye.. saya janji. Saya tak akan lari, tolonglah ye. Sakit sangat.." meleret suaranya mengadu-domba. Matanya mula berkaca meraih simpati.

Dengan apa yang dia dengari dari mulut Darien semalam, sepertinya lelaki itu menyayanginya, mungkin?

Jadi dia akan gunakan sifat lelaki itu sendiri untuk melepaskan diri. Dasar jantan gila!

"Okay.. tapi kalau kau mungkir, jangan salahkan aku kalau aku rogol kau, hmm?" riang saja suaranya melonggarkan ikatan tangan Shira.

Dadanya yang berada di atas wajah Shira membolehkan Shira melihat kesan parut di permukaan kulit lelaki itu.

Ya, parut tersebut sama dengan lelaki yang cuba merogolnya dahulu.

Jika Darien telah cuba ingin merogolnya beberapa bulan lepas, tak mungkin perkara itu tak akan berlaku lagi. Dia yakin!

Tali yang mengikat Shira dilonggarkan, membolehkan wanita itu duduk bersimpuh di atas katil bersama Darien.

Lelaki itu pelik, menatapnya jakun dengan senyuman yang tak pernah hilang dari ulas bibir itu. Membuatkan Shira tak selesa tetapi rancangannya perlu dijayakan juga.

"Sa-saya lapar.." kata-kata Shira menghentikan lamunan Yen, kepala dianggukkan beberapa kali sambil terus mengambil bungkusan makanan di belakangnya.

"Oh ye. Lapar? Sorry awak.. saya lupa pulak awak tak makan dari tadi." Ceria saja dia berbicara. Bungkusan makanan dibuka dan diserahkan pada Shira.

"Bo-boleh tak kalau awak suapkan saya? Please.." pintanya pula. Kedua biji mata gelap itu dilihat Shira secara dalam.

Penuh perasaanlah kononnya.

Si lelaki obses pula mula angau dengan Shira. Tak dia sangka akan duduk rapat dengan wanita itu, berbual rancak dan bersuap pula. Gembira sangat!

"Awak.. lepas ni awak nak ke mana? boleh tak benarkan saya keluar? Kita jalan-jalan berdua jom." Shira memberanikan diri.

Tangannya yang masih berikat menyentuh tangan Darien, mengajaknya lembut.

"Hmm...." Darien berkira-kira mahu mendengar kata Shira atau tidak. Dahinya berkerut memikirkan.

'Tolonglah setuju..' harap Shira terdesak.

Tetapi senyuman manis Darien berubah sinis sambil mencuit sedikit pipinya.

"Boleh sayang.." senyuman Shira mula melebar, teruja mendengar jawapan Darien.

Entah mengapa, lelaki itu mula merapatkan diri dengan dirinya. Shira sedikit sebanyak mula mengesot ke belakang perlahan-lahan.

"Ke-kenapa ni awak?" soalannya dibiarkan tidak berbalas. Lelaki itu masih tersenyum sinis.

Malangnya, kegambiraannya Shira tidak lama.

"Ahh! Sakitlah!" bentaknya sedikit marah. Darien menolak tubuh Shira ke kepala katil kasar dan mengepung kedua belah sisi wanita itu.

"Awak ingat.. saya bodoh sangat ke?" tenang sja suara Yen bertanya.

Mereka bertantang mata beberapa saat sebelum kepala katil kayu betul-betul di sebelah kanan kepala Shira ditumbuk Yen kuat.

"Hey! Aku tanya kau! Kau ingat aku bodoh sangat dengan ajakan kau! Tak sayang.. tak.. aku tak akan benarkan kau keluar dari sini. Selama mana yang aku mahu! Kau aku punya, kau dengar tak? Aku punya!"

Rahang Shira dicengkamnya dan memberi amaran keras di sebelah telinganya. Berdesing.

"Aku tak kira.. malam ni kau akan jadi hak milik aku Shira. Whether you want it or no, kita akan ke syurga nanti." batang leher Shira dihidunya dalam bagai sangap dengan haruman tubuh itu.

"Aku tak nak. Aku jijik dengan kau." ujar Shira perlahan. Air matanya sudah berjuraian ke pipi tanpa tangisan suara.

"Oh sayang.. kau akan terbiasa dengan perkara jijik ni nanti. Percayalah cakap aku." Bisiknya ghairah.

Sebelah tangannya mula meneroka tubuh itu manakala sebelah lagi tangannya menahan rontaan Shira.

"Berhenti.. tolonglah." rayu wanita itu pula apabila kainnya sudah tersingkap tinggi di atas lutut.

Tangan Yen sibuk mengusap peha Shira lembut sambil mencari anak mata si gadis. Gila

Kepala tidak berani diangkat Shira, berbalas pandangan dengan lelaki durjana itu.

"Kau akan terbiasa dengannya nanti Shira.. Sebab setiap hari aku akan sentuh kau lebih dari ni." pipi basah Shira dikucup berkali-kali sambil berbisik perlahan.

"Suami kau pulak... Kalau kau rasa susah nak lupakan dia, jangan risau.. Aku akan bunuhkan dia untuk kau. Secepat mungkin."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience